JanjiMu kepada ku

 

          Aku seorang wanita. Masih mencari sinar-sinar celik sebagai tongkat untuk aku meneruskan perjalanan yang serasa jauh merentasi jarak dan masa. Sebagai manusia, aku sentiasa mahukan yang terbaik dalam hidupku. Alhamdulillah doa dipanjatkan kepada Ilahi juga berkat usaha dan ikhtiarku, doa ibu dan ayah yang sentiasa tak putus untukku, aku berjaya hari ini. Disini. Saat ini.

Namun, semakin jauh aku melangkah, dari satu dunia persekolahan ke dunia pengajian universiti, hinggalah kini aku merasakan sesuatu. Sesuatu yang aneh. Aneh yang bersarang di dalam hati. Hati yang penuh dengan kata. Kata membawa makna kosong.

Ya.. aku yakin aku rasa kekosongan. Lain kata sama dengan sepi.


Sepi kerana aku sendiri. Tiada teman kah?


Teman-teman? Ramai disisi. Fatimah Az-Zahra, Nurul Faizah, Nurulhafizah, Insyirah Hazati, Aisyah Qistina juga buat kakak kesayangan, Khairunnisa'. Yang aku maksudkan bukan teman yang itu, tetapi teman hidupku.

Dimanakah dia?

Kelmarin? Masih tiada..

Semalam? Juga menyepi..

Hari ini? Entahlaa...


Pagi itu, aku usai solat. Merapati dua tangan memohon maghfirahMu agar benteng keimananku ditetapkan pada landasan yang sebenar. Permohonanku pada Allah tuhan yang Maha Agung agar godaan syaitan dapatlah dijauhi. Terhindar daripada segala dosa dan noda. Aminn, moga diperkenankan.

Lembaran Al-Quranul Karim dibuka. Penghayatan pada setiap kalimah, makhraj, tajwid juga pengertian ayat ku amati benar-benar. Sehinggalah mataku tertancap pada kalimah Rabbul Izzati yang bermaksud;

Maha Suci Allah yang telah menciptakan makhluk semuanya berpasangan (Yasin: 36)


Senyuman terlukis di bibir. Terjawablah sudah segala penantian dan persoalan ku selama ini. Aku yakin pada janjiNya. Janji Allah untukku dan kamu semua.

Moga yang terbaik untuk ku, aminn....



وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ مِنَ الْمَاء بَشَرًا فَجَعَلَهُ نَسَبًا وَصِهْرًا وَكَانَ رَبُّكَ قَدِيرًا

And He it is who out of this [very] water has created man,and has endowed him with [the con­sciousness of] descent and marriage-tie: for thy Sustainer is ever infinite in His power. (25:54)

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ha ha.
    akhir2 ni hati meratib nada-mada cinta je eh?

    ni dah antara sunat ke wajib ni utk kawin ni ;p
  • 2) *nada-nada

  • (Penulis)
    3) caha: meratib tu apa plak?? adoii byknye tak tahu... arghh ngeeeee

    ni dah antara sunat ke wajib ni utk kawin ni?? aduss ngeee.. blank. no answer
  • 4) fuh..hembus2...love2 byk skang yg menerewang kat kapasitor..fuh fuh..ada ciri2 islamic..hehe..
  • 5) salam mesra cik koizumi.

    tahniah untuk cerpen yang pertama ini! mudah difahami dan sampai mesejnya.

    cuma ada sesetengah diksi yang menyebabkan aliran pembacaan saya terganggu. tiada latar yang berkembang dan plot juga mendatar.

    percubaan yang memuaskan. selamat berkarya...

  • (Penulis)
    6) wan: hahaha) mmg sy xsentuh langsung keadaan sekeliling kan? mcm syok sndiri je.. testing je tu. diksi tu apa plak? aduss byknye sy xtau

    terima kasih
  • 7) owh, diksi tu ialah pemilihan dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk menyampaikan atau menyalurkan idea. kira macam 'perkataan' dalam bahasa yang mudah. (agaknyalah...)

  • (Penulis)
    8) wan: awk nie mantap la.. ajar sy cepat!! byk sy xtau ni.. awk arrange time n venue, set kita jumpa.. heheheh
  • 9) ahaha... ada-ada sahaja cik nisa ni...

Cerpen-cerpen lain nukilan koizumi

Read all stories by koizumi