Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Serpihan Terakhir..

  • 8
  • Darin
  • 14 years ago
  • 4,313
  • FREE

 

Sedikit imbasan lalu…

Masjid tersergam indah menjadi saksi bisu. Nia melemparkan pandangan kosong jauh menembusi pancaran lampu-lampu hiasan dataran juga liuk-lentuk pancutan air. Sesekali fokusnya beralih kepada orang ramai yang mengunjungi dataran itu. Hatinya sedikit terusik menyaksikan gelagat anak-anak kecil yang berlari-lari riang, juga esak tangis sesetengah daripadanya. Ah, bila agaknya aku akan berkesempatan bawa anak-anak memeriahkan dataran ini. desis hati kecilnya yang terselit sedikit cemburu. Duduknya menyandar di hadapan bonet kereta diperkemaskan, sesekali hujung tudungnya disentuh, dipintal-pintal. Dia masih lengkap berbaju kurung kerna dia terus bergegas ke dataran sejurus tamat waktu bekerjanya. Hatinya masih berdebar-debar.

Bagaimana aku harus mulakannya?! teriaknya dalam hati. Fikirannya masih menerawang menyusun dialog, cuba merangka ayat yang sesuai. Hampir lunyai straw air mineral digigit-gigitnya, tanda betapa kucar-kacirnya hati dia. Tanpa sedar, kelibat seorang lelaki bert-shirt dan berseluar track menyertainya bersandar pada bonet kereta. Dipandang sekilas wajah lelaki yang amat dicintainya ini. Lelaki ini tetap segak di matanya walau dalam keadaan apa sekalipun. Mereka berbasa-basi sebagai permulaan bicara. 

“kenapa u ni? amboi tengok orang kat depan tu sampai tembus pandang..”

Nia tersenyum nipis. “u raya mana nanti jumaat ni?”

“raya mana lagi, kat sini je la..”. Lama terdiam.

“u ni kenapa ni? ha tengok sampai tersedak dah..”

Nia melepaskan straw yang digigitnya. Air dalam botol masih tak luak-luak juga.

“u tak ada apa-apa nak cerita pada i ke?”

“cerita apa?”

“apa-apa la yang u nak beritahu i ke, pasal diri u yang i tak tahu ke..”

“nak cerita apa u ni? cuba u cakap ada apa sebenarnya? u ada dengar orang cakap apa-apa ke..”

“i tak tahu nak cakap macam mana, i tak pandai nak buat ayat..”

Terdengar jeritan dan esak tangis seorang kanak-kanak tak jauh dari tempat Zania dan Zariq berbual. Mereka sama-sama mengalih pandang.

“anak u dah besar macam tu ke?”. Terkeluar soalan dari mulut Nia sekilas menoleh ke wajah Zariq.

“haa?apa?” Zariq terdorong ke depan cuba untuk mendengar soalan yang diajukan dengan lebih jelas.

 “anak u dah besar macam tu ke?”. Suara Nia kedengaran lebih jelas kali ini. Matanya bertembung tepat dengan mata Zariq.

“kenapa u tanya macam tu?”. Aju Zariq beserta sedikit kerutan di dahi, tanda sedikit pelik mungkin.

“salah ke i tanya macam tu?”

“tak salah..”

“abis tu betul la?..”

“i tak nafikan juga..u nak tanya apa ni sebenarnya?”. Riak wajah Zariq mula berubah. Senyumannya mati.

“tu la soalan yang i nak tanya, u jawab la. anak u dah berapa tahun, 2 orang? ke dah 3 orang?”

“mana u tahu ni?u dengar dari mana?siapa yang cakap?”. Zariq terus menunjukkan riak terkejut. Jantungnya mula berdegup laju, tidak senang duduk dia dibuatnya. Kepalanya cuba memikirkan bagaimana Nia dapat tahu identiti segala-galanya.

“i tahu sendiri. u cerita la cepat. kenapa u tak beritahu i awal-awal? siapa nama anak u, Danish, lagi?yang lain?”. Nia cuba sembunyikan getaran dalam nada suaranya.

Zariq tahu dia sudah tidak mampu berdalih lagi. Nia dah tahu tentang dirinya kini.
“paling kecil 2 tahun, semua 3 orang..Danial, Danish, Darwish. Dari mana u tahu ni?”, Zariq masih tertanya-tanya dari sumber mana Nia mengetahui rahsia dirinya yang selama ini tersimpan kemas.

Zania hanya membiarkan Zariq berteka-teki sendiri. Zariq lupa agaknya bahawa wanita bernama Zania ini sangat celik 'IT'. Nia telah menjumpai beberapa keping gambar Zariq bersama anak-anak juga isteri di salah satu laman web yang aktif mengadakan pelbagai jenis aktiviti kumpulan. Betapa terasa nak gugurnya jantung Zania saat terjumpa semua bukti-bukti itu. Mujur semangatnya masih kuat dan dia tetap terus gagahkan diri menjadi setenang mungkin.

..hurts..

“i cari sendiri. u tahu i ‘terror’ bab cari maklumat ni. Kenapa la u tak beritahu i awal-awal. I dah tanya u awal-awal dulu kan tapi u jawab tak la..”

“kan i jawab i belum kahwin ‘lagi’.”

(Ya Allah, dia ni sempat buat main-main lagi dengan hal serius macam tu..mana la aku nak terfikir jawapan tu bawa maksud yang bukan ’straight to the point’ masa tu.) Nia menyeringai dalam hati.

u ni…”. Terasa tersekat lidahnya untuk teruskan bicara. Nia menukar posisi duduk di lantai pula.
"sedap nama anak-anak u, u pun tahu kan i pernah cerita pada u kalau i ada anak nanti i nak namakan dia Darin..tak sangka anak-anak u pun semua huruf D..". Sayu nada suara Nia mengenangkan impian yang dikarangnya sejak lama dulu.

“kalau i beritahu awal-awal i dah kahwin mesti u tak nak kawan dengan i kan?”

“yer la..kenapa u buat macam ni? u dah drag 1 year..kenapa ek?..kalau u nak main-main baik u cari yang seksi-seksi yang muda-muda..u kenal i kan, u dah tahu semua pasal i..kenapa?..u tak suka i pun kan?”. Nia bingung memikirkan kenapa dia yang menjadi mangsa untuk dipermainkan.

“i bukan nak permainkan u. siapa kata i tak sukakan u. i memang nak kan u. sebab tu i tak beritahu awal-awal yang i dah kahwin.”

“abis tu kenapa?..u dah ada wife, dah ada 3 orang anak pun kan..”. Suaranya masih tenang, lembut sahaja dia menuturkannya.

“i memang dah plan nak beritahu pada wife i pasal kita, dan i memang nak terus-terang pada u lepas tu, tapi tak sangka u dah tahu dulu sebelum i sempat terus-terang...”

Terperanjat Nia mendengar pengakuan Zariq. Ha?Dia plan nak jadikan aku ’second wife’ ke?. Terkedu Nia seketika. Seolah mudah sahaja soal madu bagi lelaki sepertinya. Tidakkah dia fikirkan bagaimana perasaan seorang wanita bergelar isteri? Bagaimana pula perasaan wanita yang ingin dijadikan yang kedua?

“tak logik betul la u ni..”. Dengus Nia sedikit kesal.

“tak ada benda yang tak logik kat dunia ni..macam u cakap kalau i nak buat main-main baik i cari yang seksi dan muda-muda…tapi i bukan sengaja nak cari-cari macam tu..ni naluri lelaki..i jumpa u, i suka pada u dan i betul nak ambil u..tapi i tahu u tak nak bermadu sebab tu i tak cerita dari awal..i nak betul-betul 'tackle' u dulu..”

“so, u 'expect' i akan jawab apa?..u pun tahu i selalu cerita pada u pasal kawan-kawan i yang bercinta dengan suami orang, yang jadi ’second wife’..mesti u gelakkan i dalam hati kan…patut la selama ni bila i buka cerita pasal 'future' jer u selalu pusing-pusing  ke lain..”

“mana ada i gelakkan u…i tahu u tak boleh terima jadi yang kedua sebab tu i kena yakinkan u betul-betul dulu..kan i cakap kalau ada jodoh, ada la..i just try my luck..mana la tahu..”

Tak adil betul. Dah tambat hati orang betul-betul lepas tu baru nak beritahu hal sebenar. Memang mungkin ada kemungkinan wanita akan terima setelah 1 tahun dibaja benih cinta dalam hati dan bila tahu hakikat sebenar, hati dah terpaut, akur merelakan. Tamat cerita. Tapi bagaimana pula pada yang dah diikat hati selama setahun dan kemudian tahu hakikat sebenar, tidak mampu meneruskannya, bukankah masa dan umurnya terbazir begitu saja?

"wife u sebaya umur dengan u ke? kerja?". Nia bertanya ingin tahu lebih lanjut.

"tak, wife i tua setahun dari i. Dulu dia kerja tapi sekarang jaga anak i sepenuh masa. i kahwin dah 9 tahun."

Ya Allah, sudah selama itu rupanya usia perkahwinan mereka.
Hati Zania mula terusik mendengar kenyataan itu. Takut Nia memikirkan bagaimana nasibnya nanti, apakah suaminya juga akan berubah seperti itu setelah beberapa tahun berumahtangga? Adakah sebab isterinya suri rumah yang menyebabkan Zariq beralih arah mencari cinta lain untuk mengisi ruang-ruang kosong di hatinya? Apakah Zariq ingin rasa bercinta semula? Apakah sebab isterinya lebih banyak emnghabiskan masa melayan anak-anak hingga terlupa 'tackle' hati suaminya seperti zaman bercinta dulu?

“wife u tahu tak pasal kita?”

“hari tu wife i ada baca sms yang u hantar pada i”

“haa?? habis tu?”

“dia ada tanya siapa..i cakap la u..”

Terperanjat Nia mendengar sambil terus memandang tepat kedalam mata Zariq cuba mencari kepastian.
hah?! lepas tu? dia tak buat apa2 ke?”

Zariq hanya diamkan diri.

“tentu dia seorang perempuan yang 'perfect' kan?”. Nia cuba membayangkan wajah sedih seorang isteri yang mengetahui kecurangan suaminya. Agaknya bagaimana la reaksi isterinya bila terbaca mesej aku hantar kepada suaminya? Tentu sedikit hancur hati wanitanya. Kakak, maafkan saya, saya tidak tahu selama ini saya menghabiskan masa dengan suami orang. Saya minta maaf. Jerit hati Nia merasa bersalah merampas sedikit waktu, sedikit wang ringgit juga sedikit perhatian yang termaktub hak orang lain sebenarnya.

“semua perempuan pun 'perfect'.. i tak permainkan u, i memang nak u, mungkin u boleh lengkapkan lagi hidup i..tapi tu la..”

“Ya Allah, u ni..u dah tahu umur i dah 27 tahun kan..u tahu i memang tak nak bermadu..mana ada perempuan yang sanggup dimadu..kalau ada pun perempuan yang baik, kalau dia kata ya pun tapi tak akan sepenuhnya ikhlas..kalau i pun tak nak…kenapa sebenarnya u ni..u kahwin dulu cinta tak wife u?”

“cinta..sampai sekarang pun i tetap cinta wife i..ok, mungkin ada lelaki yang macam ayah u, tapi kebanyakan lelaki ada naluri macam ni..i bukan saja-saja..benda ni datang sendiri..dan sebab i tahu i mampu..”

“i tak ada apa-apa pun..”. Lemah Nia bersuara. Dikuis-kuis lantai dataran dengan kunci keretanya.

“i pun tak ada apa-apa..”

“u ada kriteria lelaki yang ideal..sekarang i baru faham, lelaki yang ideal kebanyakannya adalah suami orang sebab dia dah tahu semua benda, dah berpengalaman, know how to treats a woman..very gentleman..before this i kenal kawan lelaki-lelaki yang single susah nak jumpa macam tu…”. Nia mengawal getaran suaranya, sedangkan hatinya seakan terasa digigit-gigit.

“ada lelaki yang single yang ada kriteria macam tu kat luar sana..u tentu boleh dapat yang lebih better dari i…so maknanya tak ada possibility?”

Nia lama terdiam. Sekejap wajah Zariq dipandangnya. Terlihat mata Zariq sudah berkaca-kaca memerah. Ah, dia tidak mampu untuk terus bertentang mata saat itu. Sekejap dialihkan pandangan ke arah pelawat-pelawat yang mengisi ruang-ruang di dataran itu.

“So, is this the end of our relationship?”. Zariq terus mengajukan soalan seterusnya. Zariq beralih duduk di lantai pula bersebelahan dengan Nia.

“tadi kan ada kereta polis, i cuba minta pistol, polis tu tak bagi pula, kalau tak, dah ada orang mati kena tembak..”. Nia cuba meredakan keadaan. Tersenyum dia dengan kata-katanya sendiri. Zariq juga turut tersenyum.

“u tahu tak patutnya i minta senapang gajah kan tadi..”

“janganlah minta senapang gajah, u minta la parang gajah..at least u boleh kerat-kerat badan i, kalau pakai senapang gajah habislah berkecai badan i nanti, i tak nak jadi macam Altantuya..”.hehe.. kami sama-sama ketawa kecil. Sempat pula kami berlawak jenaka dalam keadaan membincangkan  hal serius macam ni.

“minggu depan i pergi Singapura..nasib baik makcik i ajak pergi, boleh juga i relax jalan-jalan tenangkan fikiran..”

“ha, kalau u pergi Geylang street jangan lupa makan sup merah tau..sedap kat situ..”

Nia terus menoleh kepada Zariq dengan membeliakkan biji matanya. Ek eh dia ni, sempat pulak tinggal pesanan penaja.

“..err yer la, selingan iklan jap..sebab i tahu u suka makan..”. Jawab Zariq dengan muka yang ala-ala ‘innocent’.

Hahahaha…bengong..sempat pulak bergelak ketawa dalam ’situasi’ seperti ini. Kemudian, Nia terus mendengar cerita Zariq. Tentang perkenalan dia dan isterinya hingga ke jinjang pelamin. Tak dinafikan, terselit sedikit cemburu di hati Nia. Ah, kenapa pula aku nak rasa cemburu, rasa itu tak patut ada dalam hati aku pun sebab aku tak punya apa-apa hak. Detik hati kecil Nia.

“u nak minum? jom pergi minum dulu..”

Nia memandang wajah Zariq dengan riak muka yang penuh tanda soal. EK eh sempat pulak nak ajak aku gi minum. memang la aku haus gila dan lapar gila ni tapi takkan la aku nak gi minum plak dalam situasi macam ni. Getus hati Nia.

“u ikut i pergi main badminton eh?..”

“haa? Abis nanti semua orang kat sana akan cakap i ni perempuan jahat la kan.”

“kenapa mesti orang fikir macam tu?”

“abis tu? dah u dah kahwin, ada anak......kenapa ya?...sebelum kahwin dengan selepas kahwin beza ya? memang macam tu ke?..takut i, nanti husband i macam mana la pula....”. Nia cuba meneka-neka perjalanan hidup yang akan ditempuhnya 1 hari nanti.

….

Zania menarik nafas dalam-dalam. Jauh dilontarkan pandangan ke tengah dataran seakan merenung kisah hidupnya.

“u tahu tak, i dah bayangkan macam-macam..”. Nia sedikit mengeluh. Terkilan.

“habis tu, u fikir u je, i pun dah buat future planning semua..”

“u suka i je kan, tapi u tak cinta i kan?”

“kenapa u cakap i tak cintakan u?”

Diam. Masing-masing melayan perasaan. Mata kedua-duanya dah berkaca-kaca. Zariq mengurut-urut dadanya yang mula merasa sebak mungkin. Dia kelu untuk berkata-kata pada pertemuan kali ini. Tidak seperti selalu, pasti ada saja yang nak diperkatakan.

“Terima kasih banyak-banyak untuk semua, i minta maaf kalau ada salah apa-apa. i doakan u bahagia dengan wife dan anak-anak u. u bercinta la balik dengan wife u. ” . Hati Nia terasa sayu dan sebak.

“i yang patut minta maaf banyak-banyak pada u sebab dah kecewakan u, tolong jangan benci i dan zuriat i, tolong jangan membenci lelaki.. tapi i tak sama macam lelaki-lelaki lain, diorang tinggalkan u tapi i tak..i minta halalkan semua masa u..”

“habis tu macam mana u nak ganti balik setahun i?” .Tanya Nia ala-ala budak kecil yang merajuk tidak dibelikan gula-gula.

hahahahaa. Terburai ketawa besar Zariq mendengarkan kata-kata Nia tu.

“..nanti lepas ni, i nak bercerita dengan siapa..”. Sayu Nia bersuara perlahan seakan bermonolog sendiri.

“i doakan u jumpa lelaki yang ada kriteria macam i..”

“..tapi kriteria baik jer la dan single..” celah Nia sambil tersengih.

Zariq juga turut tersengih.

“tapi please i harap u boleh lagi jadi kawan i..please..”

“kalau i kawan ngan u, macam mana i nak kawan dengan orang lain?”

Masing-masing membisu. Mungkin tiada jawapan akhirnya. Biar Tergantung.

“dah la, i nak balik, lama-lama nanti takut i takleh nak lupakan u pulak..”. Hati kecilnya terasa amat pedih, kalau boleh dia tidak ingin kehilangan seorang kawan yang amat disenanginya, terasa masa begitu cepat bergerak.

“take care..” .Sayu terdengar suara Zariq sayup-sayup.

“k take care..” . Nia membalas perlahan.

tanpa menoleh, masing-masing terus menaiki kenderaan sendiri. Apakah di sini noktahnya?? Kereta Zariq terus meluncur laju meninggalkan dataran itu. Nia masih berteleku memegang stereng kereta. Tanpa sedar, air matanya jatuh mencurah-curah, bahunya terhenjut-henjut mengiringi esakan. Tersedu-sedan dia seorang diri, suara tangisannya kedengaran tenggelam timbul. Hatinya bagai dikoyak-koyak. Mukanya disembamkan ke stereng beralas lengannya. Kemudian, ditekup wajahnya yang basah dek air mata dengan kedua telapak tangan. Hanya Tuhan yang tahu ‘kesakitan’ yang ditanggungnya. Esakannya semakin kuat, dipekup kuat telapak tangan kirinya ke mulut menahan sendu yang seakan menjerit-jerit. Sebelah tangannya lagi kedap memegang stereng kereta, memacu laju tayar keretanya membelah malam gelap. Sesekali terdengar Nia mengerang, bergetar-getar suaranya merintih, ‘..sakit..sa..sa..kitt..nyaaa..Ya Allah…’.

…………..

..damai..
..hurts..

*karya ini mengambil sedikit kisah benar yang diolah kembali. maaf jika penulisan ini sedikit berterabur atau kurang kemas mungkin. sekadar berkongsi cerita.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) cerita yg menarik, tapi seperti yg dikatakan - kurang kemas dan sedikit berterabur. boleh lagi ni, cuba carik sebab, reason, kenapa, mengapa. selitkan unsur2 tu dalam cerita dan ia boleh jadi lg kemas.

    teruskan menulis.
  • 2) sebuah kisah yang menarik. tidak sedar saya dah habis baca. walau latarnya tidak berkembang, tetapi plotnya mengalir dengan baik. ambil perhatian komen saudara rearreange. jadikan ia kemas, pasti lebih menarik.

    selamat berkarya...
  • 3) hehe penulis lebih mahu meluahkan emosi dan lepas gian nak sampai kan cerita ni rather dan menyampaikan dengan kemas.

    understandable.

    story wise, memang nampak inspired by kisah benar. an interesting kisah benar indeed. hehe. kool. ada sambungan lagi kan? cant wait!

  • (Penulis)
    4) thanks, rearrange! thanks, ridhrihzai! thanks, cahatomic! yup, mmg agak krg kemas sket..insyaAllah akan cuba next time akan cuba diperkemaskan lg cerita2nya.. (hehe, ha'ah mmg nak lepas gian x sabar2 nak kongsi cite tu sbb tu mcm berterabur sket kan.. ..)...
  • 5) huhuhuhu... saya tak tahu kenapa, tapi rasa lelah nak mnghabiskan bacaan. hhuhuhu.

  • (Penulis)
    6) huhuhu....thanx dayya..mesti sbb bosan baca ayat straight jer..tu la aritu nak cepat jer publish...hehe... nx time sy try elokkan lg ceritanya...
  • 7) hehe tetiba intro dia "sedikit imbasan lalu"
    puas saya cari. takde pula entri prekuel kepada episod ni
    hehe.

    imbasan lalu manakah?

    tapi gamba gadis tu memang somel. haha!

  • (Penulis)
    8) oppsss...hehe...'sedikit imbasan lalu' tu adalah imbasan zania pada kisah lalunya... heheh sorry tu la kelam kabut sgt tulis cerita ni tu yg berterabur jer...
    (gadis dr drama 'silent'..mmg comel..just nak gambarkan keadaan mata berkaca-kaca tp tidak sampai mengalir air mata..hemm..)

Cerpen-cerpen lain nukilan Darin

Read all stories by Darin
No stories.