Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Pemuda Milenial Ep 3

 

Suasana sepi tanpa deruan kereta, tidak mungkin hari ini hari ahad, aku pasti tidur lebih dari 24 jam sebab tak mungkin aku tidur 2 atau tiga minit terus terjaga. Aku pasti hari ini hari Isnin, biarpun sunyi sepi dengan aku seorang saja di sini. Nampaknya mungkin hari ini darurat sebab jerebu teruk seperti ini biasanya kerajaan isytihar cuti umum. Kalau cuti umum, apa salahnya aku pergi jalan-jalan cari makan.

"Baik aku pergi makan," itu yang aku sebut dalam hati kecilku, lalu aku terus menuju ke arah kedai yang biasa aku pergi.

Sebelum aku hendak bergerak, pandanganku tertumpu pada sekuntum mawar merah yang mekar disebalik rekahan tiang bangunan. Belum sempat aku memetik bunga, suasana sepi tiba-tiba musnah dengan derap kaki kuda. Tempo bunyi semakin pantas dan seperti semakin menghampiri ke arahku terus aku kaku hanya mampu menyentuh ranting pohon tersebut. Kepalaku menoleh dengan posisi kaku sedang cuba memetik bunga, kelihatan seorang penunggang kuda berperisai besi seperti kesatria eropah zaman pertengahan membawa belantan pantas menuju kearahku. Reaksiku spontan melarikan diri menjerit,"Syaitan!!!!!"

Sepantas mungkin aku melarikan diri dari benda pelik yang cuba mengejar aku ke taman permaian. Aku cuba menyembunyikan dir kedalam sebuah gelongsor kanak-kanak tetapi aku rasa aku pasti dihantuk dengan belantan sampai mati. Lalu aku terus patah balik ke blok flat ku, naik tangga ke tempat tinggalku. Tidak ku sangka, makhluk berkaki empat itu masih mampu mengejarku tetapi aku lebih pantas dan selamat dari pendangan entiti pelik tersebut. Siap terjatuh dari tangga aku bangun semula terus berlari pantas dari satu tingkat ke satu tingkat sehingga sampai ke aras 7 dan terus melulu ke arah rumah ku.

Termengah-mengah dan berpeluh basah aku masuk terus tanpa mengunci pintu rumah. Pakcik tadi sedang asyik menonton T.V sambil menjamu selera,"Apa dah jadi nak?"

"Ada malik, malik.....maaa...lik." Tergugup-gagap aku menjawab dengan tak sudah menelan air liurku.

"Makhluk Pelik? Apa yang peliknya?" Pakcik tua bertanya sambil menumpukan perhatian pada peti televisyen.

"Macam mana pakcik tau malik tu makhluk pelik?" Aku tanya dengan wajah hairan. Suhuh badan hampir normal daripada suhu hampir beku tadi.

"Pakcik dah lama hidup nak. Perkataan tu pakcik guna masa belajar dekat U dulu."

"Masa pakcik dekat U dulu pun dah guna perkataan macam tu. Dahsyat." Aku terus mengunci pintu dan duduk dekat meja makan.

"Orang zaman sekarang biasa la. Tak berkembang, balik macam orang zaman dulu-dulu ada la."

"Itu la pakcik. Saya nampak dekat bawah tadi malik tu guna perisai mat salleh zaman dulu."

"Tu pak gad kat ni, memang dia kena pakai gitu sebab kat luar tembok tu banyak penyamun bersenjata."

"Bila masa penyamun ada kat luar flat nik pakcik? Kita duduk tengah Kuala Lumpur. Mana ada orang gila kat Sentul ni pakcik."

"Berapa dah tertidur kat lantai tu?"

"24 jam kot sebab saya kalau dah 'enjoy' sakan memang terlantar terbujur je pakcik."

"Memang pelik. Anak ni tak ubah macam pakcik zaman muda dulu. Cuba tengok gambar pakcik kat bilik tu."

"Gambar pakcik zaman muda? NI rumah saya pakcik. Macam mana gambar pakcik ada dekat rumah saya?"

"NI rumah pakcik. Masa anak keluar tadi pakcik dah periksa rumah ni habis-habisan. Biarpun pakcik ni nyanyuk sikit tapi pakcik ada lagi memori lama. Semua barang pakcik ada dekat sini"

Aku pergi menuju pintu bilik. "Bilik ni bilik pakcik ke?" Jari ku menunjuk kearah bilik di hadapanku.

"Ye la. Bilik mana lagi."

Aku pelik sebab keadaan rumah ini seperti rumah aku dengan alamat yang sama. Tadi aku keluar pun keadaannya lebih kurang sama cuma lif rosak dengan keadaan agak kotor sedikit. Tidak mungkin aku bermimpi kerana aku ada terjatuh dekat tangga, masih terasa sakit. Kalau aku bermimpi pasti aku tersedar selepas kejadian tadi. Situasi yang pelik sebegini belum lagi dapat ku terangkan sebelum aku melihat buktinya di dalam bilik aku. Bilik aku?

Bersambung.........

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hohohoho
    mistik sungguh niii
    ok wehh
    kasi cargas episod 4 pulakk
  • 2) sy baru tahu malik tu adalah singkatan bagi makhluk pelik.
  • 3) hahaha...ingatkan malik dlm cerita ni adalah nama malaikat.
    bahagian ni mengingatkan aku dengan babak dalam filem christmast carol
  • 4) Mak Jil = makhluk ganjil

    Mak Suk = makhluk busuk

    Mak we = makhluk yang ada power

    Mak mentua = Mak mentua la juga.

Cerpen-cerpen lain nukilan kapakajaib

Read all stories by kapakajaib