Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Kompatabiliti

Cerpen sebelumnya:
Potret Kasih Ficus Deltoidea Untuk Abang
Cerpen selanjutnya:
Antara cinta dan persahabatan


Kisahnya begini. Ketika sedang minum teh petang bersama rakan-rakan mereka,  Juli berkata : “Kami ditakdirkan bersama selama-lamanya. Kami akan meningkat tua bersama, susah bersama, senang bersama, membesarkan anak bersama.” Juli memandang Rumi. Rumi membalas dengan senyuman. “Malah kami akan menggemuk buncit bersama.”

Kemudian seorang rakan mereka bertanya: “Jadi kamu kata, kamu memang telah tercipta sejak dalam rahim untuk bersama? Selama-lamanya?”

“Tentulah! Malah kalau kau uji darah kami ini, aku jamin kami memang serasi!” balas Juli.

“Ah. Kau baru saja beri aku idea,” kata rakannya itu tadi. Kebetulan rakannya seorang doktor pakar genetik dan penyakit saka, yang kebetulan pada petang itu telah terbawa satu kotak kit mengambil sampel darah di bonet keretanya.

Itu kisah 2 minggu lepas, ketika Rumi dan Juli sedang minum petang bersama rakan mereka membincangkan rancangan pernikahan mereka.

Beberapa jam  lepas rakannya seorang doktor itu mengkhabarkan Rumi melalui telefon, bahawa mereka  (Juli dan Rumi) merupakan pembawa penyakit genetik yang aneh. Jika anak mereka tidak dilahirkan buta, mereka akan bisu atau pekak atau gila. Tiada ubat atau teknik pencegahan boleh mencegah atau mengubati penyakit berkenaan.

“ Ah, patutkah aku beri tahu semua ni kat kau?” kata rakannya doktor itu setelah menerangkan segala risiko pasangan pembawa.

Rumi matikan talian telefon terus.

Pada hari pernikahan mereka, Juli perasan akan ketiadaan doktor itu. Kata Rumi dia terlalu sibuk, perlu berkonferen sampai ke amerika.

“Dan dia tak ucapkan apa-apa pun untuk kita? Tiada pesanan apa pun?”

“Tak. Tak ada.”

Juli lihat orang-orang kampung dan kenalan mereka dari meja bersantap mereka. Dia tersenyum. Hari ini adalah hari paling bahagia dalam hidupnya. Kemudian dia menggenggam tangan Rumi. Katanya, “ anak kita nanti pasti akan comel-comel. Bijak. Hebat bersukan. Jadi ahli perniagaan dan seorang doktor!”

Rumi cuba mengukir senyuman. “Ya,” balasnya ringkas.


Cerpen sebelumnya:
Potret Kasih Ficus Deltoidea Untuk Abang
Cerpen selanjutnya:
Antara cinta dan persahabatan

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.3
4 Penilai

Info penulis

kepalakotak

Suka menulis. Masih belajar nak gunakan kapasitor ni.
kpalakotak | Jadikan kpalakotak rakan anda | Hantar Mesej kepada kpalakotak

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya kpalakotak
Sepupu Muda Tuah | 2321 bacaan
Saya Sibuk | 154 bacaan
Lasman Singgah ke Kedai di Lorong Yang Tersisih Sedikit Daripada Jalan | 2666 bacaan
Lingkungan | 2373 bacaan
Memburu Ajaib | 1326 bacaan
Saya Nak Power!! | 2862 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

9 Komen dalam karya Kompatabiliti
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik