Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

Perempuan Yang Mencari Cinta Di Bawah Jambatan

Cerpen sebelumnya:
Mahar buat isteri
Cerpen selanjutnya:
Surat Cinta Threasia

Ini cerita seorang perempuan. Sabrina. Namanya Sabrina. Semasa kecil, perempuan ini sering ditinggalkan sendirian di rumah oleh ibunya.

Ke mana, dia bertanya ibunya. Ibu nak ke mana?

Ke bawah jambatan, jawab ibunya.

Ibu ke bawah jambatan kenapa, dia bertanya.

Ibu mahu mencari cinta.

Waktu itu Sabrina sangka cinta adalah seekor ikan. Dia membayangkan seekor ikan emas. Ikan emas yang bertatahkan berlian. Dia bayangkan seekor ikan yang berenang-renang riang, memancarkan sinarnya dalam keruh air sungai di bawah jambatan. Ikan ini bawa keriangan warna-warna pelangi pada penghuni di bawah jambatan.

Dan satu hari, ibu Sabrina keluar dari rumah, meninggalkannya seperti biasa, dan langsung hilang. Dari hari ke hari Sabrina menunggu, ibunya terus hilang. 

Itu dulu.

Tapi. Tapi hari ini pun, Sabrina masih tidak faham apa itu cinta. Lalu tiap kali, bila ada masa lapang, dia akan mencari jambatan.  Dia mahu mencari cinta di bawah jambatan, kerana dia yakin, jika dia dapat temui cinta di bawa jambatan, dia juga akan temui ibunya.

Tiap bandar yang dia lalui. Dia daerah yang dia terokai. Tiap negara yang pernah dia huni, Hanya satu jadi tumpuannya. Jambatan. Yang merentas sungai. Yang merentas selat. Yang Merentas tasik. Yang panjang. Yang pendek. Yang lebar. Yang sempit.

Tapi tahun demi tahun dia tak ketemu apa yang dia cari. 

Hinggalah satu hari. 

Di negara X. Di bawah jambatan yang tidak panjang, tidak pendek, tidak lebar, tidak sempit. Di bawah jambatan yang menonjol hanya kerana ia terlalu ordinari. 

Di bawah jambatan itu, Sabrina berjumpa sesuatu, 

bukan cinta, 

tapi sesuatu...


[Bersambung...]

 

Cerpen sebelumnya:
Mahar buat isteri
Cerpen selanjutnya:
Surat Cinta Threasia

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.0
4 Penilai

Info penulis
Kapasitor rocks!
mustapa | Jadikan mustapa rakan anda | Hantar Mesej kepada mustapa

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya mustapa
Zack dan Sara | 2585 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

11 Komen dalam karya Perempuan Yang Mencari Cinta Di Bawah Jambatan
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik