Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Sambungan: Sempurna

 

siri sebelumnya: Tragisnya Cinta

Tetapi malang. Hidup dan dunia seseorang hanya akan jadi begitu ceria jika cintanya berbalas. Mustahil seseorang akan gembira jika dia melepaskan yang tersayang dengan alasan ‘jika benar aku sayangkan dia, aku perlu lepaskan dia pergi’. Begitulah juga dengan aku.

  Terasa ada kerambit yang menusuk dinding perut, membelah lubang yang cukup besar untuk seseorang memasukkan tangan untuk menyentap keluar hati aku yang kemudiannya dilapah bila aku lihat kau dengan si dia. Aku rasa dunia bagai bergegar melihatkan peristiwa di depan mata pada hari Rabu yang bersejarah itu. Masa turut terhenti waktu itu tetapi kali ini ia terhenti untuk merobekkan hati aku. Bagaikan lensa kamera, setiap gerak-geri kau pagi itu dirakam di dalam kepala. Aku hanya berdiri kaku di depan pintu lobi saat aku nampak kau berbual dengan perempuan itu.

  Tangan perempuan itu menampar lembut bahu kau sambil dia ketawa dengan kata-kata kau. Kau juga turut sama tertawa, entah apa yang lucunya. Kemudian, gadis itu menyelitkan rambutnya yang hitam pekat ke belakang telinga, jelas satu tanda yang dia cuba menggoda kau.

  Aku? Aku hanya berdiri di situ dengan air panas memenuhi kolam mata. Aku hanya mampu melihat sahaja saat kaki kau melangkah ke dalam lif bersama dia. Kemudian, dengan bersahaja kau ucap selamat pagi pada aku sebelum pintu lif tertutup. Seolah seperti tiada apa-apa yang berlaku.

  Mula-mula, telinga aku jadi panas. Kemudian, belakang leher aku pula panas. Aku pejam kejap mata aku untuk menghapus air yang bertakung dalam kolam mata.

  ‘ Miss, ok ke?’ sapa seorang lelaki berrbangsa Cina yang sama-sama menunggu lif dengan aku.

  Pandangan aku arahkan kepada dia dan aku lemparkan senyuman untuk mengaburi pandangan pemuda tersebut.

  ‘ OK.’

  Aku menipu sebenarnya. Kalimat yang berjaya melepaskan diri daripada kotak suara aku adalah pembelot paling besar waktu itu. Sakitnya hati aku waktu itu, hanya Tuhan yang tahu.

  Aku, aku yang sepatutnya layak berdiri di sisi kau dan menampar bahu kau. Bukan perempuan itu. Aku tahu yang dia baru sahaja menjadi pekerja di pejabat kau, aku mula nampak kelibatnya minggu lalu.

  Baru aku faham kenapa wanita itu beria-ia senyum pada aku jika aku terserempak dengannya di dalam tandas. Sudah jelaslah apa muslihatnya sering cuba untuk bermesra apabila kami terserempak di kedai makan. Dia ingin merampas kau dari aku dan dia cuba untuk membeli jiwa aku dengan permainannya.

  Tetapi aku tidak salahkan dia 100%. Lihat sahaja kau. Begitu asyik kau bermesra dengan dia hingga aku jatuh ke titik buta. Hilang semua kemesraan kau pada aku selama ini. Senang benar kau cari pengganti aku nampaknya. Mudah benar kau lupakan aku yang selama ini begitu setia sekali.

  Aku terasa tertipu. Terasa hina benar diri ini apabila itu terjadi. Luluh hati, serta-merta hilang semangat aku. Sampai hati kau memberi harapan palsu pada aku yang mengharap.

  Apa salah aku? Apa yang perlu aku lakukan untuk menarik perhatian kau semula?

‘ Dahlia…’

  Suara itu perlahan menampar cuping telinga aku, membawa aku pulang ke alam realiti. Aku hampir lupa yang kau berada di sisi aku; kaki dan tangan berikat.

  Aku alihkan pandangan daripada kilauan mata pisau yang tajam lalu aku tumpukan perhatian pada kau. Tidak seperti selalu, kau tidak lagi gagah berdiri. Sebaliknya, kau kini sedang terbaring lesu di atas lantai atau lebih tepat lagi, di dalam pejabat aku. Tangan kau telah aku ikat pada meja dan kaki kau juga aku biarkan berikat. Sudah lebih setengah jam kau terbaring di situ. Ada kesan darah dekat dengan telinga kanan. Jelas itu hasil kerja tangan aku.

  ‘ Ye, Azman.’

  Azman. Aku suka nama kau. Ringkas tetapi sedap didengar, lebih-lebih lagi pada waktu malam bila aku mula membelek gambar kau sambil menyeru nama kau perlahan. Ya, aku tahu kau tidak pernah memberikan walau sekeping gambar kau pada aku tetapi itulah kehebatan Internet. Berbulan-bulan juga aku cuba untuk mencari gambar kau dan akhirnya, aku berjaya.

  Lihat? Kita memang sudah ditakdirkan untuk bersama. Kalau tidak, takkanlah aku mungkin akan terjumpa gambar kau setelah gagal untuk entah kali yang keberapa.

  Semuanya mungkin cuma dengan satu capaian di hujung jari.

  ‘ Dahlia, kenapa…?’

  Jari aku serta-merta singgah di bibir kau. Aku tak mahu dengar sebarang soalan dari kau. Aku hanya mahu menatap kau begitu tanpa diganggu apa-apa.

  ‘ Aku rindu kau, Azman.’

  Dan mata Azman seolah-seolah sedang bersoal-jawab dengan aku. Mata jejaka ini yang berwarna coklat gelap seolah-olah bertanya ‘ Apa maksud kau rindu?’.

  Ya, betul. Aku sangat rindukan dia. Tidak seperti dulu, Azman seolah-olah makin menjauh. Kami sudah jarang benar berjalan ke pejabat bersama. Waktu makan tengahari yang selalu aku nantikan, selalu benar memberikan aku perkhabaran hampa.  Azman tidak lagi sendiri seperti dulu. Makannya sering berteman. Tidak perlulah aku namakan siapa kerana sudah jelas benar siapa temannya.

  Perempuan itu. Perempuan yang bernama Suraya.

  Lebih malang lagi bila perempuan itu juga turut menggunakan jenis pengangkutan yang sama. Hampir sahaja aku hempukkan beg tangan ke muka sendiri bila aku lihat mereka berdua berjalan bersama buat kali yang pertama selepas peristiwa di lobi bangunan kami. Luluh hati aku melihat kegembiraan aku disentap begitu sahaja.

  ‘ Kenapa awak ikat saya macam ni Dahlia?’ tanya Azman. Kali ini, getar di suaranya sudah semakin berkurang.

  ‘ Apa saya dah buat?’

  ‘ Perempuan tu.’

  ‘ Perempuan tu?’ aku tak pasti kalau Azman pura-pura tidak tahu atau betul dia tak tahu.

  ‘ Kau tahu aku suka kau, kan?’ aku tenung anak matanya. Aku terlihat darah merah yang mula membeku di anak rambutnya. Kasihan aku melihat dia begitu tetapi inilah yang perlu aku lakukan. Kalau aku tidak memukul kepalanya dengan besi paip tadi, mungkin aku tidak akan dapat berbicara dengan dia begini.

  Azman tidak menjawab soalan aku sebaliknya, mata jejaka itu jatuh ke tangan aku. Ada rasa takut yang terpancar di matanya saat dia terlihat apa yang ada di dalam genggamanku iaitu sebilah pisau.

  Pisau di tangan yang berkilat tajam, aku pegang kejap. Bila aku mula mendorongkan tubuh ke arah Azman yang sedang terbaring di atas lantai tidak berdaya, mukanya berubah. Dia seolah-olah takut.

  Azman cuba mengelak saat tangan aku menyentuh kulitnya. Aku tak salahkan dia, sesiapa sahaja berhak untuk berasa takut jika sudah diikat sebegitu rupa. Untuk menghilangkan rasa takut Azman, aku letakkan pisau di hujung lutut Aku lap darah yang sudah semakin membeku di wajahnya.

  ‘ Dan aku tahu kau suka aku, Azman,’ darah yang membeku diganti dengan peluh yang merecik.

  Azman cuba untuk mengangguk. Sukar untuknya bila berada di dalam situasi begitu tetapi tetap dicubanya juga.

  ‘ Tapi kenapa. Kenapa cepat benar hati kau berubah? Langsung tidak bermaknakah usaha aku nak kenal kau?’

  Azman memandang tepat wajah aku. Lama. Tidak pernah kami berpandangan begitu.

  ‘ Dahlia, awak tahu tak yang Suraya tu adik tiri saya?’

  Aku diam. Angguk tidak, geleng pun tidak. Aku betul-betul terkejut dengan pernyataan itu. Adik?

‘ Awak tak beri saya peluang langsung, Dahlia. Saya memang nak sangat kenal awak, saya dah bersedia nak ajak awak keluar. Tapi awak jauhkan diri. Kenapa?’

  Perbualan itu diganggu dek ketukan di pintu. Semua rakan sekerja aku sekarang berada di luar pejabat ini. Aku halau mereka kerana aku perlukan waktu dengan Azman.

  Aku tunduk mendengarkan penjelasan Azman. Apa yang sudah aku lakukan?

  ‘ Suraya sendiri nak cuba tolong kita tapi awak…’ kata-kata Azman mati di situ. Dipandangnya siling lalu dilepaskan keluhan. Perlahan tetapi cukup jelas.

  Aku masih lagi dapat mendengar suara rakan sekerja memanggil nama aku, mereka mahu aku buka pintu. Mana mungkin, aku tak mampu membuka pintu tersebut. Kalau aku buka, pasti mereka akan nampak Suraya yang sedang terbaring di bilik mesyuarat. Suraya tidak begitu bertuah seperti Azman. Nyawanya sudah aku cabut malah darahnya masih lagi berbekas di pisau yang aku pegang.

  ‘ Dia tu adik tiri saya je Dahlia. Dah macam adik saya sendiri,’ luah Azman tanpa memandang wajah aku. Aku tak pasti kalau dia dapat lihat kaki Suraya yang terjulur keluar daripada bilik mesyuarat. Tetapi aku tidak lagi berminat untuk mengambil tahu kalau dia kenal siapa di dalam bilik mesyuarat tersebut kerana kata-katanya menarik perhatian aku.

  Bagaimana kalau sebenarnya aku yang tersalah-sangka? Bagaimana kalau aku yang cemburu buta hingga tidak ambil peduli langsung bahawa aku perlu dengar penjelasan Azman dahulu sebelum membuat sebarang keputusan?

  Tetapi…bagaimana pula harus aku pastikan bahawa Azman berkata benar? Lidah bisa berbohong dengan lancar dan tidak teragak-agak, lebih-lebih lagi seperti dalam keadaan sekarang di mana Azman begitu terdesak untuk melepaskan diri. Aku pasti tangannya sudah hampir kebas.

  Ya, aku pasti Azman sekadar ingin mencari jalan untuk melepaskan diri. Sungguh luar biasa kebetulan bahawa Suraya adalah adik tirinya.

  ‘ Bohong.’

  ‘ Huh?’

  Macamlah aku ini bodoh sangat untuk diperkotak-katikkan sebegitu rupa. Macamlah aku tak tahu yang Azman sekadar ingin melepaskan diri.

  ‘ Kau bohong,’ aku kembali mencapai pisau di hujung lutut. Sudahlah hati aku dipermainkan, kini Azman ingin menipu aku pula. Melampau.

  ‘ Kenapa pula saya nak bohong, Dahlia? Dah memang Suraya adik tiri saya. Dan dia bekerja di sini. Takkanlah saya nak tipu awak pulak?

  Saya cuba nak kenalkan awak pada dia tapi awak mengelak. Kenapa Dahlia?’ Azman bertanya, suaranya kembali kendur.

  Jadi, sekarang salah aku pula? Siapa yang tahan melihat situasi begitu, bertepuk-tampar di lobi, berjalan beriringan ke sana ke mari? Kalau betul dia mahu menerangkan keadaan sebenar, tentu tiada masalah untuk dia panggil aku dan perkenalkan kami.

  Alasan.

  Ketukan di pintu makin kuat. Aku jadi makin gelabah. Aku telah ambil nyawa Suraya dan aku tahu yang aku tidak akan terlepas daripada hukuman. Tetapi aku tidak boleh panik.

  ‘ Mudah sungguh alasan kau tu. Takkanlah tiba-tiba pula Suraya boleh jadi adik tiri kau?’ aku pandang wajahnya, api kemarahan mula menyala.

  ‘ Betul,’ Azman mengeluh. ‘ Awak boleh periksa dengan secretary saya kalau awak tak percaya.’

  Memang aku tak percaya. Dasar lelaki. Lain di bibir, lain di hati. Setelah kau robekkan hati aku, senang-senang sahaja aku dikambinghitamkan begini.

  Aku tahu membunuh orang itu satu kesalahan tetapi aku lakukan ini demi cinta aku pada Azman. Aku tidak dapat menahan rasa cemburu aku apabila melihat mereka bersama.

  Kerana kami sememangnya sudah diciptakan untuk bersama. Aku tidak mahu sesiapapun atau apapun memisahkan kami, kecuali ajal.

  ‘ Saya sukakan awak, Dahlia. Sungguh. Tapi kenapa awak buat macam ni? Macam mana saya nak terima awak kalau awak dah buat macam ni?’

  Terasa seperti ada tulang di leher aku patah ketika aku memalingkan wajah untuk menatap wajah Azman. Begitulah pantasnya aku memalingkan wajah untuk melihat Azman yang aku puja selama ini, yang pernah aku cintai sepenuh hati.

  Inikah balasan yang aku dapat selepas mencintai dia sepenuh hati aku selama ini? Inikah yang perlu aku hadapi, sekadar dibuang ke tepi seperti tiada erti? Adilkah semua ini?
 
  Seperti ada api yang menjalar ke seluruh genap tubuh aku. Cuma bezanya bara yang menjalar itu tidak terlihat dek mata kasar. Aku terasa dipermainkan, ini tak adil.

  ‘ Apa yang saya dah buat?’

  Azman mengeluh.

  ‘ Kau….’

 Dan serentak itu juga, pintu pejabat aku dipecahkan orang. Tanpa berfikir panjang, pisau di tangan aku benamkan ke perut Azman. Kalau aku tidak boleh memiliki Azman, tiada siapa yang akan dapat memiliki dia.

  Pengurus yang berdiri di depan pintu terlopong melihat aku dalam situasi begitu. Suara Azman bergema setelah pisau itu dibenamkan ke perutnya.

  Aku naik gila, pisau itu aku rodok semakin dalam. Aku turut sama menjerit. Pengurus yang berdiri di depan pintu berdiri kaku.

  ‘ Dahlia!’ jerkah pengurus aku yang berbangsa Cina. Aku hentikan perbuatan sebelum mengangkat muka menatap wajahnya.

  ‘ Apa awak dah buat?’ Perempuan itu bertanya, matanya bunting ketakutan.
  Aku senyum. Jangan takut, Angie, bisik hatiku.

  ‘ Takde apa-apa’ jawabku dengan gaya bersahaja.

  Habis sahaja ayat itu, aku angkat pisau tinggi-tinggi sebelum aku benamkan ke perut sendiri. Aku puas, puas begini. Inilah yang aku mahu, biar ajal saja memisahkan kami berdua.

  Perkara terakhir yang aku dengar saat itu adalah hilai tawa satu suara, entah suara siapa.

  'Bodoh'

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) I am scared...
    How could you write a story like this?
    Did you ever kill someone? - I did
    Did you ever try a suicide? - I did
    So, how about you as the writer?...
  • 2) Akak membaca setiap bait kata dan memperakui permainan jiwanya baik sekali walau ada sesekali 'hilang' kerana pemilihan diksi.
    Jangan tanya soal 'kesan moral' atau apa di dalam cerpen/cerkon ini. Ia hanya sebuah kisah yang disampaikan dengan baik.Akak juga melihat sebuah keikhlasan di dalam karya.Luahannya adakala sangat tepat dan benar.Itu yang akak suka dengan tulisan Ucu.

  • (Penulis)
    3) cmalays: tak pernah bunuh org lagi
    kak maria: berbbyk-byk terima kasih kak sudi baca karya saya ni. saya mencuba saja kak, ada salah silap tunjukkan la
  • 4) wowowo!
    ayt yg besh2. mmg sentiasa lari dr kebiasaan
    tahniah ucu tok cerpen nih!
    *walaupun akhir cerita, gile btl minah nih! hihi*

  • (Penulis)
    5) bot: time kasih bace. cinta kan selalu buat orang jadi gila?
  • 6) ucu pandai betol buat benda2 psycho ni..muahahaha...

    proof reading hari itu ditambah dgn ending yg lebih vogue!

  • (Penulis)
    7) syud: mungkinkah sbb saye pyscho? entahlah. tadi sudah dipesan emak supaya behave. jadi akan jadi low-key la lepas ini. ya right.
    time kaseh bace, time kaseh proof read, time kash sume
  • 8) sangat sangat terkejut membaca sambungan cerita ini. sungguh, saya tergamam. jika yang entri yang pertama terasa manis dan romantisnya, kali ini ia tampak lebih 'matang' saya kira dan yang penting, ada nada jujur yang saya kesan.

    tahniah untuk cerita yang dilakar dengan menarik ini.
  • 9) tahniah ucu..suetuju dgn komen riri n kak mr.kajiwa..

  • (Penulis)
    10) ridh: time kaseh bace
    paktam: kau ni paktam, aku tgk selalu main tipu. slalu tanak komen dgn ikhlas. merajuk ah mcm ni. huh!
  • 11) ucu.....terbaik dari ladang!!!~psycho seh... seramla ucu ni... )
  • 12) ucu merajuk? euh! 1st time tengok ucu merajuk (petik ayat riri)

    alamak, mana koizumi tau ucu ni hasil ternakan ladang?
  • 13) Good one Ucu! and yes, melihat org yg sgt kite sayang bermesra dgn perempuan lain di depan mata mmg sangat sakit. Seperti seluruh jiwa dan raga jatuh berderai. tak dapat digambarkan sakitnye.. Fuhh memang sesuatu yg tak dpt dilupakan.. (disclaimer: kisah lalu, bukan jo.)

    Tapi tu la.. ada sedikit typo la Ucu.. sorry, mata saya mmg telah di train untuk nampak typo. huk huk. sorry yer..

    setiap gerak-geri kau pagi itu 'dirakan' di dalam kepala --> dirakam kot?

    saat aku nampak kau 'berbudal' dengan perempuan itu --> berbual?


    Itu sahaja rasenye.. bukan mahu tunjuk bagus, cuma rasa karya ini akan jadi lebih hebat bila typo sudah di eliminate
  • 14) "setiap gerak-geri kau pagi itu dirakan di dalam kepala."
    dirakan kedengaran menarik.

    "Darah Azman memercik, membasahi seluruh tubuh aku."
    beb, tubuh kau besar kelinking ke percikan pun bleh basahi seluruh tubuh. ha ha.

    cerpen pilihan kru pengelola bulan januari dah jumpa satu!

  • (Penulis)
    15) koizumi: maseh bace
    nia; oke time kaseh highlight. i mmg suke salah eja segala
    caha; draft sbnr patut karakter tikam kat leher, patut darah menyembur. nnt aku betulkan
  • 16) bkin tkut..^^

  • (Penulis)
    17) eDieca_88: huish usahlah takut

Cerpen-cerpen lain nukilan uculer

Read all stories by uculer