Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Satira

Drama: Naik Lagi?

Cerpen sebelumnya:
Sang Arnab dan Sang Kura-kura(Episod Balas Dendam) 2
Cerpen selanjutnya:
Hadiah Buat Sahabat

Tempat: Di sebuah kedai kopi di pinggiran kota pada petang yang suam-suam kuku

Masa: Selepas waktu Asar sekitar pukul 5 petang

Watak-watak:

HALIM

- umur 25 tahun. Bujang.

 

JIMAN

- 29 tahun. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

 

PAK LEBAI

- 45 tahun. Duda.

 

PAK IMAM

- 55 tahun. Sudah berkahwin, mempunyai dua orang anak dan seorang cucu.

 

Suasana kedai sangat kecoh gara-gara harga satu barang naik. Perkara ini menimbulkan rasa tidak puas hati pada diri Halim.

HALIM(menghentak meja dengan tapak tangan): Aku tak puas hati! Mana boleh naik harga sesuka hati.

Halim berdiri mencekak pinggang. Wajah yang berada di situ diperhati satu persatu.

HALIM(mengetuk meja beberapa kali dengan jari telunjuknya): Mana boleh jadi macam ni!

JIMAN: Habis, nak buat macam mana? (Mengangkat kening sambil menyandarkan badan pada kerusi plastik biru. Tangan kanan diletakkan pada satu lagi kerusi di sebelahnya)

PAK IMAM(melipat surat khabar): Bila hang nak berhenti Halim? Tak kan hang tak faham-faham lagi kalau dah jadi lagu ni?

HALIM: Mana boleh, Pak Imam. Cakap senanglah. Ni, saya ni yang menderita tahu tak? (sambil menuding jari telunjuk pada dada sendiri)

PAK LEBAI(geleng-geleng kepala): Aku boleh, tak kan kau tak boleh. Sepuluh tahun dah. Mula-mula memanglah susah. Kau muda lagi Halim. Pasti boleh!

JIMAN(angguk-angguk kepala): Yela, Halim. Aku pun ada hasrat juga nak ikut Pak Lebai. Sampai bila Halim? Aku tak larat dah. Cukup bulan ni aku nak berhentilah. Tak sanggup aku Halim.

PAK IMAM(sambil hirup kopi): Jadi macam aku ni. Tak pernah sentuh. Lagi senang. Benda ni tiap tahun naik harga. Mana pernah turun. Lagipun mana ada faedah? Baik hang derma saja duit hang dari beli benda tu.

HALIM(menarik kerusi untuk duduk setelah penat berdiri): Ala, Pak Imam setiap kali solat jumaat saya dermalah.

PAK IMAM: Berapa hang derma?

HALIM: Mana boleh beritahu. Saya derma ikhlas. Bukan nak menunjuk-nunjuk. Tak perlulah tangkap-tangkap gambar ni nak tunjuk berapa banyak saya derma.

PAK LEBAI: Yela, Halim. Tapi seelok-eloknya kau berhentilah. Untuk kesihatan kau juga. Duit kau beli benda tu kau simpan untuk masa depan kau. Lagi baik.

JIMAN(nyampuk): Betul tu, Halim. Tak payah la nak membazir duit kau tu.

HALIM: Huh! Kau ni Jiman. Dah macam orang tua dah aku tengok. Nanti kalau aku beli, kau jangan nak bodek-bodek aku pulak.(nada ugut).

JIMAN: Halim, Halim. Tak ada maknanya. Aku memang dah nekad nak berhenti hisap rokok ni. Dah la, aku nak balik nak pergi ambil bini aku.(bergerak ke motor Honda EX5 merahnya)

PAK IMAM: Aku pun nak beransur dulu ni.(bergerak ke motor Honda C70 yang diparkir sebelah motor Jiman)

PAK LEBAI: Samalah aku pun(bergerak ke basikal hitam yang ditongkat sebelah motor Pak Imam)

HALIM: Eh, eh. Kalau semua dah pergi siapa pula nak membayar ni.

JIMAN, PAK IMAM dan PAK LEBAI(jawab serentak):Kaulah bayar. Kau kan kaya.. Hisap rokok!

Tamat.

Cerpen sebelumnya:
Sang Arnab dan Sang Kura-kura(Episod Balas Dendam) 2
Cerpen selanjutnya:
Hadiah Buat Sahabat

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
5 Penilai

Info penulis

Tabir Khaizuran

orangnya hapyy go lucky, jujur, rendah diri,pemalu, suka senyum, suka borak-borak(megarut)...dress biasa-biasa, xde ciri islamic, tak ada ciri-ciri seorang pendita, tak ada ciri-ciri seorang ulat buku... suka baca karya yang mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, paling digemari tema kemasyarakatan dan kehidupan. kalau salah eja satu dua ok lg..kalau 4,5 ,6 memang minta pelangkung la tuh!  
paktam85 | Jadikan paktam85 rakan anda | Hantar Mesej kepada paktam85

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya paktam85
Gerimis Salju The Cerpen(.ost Jawapan Cinta) | 3241 bacaan
Qurratul Ain Episod Akhir | 4287 bacaan
Qurratul Ain 2 | 3163 bacaan
Qurratul Ain | 5480 bacaan
Sang Arnab dan Sang Kura-kura(Episod Balas Dendam) 2 | 2255 bacaan
Sang Arnab dan Sang Kura-kura(Episod Balas Dendam) | 9264 bacaan
Stanza Terakhir | 4243 bacaan
Kerusi Kepunyaan Lembu("Cow" bkn kau!!) | 2553 bacaan
Drama : Bidai Senja | 3307 bacaan
Rembesan Perjuangan | 2292 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

25 Komen dalam karya Drama: Naik Lagi?
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik