Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Satira

Sang Arnab dan Sang Kura-kura(Episod Balas Dendam) 2

Cerpen sebelumnya:
Kantoi
Cerpen selanjutnya:
Drama: Naik Lagi?

p/s: sebelum baca cerpen ini ada harus membaca siri pertamanya di Sang Arnab dan Sang Kura-kura(Episod Balas Dendam).

Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Sekiranya ada, ia adalah kebetulan yang tidak disengajakan. Cerpen ini sangat tidak logik pada dasarnya, diharap pembaca dapat menerima khayalan yang tidak logik ini dengan hati yang terbuka.Sekian..

__________________________________________________________________________________



Pagi ini cuaca tidak begitu terik dan tidak begitu mendung. Sang suria menyembunyikan wajahnya di sebalik Sang awan yang gemuk. Burung-burung tiada yang terbang ke sini ke mari. Ikan-ikan pula semuanya mendekati tebing. Pohon-pohon kadang-kadang bergoyang, kadang-kadang tidak. Sang angin tidak selalu menyinggah di kawasan tersebut. Suasana pada pagi ini amat berlainan dengan hari-hari sebelumnya. Kebanyakkan haiwan yang di darat sedang berkumpul di suatu kawasan. Kawasan tersebut kelihatan meriah. Terdapat kain rentang yang besar yang tertulis “Perlumbaan Juara Sang Kura-kura dengan Sang Arnab”. Empat ekor burung pipit ditugaskan memegang setiap penjuru kain rentang tersebut.

 

Sang arnab dan Sang kura-kura sudah bersedia di garisan permulaan. Tok Penyu yang berdiri di sebuah kerusi yang tinggi bersedia meniup wisel. “Ke garisan” jerit Tok Penyu. Suara penonton yang terdiri dari haiwan-haiwan pelbagai jenis menjadi gamat. Semuanya memberi sokongan padu terhadap Sang kura-kura. Ada  yang membawa sepanduk-sepanduk tertulis kata-kata sokongan terhadap Sang kura-kura. Tidak ketinggalan seekor anak gajah menggoyang-goyangkan telinganya sambil mengangkat belalai menempik-nempik. “Kura-kura pasti menang!”. kedua-dua kakinya terangkat separas dada.

 

“Kura-kura Juara!”, “Kalahkan Sang Arnab!” ,” Kura-kura Hebat!”.  Laung mereka yang hadir.  Beberapa ekor monyet memainkan gendang menandakan perlumbaan akan bermula sebentar sahaja lagi. Sang arnab mengambil kedudukan. Setitik peluh mengalir dari dahinya. Jantungnya berdegup kencang. Dia menggumpal jari-jarinya. “Akan aku buktikan, akulah juara sebenar!” Sang arnab menanam tekad. Sang kura-kura masih lagi membuat muka selamba sambil memanaskan badan. Tangannya melambai-lambai ke arah penonton. Apabila disedari dia diperhatikan oleh Sang arnab dengan mata yang tajam menikam, dia pun cepat-cepat mengambil kedudukan sedia. Mata mereka bertentangan. “Zrettt~~~”. Arus elektrik bewarna kuning sambung menyambung dari mata Sang arnab dengan mata Sang kura-kura. Sebaik mata masing-masing berasap, pandangan mereka terus dialihkan ke hadapan. Suasana menjadi hening. Hanya kedengaran bunyi angin yang bergeser dengan dauh-daun. Semua mata tertumpu pada Sang arnab dan Sang kura-kura yang sedang memberi fokus sepenuhnya. Sang Arnab menarik nafas sedalam-dalamnya. Begitu juga Sang kura-kura. 

 

“Seee.. di..aaaaa… Mula!” jerit Tok Penyu sambil meniup wisel.Suasana menjadi gemuruh semula dengan sorakan penonton-penonton. 

 

Sang arnab tidak terus memecut sebaliknya dia berlari setempat terlebih dahulu untuk memberi peluang kepada Sang kura-kura untuk berada di hadapannya. 

“Lepas ni makan asaplah!”

 

Setelah Sang kura-kura berada sepuluh langkah di hadapan Sang arnab tanpa berlengah lagi terus melakukan pecutan. Langsung tidak dipandang Sang kura-kura yang bergerak selangkah demi selangkah. Debu-debu bersimpang siur. Sampai di bahagian selekoh, dia mengambil ruang untuk melakukan drift. Screttt… debu-debu dari tanah merah beterbangan. Sang arnab tersenyum bangga apabila dapat melakukan drift dengan sempurna. Begitulah seadanya. Setiap selekoh yang tajam Sang arnab akan melakukan aksi yang sangat berbahaya itu. Dia langsung tidak memikirkan keselamatan diri dan langsung tidak ingat orang yang tersayang.  Apa lagi keselamatan pengguna-pengguna jalan tersebut, lagilah langsung dia tidak peduli. Walaupun terdapat papan tanda “Kawasan Kemalangan. Pandu Perlahan” Sang arnab ambil endah tidak endah. Yang penting cepat sampai.Lagipun sekarang ini dia sedang berlumba. Sudah pasti jalan ini ditutup sementara. Tidak ada pengguna lain selain dia dan Sang kura-kura.

 

Screet…kesan bunyi brek kecemasan dari sepasang kaki Sang Arnab. Dia terlihat sebuah ladang lobak yang besar di sebelah kanannya. Hohoho.. kepalanya ditoleh ke belakang  melihat  kalau-kalau ada kelibat  Sang kura-kura. “Tak ada lagi. Sempat ni, kalau aku singgah makan sebiji dua” bisik hati Sang arnab. Dia mengangguk-angguk kepala. Kedua tapak tangannya dirapatkan lalu diletakkan atas kepala. Dia berjalan menghampiri ladang tersebut seperti lagak ala-ala beruk. Menepuk-nepuk tangan. Sebiji lobak dicabutnya dengan gembira. Sebelum dimasukkan ke dalam mulut, tanah-tanah yang terdapat pada lobak dibersihkan terlebih dahulu. Sedapnya! Sebiji lagi dicabut. Sebiji lagi dan sebiji lagi. Akhirnya Sang arnab tersandar kekenyangan pada pokok.” Burp…Alhamdullilah” ujar Sang Arnab sebaik sendawa. Angin yang berdesir lembut membuatkan Sang arnab terbuai. “Alamak, mengantuklah pulak” mata Sang arnab semakin kuyu dan akhirnya Sang Arnab terlelap. Sebiji belon putih yang tidak terlalu besar, kembang kempis di lubang hidung kanannya. Bunyi dengkur Sang arnab mengiramakan melodi pagi yang indah.

 

“Puff!”  entah dari mana datangnya kabus tebal yang tiba-tiba muncul di depan Sang arnab. Perlahan-lahan kabus tersebut menjelma menjadi imej datuk Sang arnab. Wajahnya sudah berkedut. Terdapat sebatang tongkat kayu dipegang pada tangan sebelah kanan.  Tongkat tersebut dihayun tepat mengenai ubun-ubun Sang Arnab.

 

“Aduh!” Sang arnab menjerit kesakitan. Tangannya sibuk mengusir bintang-bintang di atas kepala. Benjol yang timbul diraba-raba. Matanya yang sedari tadi sepet, terbeliak melihat susuk tubuh yang berdiri selangkah dihadapan.

 

“ Jangan makan dari rezeki yang tidak halal!” wajah datuk Sang Arnab sangat bengis.

 

“Ingat?” Sambung datuknya. Sang arnab mengangguk sahaja. Tiada kata yang terluah. Kelopak matanya menjadi berat semula.

 

“Puff!” Kelibat datuknya terus hilang dari penglihatannya yang semakin mengecil.

 

 

 

Sang kura-kura masih mengekalkan rentak langkahnya. Peluh memercik-mercik dari dahi disapu dengan tapak tangan. Nafasnya tercungap-cungap. Tampak dia keletihan. Tetapi dia tidak mengalah. Sesekali dia berhenti memegang lutut, mengumpul segala tenaga yang tersisa kemudian meneruskan langkah. Angin yang sepoi-sepoi bahasa sedikit sebanyak memberi kelegaan pada Sang kura-kura.

 

 “Hah?” Sang kura-kura terkejut besar bila melihat Sang arnab lena di bawah pohon Epal. Mulutnya ternganga luas melihat kehebatan Sang arnab mengawal belon putih yang kembang kempis. “Hik hik hik. Ada peluang la aku nak menang. Yes!  Yes!”  Sang kura-kura meneruskan perjalanan yang sudah tidak jauh dari garisan penamat. Wajahnya berbunga senyum. Dia melangkah dengan lebih yakin. Dari jauh sudah kedengaran sorakan penonton. Pasti Sang Helang yang mengkhabarkan pada mereka. Kalau boleh dia ingin menanggalkan cangkerang dibelakangnya dan terus berlari ke garisan penamat.

 

Sang arnab masih lena dibuai mimpi. Dengkurnya semakin menjadi-jadi. Tiba-tiba angin menghembus kencang. Meletupkan belon putih yang sedari tadi kembang kempis. Sebiji epal jatuh lalu menimpa kepala Sang arnab. “Adoi!” jerit Sang arnab sambil meraba-raba kepalanya. Dia memandang kiri kanan. Tiada orang. Dia mencari-cari kelibat Sang kura-kura. Tiada juga. “Jauh lagi kot” Sang arnab berhasrat menyambung tidurnya. Dia pun melelapkan matanya. Sekali lagi angin berhembus kuat. Beberapa biji epal gugur menimpa Sang arnab. “Adeh, adeh, adeh deh”. Beberapa benjol timbul di kepalanya. “Tidak boleh jadi, baik aku pergi dari sini”. Sang arnab bingkas bangun dari duduk. Sebaik membersihkan punggungnya. Dia terus memecut.

 

 

 

 Beberapa saat kemudian…

 

 

 

“Hah?” Sang arnab terkejut apabila terlihat kelibat Sang kura-kura yang beberapa langkah lagi akan menamatkan perlumbaan. “Tidak, tidak!” Sang arnab tidak percaya. Dia menenyeh-nenyeh matanya beberapa kali. Ternyata dia tidak bermimpi. Sang arnab memecut sekuat-kuat hati. Debu-debu memenuhi kawasan yang dilintasi Sang arnab. Akibat terlalu laju. Kakinya berasap dan kemudian api kecil mula menyala. Sang arnab langsung tidak mengendahkan perkara tersebut. Dia terus memecut memandangkan Sang kura-kura yang tinggal selangkah saja lagi.

 

Tiba-tiba..

 

Sang arnab tersepak batu yang berada di tengah jalan. Suasana menjadi slow motion. Dalam keadaan slow motion  itu Sang kura-kura sudah melintasi reben merah di garisan penamat.Sang arnab jatuh tergolek-golek  beberapa kali sebelum makan pasir.

 

“Aduh…” Sang arnab mengurut tangan yang sakit terhempap akibat jatuh katil. Dia membuka mata luas-luas. Sekali-sekala matanya terkebil-kebil. Dia menggosok-gosok mata. “Ces, mimpi rupanya!” perlahan-lahan dia bangun menuju singki untuk mencuci muka. Tidak semena-mena hidungnya menangkap sesuatu aroma. Aroma ini seperti dia kenal. Snipss…snips. Dia cuba mengecam dan mengamati betul-betul aroma tersebut sehingga tertoncet kakinya.

 

Lobak bakar!

 

 Kedua-dua biji mata warna coklat dipejamkan rapat-rapat dan hidungnya bergerak-gerak mengikut alunan aroma yang dibawa angin. Sang arnab melangkah mengikut arah aroma tersebut  dengan senyum yang melebar. Badannya kini melayang-layang, langsung tidak terjejak kaki di bumi. Disebabkan terlalu asyik mengamati aroma tersebut  dia secara tidak sengaja terlanggar tiang rumah. Sang arnab terduduk. Bintang-bintang berkejaran di atas kepala Sang arnab. Anak matanya berpusaran seperti lingkaran ubat nyamuk . Beberapa saat kemudian dia kembali normal.

 

“Aduh, potonglah!” luah Sang arnab.

 

Tanpa membuang masa, dia bangun dari duduk, mengikut semula aroma tersebut. Kali ini dia tidak memejamkan mata, takut-takut kalau terlanggar benda lain pula. Daun pintu dikuak perlahan.. 

Cerpen sebelumnya:
Kantoi
Cerpen selanjutnya:
Drama: Naik Lagi?

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.8
5 Penilai

Info penulis

Tabir Khaizuran

orangnya hapyy go lucky, jujur, rendah diri,pemalu, suka senyum, suka borak-borak(megarut)...dress biasa-biasa, xde ciri islamic, tak ada ciri-ciri seorang pendita, tak ada ciri-ciri seorang ulat buku... suka baca karya yang mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, paling digemari tema kemasyarakatan dan kehidupan. kalau salah eja satu dua ok lg..kalau 4,5 ,6 memang minta pelangkung la tuh!  
paktam85 | Jadikan paktam85 rakan anda | Hantar Mesej kepada paktam85

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya paktam85
Gerimis Salju The Cerpen(.ost Jawapan Cinta) | 3229 bacaan
Qurratul Ain Episod Akhir | 4268 bacaan
Qurratul Ain 2 | 3152 bacaan
Qurratul Ain | 5450 bacaan
Drama: Naik Lagi? | 1623 bacaan
Sang Arnab dan Sang Kura-kura(Episod Balas Dendam) | 9243 bacaan
Stanza Terakhir | 4209 bacaan
Kerusi Kepunyaan Lembu("Cow" bkn kau!!) | 2525 bacaan
Drama : Bidai Senja | 3293 bacaan
Rembesan Perjuangan | 2281 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

10 Komen dalam karya Sang Arnab dan Sang Kura-kura(Episod Balas Dendam) 2
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik