Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Antara cinta dan persahabatan

 

ANTARA CINTA DAN PERSAHABATAN

 

“Kenapa kau layan dia?” kata-kata Ema menikam ke lubuk hatiku. Aku mengerti perasaannya tapi aku tak sanggup mengorbankan perasaan sendiri.

“Kalau kau tak suka tak apa lah. Aku takkan layan dia lagi,” Hanya mulutku yang menuturkan kata-kata itu tapi hatiku keras membantah. Mana mungkin aku tinggalkan insan yang sering membuat aku tersenyum sendiri. Bukannya aku yang terhegeh-hegeh hendakkan dia. Dia yang datang mencari aku. Dia yang selalu mengganggu aku sehingga hati yang kosong ini terasa sudah ada penghuninya.

“Kau tak perlu cakap macam tu. Kau tipu aku,” luah Ema lagi. Ah, apa lagi yang  mampu aku katakan.

“Mula-mula memang aku tak sukakan dia. Aku anggap dia kawan je tapi dia yang layan aku baik sangat. Aku tak sampai hati nak reject dia,’’ aku cuba mempertahankan diriku.

“Ye la Alia. Kau bertuah sebab dia yang cari kau. Kau dah tahu aku suka dia tapi kau masih layan dia,’’ aku merenung muka Ema. Dia menguis nasi di pinggan yang tinggal separuh.

“Aku minta maaf kalau aku sakitkan hati kau,’’ aku tidak tahu apa lagi yang harus aku katakan. Aku tidak sanggup mengorbankan perasaan aku dan Farid. Sejak aku dikecewakan oleh Faizal, aku semakin menjauhkan diri dari lelaki. Senyuman Farid yang menampakkan lesung pipitnya menarik perhatianku. Walaupun Farid tidak pernah menyatakan perasaannya padaku tapi layanannya cukup baik. Aku rasa selesa berkomunikasi dengannya. Sejak kebelakangan ini, Farid sudah mula membahasakan dirinya ‘saya’. Layanannya yang baik membuatkan aku jatuh hati padanya.

“Ikut suka kau lah Alia. Aku tak nak tahu apa-apa dah. Dari dulu lagi orang yang aku suka mesti jadi hak orang lain,’’ suaranya semakin perlahan. Mungkin dia kecewa tapi apa yang boleh aku lakukan. Tidak mungkin aku boleh memaksa Farid untuk sukakan Ema.

 

 

 

            “Wany, aku jumpa abang senior handsome dalam bas tadi,’’ aku memberitahu kepada roommateku sebaik sahaja aku melangkah masuk ke bilik.

            “Siapa? Budak mana?’’ Tanya Wany inginkan cerita lanjut. Beginilah hidup kami. Saling berkongsi cerita, suka atau duka. Bertuah aku dapat roommate macam dia.

            “Nama dia Farid. Aku nampak kad matrik dia. Budak kolej Ungku Omar,” kataku sambil menanggalkan tudung di kepala. Rimas rasanya berjam-jam memakai tudung tapi apakan daya sejak kecil lagi aku dididik untuk memakai tudung,menutup aurat la katakan.

            “So kau buat apa?’’ tanya Wany sambil melabuhkan punggungnya ke atas tilam empukku.

            “Nak buat apa? Pandang dan senyum je la,’’ aku turut serta melabuhkan punggung di atas katilku, mencapai teddy bearku dan bersandar di dinding sambil mengingati semula saat-saat bertemu dengan Farid tadi.

            “Kau bukan ke berani nak approach lelaki. Kenapa kau tak minta nombor handphone dia?’’ kata Wany dan terus bangun menuju ke meja belajarnya. Mungkin sudah bosan mendengar ceritaku.

            “Gila ke nak minta nombor dia depan orang ramai. Maunya dia tak nak bagi, buat malu aku je,’’ kataku sedikit menjerit.

            “Eleh kau, selalu berani sangat,” peril Wany sambil menekan kalkulator untuk membuat pengiraan Matematiknya.

            “Berani ikut tempat la. Tengok la nanti kalau jumpa lagi sekali aku minta la,’’ aku sudah mula duduk di meja belajar, mencapai buku matematikku.

            “Dah la malas nak layan kau. Angau la tu. Senyum je manjang,’’ aku ketawa mngekek mendengar omelan Wany. Bilikku kembali sunyi. Masing-masing menumpukan perhatian pada buku Matematik untuk menyiapkan assignment yang perlu dihantar esok. Cuma sekali sekala terdengar suara kecil Wany mengalunkan lagu mengikut irama yang didengar melalui handfree yang dipasang pada handphonenya.

            Setelah bosan mengadap buku berjam-jam, aku mula membuka laptopku. Bersedia untuk online dan berchatting dengan kawan-kawan aku yang ketagih online. 24 jam online. Zaman sekarang ni dah bermacam  laman perkenalan yang ada. Friendster, Myspace, Twitter dan macam-macam lagi. Yang paling terbaru Facebook. Aku juga tidak ketinggalan dengan semua ini.

            Aku membuka laman Facebook ku. Aku memulakan tugasku memberi komen pada setiap status kawan-kawanku. Macam-macam status mereka post dalam ni sampai benda yang tidak sepatutnya pun mereka post juga. Pelbagai kerenahlah manusia zaman sekarang ni. Tiba-tiba aku teringatkan Farid. Aku terus mencari laman Facebook nya dalam friend list kawan-kawan aku yang sedia ada. Ya…..akhirnya aku jumpa dia.

            “Wany!!!!!!” jeritku sekuat hati memanggil Wany yang leka menyumbat telinga mendengar lagu-lagu yang menyakitkan telinga. Tak takut pekak agaknya budak ni.

            “Woit, apa?” Wany menjerit padaku semula sambil menanggalkan benda yang menyumbat telinganya.

            “Aku nak add facebook dia,” kataku kegembiraan.

            “Add je la. Kecoh betullah kau ni. Malaslah aku nak layan kau,’’ aku ketawa melihat muka Wany yang bengang dengan aku. Angau ke aku? Lantas aku menekan butang “add friend’’ menggunakan tetikus kecilku.

 

 

 

            Sebulan berlalu namun aku tidak bertemu dengan Farid lagi. Mungkin dia sibuk seperti aku yang juga sibuk dengan bermacam-macam aktiviti kolej. Walaupun satu fakulti, aku tetap juga tidak bertemu dia di mana-mana. Dah ghaib ke dia. Kalau dah ghaib rugilah aku. Tidak sempat berkenalan dengan dia. Inilah satu kelebihan aku, aku berani mendekati lelaki dan memulakan salam perkenalan walaupun berjumpa untuk pertama kali. Aku sendiri tidak tahu dari mana datangnya keberanian itu. Kalau berdasarkan rupa paras, aku ni tak lah cantik pun. Comel sikit tu adalah, sedap mata memandang. Puji diri sendiri pula.

            Oleh kerana kelas aku pada waktu itu batal, aku meluangkan masa di makmal komputer untuk online. Seperti biasa aku membuka laman Facebook yang tengah hangat sekarang ini. Melihatkan notifications aku yang berderet-deret aku terus menggerakkan jari jemariku pada keyboard komputer untuk membalas komen-komen.

            Tidakku sangka, jejaka yang kucari selama ini juga tengah online. Yang lebih menggembirakan aku, dia memberi sedikit komen pada status yang baru seminit aku post. Senyumku makin meleret apabila kami saling berbalas komen. Sejak dari itu lah aku dapat berkomunikasi dengannya. Kadang kala ketika aku tidak bersemangat untuk belajar, dia memberikan kata-kata semangat. Hubungan kami semakin mesra walaupun hanya melalui komputer.

 

 

            “Alia, kau dengan Farid tu ada apa-apa hubungan ke? Ayat mesra semacam je dalam Facebook,’’ aku tidak tahu kenapa tiba-tiba Ema menimbulkan hal itu. Ini bermakna dia baca setiap status aku yang Farid komen.

            “Takde apa-apa lah. Kawan je. Kenapa tiba-tiba kau tanya ni?’’ aku cuba mengawal perasaanku. Aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

            “Kalau takde apa-apa bagus la,’’ kata Ema ringkas tapi kata-kata itu merunsingkan aku.

            “Kenapa kau cakap macam tu?’’ aku inginkan kepastian.

            “Aku nak bagitahu kau yang aku dah lama minat kat Farid tu. Aku harap kau takkan rampas dia dari aku,’’ sesungguhnya aku terkejut dan agak kecewa dengan pengakuan itu. Aku tidak tahu apa yang patut aku katakan.

 

            Sampai sahaja di bilik, aku terus mencampakkan tubuhku ke atas katil. Aku tidak ada mood untuk bercakap dengan sesiapa. Wany yang melihat keadaan aku mambiarkan sahaja aku melayani perasaan sendirian. Dia tahu aku perlukan ruang. Aku berbaring tanpa menukar baju, aku hanya menanggalkan tudung dan stokin sahaja. Aku masih teringat kata-kata Ema tadi. Apa yang perlu aku lakukan. Patut ke aku memutuskan hubungan aku dan Farid yang semakin mesra walaupun kami bukan pasangan kekasih. Kalau ikutkan kata hati, aku ingin meneruskan sahaja hubungan yang tak diiktiraf ni tapi macam mana pula dengan Ema. Kerana seorang lelaki, tak pasal-pasal aku gaduh dengan dia nanti. Apa jalan yang terbaik agaknya. Aku rasa lebih baik aku minta pendapat Wany.

            Aku bingkas bangun dari pembaringanku. Aku melihat Wany khusyuk sungguh mentap buku Kimia di depannya. Tidak sampai hati pula nak menggangu. Ah, lebih baik aku pergi mandi dulu. Penat menumpukan perhatian dalam kelas tadi pun tak hilang lagi. Aku mencapai tuala dan peralatan mandiku dan terus menuju ke bilik mandi.

            Usai mandi dan solat, aku duduk di meja belajar untuk mengulangkaji apa yang aku pelajari dalam kelas tadi. Aku cuba untuk fokus tapi fikiranku jauh melayang mengingati kata-kata Ema. Aku perlu selesaikan perkara ini  sebelum final exam, kalau tidak sudah tentu aku tidak boleh fokus untuk study.

            “Alia, kau kenapa? Asyik diam je dari balik tadi. Ada masalah ke?’’ tegur Wany sambil mengurut bahuku. Ni yang sayang kat roommate aku seorang ni.

            “Ni la yang aku nak cerita kat kau ni. Petang tadi, Ema cakap kat aku yang dia sukakan Farid. Aku tak tahu nak buat apa. Takkan aku nak undur diri,’’ terangku secara ringkas.

            “Alia, kau yang kenal dia dulukan. Ema tu bukan kenal Farid pun walaupun diorang satu kolej. Lagipun Farid tu layan kau elok je takkan kau nak sakitkan hati dia. Jangan korbankan perasaan kau untuk orang lain. Dia yang patut undur diri sebab dia belum kenal Farid tu lagi. Kau fikir macam ni je, siapa cepat dia yang dapat,’’ panjang nasihat Wany. Aku rasakan ada benar juga kata-kata dia.

            “Tapi Wany, aku tak nak la nanti sebab hal ni aku dan Ema jadi renggang. Aku sayang persahabatan ni,’’ aku sudah menjadi semakin risau dengan keadaan ni.

            “Kalau Ema sayangkan persahabatan korang, dia yang patut faham keadaan ni. Kau yang kenal Farid dulukan. Dah la Alia, jangan difikirkan sangat. Nanti lama kelamaan Ema akan dapat juga terima hakikat yang Farid tu milik kau,’’ aku menerima segala pendapat Wany. Aku pun harap yang Ema akan dapat terima hakikat ini.

 

 

            Suatu petang yang indah. Indah sebab baru lepas hujan. Tak panas, ada angin. Farid ingin berjumpa denganku di foodcourt. Ketika aku sampai di foodcourt, Farid sudah sampai dahulu. Dia memilih tempat duduk yang agak tersorok. Sebelum itu, aku membeli segelas air kelapa untuk aku minum sambil berbual dengannya.  Apalah agaknya yang ingin Farid sampaikan hari ini sehinggakan beriya benar nak jumpa aku petang ni juga.

            Setelah membuat pembayaran, aku mengambil dan membawa gelas berisi air kelapa itu menuju ke meja yang telah di duduki oleh Farid.

            “Sorry, lambat. Dah lama ke tunggu?” aku mengambil tempat duduk di hadapannya. Dia memandangku dengan senyuman. Aduh, ni yang buat aku tak boleh tidur malam ni. Dia senyum comel sangat ditambah pula dengan lekuk kesung pipit dia tu.

            “It’s ok. Tak la lama sangat. Saya pun baru sampai masa awak sampai tadi,” ayat macam nak ambil hati aku je. Baik sangat la dia ni. Kalau dah sayang datang lambat pun tak kisah.

            “Ada apa awak nak jumpa saya petang ni?” aku tidak sabar untuk mengetahui butir bicara seterusnya. Aku menghirup air di hadapanku.

            “Alia, saya dah lama sukakan awak sejak kita terserempak dalam bas dulu. Saya tak sangka yang awak akan balas komen-komen saya. Sejak tu kita jadi rapat kan dan hari ini saya nak awak tahu yang saya sayangkan awak,” aku terkedu mendengar kata-kata luahan hati Farid. Adakah aku di alam mimpi. Aku dapat rasakan darahku mengalir ke muka kerana menahan malu. Untuk pertama kali seorang lelaki meluahkan perasaan face to face padaku. Aku tidak tahu apa yang patut aku katakana padanya.

            “Saya tak paksa awak untuk terima saya tapi percayalah saya akan setia dengan awak. Awak ambil lah masa dan fikirlah dulu, saya tak kisah tapi saya harap awak dapat bagi saya peluang untuk jadi teman hidup awak,” Farid meneruskan kata-katanya apabila melihat aku tidak  memberi respon apa-apa.

            “Bagi la saya masa dulu. Nanti saya bagitahu jawapannya,” hanya itu yang mampu aku katakan. Inilah masa yang aku tunggu sebenarnya tapi aku tidak tahu jawapan apa yang harus aku berikan. Kalau aku menerimanya, bagaimana tanggapan Ema padaku nanti tapi sanggupkah aku melukakan hati Farid.

 

 

            Seminggu sudah berlalu pergi, aku masih belum memberikan apa-apa keputusan pada Farid dan selama itulah aku tidak menghubunginya sama ada dalam Facebook ataupun sms. Aku tahu hati aku merinduinya tapi aku perlu fikir betul-betul sebelum membuat keputusan.

            “Alia, kau dah bagi jawapan kat Farid?” tanya Wany ketika aku sibuk menyusun buku yang bersepah di atas meja.

            “Belum lagi. Aku tak tahu macam mana nak cakap kat dia,” kataku ringkas. Perlukah aku terus memendam perasaan ini.

            “Kalau dah sayang tu, terima je lah. Nanti kena kebas kat orang kau juga yang merana,’’ kata-kata itu menyakitkan hati aku. Aku tak sanggup kehilangan dia tapi aku tak sanggup juga kehilangan seorang kawan.

            “Ema macam mana?’’ aku memandang wajah Wany seperti seorang hamba yang menunggu arahan.

            “Kenapa kau ni bengong sangat. Biarkan je la dia tu. Satu hari dia akan fikir juga kenapa semua ni berlaku. Terpulang kat kau lah. Kesian farid sebab jatuh cinta kat orang macam kau,’’ aku tahu Wany perli aku. Hampeh punya kawan.

            “Wany, kalau aku nak bagi jawapan kat dia, nak jumpa ke atau hantar je sms?’’ tiba-tiba aku tanya soalan yang agak bodoh. Ini bukanlah pertama kali aku bercinta tapi aku sendiri tidak tahu kenapa aku terlalu bingung kali ini.

            “Jumpa la dia esok. Mesti dia rindu sangat kat kau,’’ Wany memberi cadangan.

            “Tapi takut kalau tunggu esok, aku dah ubah fikiran pula,’’ aku memandang Wany yang sedang menyapu bedak sejuk ke mukanya. Macam nenek tua dah rupanya.

            “Kalau macam tu sms je la dia cepat. Tu pun nak kena ajar ke,’’ semakin gasak Wany memerli aku yang semakin bengong ni hanya kerana dilema antara persahabatan dan cinta.

            Tanpa membuang masa, aku mengirimkan sms kepada Farid dengan ayat-ayat yang berbunga supaya dia gembira dengan jawapanku. Seminit selepas aku mengirimkan sms itu, aku menerima sms dari Farid. Sejak itu, kami telah diiktiraf sebagai pasangan kekasih yang baru melangkah ke alam percintaan. Namun begitu, aku masih risau dengan penerimaan Ema tentang berita ini.

 

 

            “Aku minta maaf Ema. Aku sayangkan dia tapi aku sayangkan kau juga. Aku tak nak kita gaduh kerana perkara ini. Tolonglah faham keadaan aku Ema,’’ aku cuba memujuk Ema. Dia seakan-akan merajuk dan tak ingin berbual denganku sejak 3 hari lepas setelah aku memberitahu tentang hubungan aku dan Farid yang sudah terikat.

            “Kau sengaja nak sakitkan hati aku kan,’’ aku sedih mendengar kata-kata itu.

            “Ema, aku dah tak tahu nak cakap apa dengan kau. Aku dah terangkan segala yang berlaku. Kalau kau memang dah tak nak kawan dengan aku takpe lah. Aku balik dulu,’’ itu saja yang mampu aku katakan. Sebaik sahaja aku melangkah setapak, Ema memanggilku.

            “Aku minta maaf. Sepatutnya aku faham keadaan kau. Kita kawan ea,’’ aku terharu mendengar ucapan yang keluar dari mulut itu. Tanpa dapat dikawal, aku memeluk Ema. Aku mendengar esak tangisnya. Ya, kini aku tahu dia mengorbankan perasaan dia untuk aku. Kejam kah aku kerana hanya memikirkan perasaan aku sahaja. Dari jauh, aku melihat Farid berjalan menuju ke arah kami. Aku meleraikan pelukanku.

            “Ema, saya minta maaf kalau saya melukakan hati awak tapi jujur saya katakan saya memang sayangkan Alia,’’ aku tidak sangka itu yang akan Farid katakan.

            “Takpe lah Farid. Saya tahu cinta tidak boleh dipaksa. Saya harap awak takkan kecewakan Alia,” kata-kata Ema membuatkan aku terharu.

            Kini, aku lebih bahagia dengan insan yang berada di sekelilingku. Kekasih yang selalu berada di sisi dan memberikan semangat serta sahabat yang sentiasa menasihati dan memahami. Aku bersyukur kerana aku tidak kehilangan salah seorang dari mereka, Farid atau Ema. Berakhirlah dilema aku antara cinta dan persahabatan.

           

 

numasura89

 

09.11.09 @ 2.40am

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) erm...
    ape lh ema ni, touching kn....
    heheheeh..
    klu xsilap pandang,rsenye ade tersalah ejaan,
    mentap = menatap
    cter ni best,bg kte pengajaran yg xsume yg kte nk akn jd milik kite,kdg2 kala memikirkan tntg org lain juga berhak adalah sesuatu yg terbaik..
    nice story..
    ok,nk jalan2 tmpt lain lak....
  • 2) tahniah namasura kerana akhirnya memulakan langkah pertama

    bagus ceritanya. jalan cerita pun agak uptodate dengan facebook bagai
    sayang juga karya yang dah digarap baik2 begini disisip istilah2 inggeris yg tak perlu. sebab dari niatnya saya mcm lihat namasura nak cuba menulis yang mengikut hukum.

    peratusan dialog dalam cerita sesuai. plot ada yang boleh dipotong dan diringkas. terlalu meleret sesetengah perincian. penceritaannya baik dan tersusun.

    saya menunggu karya yang seterusnya
  • 3) erm..adik cerita ni memang beremosi dan mmg lahir dari hati kan?untuk percubaan kali pertama ia sudah dikira bagus..untuk penggunaa bhs inggeris elok di"italic"kan..klu cerita psl mcm ni..sy serah pada riri n caha..hehe
  • 4) salam saudari namasura

    tiga kali saya membaca cerita anda. mulanya ia menarik perhatian saya pada eskposisinya. masuk ke bahagian perkembangan, ia sudah mula menganggu saya. kemudian pada peringkat klimaks, ia menyeimbangkan semula perasaan terganggu itu. namun, pada peringkat peleraian, saya sedikit kecewa.

    sudah lama saya tidak membaca kisah cinta yang kudus begini. mengapa saya katakan kudus? kerana ia lahir dari jiwa anda tapi sayang anda tidak masukkan jiwa itu ke dalam penulisan ini. anda seperti mahu tidak mahu sahaja mengeluarkan perasaan anda yang terpendam. usah takut, lepaskan sahaja. menulis kisah cinta, elemen perasaan itu amat penting.

    cinta = romantis
    ya, ada elemen itu diselitkan, saya tidak nafikan. anda seharusnya memainkan perasaan pembaca. contohnya ketika farid meluahkan perasaan pada alia;
    "sejak pertemuan pertama kali di dalam bas dahulu, hati saya telah dicuri. entah mengapa seharian tidak bertentang mata, hati saya gundah. saya amat yakin dengan perasaan saya pada awak. saya yakin awak yang telah diciptakan untuk melengkapi hidup saya. saya sayangkan awak, setulus hati!"

    kemudian, ayat ini membunuh perasaan saya: "Untuk pertama kali seorang lelaki meluahkan perasaan face to face padaku."

    oh, perasaan saya memang seperti dicarik-carik. bukankah lebih manis andai ditulis begini: buat pertama kali dalam hidupku, tika saat ini, seorang jejaka meluahkan perasaannya secara berhadapan denganku begini. ah, pasti aku sedang hanyut dibuai mimpi indah...

    kemudian kronologi plotnya tampak sedikit tergesa-gesa...

    alamak! saya terlebih pula... maaf, malam ini sedikit emosional sehingga terbawa-bawa sampai ke sini. hehehe...

    apa pun, saya ucapkan tahniah pada anda kerana berani berkongsi karya untuk tatapan pembaca. langkah pertama yang patut anda banggakan. saya yakin, pasti banyak lagi karya yang ada dalam simpanan anda. ayuh, keluarkan!

    teruskan menulis dan salam karya. maaf saya berbicara panjang.
  • 5) Tahniah kerana anda memulakan langkah pertama. Mudah-mudahan ini bukan yang pertama dan terakhir. Tahniah juga kerana anda telah berusaha melahirkan cerpen yang mengikuti disiplin penulisan cerpen kecuali penggunaan bahasa inggeris yang tidak diitalickan. harapan saya redha menerima ulasan dan pandangan ahli yang lain.

    Sebagai orang baru, ada beberapa perkara yang ingin pak Penyu disini. Pertamanya tentang pemilihan tajuk. Tajuk yang dipilih sebaiknya ringkas, menarik dan sedikit kerahsian. Maksudnya kalau anda menetap tajuk sebolehnya janganlah membolehkan pembaca tahu apa yang hendak anda cerita kerana ini akan menimbul rasa ingin tahu pembaca dan mampu untuk menarik pembaca untuk membaca seterusnya. Tajuk anda untuk cerpen ini telah secara mudah memberitahu apa yang hendak anda ceritakan. Maka minat Pak Penyu membaca seterus telah berkurangan dan telah dapat menjangka kesudahannya, dan terbukit telahan pak penyu pengakhiran ceritanya benar.

    Keduanya, untuk memasukan emosi dalan cerita, maksukan sekali perwatakan dan perawakan watak-watak utama. Cth bagaimana perwatakan Farid. Bila anda menyatakan Farid ini bagaiama susuk badannya, kacakkah orangnya, berkulit putih, misai tebal, lembut tutur bahasanya, baik pekertinya (masukan secara kreatif) diminda saya akan tergambar Farid dan saya mula memahami kenapa "Aku" begitu suka kepada Farid. begitu juga berikan perwatakan dan perawakankepada watak Wany (negatif sedikit pastinya) supaya saya dapat bersimpati dengan "aku". Dan seterusnya.

    Tersenyum juga Pak penyu bila baca part ini, " Suatu petang yang indah. Indah sebab baru lepas hujan. Tak panas, ada angin." Boleh dimaafkan untuk penulis baru.

    Selamat Berkarya dan rajin-rajinlah menuli ya, Numasura.
  • 6) wah..beruntung Numasura dapat komen begini...bukan senang tau..so jgn putus asa..teruskan usaha anda..paktam sokong dari belakang..bykkan membaca k.
  • 7)
  • 8) Bahaya ni sokong dari belakang... hemmm..
  • 9) teruskan menulis...citer yang besh..cuma perlu tambahkan emosi sikit jer lg..

  • (Penulis)
    10) ceq_zue77
    ------- hahaha....thanks singgah n komen... salah eja tu sebab taip time tgh ngantok. bosan wat soalan math, kan minggu exam... then esok tu ada presentation, tak sempat nak semak main terus post jek... maaf untuk kesalahan itu....

    cahatomic
    ------- thanks komen... cite yg aritu saya cakap bukan yang ni. yang tu just tulis dalam buku, tak taip. so malas nak taip. tak tahu la bila nak post yang tu. menulis mengikut hukum tu maksudnya apa? hehe...

    paktam
    ------- thanks komen. yang tak italic tu sebab ada unsur2 kemalasan di situ. hehe... maaf ye... trima kasih untuk sokongan pak tam tu ea.... membaca memang dah kurang skrg memandang kan dapat kos yang memedihkan otak... hehe....

    ridhrohzai
    ------ thanks komen. sebenarnya cite ni memang wat dalam keadaan tergesa2 memandangkan banyak lagi benda tak study (utk exam) tapi saje nak release tensen ngan wat cite ni... memang salah saya la sebab tak baca n semak balik lepas siap je cite tu... apa2 pun trima kasih dan suke dgn smile yg banyak2 tu... hehe.....

    upenyu
    ------- trime kasih untuk komen pak penyu... saya tak tahu knape saya ketawa baca komen pak penyu... hehehe.... saya akui memang saya ada masalah dengan pemilihan tajuk. dah rujuk dengan cahatomic tapi kalo pak penyu ada teknik yang lebih baik untuk pemilihan tajuk leh la bagitahu saya. banyak input yang saya dapat dari komen pak penyu. yang 'suatu petang...' tu sebab dah kering idea... huhuhuhu... maaf untuk itu. terima kasih.

    rain
    ------ thanks komen. saya akan cuba tambahkan emosi lagi... takut saya je yang menangis sebab sendiri terlebih emosi tapi tak dapat diluahkan melalui penulisan... akan saya usahakan..


    * TERIMA KASIH UNTUK SEMUA KOMEN DI ATAS. AKAN SAYA PERBAIKI SEGALA KESALAHAN TERSEBUT.

Cerpen-cerpen lain nukilan numasura89

Read all stories by numasura89
No stories.