Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

"KAKI KAMBING "-skrip teater adaptasi cerpen Roald Dahl "Lamb to the Slaughter"

Cerpen sebelumnya:
AKU DIA DAN CAMERA
Cerpen selanjutnya:
Sambungan: Sempurna

“kaki kambing”-  sebuah skrip I.Kurusawa 2004.

- adaptasi secara longgar daripada cerpen Roald Dahl “ Lamb to the Slaughter”

 

 

watak-watak

 

Munah

 

Manap

 

Inspektor Lamin

 

Polis 2 , 3 dan 4

 

 

“Babak II”

Manap membelakangi Munah sambil memegang bingkai jendela. Munah sedang memegang dulang yang berisi sepotong “kaki kambing”yang besar yang masih belum dimasak.

 

Manap:

...Munah, tak payah la kau susah-susah nak masak! aku tak lapar!

 

Munah:

tak boleh macam tu bang, Munah masak kaki kambing ni ye, tapi kena

tunggu kejap. Keras lagi ni, macam batu, ye la baru keluar dari peti ais...

 

Manap:

tak payah,  aku cakap tak payah!

 

Munah:

tak pun saya buatkan kopi?! boleh?

 

Manap:

Kopi lagi tak payah! aku ada hal nak cakap dengan kau ni..

tapi kau jangan terkejut pulak...

 

Munah:

apa dia bang?....

 

Manap:

..sebenarnya...

 

Munah:

bang! saya pun ada perkara nak bagitau!

 

Manap:

bagi la ku cakap dulu Munah oiii!!!  sebenarnya macam ni...

 

Manap

(bercakap dalam mute)

 

Munah

(terperanjat dalam mute)

 

pentas gelap tiba-tiba. bunyi 2 benda berlaga. Lampu on kembali. kaki kambing dan dulang sudah berada di kaki Manap.  Manap kelihatan terhoyong-hayang seketika, kemudian jatuh tergolek di lantai. Munah masih berdiri. Kemudian Munah mengutip kaki kambing dan meletakkannya semula di atas dulang, membawa ke dapur dan memasukkannya ke dalam oven dan oven di’ on’ kan. Kemudian Munah ke meja solek dan menyikat rambut serta membubuh gincu.

 

Munah:

...Pak mat bagi bawang 2 ringgit, kentang sekati, serbuk kari satu peket,...(Munah berlatih beberapa kali. Kemudian mengangkat telefon.)

 

Munah

(bercakap di telefon)

Pak mat bagi bawang 2 ringgit, kentang sekati, serbuk kari sepeket,....

....terima kasih ye pak mat. ..takdelah Pak Mat, nak masak kaki kambing je... Kek keju? ye tak ye jugak, abang Manap memang sukakan Kek keju untuk minum petang... Berapa semua pak Mat? o.k terima kasih.

(Munah terus bersolek. Kemudian bunyi loceng pintu.Munah bangun dan membuka pintu, mengambil barang2 yang dipesan, membayar, menutup pintu. Kemudian Munah bergerak ke dapur. Tiba-tiba Munah terpandang Manap.Barang di tangan jatuh ke lantai. )

 

Abang!!! apa dah jadi ni!!

 

(meluru ke arah suaminya.memeriksa.akhirnya mendapati suaminya mati. mula menangis dan berlari menelefon polis.)

 

tolong! suami saya dah mati! ye..abang Manap dah mati!

 

Munah terduduk di atas sofa. Insp. Lamin datang bersama polis lain.Polis 2 & 3 memeriksa mayat Manap.

 

Insp. Lamin:

 bila puan jumpa dengan mayat suami puan?

 

Munah:

tadi pukul 3 dia balik rumah. saya cakap dengan dia kejap. lepas tu saya  pegi pasar kejap, beli barang. bila saya balik, dia dah....( nangis)

 

Polis 2 dan 3 masuk.

 

Polis 2:

 tuan, nampaknya punca kematian telah dikenalpasti..

 

Insp. Lamin:

 ya, apa puncanya?

 

Polis 3:

 leher si mati diketuk dengan objek yang tumpul dan keras. seperti besi.

 

Insp. Lamin:

ada jumpa senjata yang dimaksudkan di sekitar ni?

 

Polis 3&4:

kami sedang cari tuan!

 

Insp. Lamin:

 minta maaf puan, nampaknya kami terpaksa menggeledah rumah ni..

 

Munah masih menangis. mengangguk. Polis meneruskan siasatan.

 

                    -------------------------------------------------<<&>>-------------------------------------------------

 

“Babak I”

 

Munah sedang menjahit baju di atas sofa. Masuk Manap dengan berjalan laju. Manap berdehem. Munah tersentak.

 

 

Munah

kenapa tak bagi salam bang...terperanjat saya...

 

Manap

( memberi salam). kau tengah buat apa tu?

 

Munah

( menjawab salam). hmm...tengah jahit baju abang la ni...

 

Manap

 buat apa kau jahit? biar aje la!...aku dah beli baju lain..

 

Munah

apa?! abang dah beli baju lain? kenapa ni bang..? baju ni kan elok lagi..

koyak sikit je tang ketiak...hah! ni Munah dah jahit pun! dah elok pun...

 

Manap

 bukan masalah koyak tang ketiak tu je...baju tu dah lusuh, dah buruk...lagipun

dah ketat..dah tak muat..

 

Munah

sampai hati abang cakap macam tu...walaupun baju ni dah lusuh,

dah buruk,dah ketat, masih boleh di pakai. ketat sikit takpe la...lagipun

baju ni dah banyak jasa kat abang..

 

Manap

sudah la! malas aku nak dengar....

 

Munah meletakkan baju di atas sofa.

 

Munah

eh! abang dah makan belum? nanti kejap ye...Munah gi tengok apa yang ada kat dapur...

 

Munah ke dapur. Manap pergi ke jendela( mengadap audiens ). mengeluarkan pistol dari poket jaketnya dan membeleknya. Munah datang semula. Manap menyimpan pistol dengan segera. Munah datang dengan dulang yang berisi kaki kambing.

 

                      ------------------------------------------------<<&>>-------------------------------------------------

 

“Babak III”

 

Insp. Lamin dan polis lain meneruskan siasatan di seluruh rumah Munah. Sesekali berhenti bertanyakan soalan kepada Munah yang sedang terduduk di atas sofa.

 

 

Insp. Lamin

ada tak siapa-siapa yang puan syak yang ada masalah dengan suami puan?

 

Munah

setahu saya tak ada...suami saya baik orangnya...lemah lembut..tak pernah bergaduh dengan orang lain...

 

Insp. Lamin

dengan puan?

 

Munah

apa maksud tuan?

 

Insp. Lamin

 maksud saya...bila kali terakhir puan bertengkar dengan suami puan?

 

Munah

 mana pernah!!?( menangis) kami sangat bahagia..kami tak pernah berselisih faham..

 

Insp. Lamin

baiklah puan. ( senyap ). Puan o.k ke duduk kat sini sekarang? yelah,

dengan orang-orang saya sibuk menggeledah...?

 

Munah

 takpe, saya o.k

 

Insp. Lamin

 atau puan nak naik ke bilik puan, berehat, berbaring.

saya rasa, puan mesti tertekan sekarang...

 

Munah

 takpe, saya o.k. Cuma...

 

Insp. Lamin

 Cuma apa puan?

 

Munah

 boleh tolong ambilkan air sejuk untuk saya tak? ada di dapur kat dalam peti sejuk,

saya dahaga...

 

Insp. Lamin

 oh! dengan senang hati....( ke dapur mengambil air sejuk dari peti sejuk. kembali semula ke ruang tamu dengan segelas air) silakan puan.

 

Munah

terima kasih. ( minum ). saya mintak maaf, kalau tuan dan orang-orang tuan dahaga, ambil saja air di dapur tu, minum lah....silakan lah...saya pasti tuan dan orang-orang tuan dahaga..

 

Insp. Lamin

 dengan senang hati! terima kasih! ( ke dapur mengambil air dan minum. tiba-tiba terpandang oven.Off oven. berlari berjumpa Munah) Maaf puan! nampaknya puan ada memasak sesuatu di dalam oven, dan nampaknya dah terlebih masak!

 

Munah

 alamak! saya terlupa! kaki kambing! Tuan! tolong tutupkan suisnya! nanti hangus!

 

Insp. Lamin

( tersengih) dah tutup pun.

 

Munah

terima kasih.( senyap). Tuan, saya panggang kaki kambing tu untuk suami saya   tadi. tapi sekarang dia dah takde...apa kata tuan dan orang-orang tuan tolong saya sekali lagi?

 

Insp. Lamin

 tolong yang macam mana tu?

 

Munah

kalau lah suami saya masih hidup, dia mesti marah saya sekarang.

 

Insp. Lamin

kenapa pulak?

 

Munah

sebab saya tak jamu tetamu yang datang ke rumah. jadi suami saya tentu marah kalau saya tak jamu tuan dan orang-orang tuan makan. lagipun saya pasti, tuan dan orang-orang tuan tentu sangat lapar sekarang. dah berjam-jam kat sini. dah lepas waktu makan malam pun...jadi, tolong lah ke dapur tu, rehat sekejap., ajak orang-orang tuan makan kaki kambing panggang tu...

 

Insp. Lamin

 betul ke puan? ....dengan senang hati..terima kasih..( terus ke dapur dan mengeluarkan kaki kambing dari oven. makan. ) eh! puan! puan tak makan sekali?

 

Munah

takpe, tuan makanlah dengan orang-orang tuan...sedap?

 

Insp. Lamin

sedap betul...( senyap) tapi kami heran la.. kenapa masih tak jumpa senjata yang digunakan oleh penjenayah tu...kalau diikutkan kecederaan di leher suami puan, senjata tu mesti benda yang keras, macam besi,

dan berat. susah nak sorok tu...

 

Munah

jadi?

 

Insp. Lamin

jadi, saya yakin, objek yang dijadikan senjata tu, mesti ada di sekitar rumah puan, paling jauh pun kat sekitar luar kawasan rumah puan... jangan-jangan ada kat sekitar sini. ..tapi tak jumpa pulak. eh! puan, kami habiskan ye?

 

Munah

habiskanlah..takde siapa nak makan pun, saya tak makan kambing...kalaulah suami saya ada ( menangis ). tolonglah habiskan ye, untuk suami saya...

 

Insp. Lamin

dengan senang hati...

 

Munah

 tersengih, kemudian tersenyum sinis

 

 

-------------------------------------------------<<&>>-------------------------------------------------

 

 

 

“Babak 0”

 

Munah di kanan pentas, Manap di kiri pentas. kedua-duanya duduk. Munah di atas sofa. Manap di atas lantai.

 

 

Manap

kau tau tak? bini aku tu cerewet! banyak songeh! macam-macam lah! sekejap macam tu,  sekejap macam ni...rimas aku!

 

Munah

mana taknye...pagi petang siang malam, asyik takde kat rumah je...mula-mula saya ingat dia ke mana...

 

Manap

aku pegi kedai nombor ekor je.....bukannya apa, berusaha....!

heish! mana tau! kalau-kalau kena! tak ke jadi orang kaya!?

 

Munah

bila tak kena...balik rumah marah-marah! mengamuk! baling tu baling ni! macam setan!

macam orang gila!

 

Manap

miss satu mata je tau tak? aku tikam 4203, yang menang 4202! tak gila namanya tu! hish rugi-rugi! tapi takpe, lepas tu aku usaha lagi!

 

Munah

nak usaha cari rezeki cara halal? mimpi tidur balik pun tak pernah!

 

 

                                                                                                  Lagu: Cari jalan

 

Manap

isteriku seorang yang rumit

nampak  lemah lembut! tapi cerewet!

bawa banyak masalah

 bercakap macam orang  tak salah

aku bosan melayan

baik ku cari jalan!

 

Munah

suamiku kaki penipu

kaki judi,kaki botol! dan kaki samsu!

sebelum kawin kononnya alim!

tapi sebenar jahat dan zalim!

aku bosan menahan

baik ku cari jalan!

 

Manap dan Munah

cari jalan

macam mana

nak hilang masa a......lah

cari jalan

macam mana

nak hilang kan le.. lah

kalau terus begini

jantung akan berhenti

nafas jadi sesak

sakit kepala otak

mesti segera cari jalan

cari jalan

jalan-jalan

cari jalan

baik ku cari jalan!

 

 

 

“tamat”

Cerpen sebelumnya:
AKU DIA DAN CAMERA
Cerpen selanjutnya:
Sambungan: Sempurna

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
2 Penilai

Info penulis

Kurusawa

Dijamin Kempling!
Kurusawa | Jadikan Kurusawa rakan anda | Hantar Mesej kepada Kurusawa

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Kurusawa
Beby | 3266 bacaan
Encik Subatron mahu ke pesta | 3179 bacaan
Min patah hati. | 2639 bacaan
Makcik Georgiana Datang! | 9726 bacaan
Misi penting | 9097 bacaan
Kejadian yang menghampakan pasukan MATTT | 9729 bacaan
Malaon nak ke Bazaar Ramadhan | 2502 bacaan
Mak! dah bulat! | 2963 bacaan
Ayat-ayat Ibu | 4592 bacaan
Kutu yang ingin berhijrah! | 2860 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

7 Komen dalam karya "KAKI KAMBING "-skrip teater adaptasi cerpen Roald Dahl "Lamb to the Slaughter"
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik