Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Drama: Naik Lagi?

 

Tempat: Di sebuah kedai kopi di pinggiran kota pada petang yang suam-suam kuku

Masa: Selepas waktu Asar sekitar pukul 5 petang

Watak-watak:

HALIM

- umur 25 tahun. Bujang.

 

JIMAN

- 29 tahun. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

 

PAK LEBAI

- 45 tahun. Duda.

 

PAK IMAM

- 55 tahun. Sudah berkahwin, mempunyai dua orang anak dan seorang cucu.

 

Suasana kedai sangat kecoh gara-gara harga satu barang naik. Perkara ini menimbulkan rasa tidak puas hati pada diri Halim.

HALIM(menghentak meja dengan tapak tangan): Aku tak puas hati! Mana boleh naik harga sesuka hati.

Halim berdiri mencekak pinggang. Wajah yang berada di situ diperhati satu persatu.

HALIM(mengetuk meja beberapa kali dengan jari telunjuknya): Mana boleh jadi macam ni!

JIMAN: Habis, nak buat macam mana? (Mengangkat kening sambil menyandarkan badan pada kerusi plastik biru. Tangan kanan diletakkan pada satu lagi kerusi di sebelahnya)

PAK IMAM(melipat surat khabar): Bila hang nak berhenti Halim? Tak kan hang tak faham-faham lagi kalau dah jadi lagu ni?

HALIM: Mana boleh, Pak Imam. Cakap senanglah. Ni, saya ni yang menderita tahu tak? (sambil menuding jari telunjuk pada dada sendiri)

PAK LEBAI(geleng-geleng kepala): Aku boleh, tak kan kau tak boleh. Sepuluh tahun dah. Mula-mula memanglah susah. Kau muda lagi Halim. Pasti boleh!

JIMAN(angguk-angguk kepala): Yela, Halim. Aku pun ada hasrat juga nak ikut Pak Lebai. Sampai bila Halim? Aku tak larat dah. Cukup bulan ni aku nak berhentilah. Tak sanggup aku Halim.

PAK IMAM(sambil hirup kopi): Jadi macam aku ni. Tak pernah sentuh. Lagi senang. Benda ni tiap tahun naik harga. Mana pernah turun. Lagipun mana ada faedah? Baik hang derma saja duit hang dari beli benda tu.

HALIM(menarik kerusi untuk duduk setelah penat berdiri): Ala, Pak Imam setiap kali solat jumaat saya dermalah.

PAK IMAM: Berapa hang derma?

HALIM: Mana boleh beritahu. Saya derma ikhlas. Bukan nak menunjuk-nunjuk. Tak perlulah tangkap-tangkap gambar ni nak tunjuk berapa banyak saya derma.

PAK LEBAI: Yela, Halim. Tapi seelok-eloknya kau berhentilah. Untuk kesihatan kau juga. Duit kau beli benda tu kau simpan untuk masa depan kau. Lagi baik.

JIMAN(nyampuk): Betul tu, Halim. Tak payah la nak membazir duit kau tu.

HALIM: Huh! Kau ni Jiman. Dah macam orang tua dah aku tengok. Nanti kalau aku beli, kau jangan nak bodek-bodek aku pulak.(nada ugut).

JIMAN: Halim, Halim. Tak ada maknanya. Aku memang dah nekad nak berhenti hisap rokok ni. Dah la, aku nak balik nak pergi ambil bini aku.(bergerak ke motor Honda EX5 merahnya)

PAK IMAM: Aku pun nak beransur dulu ni.(bergerak ke motor Honda C70 yang diparkir sebelah motor Jiman)

PAK LEBAI: Samalah aku pun(bergerak ke basikal hitam yang ditongkat sebelah motor Pak Imam)

HALIM: Eh, eh. Kalau semua dah pergi siapa pula nak membayar ni.

JIMAN, PAK IMAM dan PAK LEBAI(jawab serentak):Kaulah bayar. Kau kan kaya.. Hisap rokok!

Tamat.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Satira

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) adeh..mtk maaf ye..
  • 2) hahha, tah... gigi dah berkarat! (okeh2, saya tau... gunalah ubat gigi mukmin!) hahah
    dahdah la merokok tu hohohooh

  • (Penulis)
    3) entahnya..eh eh..mana boleh buat iklan sini dayya..dish2
  • 4) ho lupa, silap tempat wat iklan. Sorry hencik, curi iklan kamu bawa lari! ahahaha
  • 5) santai dan bermakna walau ada sedikit sinis...

  • (Penulis)
    6) thanks riri kerana sudi bc..iklan nie..
  • 7) iklan yang simple..
    nice..

  • (Penulis)
    8) mizs_aszni: thanks sudi bc..sy juga dlm usaha nk berhenti dari perkara tersebut..
  • 9) percubaan yang baik.

  • (Penulis)
    10) thanks kurusawa..lum setanding kamu lg..
  • 11) ceh! aku tak hebat pun..

  • (Penulis)
    12) ceh..aku korek lubang hidung mu baru tau..
  • 13) takpe,slow2 oke..
    bukan boleh stop mendadak kan?
    chaiyok2!!

  • (Penulis)
    14) ye chaiyoks kepada semua perokok di malaysia..
  • 15) oh iklan rupenya.hee~
  • 16) hahaha...
    iklan rupanyer...
    nice... akak tak reti kritik drama ... tapi, susunan plot dan gerak laku yang seragam menyempurnakan cerita ini...

    bijaknyer pak tam...
    semua reti... puisi menimbun... cerpen pun sedap... drama lak lagi
    tabik... karya subur betul...

  • (Penulis)
    17) adreena:thanks kak..jgnla mcm tu kak..sy masih belajar..akak tetap sifu.sy xleh lawan.hehe
    babymilo: thanks kerana membaca.. jgn isap rokok k..
  • 18) ni kira pesanan khidmat masyarakat ke apa ni. hehehe

  • (Penulis)
    19) lebey kureng ar..hoho..utk ingatan kat diriku juga..hoho
  • 20) ahaha. sangat mencuit hati!
  • 21) hahahahaa..bru de kesempayan nak bce....loh, pasal rokok ka...apa la dorang ni.....nak murah, hisaplah rokok daun...jimat pe....x yah nak soal nek harge ke x.....hehehehehe.....
  • 22) kau tulis kasi habis, lepas tu hantar kat mana-mana production house...

  • (Penulis)
    23) izyan:thanks
    akma:adeh rokok daun mmg jimat tp pahit..xlarat.
    rebel:wat masa ni aku xbuat skrip secara serius..tgu!!!eskperimen2 je..
  • 24) err..smokers die younger?

  • (Penulis)
    25) hehe..tahniah huda..awk seorang pembaca yg teliti..

Cerpen-cerpen lain nukilan paktam85

Read all stories by paktam85