Ayat-ayat benci

 

Buat ayat dari perkataan - perkataan di bawah:

 

1. Ditendang

Cikgu Ali ditendang oleh Cikgu Manap.

 

2. Manap

Kenapa Cikgu Manap menendang Cikgu Ali?

 

3. Kenapa

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

 

4. Gastrik

Subatron mendapat Gastrik kerana Monitor komputernya yang berjenama Samtron meletup. "Pom!"

 

5. Pom

Pakcik Samtron berkata kepada muridnya, "Jamdol, perkataan untuk lelaki lembut ialah Pon-dan, bukan Pom-dan, faham?!"

 

6. Jamdol

Jam di tangan Jamdol menunjukkan sudah masuk waktu untuk menyidai kain.

 

7. Kain

Kain pelikat yang dipakai oleh cikgu Ali terkoyak di celah kangkang.

 

8. Binturong

Seekor Binturong telah masuk ke dalam lubang yang berada di celah kain cikgu Ali.

 

9.Dipinjam

Cikgu Ali memakai kain pelikat yang dipinjam dari cikgu Manap.

 

10. Dikarate

Binturong belaan cikgu Manap telah terguling-guling akibat dikarate oleh cikgu Ali di bahagian tulang tamparan nyamuk.

 

11. Dendam

Binturong ingin membalas dendam pada bulan depan.

 

Nantikan episod "Dendam Binturong di Pawagam" di kaca TV mertua anda.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1)
  • 2) ayt kelakar adelah. nape lak ayt benci? hehehe

  • (Penulis)
    3) mesti benci kan bila membacanya?
  • 4) hahaha.. apa kejadah ni? benci tau!..

  • (Penulis)
    5) jadi..soalan no.3 sudah terjawab kan?
  • 6) haha...teringat zaman skolah kena bina ayat..mmg benci la..
  • 7) ohoho... menghiburkan...
    buatlah cerita ayat-ayat mengayat pula. hehehe...
  • 8) datang membaca...
    ya mari nantikan!
  • 9) kelakar sangat ni cikgu manap membela binturong
    )
  • 10) binturong?
    apekah?
  • 11) apasal aku pun guna style ni utk reka cerita...hahaha!
  • 12) kenapa Cikgu Ali yang semestinya memakai kain Cikgu Manap yang
    -tersensor- di celah -sensor- dan dimasuki binturang yang sesungguhnya haiwan atau apakah itu.....perutku menjerit sadis membaca ayat yang sesungguhnya mmg membencikan ini..


    Akhir kata: ades
  • 13) huhu.sume ayat tu ade relate lak..
  • 14) hohoho baru bace! memang benci!

  • (Penulis)
    15) Nia: baru baca? Benci tau!

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa