Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Pemuda Milenial Ep 1.

 

"Kau ni tak 'stylo' la, bila nak join kiterang?" tanya salah Jengga yang sedang duduk mencangkung dalam bulatan bersama rakanku yang lain.

"Tak tau lagi, kalau hilang benda yang dah lama ada aku rasa bersalah," keluhku pada semua sambil menggaru kepala.

Kami bertujuh sedang menjamu selera di tengah jalan tar di belakang deretan kedai runcit ketika matahari hendak terbit. Bersuka-ria dua hari agaknya tetapi kami hilang perhitungan kerana memang sah semua hilang koordinasi. Hedonistiknya kami melampaui batas, memang melampaui batas sehingga tidak sedar kami meransang rakan sendiri sehingga syahwat. Ini semua gara-gara intoksikasi yang ekstrem dengan botol air pelbagai jenama, dengan gula-gula pelik serta bantuan pernafasan yang aneh.

"Aku dah takde duit beb," si Labu memberitahu kami dengan serius. "Ada yang hilang 'handphone', kasut dengan entah apa lagi."

"Entah la," serentak semua mengeleng seperti malas hendak memikirkannya ada.

"Aku rasa ada la macam lebih 2000 nak dekat 3000," kata Darius sambil menggaru dagu. Wajahnya tak ubah seperti Perdana Menteri, Najib Tun Abdul Razak ketika zaman remajanya. Perwatakan Darius kelihatan seperti seorang intelek yang bersih lagi skema tetapi sifat sebenarnya dari fizikalnya umpama matahari dengan sistem bintang yang lagi satu.

"Bila lagi?" tanya Jengga.

"Tak tau la Ga," aku keluh.

"Takpe aku harap semua boleh ambil keputusan macam yang aku dah buat."

Daeng menyampuk terus,"keputusan apa?"

"Aku nak kena kasi, sebab hidup hedonistik ni dah tak 'trend'. Semua orang nak jadi macam sida-sida tak payah kahwin, kurang nafsu, hidup bahagia"

Aku menelan air liurku sebanyak mungkin seperti orang yang berpuasa 6. "Gila ke apa? nak kena kasi."

"Kalau kau tak mau aku ajak yang lain. Si Darius dengan Robin ni pun nak kena kasi dengan aku hujung minggu ni. Siapa lagi nak join?"

"AKU!" Cheng dan Asun mengangkat tangan. Geng yang lain juga turut serta, aku tanpa berfikir sekelip mata angkat sama.

"Okay, hujung minggu ni semua sekali join. Mari berkasi."

"Yeah!"

Sudah pukul 8:00 pagi, kami semua beredar pergi. Aku balik ke flat sewaanku di mana aku hidup berseorangan. Aku hendak membuka peti ais untuk minum tetapi aku semakin pitam. Lantas aku berjalan dan terus terbujur di atas lantai.

Bersambung.......

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hmm hmm
    tulisannya agak urban. idea juga agak unik.
    ada beberapa yg tak difahami. hehe. tapi tak apa.
    kasi keluar ep2 duluuu kemonn!
  • 2) datang membaca... menantikan episod seterusnya...
  • 3) yeah! silahkan berkasi!
  • 4) kasi = kembiri

Cerpen-cerpen lain nukilan kapakajaib

Read all stories by kapakajaib