Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Cemburu Intan Baizura

 

 

Kata mak ciknya, “Kalau orang dah tak sudi, takkan nak layan”.

 

Intan Baizura cuba menyebut patah-patah perkataan mak ciknya satu-satu. Bukan sebut dengan mulut. Cuma sebut dalam hati saja sambil tutup mata. Kononnya mahu konsentrasi.  Intan Baizura tak mahu dua orang pekerja buruh dari Bangladesh di sebelahnya mendengar apa yang difikirkannya. Malulah Intan Baizura! Orang sudah tak sudi, mahu dilayan lagi.

 

Sebenarnya bukan Intan Baizura mahu layan sangat, tapi setiap kali pandang muka Azman, Intan Baizura rasa mahu terus pergi meluru ke arah Azman dan berbual-bual tanpa henti dengan Azman. Entah kenapalah Intan Baizura berkenan sangat dengan Azman. Kali pertama bertemu dengan Azman, dia terlanggar bahu dengan Azman sewaktu melalui satu lorong sempit. Lorong sempit penuh dengan wanita-wanita jadian yang lebih jelita daripadanya.

 

Maka, seperti apa yang kita lihat dalam drama-drama telenovela, kaki Intan Baizura terseliuh dan Azman segera menyambutnya. Saat Azman cuba menyambutnya, (cuba anda bayangkan aksi mereka berdua bergerak secara slow motion) Intan Baizura dengan secara tidak sengaja telah terhidu rambut Azman yang memakai sejenis syampu berperisa yang digemari Intan Baizura.

 

“Timun!”.

 

 Semenjak daripada itu, Intan Baizura menggelar Azman sebagai Azman Timun.

Comelnya!

 

Bermulalah bibit-bibit perkenalan antara Intan Baizura dan Azman Timun. Intan Baizura merasakan bahawa Azman Timunlah satu-satunya orang yang memahaminya. Dia sangat selesa dengan Azman Timun. Mungkin kerana bau rambut Azman yang berbau timun yang juga makanan kegemaran Intan Baizura.

 

Intan Baizura bercerita tentang pelbagai perkara dengan Azman Timun. Cerita tentang dirinya yang selalu diganggu oleh dua orang pekerja buruh dari Bangladesh semasa menunggu bas mini bernombor 402 tiba. Cerita tentang payung merahnya yang selalu menjadi tongkat saat bas mini bernombor 402 penuh dengan penumpang. Dan tangannya pula tidak mampu mengimbang badannya daripada terus tersandar di belakang badan salah seorang pekerja buruh dari Bangladesh. Tapi Intan Baizura tidak akan bercerita tentang mak ciknya yang selalu menasihatinya atau mungkin juga memerlinya secara halus supaya tidak melayan mana-mana orang (baca: lelaki) kalau orang tersebut tidak sudi. Sebabnya, Intan Baizura tahu Azman Timun memang semacam tidak melayannya. Pastilah Azman Timun akan mentertawakannya. Kalaupun tidak terang-terangan, dalam hati pasti Azman Timun sudah gelak kuat-kuat.

 

Bukannya Azman Timun tidak pernah melayan langsung cerita-ceritanya. Dulu, Azman Timunlah yang suka sekali mendengar Intan Baizura berceloteh. Malah Azman Timun sanggup tinggalkan kerjanya sebagai bapa ayam kepada wanita-wanita jadian itu semata-mata mahu mendengar cerita-cerita dari mulut Intan Baizura. Cuma dua minggu kebelakangan ini Azman Timun sudah berubah. Dia tidak berminat lagi mahu mendengar cerita-cerita Intan Baizura. Malah, setiap kali Intan Baizura datang mencari Azman Timun, Azman Timun seolah-olah mahu melarikan diri daripadanya. Kadang-kadang Azman Timun tertoleh sana tertoleh sini, seolah-olah mencari kelibat orang.

 

 Intan Baizura sangsi.

 Intan Baizura curiga.

 Intan Baizura CEMBURU!

 

 Intan Baizura perlu menyiasat. Biarlah orang bilang Azman Timun sudah tidak sudi lagi kepadanya. Dia mahu mencari punca kepada ketidaksudian Azman Timun itu.

 

Malam itu Intan Baizura  datang ke lorong sempit yang dipenuhi dengan wanita-wanita jadian itu. Intan Baizura tidak datang pada waktu siang seperti kebiasaannya. Intan Baizura tahu malam ini adalah waktu kerja Azman Timun. Dari jauh Intan Baizura lihat Azman Timun sedang berbual-bual mesra dengan satu lembaga yang memakai skirt mini warna merah jambu terang. Maafkanlah Intan Baizura. Dia rabun malam. Intan Baizura berjalan terjengket-jengket. Lagaknya seperti seorang detektif yang diupah untuk menyiasat kecurangan seorang suami yang berpangkat Datuk.

 

Intan Baizura semakin menghampiri Azman Timun dan lembaga, itu tetapi masih berhati-hati mengatur langkah agar tidak terlihat oleh kedua-duanya. Dan tiba-tiba...

 

 “Eh, itu bukan aku, ke?”

 

 Esoknya, gempar di sekitar lorong sempit yang dipenuhi wanita-wanita jadian tentang salah seorang daripada rakan mereka yang bernama Intan Baizura mati tertelan racun tikus.

 

Intan Baizura tersenyum.

 

 “Kau ingat dengan buat pembedahan plastik macam muka aku, guna nama aku, kau boleh dapatkan Azman Timun”.

 

Minggu depan Intan Baizura mahu pergi semula ke lorong sempit yang dipenuhi oleh wanita-wanita jadian itu. Azman Timun sudah bilang kepada Intan Baizura bahawa dia tidak sabar mahu mendengar cerita-cerita baru dari mulut Intan Baizura. Nasihat mak ciknya...

 

Hmmm... sudah dibuang jauh-jauh.

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) yeay, saya first!
    syampu berperisa timun? hehehe... mencuit hati

    cerita yang menghiburkan! cemburu tandanya sayang...
  • 2) cess riri sudah memotong trip..adeh..anyway bgs ada persaingan yg sihat ni..hehe..mmg fani membacanya..nice try..kipidap k..
  • 3) ratu frinjian dah mai dah dgn entri baru dia
    hehehe lama gak mengambil masa nak faham cerita ni. tak boleh terlalu lurus ah fikir.
    terpaksa komfemkan dgn penulis juga. ahaha.

    ok ok. got the idea.

  • (Penulis)
    4) ridh: mula2 pikir nk buat syampu berperisa durian... hahaha! thanks
    paktam: terima kasih, ye
    caha: sian caha... ok la kalau dh dpt

  • (Penulis)
    5) caha, lgpun saya tulis apa yg saya rasa selesa
  • 6) paktam: hehehe... kebetulan je tu

    kamalia: syampu perisa durian? aduhai, memang semerbak harumnya. hehehe...
  • 7) saya suka semua karya kamalia
  • 8) saya memang 'ngefan' sama karya kamalia. lepas ni nak cari syampu timun. kalu ada yang timun laut lagi baguih!
  • 9) part akhir sy tak faham... sy lurus bendul orang nya..

  • (Penulis)
    10) rain: terima kasih
    kurusawa: mcm mana la agaknya bau syampu timun laut
    shazmiey: part akhir yg mane 1? perenggan akhir? ayat terakhir?
  • 11) selepas part masuk paper tu..

  • (Penulis)
    12) shaz, ada ke part msk paper? hurmm... maksud awk yg ni ke:

    Esoknya, gempar di sekitar lorong sempit yang dipenuhi wanita-wanita jadian tentang salah seorang daripada rakan mereka yang bernama Intan Baizura mati tertelan racun tikus.
    (cite ni x masuk paper, cuma gempar kt area lorong tu je)

    secara ringkas la saya bgtau kt sini,cite ni pasal seorang wanita bernama Intan Baizura yg menyukai seorang bapa ayam (Azman Timun). tapi dia pelik kenapa Azman Timun mcm dh x layan dia. Rupa-rupanya ada seorang pondan (baca: wanita jadian) telah mengambi alih tempat Intan Baizura mengorat Azman Timun. Pondan tu cemburu dengan Intan Baizura sebab dia pun suka kat Azman Timun tu (dlm cite ni x disebut yg Intan Baizura pondan cemburu dgn Intan Baizura sebenar. pembaca boleh tafsir sendiri ikut pandangan masing2) .

    Pondan tu buat plastic surgery sama muka mcm Intan Baizura. nama pun sama dgn Intan Baizura. Kali ni Intan Baizura sebenar pulak yg cemburu dkt Intan Baizura pondan tu sampaikan dia racun Intan Baizura pondan tu dgn racun tikus. Jadi, tajuk Cemburu Intan Baizura tu merujuk kpd kedua-dua Intan Baizura. Sekian

    ni bukan cite secara ringkas dh ni...dh pjg lebar...hahaha!
  • 13) eh.. masuk paper plak.. heheh..

    ooo.. cmtu ke citernya... hehe.. thanks kamalia...
  • 14) ade satu buku nama syampoo vs the undertaker ,
    sorang lelaki terhidu bau rambut perempuan tu lalu menggelarkannya symapoo .
    haha .

  • (Penulis)
    15) faradinaz: haha...ye ke? buku tu ada jual kt mane?
  • 16) adoila gelak sorang dibuatnya
    menarik!
  • 17) hahahahaha..
    fani sungguh cite nih..
    keep it up kamalia!
  • 18) sentiasa suka idea kamalia.

  • (Penulis)
    19) ucu:tq
    mizz_aszni: tq, aszni
    nurie: haha...idea merapu! terima kasih ye
  • 20) hahahaha
    mule2 saya pun tak faham!

    bile kamalia dah terangkan,baru fham..hahaa..
    ye,saya pun lurus orgnya..
  • 21) hehehe.. sebenarnya da baca komen baru saya faham... saya pon lurus gak ke? macam pelik je? huhuhuh
  • 22) hahaha..kelakar okke!

    tp spe bunuh (bg racun) kat intan baizura palsu tu?
    kes homicide neyh. hee..
  • 23) =D> menarik.hehe.

Cerpen-cerpen lain nukilan kamalia

Read all stories by kamalia