Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

AKU DIA DAN CAMERA

Cerpen sebelumnya:
Lelaki jalang
Cerpen selanjutnya:
"KAKI KAMBING "-skrip teater adaptasi cerpen Roald Dahl "Lamb to the Slaughter"

2009
"eh kamera siapa pula ni? tinggal kat tepi pantai macam tu je..memang tak sayang betul."ucap dawie. Tangannya mula gatal mengusik-usik kamera itu. setelah menghidupkan kamera ini dia amat terpegun.
"cantiknya gambar..siapa perempuan dalam gambar ni.."dawie leka memerhatikan gambar seorang gadis di dada kamera itu. Gadis itu mempunyai rambut yang ikal. Ditekan pula butang zoom. Mata gadis itu berwarna coklat Hazel. sungguh memikat. Dawie bagai terpukau.
"ehem!"dawie tersentak setelah mendengar satu suara berdehem kepadanya. dia berkalih. sekali lagi dia mata terpukau gadis di dalam kamera itu. dawie mati kata.
"encik tu kamera saya boleh bagi balik?"ucap gadis itu lembut.dawie hanya mengangguk.
"terima kasih" gadis itu mula mengatur langkah pergi. dawie baru tersedar dari lamunan nya.
"cik tunggu.."laung dawie. gadis itu mematikan langkah dan berpaling kepada dawie. gadis itu telah mencemar dahinya dengan kerutan kecil.
"cik bercuti kat sini ke?"soal dawie setelah menghampiri gadis itu.
"ya..kenapa?"gadis itu mula memandang dawie pelik.
"kalau boleh..saya nak tahu nama cik boleh"dawie mula berani.
"Eloise Aleeya"ucap gadis itu selamba.
"saya dawie.."dawie mula menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. gadis itu menyambutnya.Dawie hanyut dalam khayalan. tanpa di sedari gadis itu telah pergi meninggalkannya.

"siapa gadis itu.."soal Dawie di koridor bilik penginapannya. dia mula merenung langit malam yang berbintang.
"aku mesti cari gadis itu..she is the one"dawie sudah tersenyum simpul. nampaknya dia sudah terpikat dengan gadis misteri itu.

"gadis itu.."dawie mula mengejar. gadis itu sedang bermain-main dengan air. di tangan kiri gadis itu ada sebuah kemera. ya kemera yang di jumpainya semalam. dawie mula mendekati apabila melihat gadis itu mencangkung sambil menguis-nguis pasir.
'alahai..comelnya' getus hati dawie.
"awak nak apa?"soal gadis itu sambil merenung wajah dawie
"saya nak sembang dengan awak boleh" soal dawie. gadis itu mengangguk kecil. rambut gadis itu di tiup angin laut. menyerlahkan kecantikan gadis itu lagi. dawie terpukau lagi. sugguh dia tidak pernah melihat gadis secantik gadis itu.

Mulalah bibit indah antara dawie dan gadis itu. Gadis itu mula senang dengan dawie. Dia menceritakan segala kisah hidupnya kepada Dawie. rupanya gadis itu telah kematian kekasihnya ketika menyertai aktiviti 'scuba diving' di pulau ini. Dawie turut tersentuh mendengar cerita gadis itu. dan terbawa perasaan apabila melihat gadis itu menangis.
"awak tinggal bilik berapa?malam nanti saya nak jemput awak pergi dinner bolah?" soal dawie sambil merenung wajah gadis itu.dia sebenarnya cuba mengubah topik supaya gadis itu tak bersedih.
"333"jawap gadis itu sambil mengesat air matanya. Dawie mengangguk. mereka berdua mula bangkit dari tepian pantai dan mahu kembali ke bilik masing-masing kerana hari sudah senja.

tokk..tokk..sudah berkali-kali dawie mengetuk pintu tapi tiada jawapan. Dawie mahu ke lif untuk bertanyakan ke kaunter.pintu lif terbuka. Eloise didalamnya. Dawie lega. mereka berdua beriringan ke restoran di tepi hotel itu.

"dawie kenapa mereka pandang saya pelik" soal Eloise tidak selesa apabila semua mata di restoran itu memerhatikan mereka berdua.
"mereka terpegun kot awak cantik sangat" ucap Dawie.Eloise tertawa kecil.
"merepek ja awak ni"ucap Eloise sambil menghidupkan kamera nya. dia mula menangkap gambar dawie. Dawie mula membuat gaya dari berbagai posisi.
"Eloise.."Dawie mula mencapai tangan Eloise setelah Eloise selesai menangkap gambarnya.
"hmmm"wajah Eloise kemerah-merahan menahan malu.
"sejak pertama kali saya lihat Eloise saya dah jatuh hati..jatuh sayang pada Eloise.. hmm eloise sudi tak awak jadi pelengkap hidup saya yang kekurangan ni?saya tahu terlalu singkat perkenalan kita ni..tapi saya pasti awaklah Mrs Right saya Eloise.."soal dan terang Dawie penuh pengharapan.
"hmm..jumpa saya di tempat awak jumpa kamera saya hari tu. disana saya akan berikan jawapan" Eloise terus bangkit meninggalkan Dawie kesorangan di restoran itu.

Seperti yang di janjikan.. Dawie pergi ke tempat dia menemui kamera Eloise. lama dia menunggu tapi Eloise tidak datang. tiba-tiba dia tersepak sesuatu objek.
"ouch!" jerit dawie. dia menunduk untuk mencapai apa yang di sepaknya. kamera Eloise. dan ada nota.

Dawie tolong cuci gambar dalam kamera ini dan di situ ada jawapan..-eloise


Dawie
cuba menghidupkan kamera itu. tapi tak boleh. mungkin kehabisan bateri. Dia terus pergi ke kedai kamera terdekat. Dia menyuruh gambar di kamera itu di cuci. setelah selesai Dawie menyerahkan wang not RM25 kepada pekedai itu. pekedai itu memandangnya pelik. Dawie tidak mengendahkannya. Dawie mengambil tempat duduk kerusi santai di tepi 'swimming pool' hotel itu. Dia mengeluarkan gambar itu satu persatu. Dawie tergamam. Gambar-gambar itu cukup tragis. Gambar gadis itu. Seorang lelaki. mungkin teman lelakinya. pada awal gambar-gambar itu memang penuh kegembiraan. cuma di akhir gambar itu membingungkan Dawie. Gambar teman lelaki kekasih itu timbul di atas air air di sekeliling lelaki itu bertukar merah. Dawie kegerunan. Gambar seterusnya Gadis itu juga terapung di atas air dengan darah merah mencemar warna air laut.Siapa yang menangkap gambar ini. Dawie kaget. Gadis itu sudah mati? soal hatinya? tak mungkin. siapa yang dengannya sepanjang 3 hari di hotel ini.

Dawie mula berlari ke kaunter pendaftaran hotel itu.
"cik ada tak penginap hotel bernama Eloise Aleeya"soal Dawie.
"sekejap ya encik saya periksa" jawap gadis di kaunter itu
"ok"
"maaf cik tiada nama penginap bernama Eloise Aleeya kat sini"
"tak mungkin..tak mungkin"dawie mula kegerunan
"ok..ok check pula penginap bilik 333" Dawie masih tidak berpuas hati.
"maaf tiada penginap dalam bilik itu sejak tahun 2006 encik"Dawie mengeluarkan gambar di poketnya. diperiksa tarikh yang tertera pada kamera itu.
' 15 mei 2006' baca Dawie dalam hati. Dia mula mencari gambarnya yang di tangkap oleh Eloise semalam..tiada.Dawie tergamam lagi.Kepingan gambar-gambar itu terlerai dari tangannya. Kamera iu turut terjatuh. Dawie berlari keluar dan pergi ke restoran yang di perginya bersama Eloise semalam.
"encik semalam saya pergi restoran ni dengan siapa?" soal Dawie kepada salah seorang pelayan yang mengambil menu darinya semalam
"encik..encik datang sorang"jawap pelayan itu tergagap-gagap. Dawie jatuh terduduk.

'siapa kau Eloise, kau dah mati. kenapa kau jumpa aku.kenapa kau buat aku macam ini' ucap Dawie sambil berdiri di tepi pantai. ombak menyapu betisnya.Tangan kiri Dawie memegang kepingan gambar itu. Tangan kanannya memegang Kamera Puaka itu. Dawie bergerak ke tengah laut.dan dia hilang di telan ombak. Gambar-gambar bertebaran di dada laut.Dawie hilang tanpa dapat dikesan lagi.

2012
"eh kamera siapa ni"tanya Rasya dan peristiwa Dawie berulang lagi. Aku,Dia dan Kamera berulang. peristiwa hitam berulang lagi........

selesai...

maklumat lanjut http://amirazoe155.blogspot.com

Cerpen sebelumnya:
Lelaki jalang
Cerpen selanjutnya:
"KAKI KAMBING "-skrip teater adaptasi cerpen Roald Dahl "Lamb to the Slaughter"

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.5
4 Penilai

Info penulis

myra_zoe

simple gurl....... otc gurl......
myra_zoe | Jadikan myra_zoe rakan anda | Hantar Mesej kepada myra_zoe

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya myra_zoe
CINTA TIADA NOKTAH 1 | 2118 bacaan
KERANA KASIHNYA MIA | 2730 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

12 Komen dalam karya AKU DIA DAN CAMERA
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor


Kapasitor Bookstore

Red Rabbit

Long before he was President or head of the CIA, before he fought terrorist attacks ...
Price: RM 8.00


Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik