Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Underneath the umbrella

Cerpen sebelumnya:
Pungguk, Pelangi dan Ombak
Cerpen selanjutnya:
Membongkar Sedetik Makna

"You..."

"Ye..?"

"Hari ni you balik macam mana?"

"I naik bas lah, macam biasa."

"I teman you boleh?"

"My pleasure."

"No, the pleasure is mine. I'll wait down your office around 6 okay?"

"Okay, dah sampai nanti let me know tau. See ya."

Jam tangan gua sudah hampir jam 6 petang, tapi sebenarnya jam gua cepat sepuluh minit dari waktu masihi, konon-konon nak saiko diri sendiri lah sepuluh minit awal. Banyak kali gagal juga. Oke, ada sepuluh minit lagi nak siapkan surat-surat rasmi ni. Gua perah tenaga-tenaga terakhir nak siapkan kerja sebelum jam 6 berdenting.

Siap! Gua tengok jam dekat skrin komputer, 6.01 PM. Caya lah.

"You.. I dah nak gerak pergi ofis you ni. See you in about 10 minutes okay?"

"Okay, I nak kunci ofis kejap. See you downstairs."

Gua pun turun daripada ofis.

Hujan. Alamak.

"You, hujan lah. Kat ofis you ada payung tak?"

"Tak ada lah you. Tak apa lah, kita redah aja."

"You, kalau nak romantik-romantik pun, basah kuyup kejap lagi."

"Mengada."

Gua berjalan bawah hujan renyai-renyai. Tak boleh jadi ni, nanti demam pula hujan-hujan macam ni.

Gua pantas melangkah ke kedai alat tulis Jasema yang gua dah nampak papan tanda dari jauh lagi. Mamak punya bisnes mesti nak lambang besar-besar, dasar Hindustan.

"Macha, payung ada jual?"

"Sana belakang boss.", sambil dia tunjuk arah belakang ceruk kedai dia.

Celaka, kau tindas payung letak kat belakang kedai kau. Yang kat depan ni semua kau letak majalah-majalah gambar perempuan pakai seluar dalam baring tepi kolam lah, majalah Mangga tak bertamadun lah, apa lah, getas hati gua. Lantak lah, lu punya kedai, gua apa peduli.

Gua sambar payung yang paling kecil boleh muat dalam poket, bayar kat mamak tu lepas tu gua melangkah pantas.

Truut... Truut... (sms)

"You, macam lebat aja hujan ni." Gua tak reply.

He he he, gua dah cakap. Nasib baik gua sudah beli itu payung.

Sampai. Senyum lebar gua nampak buah hati. Rasa nak lari kuat-kuat, lompat, peluk. Tapi bila gua bayangkan balik tindakan tu, gua rasa mungking patah riuk dia nanti. Gua tangguhkan dulu niat tu.

"Hai...", gua sengih-sengih tak tentu pasal. Biasalah, nervous beb. Ya Allah mata dia cantiknya...

"Hai. Hujan lah, tapi tak apa kita jalan aja lah ye.."

"I tak kisah. I bawa payung. You lah jalan dalam hujan, you tak kisah ke?"

"You tak nak kongsi payung you dengan I ke?", dia buat-buat muka merajuk manja.

Yes! Memang sengaja gua beli payung paling kecil kat kedai mamak tu, satu sebab boleh letak dalam poket macam gua cakap tadi, dua sebab baru lah boleh jalan rapat-rapat dalam hujan. Pehh memang terbaik idea gua.

"Ha ha ha I gurau aja. Mestilah nak kongsi dengan you.. Apa lah you ni.", dalam hati gua ada bunga api. Tapi gua tak tahu lah bunga api boleh menyala dalam hujan atau tak.

Kitaorang pun jalan bawah payung, berpegangan tangan, dalam hujan. Sumpah gua tak pernah buat lagi benda tu, kira sebelum ni gua virgin lagi lah bab jalan bawah payung dengan gadis waktu hujan.

Dalam hati ada taman bunga dan bunga api meletup-letup...




Dem yuh!

http://demyuh.blogspot.com

Cerpen sebelumnya:
Pungguk, Pelangi dan Ombak
Cerpen selanjutnya:
Membongkar Sedetik Makna

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
2.5
2 Penilai

Info penulis

Budak Nakal

I am a labor of love, a bender of rules.
fadly | Jadikan fadly rakan anda | Hantar Mesej kepada fadly

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya fadly
The Feelings That Once, Existed. | 3691 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

4 Komen dalam karya Underneath the umbrella
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik