Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Lelaki jalang

 

(i)

Seorang wanita di tepi jalan, berseluar slack dan kemeja senteng. Wajah tersenyum dengan calit nipis warna-warna pada muka, tambah berseri. Seperti adanya seorang bidadari pembawa cahaya, turun ke bumi membawa panah asmara: Si pemberi cinta!

Dia mengeluh perlahan.
Peluh yang merengek manja pada dahi, di lap lembut dengan kertas tisu.
Wajah yang kepenatan masih lagi tersenyum.

Sebenarnya, ini rahsia dia.
Tak mengapa, aku bercerita pada kamu agar sama-sama kita mengambil ikhtibar tentangnya.
Ini kisah wanita di tepi jalan itu, senyap-senyap memberi ilusi bahagia pada manusia sekelilingnya.

Wanita ini sering menangis bila anaknya yang sudah berumur tujuh tahun tidur keletihan di sofa, menanti pulang ayahnya dari kerja. Wanita ini seringkali tumpas pada katup mata sang anak yang nyenyak. Dia sendiri sebenarnya rindu pada lelaki yang memegang gelaran suami.

Dulu, lelaki ini suami yang baik juga ayah yang soleh. Sentiasa punya masa untuk keluarga, prihatin dan bertanggungjwab. Entah di mana salahnya, sejak setahun yang lalu segalanya bagaikan berubah tiba-tiba. Lelaki yang selalu tersenyum itu acapkali bermuka tegang, sudah tidak ada senyuman di wajahnya. Haknya sebagai isteri bagaikan hilang tiba-tiba. Apakan lagi si anak, bagai terputus hubungan. Wanita ini keliru. Anaknya juga buntu.

Setiap minggu, lelaki ini akan pergi menyepikan diri.
Katanya mencari Hidayah dan kebenaran.
Dia mahu hapus segala dosa.
Duduk sendirian.
Bertawakkal.

Wanita ini terus buntu. Terus-terusan selama setahun. Akhirnya, dia mencari punca demi menjaga keutuhan rumah tangga mereka. Wanita ini sudah tidak mahu melihat anak mereka terseksa menahan rasa.

(ii)

"Abang pergi mana? Keluar rumah tak balik-balik. Dapat gaji je lesap. Abang ingat saya dengan anak kita tu tunggul batu ke? Abang ingat ini hotel tempat abang tumpang tidur ke?" sambil teresak-esak, wanita itu menangis. Suasana dalam bilik utama itu begitu hening. Bulan dan bintang masih terang di luar rumah, burung hantu juga barangkali sudah tertidur lewat jam tiga pagi itu.

"Aku tak mahu tanggung dosa dalam rumah ni. Kau, anak kita sama-sama kafir!" ucap lelaki itu kasar. Tangannya menunjal kepala wanita itu. Wanita itu masih menangis teresak-esak sambil menekup muka. Hatinya bagaikan diturah belati tajam, terasa menusuk ke sukma dan kalbu.

"Sampai hati abang kata begitu? Apa salah saya?" wanita itu tiba-tiba bangkit bersuara. Mungkin kerana terasa diperkotak-katikkan, mungkin juga mahu menjaga air muka jangan sampai diinjak hina.

"Berpeleseran keluar, bercakap dengan bukan muhrim, bekerja siang malam, tak tahu batas aurat buka sana sini! Kau ingat kau kebal tak termakan dek api neraka?" tengkingan lelaki itu kian tajam melantun ke segenap bilik. Wanita itu membuntang mata tidak percaya.

Lelaki itu sudah jauh meninggalkan mereka.
Lelaki itu sudah hanyut entah ke mana.
lelaki itu suaminya- sudah gila!

Wanita itu memandang tajam lelaki itu."Saya wanita bekerjaya!"
Lelaki itu diam, bangun dan lekas-lekas keluar membawa beg kotak berisi pakaian dan barang keperluan harian.
Namun, senyap-senyap si anak menyaksikan adegan tersebut dari celah pintu bilik mereka.
Mereka tidak tahu itu.
Senyap, menjadi rahsia.

(iii)

Sebenarnya, lelaki itu beristeri dua.
Isteri mudanya lebih cantik.
Bertudung litup, manis.

Di halaman rumah bertepi tiang lampu yang sekaki setengah tinggi, wanita muda itu menyambut kepulangan suaminya dengan senyum. Sumpah, langsung dia tidak pernah sedar dirinya punya madu. Dia bulat-bulat ditipu. (Jika dia tahu, mungkinkah dia masih lagi tersenyum menanti?)

Lelaki itu melangkah dengan hayun dada bidang, tampak perkasa. Wanita muda itu menghampiri lalu salam dihulur beserta ciuman hangat di pipi. Lelaki itu bahagia terus terlupa isteri dan anaknya tadi.

"Abang, saya mengandung." ujar wanita itu. Wajahnya jelas terpancar bahagia. Lelaki itu tergamam. Dia terkejut mendengar berita itu. Dengan mata terbuntang dia berkata kasar, "Gugurkan."

Wanita itu serta merta bertangisan, terduduk. Sungguh dia kebingungan. Seharusnya berita itu mendatangkan suka...tapi?
"Pernikahan ini bukankah untuk menyambung zuriat?" soal wanita muda itu tersedu-sedan. Lalu tanpa riak bersalah, lelaki itu tersenyum sinis.

Dalam hatinya menjawab kuat, "aku sudah punya anak dan isteri. Kamu cuma persinggahan baru- atas nama pernikahan."

[ top ]

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) kejamnya!
    wah
    mintak dijauhkan plis

  • (Penulis)
    2) uculer: wah, kasi 5? terharunya! hehehe... terima kasih2~~~ hehehe
    tu la, saya pon harap tak jumpa lelaki macam ni~~~ menakutkan. huhuhu
  • 3) dtg membaca..hehe..
  • 4) singgah membaca, setelah lama tidak membaca karya Dayya.
  • 5) ok, saya terasa sebenarnya
    tapi, bagus ceritanya
  • 6) kali ini rentak penceritaannya berbeza ya dayya. ringkas, padat dan mudah difahami.

    semoga saya tidak tergolong dalam kelompok lelaki sebegitu...
  • 7) wah..ada kelainan pd karya kamu kali ni..
  • 8) uih
    konflik diri sungguh lelaki tu.
    huu.
    mesejnya agak vague. mungkin dayya suruh saya yang malas ni lebih berfikir. hehe
  • 9) saya pun x faham sgt..mungkinkah ini kisah seorang lelaki yang hipokrit?
  • 10) er..dah tu dia tak kafir? suka hati je suruh gugurkan anak. *hemo hemo*
  • 11) Dayya...terbaik!!

    Saya mati2 ingt si suami itu seorg yg briman n mcari wanita btudung...

    penceritaan yg unik n hebat... Tahniah yee
  • 12) wahh saya juga konpius akan jatidiri lelaki itu.. mungkin kah akan ada sequel selepas ini? ahah! ayuh kite nantikan..
  • 13) Saye keliru, tapi saye menten je. Sbb laki ni masih level jalang beralas. Dia guna cara sah. Mebi dia duk kat Johor ni, kalau kat Perlis, dah lama dah dia pi Siam. Nyam-nyam.
    • xr
    • 14 years ago

  • (Penulis)
    14) eh... banyaknye komen huhuhu, maaf tak perasan sbb selalunya cerita2 pendek saya tak de komen yang banyak macam ni. hihi. wah, tetiba jadi terharu plak wiwiiwiw...

    paktam: komennye?

    cahatomic: mungkin kamu nak kata yang puisi ni tak cukup huraian? heheh

    mr_kajiwa: thanx kak sudi juga datang membaca. saya terharu

    kamalia: terasa? kenapa ek?

    ridh: ye, cuba mencari kelainan. mencuba tulisan indie mungkin? hihih

    rain: ye... sangat!

    syud: kan? macam bagus laki tu. hihih

    koizumi: thanx sudi membaca.. hihih

    njay: tak terfikir lagi sampai ke situ.. hahah, tgk la macam mana... (nampak sangat saya culas nak menulis cerita pendek) huhuhu

    xr: ala2 jalang islamic la dia ni. konfius? hurm, saya kena belajar lagi macam mana nak tulis ngan telus ni.

    thanx sume sbb komen dan rate

Cerpen-cerpen lain nukilan dayya

Read all stories by dayya