Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

SAMAR 1.1 (sambungan)

  • 8
  • mosh
  • 15 years ago
  • 2,903
  • FREE

 

CLICK  BAHAGIAN 1 : SAMAR 1.0

MAR 

Lelaki.

Predictable!

Macam satu penyakit. Baik macam mana pun mesti ada nakalnya. Adakah ini genetik? Kalau ya, masalah besar utk hawa. Kena telan sebagai fakta macam tulang ikan yang tersangkut-sangkut di kerongkong yang akhirnya hanya boleh diredakan dengan segelas air redha realiti. Ini kalau benar sangat bahaya! Hawa kena terima bahawa kekurangan @ ‘kenakalan’ adam adalah bukan salah mereka. Ah! Tidak sama sekali, mana mungkin.

Sudah 3 hari aku tidak berjumpa dengan Sam. Separuh hati aku kata jawablah panggilan telefon dia dan sms dia, separuh lagi kata, jangan jadi bodoh, biarkan dia terus merana, bukankah dia yang salah?

136.

Itulah kiraan terkini ‘miss call’ yang tercatat di ‘call log’ telefon aku setakat ini. Semua dari Sam. Wow, patutkah aku puji usaha dan kesabaran dia? Atau adakah jumlah itu menunjukkan tahap kesedaran kekesalan dia atau besarnya kesedarannya atas kelakuan dia selama ini?

15 sms tidak dibaca lagi.

Malaslah nak buka. Tentu benda yang sama. Cuma susunan ayat berbeza. Mesti nak jumpa. Bila dah jumpa, mesti ayat yang sama lagi. Maaf, maaf, maaf dan maaf lagi. Kan aku dah kata , lelaki ni predictable most of the time!

Kadang-kadang aku rasa Sam sendiri tidak tahu apa yang dia minta maaf. Itu yang buat aku rasa lagi kecewa. Dia tidak mahu memahami tetapi cuma hendak dimaafkan. Bila tidak faham aku pasti ada kemungkinan dia akan buat lagi. Atau mungkin dia faham, tetapi memang tidak boleh pegang janji! Atau adakah aku yang sukar untuk difahami?

Mungkin aku yang lemah. Mungkin aku yang bodoh masih lagi dengan Sam walau dah banyak kali kami asyik bertengkar. Sudah tentu ini satu petanda bahawa Samsudin Bin Mustapha tidak sesuai sebagai pasangan aku. Tapi mungkin petanda itu bukan cukup besar untuk aku lihat dengan mata hati aku yang buta agaknya. Mungkin rabun jauh.

Mungkin aku juga predictable di mata Sam. Dia tahu bila kami bertengkar, aku akan menghindari dia, kemudian semuanya akan kembali seperti biasa bila dia sms atau telefon minta maaf ataupun menghantar aku sejambak mawar ataupun apa-apa hadiah. Seperti patung beruang itu yang masih ada di atas meja cermin aku yang sekarang bagai merenung ke arah aku. Beruang ni jantan ke betina ya?

Ya, mungkin aku predictable. Mungkin aku lemah. Sebab itu aku tidak mahu buka sms-sms Sam. Aku takut aku cair.

(bunyi intro lagu “Lucky” oleh Jason Mraz & Colbie Cailat)

Ah, satu lagi sms masuk dari Sam.

****
3 HARI SEBELUM

insyaAllah bersambung..

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hehehe..
    rasanya cerita ni akan menjadi semakin menarik ni.
    ayuh mosh! sambung cepat2!! *paksa*
    heeee~
    best2.

  • (Penulis)
    2) okeh. sebab paksa maka akan cuba sambung. kohkoh. tengah pikir plot seterusnya. ni main tulis je so insyaAllah one day one post utk ni kot. thnks again
  • 3) hoho..sambung lg..136 misscall tu...sy 3x dah cukup dah..mls la nk kol dah.
  • 4) hehehe..
    tau xpe paktam..
    mujur sampai 3x..
    kalau saya ni kadang2 sekali je xangkat dah mls nk call balik..
    btw mosh, saya juga menunggu sambungannya..
  • 5) hoho tah laki ni. predictable.
    laki memang la gatal.
    takkan tak tau. sama la perempuan. naif.

    walhal sepatutnya, seorang memimpin, seorang lagi memalu.
  • 6) menarik dan menanti sambungannya heheh

  • (Penulis)
    7) caha & daya : thnks 4 reading, akan sambung
  • 8) patotla hari tu kol Mar dia xagkt. dia ingat si Sam kol rupanya. lalalala~

Cerpen-cerpen lain nukilan mosh

Read all stories by mosh