Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Surat Untuk Peragut

 

Kehadapan tuan peragut yang saya rindui kadang-kadang,

Apa khabar? Saya berharap tuan berada di dalam keadaan yang sihat wal-afiat hendaknya.

Al-maklumlah sekarang ni musim tengkujuh. Hujan turun tak berenti-renti. Jiran-jiran di kampung saya ini, ramai yang jatuh sakit. Contohnya, Tok imam di surau saya. Sewaktu  subuh pagi tadi, beliau asyik terbatuk-batuk sepanjang solat. Sehinggakan jiran sebelah rumah saya Majit al-Durjana hampir-hampir terganggu solatnya(Majit yang beritahu kejadian ini , saya hanya Qado’ subuh pada jam 4.30 petang tadi).

Jika tuan juga batuk-batuk, saya nasihatkan agar tuan makan Brekol dan banyak bertaubat. Manalah tahu kalau-kalau penyakit itu berlanjutan dan membawa ke mati.

Tuan peragut yang saya kasihi,

Pernahkah tuan terfikir akan perasaan orang yang tuan ragut? Perasaan penduduk kawasan yang tuan jalankan operasi ragut tuan? Pernahkah tuan? Adakah tuan fikir yang mereka hanya akan tersenyum? Atau mereka hanya akan mengerutkan dahi?(bagi mereka yang mempunyai kening yang tebal, amat susah untuk mengerutkan dahi).

Menurut kajian dan tinjauan saya di sekitar kawasan saya, melalui temuramah yang saya lakukan, dapat saya titipkan beberapa luahan dan pendapat orang-orang kampung saya.

Daripada persatuan Mengumpat Kampung sesi 2008/2009, saya sempat bertanya beberapa orang ahlinya yang aktif. Mereka juga amat serius berbincang mengenai masalah ragut, selain daripada topic  yang paling hangat “Laki kau nak kawin lagi satu yea?”.

Puan Linda Lampir, 39 tahun(bukan umur sebenar) berkata,

“ kejadian ragut yang berleluasa sekarang menyebabkan saya akan makan jus kurus sebanyak-banyaknya selepas temuramah ini”

Puan Juliana Sementa, 44 tahun(umur tipu) pula di dengari bercakap,         

“ ragut meragut ni, membuatkan saya terganggu semasa menonton rancangan ‘Sehati BerMakanLaksa sahaja’”.

Tidak dinafikan tuan, rancangan ‘Sehati BerMakanLaksa memang seronok untuk ditonton!(saya sendiri sering mengundi untuk pasangan Ogee dan Jowie, Undi Ogee, taip Laksa dan hantar ke TAKDAPAT)

Di kedai kopi pula, dapat saya rakamkan luahan hati para bapa wahai tuan peragut.

Encik Gemuloh Al-Jemuan Al-Haj pula berkata dengan marah-marah,

“tak guna punya peragut!, ragutlah waktu lain, ni ‘time’ nak bukak sekolah pulak! Nak pakai duit banyak ni!”

Lain pula dari Pak Wajion(pemilik kambing yang sering merayau sekeliling kampong makan pokok bunga orang kampong),

“alah..biarlah dia nak meragut..bukannya banyak..asal..”Kata-kata beliau, terhenti di situ setelah tiba-tiba mulutnya tersumbat dengan botol sos cili Thai

Inilah sebahagian dari rungutan penduduk kampong saya mengenai kes ragut yang semakin berleluasa. Saya berharap tuan dapatlah memikirkan sedikit sebanyak apa yang saya sampaikan di sini.

Saya faham, tuan datang dari keluarga yang susah. Rumah sempit, mak bapak sering ‘wrestling’. Saya faham sangat tu.

Tapi, tuan peragut yang saya rahmati,

Saya sudah tak tahan dengan sikap tuan sebenarnya. Tuan balik rumah malam-malam, bawak balik macam-macam. Ada duit, rantai emas, dan kadang-kadang buah tasbih pun ada. Memang rumah saya sempit, memang saya sering bergusti dengan isteri saya, tapi..itu bukannya alas an untuk tuan meragut penduduk kampung. Insaflah.

 

Yang benar,

BAPAKMU YANG MACHO

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ooo.. ko tau anak ko meragut tp ko masih bermadah berhelah dgn anak ko yer? mesti dia blajar dengan ko masa kecik2 dulu.. tu pasal smp sekarang dia masih meragut!

    huh! (emosi terganggu memikirkan yg peragut juga kadang2 naik pangkat menjadi pembunuh)
  • 2) hahaha...macho sungguh bapak dia bg surat kat anak dia..ces..aku terkena...
  • 3) ehehe... suka baca karya kurusawa yang begini. dalam lucu, ada tersiratnya...
  • 4) entahnya bapak.. dah tau anak tu meragut, sebat ke tambat kt pokok ke.. ada ke hantar surat bermadah pujangga..

  • (Penulis)
    5) ridh: bagus kalau baca yang tersirat..
  • 6) huhu..kwn2 sila contohi kurusawa..karya yang menarik minat aku baca sampai habis..sebab ayat yang tak klise..cerita lain dari yg lain..

    antara sebab takleh baca sesuatu cerpen sbb ayat bosan..cerita tak menarik..

    hehe..

  • (Penulis)
    7) rizzy: jangan cakap macam tu..aku sebenarnya banyak belajar dari kawan2 di kapa ni.
  • 8) hehe. masing2 ada cara menulis bukan ada satu cara saja
    dan masing2 juga ada tahap pengalaman masing2. hee.

    bedebah juga ayahanda peragut ni. mesti dulu masa isteri dia dibuat orang dia tak bacakan ayat2 suci dan bisikkan kata2 doa pada perut dan telinga isterinya. hehe.

    ah, tapi peragu memang menyakitkan hati akhir2 ni!
    habis terbang nyawa penduduk kampung sekalian!
  • 9) tp kenapa ayah dia menggunakan pendekatan sebegitu lembut? adekah ayah juga dulu peragut? (bukan peragut hati wanita)

  • (Penulis)
    10) bapak borek anak rintik. BApak kencing berlari, anak kencing dari tingkap kapal terbang.

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa