Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Anugerah
- 5
- kapakajaib
- 14 years ago
- 2,896
- FREE
Ayah kata buat baik nanti kita akan dapat anugerah. Aku tanya anugerah apa? Dia jawab kalau jadi budak baik nanti ada sekor rusa berbadan sasa akan menaiki perhau terbang berdayung ke setiap rumah budak-budak baik. Aku terbayang 'Santa Claus', tetapi ayah menerangkan lagi bahawa rusa ini datang tak kira musim. Sangkaanku salah nampaknya.
Ayah menambah lagi, sang rusa berbadan sasa itu bergelar Janggo datang tak kira musim. Dia datang ke rumah kanak-kanak baik belaka dengan sampan terapung berlabuh di atas bumbung lalu turun mencari cermin dan pisau untuk bercukur. Setelah bercukur, bulunya berguguran dan Janggo beredar. Hanya bulu? Ayahku meneruskan ceritanya bahawa bulu itu satu anugerah.
Setiap pagi jika kelihatan bulu bertaburan di mana-mana bahagian rumah kami akan menceritakan kepada keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan. Ceritanya sama dengan lokasi yang berbeza tetapi setiap kali seseorang menceritakan pengalamannya pasti semua terpesona. Zaman berubah tetapi jiwa seseorang tetap terasa istimewa jika menjumpai bulu-bulu Janggo dan tak akan kurang mereka yang terpesona mendengar pengalaman mereka.
Aku masih tertanya, ada sesiapa yang menjumpai sang Janggo? Rasanya belum lagi tetapi tidak kurang juga mereka yang terserempak dengan makhluk yang istimewa itu. Tiada yang menangkapnya kerana Janggo adalah pembawa anugerah kepada rumah yang berisi dengan anak-anak yang baik. Hanya cerita kekaguman, keterpersonaan dan kesyahduan menyasikan Sang Janggo tersebar meluas dikatakan seantero dunia.
Sehingga sekarang kebenaran Sang Janggo wujud tidak dapat dibuktikan tetapi sebagai simbol kegembiraan dan kesinambungan silaturahim kekeluargaan ia diperturunkan kisahnya. Anakku kini mewarisi kisah Sang Janggo yang diperturunkan dari Ayahku sebagai pemberi cahaya harapan dan katalis bagi menjana sifat murni.
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen UmumCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) gaya penulisan anda membuatkan saya teringat pada cik hulubalang...
- ridhrohzai
- 14 years ago
-
2) hehe first time baca cerita tema gini
- cahatomic
- 14 years ago
-
3) bapak budak tu sebenarnya dah tercukur janggut kat ruang tamu. terlupa nak sapu. esok bini dia marah2 sampai anak dia terjaga. sebab nak cover line, dia buat cerita tu untuk anak dia. pandai betul si bapak. hu hu hu
- Kurusawa
- 14 years ago
-
4) aku rasa bulu kaki yang gugur..aku macam setuju je dengan kurusawa..hehe..aku pernah bc genre mcmni tp xigt ape nama dia..
- paktam85
- 14 years ago
-
5) mungkin juga bulu ketiak atau bulu ari-ari wibowo
- Kurusawa
- 14 years ago