Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Serpihan mimpi [1]

 

Manusia mempunyai pelbagai cara dalam memperoleh kejayaan. Ada yang datang sendiri - tanpa dipinta dan ada yang dengan usaha sendiri. Dalam situasiku, kejayaan itu tidak datang secara bergolek sendiri tetapi aku sendiri yang menggolekkannya.

Namun yang pasti setiap kejayaan itu ada permulaannya. Di sini, aku tidak mahu terus menceritakan permulaannya atas sebab-sebab tertentu. Pengakhirannya lebih sesuai kuceritakan kini.

Pengakhirannya begini:

Aku duduk melutut sambil tangan memegang kepala yang masih berdarah. Sakitnya bukan kepalang. Dikatuk dengan belantan keras hampir-hampir memutuskan detak jantungku. Glen dan Kim masih setia di sisiku. Glen memapahku untuk bangun kembali sementara Kim melilau melihat keadaan sekeliling.

"Kamu masih kuat?" Soal Kim kepadaku. Matanya masih melilau ke kiri dan kanan.

"Hei, aku kan hero. Hero sentiasa kuat." Aku melemparkan secubit senyuman kepada Kim. Punya sahabat yang sentiasa mengambil berat akan diri mengenakkan hatiku kendatipun dalam situasi hidup atau mati kini.

"Kalau begitu, kita teruskan perjalan." Kali ini Glen pula yang bersuara. Serius. Aku segera menggagahkan diri untuk terus melangkah, memberikan isyarat kepada Glen untuk melepaskan papahannya. Saat ini, keselamatan ketiga-tiga kami yang menjadi keutamaan. Makanya, aku harus kuat demi Kin dan Glen.

Tiba-tiba, 3 buah Hummer mengejar kami dari arah belakang. Tanpa membuang masa, segera kami berlari. Namun, kudrat kami tidak mampu menandingi kekuatan ketiga-tiga Hummer tersebut. Kami segera dikepung dan beberapa lelaki bertubuh agam keluar dari Hummer-Hummer dengan belantan keras tergenggam di tangan masing-masing. Kami tidak takut tetapi agak kaget. Bertarung dengan bilangan seramai ini - 9 orang - bisa menghauskan tenaga yang memang sudah lemah.

kami - Aku, Kim dan Glen - berpandangan antara satu sama lain. Segenap tenaga kami salurkan ke arah tangan dan kaki yang akan kami gunakan sebagai penumbuk dan penerajang sebentar lagi.

Aku mencari ruang dan melompat ke sebelah kanan sementara Kim ke sebelah kiri. Glen pula statik pada tempatnya berdiri. Ini memang strategi kami - mengecilkan kumpulan pihak lawan. Hasilnya, kesemua lelaki - yang keluar dari Hummer tadi - berpecah kepada tiga kumpulan dan mengepung kami pada tiga sudut yang berbeza.

Aku memperkukuhkan kekuda dan mula melarik bunga silat. Tiga lelaki yang mengepung aku juga bersiap-sedia dengan belantan mereka. Aku menunggu mereka memulakan serangan. Dengan begini, pertarungan menjadi lebih mudah. Aku hanya perlu menunggu serangan dan mematahkan balikkannya. Salah seorang daripada mereka tidak sabar-sabar dan terus menghayunkan belantanya dari arah kanan. Cepat-cepat aku merunduk separas pinggangnya dan berkira-kira untuk membalas serangan. Secara teorinya, apakala serangan dimulai dari arah kanan, makanya sejumlah besar tenaga tertumpu ke arah kiri. Pada ketika ini, bahagian kanan tubuh akan menjadi lemah. Tanpa membuang masa, segera aku menghayunkan kaki kiriku kuat dan tepat ke betisnya. Dia rebah. Kukira dia sudah tidak bermaya untuk bangkit kembali. Tulang kakinya sudah patah.

Belum sempat aku menghela nafas, serangan seterusnya menyusul dari lelaki kedua. Dia membalingkan belantannya ke arahku. Cepat-cepat aku mengelak dan berlari mendapatkan batang tubuhnya. Dia tidak sempat bersedia apa-apa. Terus-terusan aku menhujankan tumbukan ke atas dadanya. Dada merupakan bahagian tubuh paling keras tetapi paling dalam kesannya jikalau diserang. Seperti lelaki pertama tadi, dia juga rebah ke tanah dan tidak bangkit-bangkit lagi. Aku terus bersedia untuk menerima buah penangan dari lelaki ketiga. Orangnya bertubuh sedikit gempal dan sasa. Dia hanya bertangan kosong.

Tiba-tiba, lelaki ketiga itu melompat ke arahku dan dengan lajunya terus mengenakan satu tumbukan ke arah kepalaku. Badanku terhuyung hayang dan kepalaku berpinar-pinar. Pada tika itulah, memoriku berputar kembali kepada permulaan kepada segala-galanya yang terjadi hari ini.

 

Bersambung...

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) Ditulis sempena mimpi semalam. Ditulis agak tergesa-gesa. Takut tidak ingat.
  • 2) super duper menarik. cepat2 sambung ye? eheheh
  • 3) ceh bersambung..baru rasa perasaan pembaca bila tga sedap layan tetiba bersambung..kuikuikui..

  • (Penulis)
    4) Bersambung esok. Ni dah kira laju. Kalau tak, kena tunggu minggu depan. Macam drama Nur Kasih tu...Kahkah.
  • 5) huu..dari mimpi seyh
  • 6) menarik!
    hehehe..
  • 7) tidak sabar tunggu sambungannya...
  • 8) menarik...
    berjaya mengagar emosi tika membacanya
    nukilan detail sesi pertarungan pun jelas dan cantik
    menanti sambungannya

Cerpen-cerpen lain nukilan indra0579

Read all stories by indra0579
No stories.