Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Hadiah Buat Sahabat

 

Sadarul Kalam di sebuah tanah bumi bertuah adalah seorang hamba Allah ini menangis siang dan malam keseorangan dalam kesedihan yang amat. Adapun ia ini gelorat-geloroh bagai cacing kepanasan apabila ia mengingatkan sesuatu pekara yang dilupakan olehnya secara tidak sengaja. Maka apabila tidak tertahan lagi perasaannya habislah air matanya berderai tanpa henti mengucapkan astagfirullahalazim.

 

Apa pun suatu hari hamba Allah ini didatangi oleh seorang tua berbongkok mengucapkan salam kepadanya tatkala orang itu terlihat ia dalam keadaan lampas lagi berlinangan air mata di tepian pantai. Orang itu hairan lalu bertanyalah kepada ia, “Hai hamba Allah, apakah kamu bersedih ini terhilangkan ahli saudaramu yang kembali ke pangkuan-Nya?”

 

“Tidak,” dalam sedu-sedan ia menjawab, “Tidak wahai saudara se-Islamku. Sesungguhnya aku menjadi sekian akibat mengabaikan hubunganku dengan sahabat baikku. Tidaklah sanggup aku melupakan keadaannya walaupun kami jauh terpisah di perantauan. Namun apa yang berlaku adalah aku melupai hari kelahiran sahabatku yang jatuh pada hari yang lalu dan kerana itulah hatiku tidak keruan mengingatkan dosaku yang kepadanya. Wahai saudara yang bijaksana, apakah patut aku lakukan sedangkan kami jarang bertemu akibat terikat dengan pekerjaan kami?”

 

Mendengarkan pertanyaan hamba Allah itu, ada pun tersenyum orang tua itu di hadapannya. Ia pun kemudiannya mengusap lembut umbun kepala hamba Allah yang sedang meratapi kesalahannya itu lalu membisikkannya sedikit nasihat;

 

“Ada pun Rasul kita, Nabi terakhir kepada segala Nabi yang diutuskan-Nya pernah memberikan teladan kepada umatnya. Baginda menyuruh kita untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kepada saudara kita yang sayangi ketika ia berjauhan daripada kita. Maka Malikulmanan itu bakal menjawab doa kita dan para malaikat akan memayungi saudaramu itu sehinggalah habis hayatnya. Sesungguhnya doa yang membawa kebaikan untuk sahabatmu adalah sebaik-baik hadiah buatnya.”

 

Akan hamba Allah itu memahami nasihat yang diberikan kepadanya lalu segununglah perasaannya. Dipeluk dan diucapkannya terima kasih kepada orang tua itu untuk nasihatnya yang penuh dengan hikmah. Ada pun mulai saat itu bersegeralah ia mendoakan agar Ar-Rahman mengurniakan sahabatnya ketetapan iman, kecekalan hati, ketajaman minda dan semangat jihad untuk beribadat kepada Allah ada pun sahabatnya itu merantau kerana menuntut ilmu demi Allah jua.

 

Wallahualam....


A/N: First post, first attempt. Idea yang dicedok tapi ditukar bahasa. Harap maaf kalau cerita ini menyerupai nukilan lain~ 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) me 1st...awat pendek sgt..nice effort..nnt komen lg..bz sket rini..
  • 2) tunggu komen dari paktam. hehehe...

    memang benar-benar cerita pendek ni namun mesejnya jelas. ringkas dan penuh hikmah!
  • 3) sebabak. nice, unsur sufism yang jelas.
  • 4) erm..mesej jelas..atur cerita kemas. walau pendek tp padat..mungkin canaria leh try sendiri utk wat satu cerpen begini. skang ni pun byk dah citer2 pop islamic..mcm ayat-ayat cinta,nur kasih..apa salahnya mencuba.. hehe riri awat tunggu saya komenn plak..komen kamu la sy tunggu2 ni..
  • 5) hehe cerita pendek dan ringkas begini.
    teringat cerita pasal hamba dengan malaikat pencabut nyawa di pasar baghdad. lebih kurang length begini.

  • (Penulis)
    6) Waa... x sangka rmi yg reviu~
    Sbnrnya cerita pendek nie utk hadiah besday bestfriend sy kat SBP, idea spontan sekilas muncul masa terlupa nak wish hari sebelumnya... byk sgt hmwk skolah XD
    Apa2pun, tengkiu sbb beri komen~

Cerpen-cerpen lain nukilan Canaria

Read all stories by Canaria
No stories.