Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Perempuan Yang Mencari Cinta Di Bawah Jambatan

 

Ini cerita seorang perempuan. Sabrina. Namanya Sabrina. Semasa kecil, perempuan ini sering ditinggalkan sendirian di rumah oleh ibunya.

Ke mana, dia bertanya ibunya. Ibu nak ke mana?

Ke bawah jambatan, jawab ibunya.

Ibu ke bawah jambatan kenapa, dia bertanya.

Ibu mahu mencari cinta.

Waktu itu Sabrina sangka cinta adalah seekor ikan. Dia membayangkan seekor ikan emas. Ikan emas yang bertatahkan berlian. Dia bayangkan seekor ikan yang berenang-renang riang, memancarkan sinarnya dalam keruh air sungai di bawah jambatan. Ikan ini bawa keriangan warna-warna pelangi pada penghuni di bawah jambatan.

Dan satu hari, ibu Sabrina keluar dari rumah, meninggalkannya seperti biasa, dan langsung hilang. Dari hari ke hari Sabrina menunggu, ibunya terus hilang. 

Itu dulu.

Tapi. Tapi hari ini pun, Sabrina masih tidak faham apa itu cinta. Lalu tiap kali, bila ada masa lapang, dia akan mencari jambatan.  Dia mahu mencari cinta di bawah jambatan, kerana dia yakin, jika dia dapat temui cinta di bawa jambatan, dia juga akan temui ibunya.

Tiap bandar yang dia lalui. Dia daerah yang dia terokai. Tiap negara yang pernah dia huni, Hanya satu jadi tumpuannya. Jambatan. Yang merentas sungai. Yang merentas selat. Yang Merentas tasik. Yang panjang. Yang pendek. Yang lebar. Yang sempit.

Tapi tahun demi tahun dia tak ketemu apa yang dia cari. 

Hinggalah satu hari. 

Di negara X. Di bawah jambatan yang tidak panjang, tidak pendek, tidak lebar, tidak sempit. Di bawah jambatan yang menonjol hanya kerana ia terlalu ordinari. 

Di bawah jambatan itu, Sabrina berjumpa sesuatu, 

bukan cinta, 

tapi sesuatu...


[Bersambung...]

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ler...sambung pulak
  • 2) rasa2nya yg dia jumpa bawah jambatan tuh ya? dia jumpa mak dia ke? jumpa ikan emas?

    kenapa sy baca cerita ni macam satira?
  • 3) terkesima sebentar. tidak apa, tunggu sambungannya...
  • 4) wah,ade sambungan plak..
    tguuuu...
  • 5) ceh..ni xpuas hati ni..aku tau dia jumpe ape...jumpe jambatan la..xpun jabatan di bwh jambatan..

  • (Penulis)
    6) Terima kasih pada yang membaca
  • 7) selamat berkarya mustapa
    hehe. nakal ni tulisannya.
    ni boleh jadi clan kurusawa.
  • 8) dia berjumpa dengan seorang penggali kubur yang sedang mengkukur nyior..
  • 9) hahaha...dan penggali kubur itu menukar karieernye sebagai usahawan santan yang berjaya...yeah....
  • 10) Fuh...apa yg dia jpa? Xd sambungan pn..dah 2thn ni :-)

  • (Penulis)
    11) Cerita ini tiada penghabisannya kerana saya sedang sibuk menulis novel berjudul Kuala Lumpur, Aku Ok. Ini trelernya http://www.youtube.com/watch?v=8UnRKC785tE

Cerpen-cerpen lain nukilan mustapa

Read all stories by mustapa