Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Adik

 

Tuk.


Satu ketuk. Usai satu ketuk. Adik naik tangga lompat sampai atas rumah. Lompat lompat. Emak semai bunga, tanam puding, tanam kekwa, tanam bunga kertas. Adik suka bunga. Matahari sangat panas. Emak nampak panas. Abang tak pulang lagi. Adik suka abang, abang suka belikan adik kuih kacang rapuh. Kacang tumbuk balut kertas, adik panggil kacang rapuh. Abang ajar adik ABC, abang ajar adik kira 123.

"Adik, ambik kan emak air. Emak haus ni." jerit emak dari bawah.

"Baik mak." Adik lari-lari. Adik berhenti sebab adik ingat pesan emak, jangan berlari dalam rumah, nanti jatuh. Adik berjalan mengjingkit, adik tak mahu berlari. Adik ambil kole atas para sebelah sinki. Adik pasang air paip, adik tengok air warna putih berkeladak keluar. Emak bilang, air berkedalak ni banyak klorin. Adik pun tak tahu apa tu klorin cuma mak pesan, jangan minum air paip sebab klorin bahaya. Nanti gigi adik rosak sebab klorin makan gigi adik. Adik tak dapat bayang macam mana Klorin makan gigi adik, adik takut bila adik fikir macam tu.

Adik isi air dari kendi buntut hitam atas para sebelah sinki tu. Air jernih keluar, mak pesan adik cuma boleh minum air dari kendi. Tapi adik pernah tengok abang minum air paip waktu semua orang tak makan waktu siang. Adik tak faham kenapa orang tak makan siang cuma adik sorang je makan. Mak kata adik kecil lagi jadi Tuhan bagi adik makan sebab Tuhan kesian tengok adik kurus.

"Adik..mana air mak ni. Ko ni ambik air ke buat air?" Adik tersedar bila dengar suara emak jerit dari bawah rumah. Cepat-cepat adik bawa kole air dekat emak. Emak dah ada kat pangkin belakang rumah. Adik pusing pergi ke pangkin. Emak berpeluh, emak duduk kesat peluh kat dahi. Muka emak jadi merah, macam muka emak tengah marah. Adik takut nak pergi dekat dengan emak.

"Adik, mak ada kat sini. Cepat bawakan air tu. Mak haus sgt ni."

Adik datang dekat emak dan bagi air dekat emak. Adik pelik kenapa emak tak marah. Biasanya kalau muka emak merah, mesti adik kena marah. Macam masa emak pukul abang dengan kayu sebab abang minum air paip tu, emak pukul abang setengah mati. Macam juga masa emak main baling-baling pinggan dengan abah macam adik main-main baling pasir dengan Atin, anak jiran sebelah. Adik suka kalau emak tak marah sebab kalau emak marah, adik mesti kena bahan dengan emak. Adik tak suka kena bahan sebab sakit sangat.

Adik ingat adik kena bahan teruk bila adik tanya pada emak kenapa abah dah tak duduk dengan emak, adik dan abang. Emak bahan adik dengan penyangkut baju, dengan tali pinggang sampai adik tak boleh jalan seminggu. Kesian kat Atin sebab Atin tak boleh nak main dengan adik seminggu tu. Emak menangis masa tu, adik ingat sangat masa tu. Emak minta maaf dengan adik, adik rasa pelik. Sepatutnya adik yang minta maaf sebab adik rasa emak tak sengaja bahan adik. Emak tengah lapar agaknya sebab emak cakap orang yang tengah lapar ni cepat marah. Adik percaya cakap emak sebab adik pernah tengok Atin kena pukul dengan abah Atin waktu tengah makan. Mungkin abah Atin lapar dan marah Atin makan lebih.

"Emak, kita nak pergi sungai buat apa?" tanya adik pada emak.

"Emak ada pasang pukat semalam, mesti ada ikan-ikan lekat kat situ. Boleh mak masak tengah hari dengan malam ni. Kalau ada lebih, emak buatkan perkasam. Adik suka perkasam kan?" Emak cakap sambil pandang adik.

"Adik suka. Emak buat banyak-banyak ye." jawab adik.

Emak cuma senyum. Adik suka sangat perkasam yang emak buat. Ikan puyu perkasam goreng yang emak buat sangat sedap. Kecur liur adik bila bayangkan ikan perkasam yang emak akan buat. Adik boleh makan perkasam hari-hari. Adik sangat suka. Sampai di sungai, emak dengan adik jalan turun ikut alur air bila hujan untuk turun sampai tebing sungai. Dah berapa hari hujan, tanah licin, air sungai pula deras menderu. Emak pimpin tangan adik, takut-takut adik jatuh dalam sungai. Atas jeti buluh kecil yang emak bina, ada tersangkut hujung pukat yang emak pasang. Emak uraikan ikatan hujung pukat dan perlahan-lahan tarik pukat. Adik siap sedia dengan tali untuk emak cucuk-cucuk ingsang ikan. Adik tengok banyak sangat ikan di pukat, adik rasa mungkin ikan-ikan tersangkut sebab ikan-ikan tu tertidur bila hujan maka ramailah yang sangkut di pukat emak sebab dibawa arus deras sungai. Emak cekap cabut ikan puyu lebih kurang sebesar setengah tapak tangan adik. Adik hulur tali dan emak cucuk ingsang ikan tembus ikut mulut.

Yeay! Ada satu ikan puyu. Adik tengok ada ikan lampam, ikan keli, ikan macam belut dan ikan haruan lekat pada pukat emak. Emak tanggalkan satu-satu, adik tak sabar rasanya nak makan ikan-ikan tu. Rasa macam nak gigit-gigit je ikan tu. Emak pandang muka adik yang tengah kecur liur.

"Ish..tak senonoh betul anak dara ni, kecur liur tengok ikan mentah. Sabor ye, nanti balik rumah mak masakkan." Emak perli adik tapi adik buat tak tahu je.

"Emak, ikan puyu ada sekor je." Adik cakap kat emak.

"Takpe lah, kita masak je lah yang ni. Nanti kalau kita dapat banyak, mak buatkan perkasam puyu untuk adik." Emak sangat memahami adik. Emak ajak adik balik sebab matahari dah condong sikit ke barat. Emak tengok langit dah gelap, kejap lagi mesti hujan.

"Tapi mak, adik nak makan ikan puyu perkasam goreng." Adik rasa teringin sangat nak makan puyu perkasam goreng yang mak buat.

"Adik, kan emak dah cakap, lain kali lah. Ikan puyu kan ada sekor je. Kita tengok esok lusa pulak macam mana." Suara emak sedikit tinggi. Adik masih tak puas hati tapi adik tak berani nak cakap apa-apa. Adik takut emak bahan adik lagi.

Sampai dirumah, emak bawa ikan masuk dalam rumah dan letak dalam sinki. Emak siang ikan elok-elok dan simpan dalam peti sejuk. Adik tengok ikan puyu yang seekor tu, adik jadi sayu. Kenapa emak tak mahu buat puyu perkasam untuk adik? Emak cuci tangan dan pergi mandi. Usai mandi, mak naik atas rumah dan solat Zohor. Adik cuma perhatikan emak. Adik nekad nak buat perkasam juga dengan ikan puyu yang seekor tu. Adik pernah tengok emak sapu garam pada ikan puyu yang sudah disiang dan emak simpan ikan puyu tu dalam bekas yang berbau sangat busuk. Adik buka peti sejuk perlahan-lahan takut emak dengar. Adik ambil ikan puyu yang emak dah siang dan adik bawak atas para dekat sinki. Adik pergi dekat dapur gas dan cari garam. Adik ingat emak letak garam dalam bekas kaca atas para dekat dengan dapur. Bekas garam agak tinggi, adik cuba jengket dan ambil bekas garam. Adik pandang pada ikan puyu atas para dekat sinki. Alamak! Comel tengah gigit ikan puyu tu. Adik cuba nak halau Comel tapi adik tak sedar yang tangan adik dah pegang bekas garam.

Bunyi kaca terhempas ke lantai dan Comel berlari keluar ikut tingkap dapur bawa ikan puyu. Bekas kaca pecah, ikan puyu Comel bawa lari. Matilah adik macam ni, mesti emak bahan adik. Adik pusing belakang dan nampak wajah garang emak. Kecut perut adik tapi emak dah sambar batang penyapu.

"Kan aku dah cakap, kalau dah banyak ikan puyu nanti, kita buatlah perkasam. Degil! Anak bertuah sungguh! Kecik-kecik takmo mampus, kalau aku tahu lah....aku cekik-cekik kau dari kecil lagi!" Emak hayun dan libas adik dengan batang penyapu.

"Takmo emak, adik janji tak buat lagi. Adik janji mak." Adik teresak-esak. Tapi emak terus pukul adik.

"Sakit mak, adik takmo dah makan ikan perkasam. Adik janji mak. Sakit mak. Sakit." Adik merayu pada emak tapi emak masih pukul adik. Kaki adik, belakang adik, tangan adik, semuanya emak balun dengan batang penyapu.

"Ohhh...baru tau sakit ye. Aku dah cakap berkali-kali, ada kau nak faham, hah? Ada? Kau ingat aku ni tunggul kayu kat rumah ni? Kalau kau nak, kau pergi turun sungai sendiri carik ikan puyu kau tu." Emak akhirnya berhenti libas adik. Habis calar balar kaki adik, belakang adik ada tiga empat birat. Adik masih teresak-esak.

"Adik takmo dah mak. Adik takmo dah mak. Adik tak buat dah mak." Adik merayu dengan emak. Sedu sedan masih kedengaran. Emak masih marah.

"Dah. Senyap. Sekarang pergi ambil penyodok sampah dan bersihkan bekas garam ni. Kau ingat garam ni murah? Bukan bapak kau tu nak bagi duit, si tua kutuk ni jugak lah yang mencari duit." Emak masih lagi marah. Kali ini, abah pula jadi mangsa. Adik tak faham tapi adik tak berani nak tanya. Takut kena bahan lagi dengan emak.

Usai berkemas, adik disuruh emak pergi membeli garam di kedai runcit Pak Jusoh, sebelum simpang masuk ke kampung. Adik berlari ke kedai Pak Jusoh sebab takut emak bahan adik lagi. Emak nak memasak sebelum abang balik dari sekolah. Lebih kurang 5 minit, adik sampai di rumah temengah-mengah. Adik bagi pada emak garam dengan duit baki beli garam. Emak masih lagi mengomel-ngomel pasal adik pecahkan bekas garam dan ikan puyu pagi tadi. Adik teringat kata emak waktu emak bahan adik tadi. Adik senyap-senyap menyusup keluar.


Adik dah sampai tepi sungai. Adik tengok hujan mula turun, adik tahu sekejap lagi mesti arus deras dan ikan-ikan mesti hanyut ke pukat emak. Adik hati-hati turun alur air hujan. Adik dah sampai jeti buluh, adik buka ikatan pukat emak. Adik tarik perlahan-lahan pukat emak. Adik tengok tiada ikan lagi. Mungkin sekejap lagi bila hujan lebat. Adik letak balik pukat dan ikat kembali hujung pukat di jeti buluh. Adik dengar bunyi macam ada benda besar jatuh. Adik pandang dan muka adik pucat.

-------------------------------------------------------

Emak panggil-panggil nama adik sebab emak nak suruh adik pergi mandi. Sepanjang pagi adik bersama emak, adik berpeluh sakan.

"Adik! Adik! Ish...mana lah pulak perginya budak ni. Adik! Adik!" Emak jerit panggil nama adik. Emak naik atas rumah. Emak masuk bilik emak dan jenguk bawah katil dan dalam almari. Adik tiada. Biasanya itulah tempat adik suka menyorok dan main pondok-pondok. Emak masuk jenguk dalam bilik abang. Adik tiada. Emak masuk dalam bilik air, pangkin luar rumah, bawah rumah, adik tiada jugak. Emak rasa tidak sedap hati. Emak capai payung dan pergi rumah Atin. Emak tanya kalau-kalau Atin nampak adik. Atin cakap tiada. Emak berlari ke kedai Pak Jusoh, pun adik tiada. Emak pergi rumah Su Timah, Mak Minah, Adik Awang dengan Pak Long Omar tapi semua pun kata tidak nampak adik. Emak makin rasa tidak sedap hati. Emak berlari ke sungai. Emak kaku bila sampai di alur air hujan. Emak terjelepok dan payung yang dipegang dah jatuh. Emak dah jumpa adik.

Adik tersangkut di pukat emak macam ikan puyu, ikan lampam, ikan keli dan ikan haruan. Emak teringat ikan puyu. Emak teringat bekas garam. Emak teringat batang penyapu. Emak teringat Comel. Emak teringat puyu perkasam. Dalam hujan lebat, emak meraung sekuatnya. ADIK!!!!

-Sekian-

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) FFFFFF!!

    *smpi ati ko matikan aku. sobsob*

    Hahahahahaha!! )

    nice one. btw, perkasam atau pekasam ejaan sebenarnya? aku rasa mcm pekasam... hmmm..
  • 2) haha aku terbaca kat live feed. dem! awal2 dah spoiler baca komen rere.


    wah mangi buat cerita2 sedih. hehehehe.
    ko mmg ade pengalaman buat ikan pekasam eh?
  • 3) oppps.. sorry~ tak sengaja terspoiler. hahaha

  • (Penulis)
    4) adek: ko adek, bukan adik. big different. aku tgk kat internet, dua2 pun ada. perkasam dan pekasam. spoiler la.

    caha: sekali sekala buat citer sedih. aku takde pengalaman buat ikan pekasam, tapi itulah yang aku tengok orang buat. dia campur dalam mixing beras campur apa lagi ntah lepas ditaruk garam.
  • 5) adik ni perempuan kan?

  • (Penulis)
    6) Ya, adik ni perempuan. kan ada hint yang adik ni perempuan dalam cerpen ni.
  • 7) adik sudah mati....puas la hati mak dia! isy...

  • (Penulis)
    8) kamalia: ish3. mak dia sedih tu.
  • 9) puas la mak dia meraung sakan..hehehe
  • 10) kronologi plotnya disusun kemas. jalan cerita yang punya teladan yang baik. saya suka yang ini... nice one mangi!
  • 11) dueengggg!! eh? dueng ngan mangi same kan? hee~ kompius!

    sedih seyh citer ni..uuuuu~hebat2. kreatif!

  • (Penulis)
    12) kamalia: kesian saya rasa kat mak dia. broken family.

    riri: terima kasih kerana menyukai cerita ini.

    babymilo: same je mana2 pun. both are me. thanks sebab suka citer ni.
  • 13) dueng,best cite ni. lya suka!!!

  • (Penulis)
    14) thanks lya sebab suka cerita ini.
  • 15) lambat membaca, saya menyesal! huhuhu....
    best sangat!

  • (Penulis)
    16) dayya: hehehe. takper, baca jugak akhirnya. thanks.
  • 17) sedih baca cerita ni. nice one!!
  • 18) ikan pekasam mmg sedap.
    kesian adik harus mati dalam keadaan sebegitu tragis. why?
    *nanges. T_______T
    hati menjadi pilu & sayu bace citer neyh.
    mesti mak die nyesal giler.

    sgt nice citer ni!
    suka baca wlpn ending sedih.
  • 19) wu wu wuuu saya pun sedihh!! bagus encik dueng! berjaya menembusi emosi pembaca. tsk tsk.. penceritaan yg detail membuatkan pembaca boleh 'feel' cerite ini. Cuma ayat ni ada menimbulkan sedikit kekonpiusan "Sampai di sungai, emak dengan adik jalan turun ikut alur air bila hujan untuk turun sampai tebing sungai." Adik jalan turun ikut alur air bila hujan untuk turun--> macam sedikit konpiusing. mungkin boleh diperkemas lagi. tapi xpe, ceritenye tetap best.
  • 20) sedey!~

    Lama xmkn ikan pekasam ibu...

    Ibu, akak pun nak pekasam mcm adik
  • 21) *baru jumpa cerpen mangifera ni*
    cerita yang rasa real. sobb. good job!

Cerpen-cerpen lain nukilan mangifera

Read all stories by mangifera