Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Maaf Pun Berbekas

 

 Afzan separuh merangkak, separuh berjalan menuju ke bawah rumah. Rasa sakit dan pedih menjalar ke seluruh tubuh, hasil penghantaran isyarat yang dibawa neuron ke otak. Afzan mengaduh perlahan sambil cuba mengintai kakinya di tengah remang senja. Peristiwa petang tadi yang sepatutnya membawa ceria, bertukar duka. Bukan itu sahaja, hatinya robek, berkecai, hampa, duka dan lain-lain lagi.

  Bila saja teringatkan apa yang terjadi petang tadi, Afzan mula mencebik. Terasa ada air panas mengisi kolam mata malah muka terasa pijar. Bukan akibat ditampar tetapi hati Afzan terasa begitu sayu sekali. Mujur tiada sesiapa berada di sisi saat ini, kalau tidak habislah reputasi yang Afzan bina selama ini, Oh tidak, Afzan bukan seorang jaguh acara balapan seperti Jeyasighe, pelari Sri Lanka. Dia juga bukan sehebat Adam Smith, Bapa Ekonomi tetapi Afzan begitu terkenal dengan sifat tidak kenal takut. Sekalipun bapa Afzan jurulatih silat di kampung ini, itu tidak membuatkan dia berfikir dua kali untuk berbuat nakal. Malah, Afzan sedikit pun tidak berfikir. Dia akan terus melakukan sahaja apa yang terlintas di kepala.

  Sebaik sahaja keinginan untuk berbuat nakal terlintas, tali pinggang, rotan yang tergantung di bilik ayah, kerengga di bawah pokok rambutan dan reban ayam di belakang rumah, semuanya dilupakan. Tidak ada satu hukuman pun yang diingati oleh Afzan ketika dia begitu teruja merencana kenakalan. Malah, Afzan sudah diangkat sebagai pakar dan sering menjadi rujukan rakan-rakan sebaya dan tidak begitu sebaya.

  Sekali lagi rasa pijar menerpa. Afzan merungut mengapa emak tidak menyimpan alat kecemasan di sini, boleh dicuci luka di kaki. Tidakkah emak tahu bahawa Afzan serta adik-beradik selalu merangkak ke bawah rumah sebagai tempat perlindungan selepas menerima hukuman daripada ayah? Bukan emak tidak tahu, merangkak di bawah rumah bermaksud tubuh anak-anak kesayangan emak yang kacak dan tampan belaka ini akan bersalut dengan debu. Sudahlah pukulan ayah sentiasa tepat pada sasaran, pastilah tubuh mereka akan luka-luka. Maka senanglah bakteria hinggap di tubuh lalu menyebabkan jangkitan. Tidak terfikirkah emak semua itu?

  Sebelah kaki Afzan dilipat dan sebelah lagi ditegakkan di depannya. Dijengah kepala lutut untuk memeriksa jika ada parut di situ. Ada sedikit. Mungkin akibat terjatuh di dapur apabila dilibas oleh ayah dengan tali pinggang. Sebenarya, pukulan ayah tidaklah begitu sakit cuma Afzan yang terkejut maka pukulan itu menghilangkan keseimbangan tubuh badannya. Cecair koklea di dalam telinganya hilang imbangan maka hidung Azfar yang agak mancung itu mencium lantai dapur yang sering disapu emak dengan begitu bergaya lagi.

  Afzan tipu. Sebenarnya pukulan ayah begitu menyakitkan sehingga dia hampir pitam. Haji Mokhtar bukan sahaja seorang guru silat malah beliau merupakan jaguh badminton peringkat negeri semasa muda dahulu. Kalau tidak silap Afzan, Pak Teh mengatakan bahawa pukulan backhand ayah tiada tandingan ketika beliau masih aktif dalam dunia sukan tersebut.

                                                                                       + + +

Oh tidak! Sudah habis? Dapatkan dengan memuat turun Teori Pavlov si Syaitan, himpunan cerpen penulis dalam bentuk ebook.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) aisey ucu... tengah feeling sayu tiba-tiba baca ayat akhir, tersenyum pula. ucu dah permainkan perasaan saya ni. hehehe...

    cerita yang baik ucu. mesejnya juga sampai. sangat sesuai sekali contoh yang diberi. tepat dan jelas.

    p/s: perenggan ke-4 ada sedikit typo...
  • 2) cerita alang yg ke-? yg tu x paam..
  • 3) ok. contoh yg sopi kasi kat afzan tu memang tak menahan okeh!! ahahaha

    kool, contoh paku tu dah kool dah. dah terasa mcm kau baru menelaah buku 101 contoh karangan dan peribahasa pilihan PMR.

    tapi contoh kedua yg kau bagi tu memang aku xleh tahan gelak dah.

    keras betul joke kau ni. ahaha
  • 4) betullah..
    contoh paku tu mmg tak menahan..
    siap alasan nk tampal dgn plaster lagi..
    hehehehe..

    tp mcm biase, cite ucu mmg ade kelas yg tersendiri..
    thumbs up ucu!
  • 5) wow ucu... bagaimanakah anda menggali idea yang hebat begini? wah~~~~ jelles2! huhuhu

  • (Penulis)
    6) ridh: time kaseh bace. nnt saye betolkan
    rama_rama: mksdnya, masa kecik ayah die pun nakal juga
    caha: pesal tak rasa fani pun
    maul: time kaseh!
    dayya: time kaseh bace
  • 7) menarik citenya. hehehe
  • 8) mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Ngeh ngeh ngeh..

  • (Penulis)
    9) alya: time kaseh bace
    ckin: kan kan? tepat sekali
  • 10) memula baca cam sayu jugak.
    pehtu ending die wat i gelak sket.
    huhuhu..

    sungguh cumil ending anda.
    i loike!

    tp bgs citer neyh.
    give me sedikit idea cemane nk berckp secara hikmah kpd pelaja2 sy nnt.
    tengs ucu!
  • 11) bapak borek anak rintik
    dh boleh kenal dh style cerita ucu...msti nk masukkn fakta2 global dia

  • (Penulis)
    12) paper_cat: glad to be of help
    kamalia: hihi alamak obvious sgt ke? okela i ubah la lenkali
  • 13) hahahahaha...awal2 sedih2..pastu gelak sorang2
  • 14) selalu macam tu tapi ayah garang sangat. but whatever it is, part bubuh ikan bilis tu memangla..err

  • (Penulis)
    15) rain: time kaseh bace
    syud: part bubuh ikan bilis tu adelah plan benar semasa kecil. oke pg kuala selangor janji tak bawak ikan bilis
  • 16) wow! marveles ucu! saya rase tersentuh membace kisah ini.

  • (Penulis)
    17) nia: maseh bace

Cerpen-cerpen lain nukilan uculer

Read all stories by uculer