Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

SAMAR 1.1 (sambungan)

Cerpen sebelumnya:
Aki mencari erti Tamadun
Cerpen selanjutnya:
Hitam Putih Kehidupan

CLICK  BAHAGIAN 1 : SAMAR 1.0

MAR 

Lelaki.

Predictable!

Macam satu penyakit. Baik macam mana pun mesti ada nakalnya. Adakah ini genetik? Kalau ya, masalah besar utk hawa. Kena telan sebagai fakta macam tulang ikan yang tersangkut-sangkut di kerongkong yang akhirnya hanya boleh diredakan dengan segelas air redha realiti. Ini kalau benar sangat bahaya! Hawa kena terima bahawa kekurangan @ ‘kenakalan’ adam adalah bukan salah mereka. Ah! Tidak sama sekali, mana mungkin.

Sudah 3 hari aku tidak berjumpa dengan Sam. Separuh hati aku kata jawablah panggilan telefon dia dan sms dia, separuh lagi kata, jangan jadi bodoh, biarkan dia terus merana, bukankah dia yang salah?

136.

Itulah kiraan terkini ‘miss call’ yang tercatat di ‘call log’ telefon aku setakat ini. Semua dari Sam. Wow, patutkah aku puji usaha dan kesabaran dia? Atau adakah jumlah itu menunjukkan tahap kesedaran kekesalan dia atau besarnya kesedarannya atas kelakuan dia selama ini?

15 sms tidak dibaca lagi.

Malaslah nak buka. Tentu benda yang sama. Cuma susunan ayat berbeza. Mesti nak jumpa. Bila dah jumpa, mesti ayat yang sama lagi. Maaf, maaf, maaf dan maaf lagi. Kan aku dah kata , lelaki ni predictable most of the time!

Kadang-kadang aku rasa Sam sendiri tidak tahu apa yang dia minta maaf. Itu yang buat aku rasa lagi kecewa. Dia tidak mahu memahami tetapi cuma hendak dimaafkan. Bila tidak faham aku pasti ada kemungkinan dia akan buat lagi. Atau mungkin dia faham, tetapi memang tidak boleh pegang janji! Atau adakah aku yang sukar untuk difahami?

Mungkin aku yang lemah. Mungkin aku yang bodoh masih lagi dengan Sam walau dah banyak kali kami asyik bertengkar. Sudah tentu ini satu petanda bahawa Samsudin Bin Mustapha tidak sesuai sebagai pasangan aku. Tapi mungkin petanda itu bukan cukup besar untuk aku lihat dengan mata hati aku yang buta agaknya. Mungkin rabun jauh.

Mungkin aku juga predictable di mata Sam. Dia tahu bila kami bertengkar, aku akan menghindari dia, kemudian semuanya akan kembali seperti biasa bila dia sms atau telefon minta maaf ataupun menghantar aku sejambak mawar ataupun apa-apa hadiah. Seperti patung beruang itu yang masih ada di atas meja cermin aku yang sekarang bagai merenung ke arah aku. Beruang ni jantan ke betina ya?

Ya, mungkin aku predictable. Mungkin aku lemah. Sebab itu aku tidak mahu buka sms-sms Sam. Aku takut aku cair.

(bunyi intro lagu “Lucky” oleh Jason Mraz & Colbie Cailat)

Ah, satu lagi sms masuk dari Sam.

****
3 HARI SEBELUM

insyaAllah bersambung..

Cerpen sebelumnya:
Aki mencari erti Tamadun
Cerpen selanjutnya:
Hitam Putih Kehidupan

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.7
3 Penilai

Info penulis

kyrie

mosh | Jadikan mosh rakan anda | Hantar Mesej kepada mosh

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya mosh
SAMAR 1.0 | 2111 bacaan
TGOL : Part IV, About Arguments | 5228 bacaan
Malam Suwey Untuk Julia | 7328 bacaan
Joe Parachute | 2873 bacaan
Boy O' Boy | 4050 bacaan
Panas Dalam | 2692 bacaan
Cerita Satu Pagi | 4959 bacaan
What If I'm Superman... | 3922 bacaan
Letter To Friends, Me, Myself & I | 3823 bacaan
MEETINGS & PARTINGS AND THE IN-BETWEENS | 3350 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

8 Komen dalam karya SAMAR 1.1 (sambungan)
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik