Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Aksi

Selasa-Hari Ini Cuti

Cerpen sebelumnya:
Indera Panji dilanggar Todak
Cerpen selanjutnya:
Terlupakan Perubahan Realiti

"akak!" ade suara yang menyergah dari sisi kiri aku.

haihh siapa pulak la pagi-pagi nih?? dah le dah lambat nak gie ofis nih. (padahal hari hari pon aku memang lambat heheheh)

aku menoleh ke kiri.

hummm seorang lelaki. duduk di dalam kereta wira. baya baya aku kut takpon muda sikit. ber t-shirt putih dan berseluar pendek paras lutut.

hummm penah berjumpakah? kalau penah di mana? kat mid mlm tadi?? errrr takkan dia nih adik kaunter kat Mc'D semalam yang aku minta belanja gara-gara tak cukup 10 sen untuk membayar prosperity ayam yang tak best tuh?? huh...

bukan!bukan! budak kaunter tuh semalam cam chubby sikit. nih kurus jek..boleh tahan cute. ah!aku dah start mengedik..

siapa ye??okeh. confident tak kenal budak nih. tapi dia tengah senyum tuh hehehhe...

"akak, hari nih ofis cuti!" dia senyum lagi.aiseh..boleh cair la ini macam labu....

aku pandang budak tuh sipi-sipi dan senyum sikit. cewah!

segan ah kononnyer.tapi apa dia cakap tadi??? CUTI!!!!!!wow....cuti? betul ke??? tapi hari nih hari selasa.

perjalanan ke ofis yang cuma sepelaung bak kata orang dulu dulu tuh aku teruskan. dengan berkebaya moden dan bersandal buruk maka aku tak mampu la untuk berjalan laju seperti atlit yang berbaju sukan lengkap dan berkasut sukan yang mahal.

control!control!

jangan jatuh.

jangan terpeleot.

mamat bersenyuman manis tuh sedang menengok.

hahahahhah perasan lagi.tapi betul ke hari nih cuti???kalau cuti best jugak. boleh sambung tido...ZZZzzZZzzz seronoknyerrrr

pandangan aku tepatkan kehadapan.

hummm jalan lengang jek nih. tak banyak pon kereta park kat kiri kanan jalan. hummm betul kut cuti hari nih. yahuuuuuuuuuu!!!!!

aku terus berjalan lagi....tak nak lah pulak terover excited bak kata mat salleh yang memang soheh bukan salleh namanya.

sorang dua berlalu depan aku.

pakai kemeja dan berseluar slack. tag...oh bukan dr TM. betul la kut cuti nih....

sorang lagi lalu... berbaju kurung dan bertudung hijau lembut. tag...errr tah hape aku tak nampak. cuti ke nih??? nak patah balik ke rumah ke???

tapi kaki aku terus berjalan...masuk ke basement -4

masuk ke lift dan menekan huruf G

sampai di G jam sudah menunjukkan tepat 8.30am. ah..sempat lagi nih.nampaknya tak payah tunggu lama lift di G untuk bawa aku ke tingkat 6.

aku masuk lift lagi. errr sesak pula dalam lift ni dan ada berita tergempar. ada staff meninggal dunia sebab kene buat orang??? wowowoowowo.....simpan sahaja gosip anda. Ustaz zakuan akan menghantar e-mail kemudian nanti.

akhirnya sampai juga ke tingkat 6. pintu lift terbuka...

kami berpusu pusu menghala ke pintu dan smart card dihalakan ke scanner. tah le ...aku pon tak pasti apakah nama saintifik untuk alat elektronik tersebut.

"tit" ala ala mcm tuh le bunyinyer dan pintu pon terbuka. aku melangkah masuk. Di depan tertulis " Finance Tm Retail"  menyambut kedatangan aku pagi ini sama seperti hari hari sebelumnya. haihh bosannye...letak le poster Lucas Scott ke. barule semangat aku nak pergi kerja hari hari. hehehe adoii mengedik lagi nih.

 

pintu kedua aku tolak....

saujana mata memandang..mata kutuju ke arah jam.

8.30am.

heheheh kan aku kata sempat tadi. jam ofis aku selalu lambat.

dah sampai ofis nih...sahle hari nih tak cuti kan hehehe :P

Cerpen sebelumnya:
Indera Panji dilanggar Todak
Cerpen selanjutnya:
Terlupakan Perubahan Realiti

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
1 Penilai

Info penulis
blur12 | Jadikan blur12 rakan anda | Hantar Mesej kepada blur12

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU


komen dari Facebook

4 Komen dalam karya Selasa-Hari Ini Cuti
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik