Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Zack dan Sara

 

Sara suka Zack. Tapi Zack tak suka Sara.

Jadi, satu hari, Sara letak racun tikus dalam setin Coke, dan berikan coke tu pada Zack. Zack minum, mampus. Mula-mula Sara rasa macam nak menangis, dan ya, tak boleh dinafikan, setitis dua air mata mengalir membasahi pipi Sara. Tapi dalam miliseken momen antara air mata di pipi Sara bergenang dan mengalir di pipinya, Sara dapat ilham.

Sara tahu macamana nak buat Zack sukakan Sara.

Lalu Sara pun heret mayat Zack ke tempat pelupusan sampah dan bakar mayat Zack jadi abu. Kemudian Sara ambil alih identiti Zack. 

Sara pakai pakaian Zack. Sara duduk di flat Zack. Sara ambil alih kerja Zack sebagai penjual insurans.

Tak ada siapa syak Zack kini Sara. Entah kenapa, mungkin kerana tuntutan cerita.

Apapun, selang beberapa bulan lepas Sara jadi Zack, Sara/Zack berjumpa dengan seorang gadis bernama Sara. Mula-mula Sara/Zack jual insurans saja pada Sara, sepurnama dua kemudian, hubungan mereka menjadi rapat lalu menjadi mesra.  Akhirnya Sara dan Sara Zack sama-sama jatuh cinta.

Kini impian Sara sudah tercapai.

Sara suka Zack. Dan Zack pun suka Sara.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) adeh...tgu komen org len dulu la..
  • 2) ini surreal ni..
  • 3) ok...sgt suka
    mmg surreal
  • 4) datang membaca

  • (Penulis)
    5) Ya, saya punya tulisan ni. Pakai nama lain. Saja-saja suka letak kat sini (kalau tak percaya contact kat facebook atau email

    p.s. boleh padam tak mesej?
  • 6) Baiklah, komen sudah dipadam.

    Jadi ini Sufian Abas? Pelik, kenapa jadi Mustapa di sini? Apapun, semoga maju jaya!
  • 7) pehhh
    haha. saiko juga cerita ni.
    eh surreal tu apa ah?

Cerpen-cerpen lain nukilan mustapa

Read all stories by mustapa