Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Impian Kita dan Wajahmu~

Cerpen sebelumnya:
JanjiMu kepada ku
Cerpen selanjutnya:
detik yang terlewat~

Amni Nabila kalut memakai kasut, berkejar dengan masa yang tak pernah menunggu walau sedetik. Telinganya ditulikan daripada sahaja mendengar leteran ibunya, beg sandang yang melurut jatuh dari bahunya segera dimasukkan ke dalam raga motorsikal yang sudah dihidupkan enjinnya. Kasut tali yang sepatutnya diikat kemas dibiarkan sahaja begitu. Penting baginya saat ini, segera sampai ke sekolah sebelum perhimpunan mingguan bermula.    

“Amni... tak salam ibu dulu?” Amni yang baru sahaja ingin melangkah naik ke atas motorsikal terhenti dan menoleh ke arah Puan Balkis. Segera dihampiri ibunya sambil menyambut huluran jemari ibunya.    

“Sorry bu...”

 

Selepas bersalam pantas sahaja kakinya melangkah naik ke atas motorsikal yang telah dihidupkan enjinnya sebentar tadi. Puan Balkis menggeleng melihat anaknya yang berkelam-kabut gara-gara terlewat bangun. Amni Nabila memecut selaju mungkin dengan harapan dapat sampai ke sekolah sebelum jam 7.35 pagi, kerana perhimpunan akan dimulakan bila-bila masa sahaja selepas jam 7.35 pagi. Sewaktu membelok masuk ke simpang sekolah yang berjarak 100 meter dari pintu pagar sekolah dia ternampak seorang pelajar lelaki berpakaian sekolah baru turun dari bas melangkah longlai menuju ke arah yang sama. Amni Nabila mengeluh perlahan sebaik sahaja sampai ke depan pintu pagar sekolah. Pintu pagar yang separuh terbuka siap sedia menanti bersama dua orang pengawas yang memegang pen dan notepad.Amni Nabila cuba menghulurkan senyuman,namun wajah serius dua pengawas tersebut membuatkan dia cuak seketika. Seperti biasa, nama pelajar yang datang lewat pastinya dicatit oleh pengawas yang ditugaskan.

Setelah selesai dia dibenarkan masuk.    

“Eh..nanti dulu” Amni Nabila terhenti menolak motorsikalnya seraya menoleh.    

“Ikat dulu tali kasut” pantas matanya terarah ke kakinya.

Amni Nabila menongkat semula motorsikalnya yang belum pun melepasi pagar sekolah serta duduk bertinggung mengikat tali kasutnya. Sewaktu dia mengikat tali kasut pelajar lelaki yang berjalan tadi sudah pun sampai, sempat dia mendengar pengawas tadi bertanya kepada pelajar lelaki yang terserempak olehnya tadi.    

“Ha Aril...lewat lagi. Pukul berapa kau bangun pagi ni?”   

“6.40” ringkas dan perlahan.    

“Sempat ke subuh kau?” Diam tanpa balasan.    

“Hai,bila nak berubah kau ni asyik datang lewat je. Dah,masuk... nama kau tak payah catit pun Cikgu Omar dah tau”

Selesai mengikat tali kasut Amni Nabila bangun untuk mendapatkan motorsikalnya dan waktu itu jugalah pelajar lelaki tadi lalu dihadapannya dengan pandangan kosong tak beerti, Amni Nabila diam bersahaja tanpa seukir senyuman kerana dia telah sedia arif senyumannya pasti tak berbalas.      

           Hazril Usyair... nama itu menari-nari di benaknya. Mungkin nama itu tidak terlalu famous, tapi bila sebut saja Aril ramai yang tahu dialah pemecah rekod disiplin sekolah. Sebelum ini Amni Nabila tak pernah ambil peduli nama itu apatah lagi tentang orangnya biarpun sedar amat bahawa dia dan Aril belajar di kelas dan subjek yang sama. Entah kenapa selepas bertembung sejenak pagi tadi fikirannya terus melekat pada Aril. Masih terbayang diingatannya langkah longlai Aril yang bagaikan menanggung beban yang berat.

Dia lantas terfikir apa yang menyebabkan Aril jadi begitu. Selalu kena denda, bukan calang-calang, tapi dihadapan perhimpunan. Namun semua itu tak pernah menginsafkannya. Mengapa agaknya? Persoalan itu terus bermain di fikiran tanpa hadirnya jawapan pasti.    

“Oih..datang lambat layan perasaan pulak dia. Kenapa lambat?” soal Suhana yang sudah berada bertentangan dengannya bersama dua pinggan nasi lauk ayam.    

“Bukan sengaja lambat, terrrlambat.”    

“Lambat jugak, apahal? Tak pernah pun lambat sebelum ni.”

Amni Nabila mencapai pinggan nasi di hadapannya sambil menjawab,     “Mimpi putera raja, terlajakla tidur” Suhana tersenyum.    

“Aku rasa yang betulnya, berangan putera raja sampai terlewat tidur. Right?” usul Suhana sambil mengangkat kening.    

“Apa-apa ajelah. Dah, makan je... suruh kau beli nasi pun sikit punya lama. Rehat dah nak habis” balasnya bersahaja.

Malas hendak memanjangkan cerita, semuanya gara-gara matanya yang segar bugar semalam. Hampir pukul empat baru dia dapat melelapkan mata, manalah tak terlajak tidur dibuatnya. Itupun nasib baik ibunya yang kejutkan apabila menyedari dia tidak bangun seperti biasa. Jika tidak entah pukul berapa dia bangun, subuh entah ke mana sekolah entah ke mana.  

Lima belas minit sebelum waktu sejarah berakhir, Cikgu Omar memberikan tugasan berpasangan. Cikgu Omar sendiri telah memilih setiap pasangan untuk tugasan yang diberikannya. Tujuannya berbuat demikian supaya pelajarnya mampu berkerjasama dengan orang lain selain orang yang rapat dan mereka senangi. Kebetulan pula, Hazril Usyair dan Amni Nabila dipilih oleh Cikgu Omar untuk menjadi pasangan bagi tugasan tersebut. Kedengaran bunyi suara yang tidak puas hati dengan pilihan guru mereka kerana masing-masing terpaksa berpasangan dengan orang yang bukan menjadi pilihan mereka sendiri.

Cikgu Omar tersenyum dan berkata,     “Saya buat semua ini untuk kebaikan kamu, supaya kamu boleh berinteraksi dan berkerjasama dengan orang lain selain orang yang kamu kenal. Jadi saya harap kamu semua tak ada masalah.”

Semua terdiam mendengar penjelasan Cikgu Omar kerana menyedari cara guru mereka adalah untuk mendidik mereka secara tidak langsung. Loceng berbunyi nyaring menandakan waktu sejarah telah tamat sekaligus menandakan waktu pulang semua pelajar.    

“Ingat, minggu depan pembentangan! Jangan ada yang tak hadir.” Pesan Cikgu Omar sebelum melangkah keluar dari kelas Enam Sastera yang bersebelahan dengan kelas Enam Pengajian Perniagaan. Suasana mula bising selepas Cikgu Omar beredar, selesai mengemas buku ke dalam beg sandangnya, Amni Nabila mengejar Hazril Usyair yang sudah pun melangkah keluar dari kelas mereka. ‘ish..laju pulak dia jalan’desis Amni Nabila.    

“Minta lalu...” Amni Nabila menyapa pelajar Enam Ekonomi yang berdiri di depan koridor kelas yang telah menghalang laluannya. Pelajar perempuan tersebut memberi laluan.    

“Aril,tunggu!” dia terpaksa menjerit memanggil nama Hazril Usyair yang sudah pun melangkah menuruni anak tangga. Langkah Hazril Usyair diperlahankan sambil menoleh melihat Amni Nabila yang berjalan laju mengejarnya.    

“Apa?” soal Hazril Usyair apabila Amni Nabila menghampirinya.    

“Berhentilah kejap”    

“Apanya? cakap ajelah” balas Hazril Usyair sambil kakinya melangkah anak tangga terakhir bangunan kelas mereka.    

“Pasal tugasan Cikgu Omar tu, kita kena bentangkan bersama.”    

“Hm...kau buatlah”    

“Ha?? Aku je buat? Abih kau buat apa?” Amni Nabila mula naik angin dengan sikap acuh tak acuh Hazril Usyair. ‘Entah apa-apalah budak ni, kalau tak nak belajar buat apa sambung? Menyusahkan orang betul’    

“Kenapa? Aku menyusahkan kau ke?” gulp! Amni Nabila menelan liur. ‘dengar ke dia bisikan hati aku?’    

“Err..tak, tapi kita kan ditugaskan untuk buat tugasan ni bersama. Tak adillah kalau aku je yang buat” protes Amni Nabila. ‘kenapalah Cikgu Omar ‘jodohkan’ aku dengan mamat ni? Menyeksakan aku aje’ kata hatinya lagi. Hazril Usyair berhenti seketika mengadap Amni Nabila dan berkata,    

“Jumpa kat library petang ni, pukul 5” balas Hazril Usyair bersahaja lalu berjalan meninggalkan Amni Nabila termanggu-manggu.    

      Tepat jam lima petang Amni Nabila sudah pun tercegat depan pintu pagar library menanti Hazril Usyair seperti yang diperkatakan tengah hari tadi. Setengah jam menunggu tanpa terlihat kelibat Hazril Usyair, Amni Nabila mula berang dengan sikap Hazril Usyair. Menggerutu hatinya di kala itu. Habis sumpah seranah ditaburkan dalam hati. ‘sudahla menyusahkan orang, tak menepati janji pulak tu...ish, geramnya aku mamat ni...huh!’ Malas hendak menunggu lebih lama Amni Nabila terus masuk ke dalam library, fikirnya lebih baik mencari maklumat daripada menunggu orang yang menyebabkan hati menjadi sakit. Terus Amni Nabila menuju ke tingkat atas library yang dikhaskan untuk pengguna yang berumur 12 tahun ke atas. Langkahnya terhenti seketika mencari tempat kosong. Matanya meliar mencari dan akhirnya berlabuh di meja yang cuma seorang sahaja penghuninya. Tanpa teragak Amni Nabila menuju ke sudut yang menempatkan meja itu. ‘aik.. macam kenal saja lelaki itu’ bisiknya apabila semakin menghampiri meja tersebut. Amni Nabila berdiri di hadapan lelaki itu dengan wajah masam mencuka. Lelaki yang sedari tadi khusyuk dengan sebuah buku mendongak apabila terasa ada sesuatu di hadapannya.    

“Hai... kau lambat, duduklah” Amni Nabila menggelengkan kepala seraya mengeluh melihat sikap jejaka di hadapannya.    

“Setengah jam aku tunggu kau kat luar tau” kata Amni Nabila dengan nada yang dikawal. Bimbang jika suaranya mengganggu konsentrasi orang lain.    

“Sejam aku tunggu kau kat dalam” balas Hazril Usyair selamba lalu menghulurkan buku yang dibacanya tadi kepada Amni Nabila lalu bangun dengan lagak ingin beredar dari situ.    

“Kau nak ke mana?” soal Amni Nabila apabila melihat Hazril Usyair telah pun bangun dan menolak kembali kerusi tadi rapat dengan meja.    

“Balik” sepatah kata diusulkan kepada Amni Nabila sambil kaki beredar meninggalkan tempat duduknya tadi. Sekali lagi Amni Nabila terpinga-pinga dengan sikap Hazril Usyair. ‘sakit jiwa ke jantan ni?’ entah ke berapa kali disumpah seranah Hazril Usyair dalam hatinya hari ini. Bengang dengan sikap Hazril Usyair, macam nak menjerit sahaja rasanya tapi dia masih waras dan sedar di mana dia ketika itu. Amni Nabila mencapai buku yang sedia terbuka yang dihulurkan oleh Hazril Usyair tadi.

Ditarik nafas panjang-panjang lalu dihelakan perlahan. Beberapa kali dia berbuat demikian supaya keadaan mentalnya lebih relaks dan tenang kembali. Setelah itu pandangan dibenamkan ke arah buku tadi. Membaca perlahan tajuk Kebangkitan Nasionalisme di Asia yang telah dipilih oleh Cikgu Omar untuk pembentangan mereka berdua. Amni Nabila mengerutkan kening, terdapat isi-isi penting yang sudah pun digaris dengan pensil di setiap helaian tajuk tersebut. Dia menyelak satu persatu muka surat di buku tersebut. Jelas sekali ada seseorang yang telah menggariskan isi-isi penting tersebut. Muka surat terakhir tentang tajuk tersebut dia terlihat satu ayat yang ditulis dengan pensil juga.

“Padam setiap coretan yang menggunakan pensil setelah selesai menyalin maklumat. Tak padam pun tak apa, tapi tak baik mengotorkan hak awam.Padam ayat ini juga” – ARIL.

Tiba-tiba sahaja bibirnya mengukir senyum. ‘baik juga dia, tak menyusahkan sangat... tapi, perangai macam orang tak betul. Hihi..’ dalam memuji sempat lagi dikutuknya Hazril Usyair.    

 

         Hari yang dinantikan telah tiba. Loceng berbunyi menandakan waktu sejarah telah bermula selepas waktu rehat sebentar tadi. Masing-masing bersiap sedia dengan bahan yang akan dibentangkan sebentar lagi. Amni Nabila menoleh ke tempat Hazril Usyair yang berada dua meja di belakangnya sebelah kanan.    

“Mana Aril?” soalnya kepada Amir yang duduk disebelah meja Hazril Usyair. Amir sekadar mengangkat bahu menandakan dia tidak tahu. Amni Nabila merungut, baru sebentar tadi sebelum rehat dia ada. Entah ke mana pula perginya sekarang. Semua pelajar bangun memberi hormat sebaik sahaja Cikgu Omar masuk. Tanpa melengahkan masa Cikgu Omar menjemput pasangan yang pertama secara rawak untuk membentangkan hasil kerja mereka. Sampai giliran Amni Nabila, riak keresahan yang semakin nyata membuatkan Cikgu Omar mengerutkan keningnya.    

“Kenapa Amni?”    

“Err...cikgu, Aril.. tak ada” balas Amni Nabila gugup.    

“Hm...tapi dia datang kan hari ni?” soal Cikgu Omar. Amni Nabila mengangguk.    

“Saya tahu kat mana dia lepak. Pergi cari dia kat padang, bawah pokok ceri” kata Cikgu Omar kemudian. Cukup arif dengan perangai Hazril Usyair. Sekali lagi Amni Nabila mengangguk dan berjalan keluar. Betul kata Cikgu Omar, dari kejauhan Amni Nabila ternampak kelibat Hazril Usyair yang sedang duduk di bawah pohon ceri berhampiran padang sekolah.    

“Aril... waktu rehat dah habisla” sapa Amni Nabila sebaik sahaja berdiri di depan Hazril Usyair. Namun Hazril Usyair tidak mempedulikan kata-kata Amni Nabila sebaliknya semakin rancak melukis pemandangan di hadapannya.    

“Hazril Usyair, sekarang ni waktu pembentangan sejarah. Bukannya waktu pendidikan seni” Amni Nabila meninggikan suaranya apabila melihat Hazril Usyair yang tidak mengendahkan kehadirannya.    

“Tahu” sepatah dibalas Hazril Usyair.    

“Habis.. masuk kelas la. Time kita pulak kena bentang ni”    

“Tak de mood” tungkas Hazril Usyair. Amni Nabila mula membahang dengan sikap Hazril Usyair yang sebegitu. Entah apa nasibnya terpaksa berkerjasama dengan lelaki ini.    

“Okay, kalau dah tak de mood buat apa kau datang belajar? Menghabiskan duit je. Membazir masa, mensia-siakan kesempatan yang ada. Kalau macam ni gayanya, orang macam kau ni patut tak payah sambung belajar. Pergi buat benda yang kau suka lagi bagus daripada nak menyusahkan orang lain. Ikut kau la, malas aku nak ambil tahu lagi” panjang lebar Amni Nabila bersuara. Terus diatur langkah kembali ke kelas, tak ada gunanya bercakap dengan manusia yang tak ambil peduli seperti itu. Amni Nabila melangkah longlai masuk ke dalam kelasnya.    

“Mana Aril?” soal Cikgu Omar.    

“Maaf cikgu, dia berdegil taknak masuk kelas” Cikgu Omar mengeluh perlahan.   

“Tak apa...biar saya tengok dia, kamu duduk” Baru sahaja Cikgu Omar ingin bangun keluar dari kelas. Hazril Usyair muncul memberi salam. Automatik pandangan Amni Nabila yang sudah duduk di tempatnya terhala ke arah pintu kelas mereka.    

“Saya minta maaf cikgu, saya cari ilham tadi” Cikgu Omar mengangguk. ‘ada-ada saja budak ini’ bingkas hatinya.

Cikgu Omar kemudian memanggil semula Amni Nabila untuk membentangkan hasil kerja mereka berdua. Hazril Usyair memulakan mukaddimah pembentangan dengan meminta maaf kerana telah menyebabkan rakan-rakannya menunggu lama. Pembentangan terus berjalan lancar, dalam diam Amni Nabila tersenyum kerana Hazril Usyiar akhirnya mahu juga masuk semula ke kelas. Banyak soalan-soalan yang ditanya oleh rakan-rakan mereka Hazril Usyair yang menjawabnya. Amni Nabila mula sedar, Hazril Usyair seorang yang pandai juga rupanya. Pandai menjawab soalan dan juga mewujudkan ayat spontan yang kelakar dalam jawapan yang diberikan.

                Petang itu seperti selalunya, Amni Nabila menjenguk tasik berhampiran rumahnya yang berjarak lebih kurang dua kilometer sahaja. Suasana tasik yang tenang selalu membuat Amni Nabila nyaman serta selesa menghabiskan masa lapangnya di situ. Ketika berjalan melintasi tasik melalui jambatan yang dibuat dengan kayu di situ, matanya terarah ke arah sebuah bangku yang dihuni oleh seorang lelaki dan budak perempuan berumur lebih kurang 13 tahun. Amni Nabila sudah mengenali siapa lelaki itu tetapi budak perempuan itu siapa pula agaknya? Persoalan yang muncul dibenaknya membawa langkah kakinya ke arah mereka berdua.    

“Assalamualaikum”    

“Waalaikum salam” Amni Nabila tersenyum melihat lelaki di hadapannya.    

“Siapa?”soal Amni Nabila bertanyakan tentang budak perempuan itu.    

“Adik aku. Nazratul Fajri” Amni nabila tersenyum mendengar jawapannya.    

“Kawan abang. Panggil dia Kak Amni, salam dengan kakak” arah Hazril Usyair kepada adiknya. Adiknya menghulur tangan patuh dengan arahan abangnya. Amni Nabila terharu seketika, lelaki ini seorang yang prihatin rupanya di sebalik sikapnya yang bagaikan tidak berdisiplin.    

“Adik umur berapa?” Amni Nabila cuba berbual dengan adik Hazril Usyair.    

“12 tahun” jawab Nazratul Fajri segan silu kerana tidak biasa dengan Amni Nabila.    

“Dia ni pemalu sikit. Kau buat apa di sini?” Hazril Usyair bersuara sebelum sempat Amni Nabila membalas kata-kata adiknya tadi.    

“Abang, nak main kat situ” kata Nazratul Fajri kemudian sambil jarinya menunjuk ke arah taman permainan yang disediakan di tasik itu.    

“Hm... hati-hati, jangan pergi jauh-jauh” Nazratul Fajri mengangguk gembira dengan keizinan abangnya lalu berlari-lari anak ke arah buaian yang terdapat di situ.    

“Aku saja ambil angin di sini. Tak sangka pulak kau pun kat sini” kata Amni Nabila menjawab pertanyaan Hazril Usyair yang terganggu seketika tadi.    

“Ada jodoh agaknya kita ni” gurau Hazril Usyair selamba sambil mengangkat keningnya. Amni Nabila tergelak mendengarnya. Perbualan mereka berlanjutan diiringi tawa riang yang kadangkala muncul disebabkan lelucon Hazril Usyair yang bersahaja.  

 

           Dua bulan berlalu. Kembali di tasik yang membuahkan keakraban dua sahabat. Bicara mereka bergema lagi disaksikan alam sekitar yang damai.    

“Aril... boleh aku tanya kau sesuatu?”    

“Apa saja, asalkan soalan kau tak meragut nyawa aku”    

“Hey...serius la” Amni Nabila menyiku perlahan ke arah Hazril Usyair.    

“Ye... apa?”    

“Tapi jangan marah ye”    

“Kau fikir aku gila nak marah tak tentu pasal? Tanya ajela” Amni Nabila menarik nafas seketika. Mengumpul kekuatan, bimbang jika soalannya bakal menggugat keadaan.    

“Kenapa kau bersikap begini? Maksud aku, sering melanggar peraturan sekolah. Dulu masa aku tak kenal rapat dengan kau, maaf jika aku katakan. Aku rasa kau macam sakit jiwa” Amni Nabila terhenti seketika melihat reaksi Hazri Usyair. Hazril Usyair tersenyum sahaja mendengarnya.    

“Teruskanlah” ujar Hazril Usyair.    

“Aku fikir kau ni membuang masa dan wang. Bila tiba ujian, kau selalu dapat markah yang rendah. Tapi bila semakin kenal kau, aku sedar... kau pandai sebenarnya, dan lucu. Tapi, kenapa kau bersikap seperti ini? Macam ada sesuatu yang kau sembunyikan” Hazril Usyair berjalan menghampiri tepian tasik. Berhenti dan menoleh memandang Amni Nabila yang masih duduk di bangku serta menggamit supaya Amni Nabila datang ke arahnya. Amni Nabila bangun menuju ke arah Hazril Usyair.    

“Aku suka seroja itu” kata Hazril Usyair sambil menuding ke arah tasik yang mempunyai puluhan seroja yang dimaksudkan oleh Hazril Usyair. Amni Nabila memandang Hazril Usyair tak berkelip menyebabkan ketawa Hazril Usyair meledak.    

“Okay.. kau mahu tahu kenapa?” soal Hazril Usyair kembali. Dia tahu dia tak mampu mengubah topik, kerana selalunya Amni Nabila tak berpuas hati jika soalan yang ditanya tidak berjawab. Amni Nabila sekadar mengangguk.    

“Aku memang sakit jiwa”    

“Aril, aku serius” kata Amni Nabila mula bengang kerana merasakan Hazril Usyair hanya main-main.    

“Ya, aku serius” balas Hazril Usyair.    

“Dengar dulu penerangan aku. Kau tahu tentang adik aku, dan itulah satu-satunya adik beradik aku. Kau tak pernah tahu tentang ibu bapa aku. Aku punya ibu bapa yang telah bercerai, mereka bercerai masa aku berumur 12 tahun. Lepas mereka bercerai aku tinggal bersama ibu aku. Tapi selepas dua tahun, ibu aku meninggal dunia” Hazril Usyair menarik nafas. Menyebut tentang ibunya rasa hatinya pedih menyelinap ke tangkai hati.    

“Sorry kalau soalan aku...” Amni Nabila tak dapat menghabiskan ayatnya, rasa menyesal menyoal Hazril usyair jika soalan itu membuatkan hati kecil itu terusik.    

“Takpe... lepas ibu meninggal, bapa aku ambil aku tinggal dengan dia. Bapa aku dah kahwin lain, ibu tiri aku tu tak pernah ambil peduli pasal kami adik-beradik. Itu aku tak kisah. Mungkin pada dia aku dan adik aku bukan anak dia. Tapi aku kesal dengan sikap bapa aku, dia juga tidak mempedulikan kami. Jarang ada masa untuk kami, dia rasa dengan harta kekayaan dia boleh ‘beli’ hati kami. Tapi dia silap, kami sikit pun tak perlukan itu semua. Kami dahagakan kasih sayang sebenarnya”    

“Aku tak nak adik aku rasa kekurangan, aku cuba jadi abang sekaligus memikul tanggungjawab bapa yang tak bertanggungjawab. Aku benci dengan peraturan dan kongkongan, bapa aku sentiasa memaksa aku mengikut telunjuknya. Kononnya dengan hak dia sebagai bapa, tapi bapa apa namanya jika tidak pernah peduli tentang anak-anaknya?” hati Hazril Usyair menanggung sakit yang dalam.    

“Mungkin sebab itu, aku jadi pemberontak dalam diam, melanggar disiplin sekolah. Hati aku rasa puas jika tidak mengikut peraturan. Rasa bebas. Tapi... dalam ni rasa kosong. Kosong sangat!” kata Hazril Usyair menekap tapak tangannya ke dada. Amni Nabila mengangguk perlahan. Mula faham mengapa Hazril Usyair berkelakuan begitu.    

“Mengapa tidak kau buktikan sesuatu?” kata Amni Nabila kemudian setelah lama membisu.    

“Buktikan apa?” soal Hazril Usyair tidak faham.    

“Buktikan kau boleh berjaya, walau tanpa perhatian dan kasih sayang mereka. Dan dekat tempat yang kosong itu, perlu kau isikan dengan sesuatu”    

“Isikan dengan apa? Hati ini kosong dan sepi setelah ibu aku dah tak ada” lirih Hazril Usyair mendatar. Amni Nabila tersenyum memandang Hazril Usyair.    

“Itulah yang perlu kau isikan. Yakinkan hati kau dengan kasih sayang dan harapan ibu kau. Tentu ibu kau ingin melihat kau berjaya, sematkanlah dalam hati kau satu perkara. Biarpun ibu kau sudah tiada di sisi, tapi itu tak bermakna dia sudah tiada dalam hati kau. Jadikan itu sebagai pembakar semangat untuk kau buktikan kejayaan kau”     “Bolehkah?”soal Hazril Usyair ragu-ragu.    

“Insya-Allah, tak ada yang mustahil. Pentingnya, usaha, doa, tawakkal dan hati perlu tabah serta sabar dalam merealisasikannya. Hm? Jangan biar hati itu kosong lagi. Lagipun, sebagai abang kau tentunya perlu menunjukkan tauladan yang baik kepada adik kau” Hazril Usyair menarik nafas panjang. Seketika kemudian perlahan dia mengangguk, menanam iltizam mencapai impian.    

 

 

Hazril Usyair telah banyak berubah. Dia tidak lagi melanggar disiplin sekolah. Namanya tidak lagi tersenarai dalam pelajar yang menanti denda di perhimpunan sekolah. Ini semua kerana Amni Nabila. Gadis itu telah menyedarkannya bahawa masa dan kesempatan yang ada tidak boleh disia-siakan begitu saja. Dia juga perlu buktikan, anak yang kehidupannya terbiar kerana perpecahan, tanpa kasih sayang keluarga boleh mencapai kejayaan seperti insan lain. Andai ada keyakinan dan usaha,semuanya tidak mustahil dicapai. Hazril Usyair tidak lagi mengambil peduli keadaan ibu tiri dan bapanya. Bukan niatnya membuang mereka dalam hidupnya, tapi buat masa ini dia mahu menumpukan sepenuhnya kepada STPM yang bakal menjelma lagi 3 bulan.

Mungkin dia terlewat menyedari masa yang kian hampir dengan exam, tapi dia tahu masih ada peluang sekiranya dia bersungguh-sungguh dalam detik terakhir ini. Bagi Amni Nabila pula, betapa dia bersyukur melihat Hazril Usyair yang telah berubah sejak kebelakangan ini. Pakaiannya kemas, rambut disikat rapi tidak lagi serabai seperti sedikit masa lalu. Wajahnya lebih berseri dan sentiasa terpalit senyuman yang menampakkan lesung pipit bibirnya. Manis sekali. Tambah kacak dikenakan kaca mata sekaligus melengkapkan gaya macho seorang lelaki. Sesekali dia tersenyum mengimbas kembali Hazril Usyair yang dikenalinya atau lebih tepat yang mula rapat dengannya sejak 4 bulan lalu. Jauh berbeza perwatakannya hari ini dengan dahulu.

Dalam diam, Amni Nabila mengakui pengabaian tanpa kasih sayang keluarga terutama ayahnya, telah mengaburi perwatakan sebenar Hazril Usyair. Hatinya terasa puas apabila berjaya membuatkan Hazril Usyair sedar tentang masa depannya dan dia percaya Hazril Usyair mampu merealisasikan impian itu. Namun satu perkara yang membuatkan dia tetap menggelengkan kepala tentang Hazril Usyair adalah sikap nakalnya. Tak pernah hilang dan mungkin juga takkan hilang.  

Kelepok! Kapur yang dibaling oleh Cikgu Zakiah mengenai kepala Hazril Usyair menyebabkan dia terjaga dalam keadaan yang terpinga-pinga. Satu kelas tersenyum melihat ke arahnya.    

“Tidur ya?” soal Cikgu Zakiah.    

“Saya cari ilham nak buat sajak cikgu” balas Hazril Usyair kepada cikgu sastera mereka. Satu kelas ketawa dengan jawapan yang diberikan. Amni Nabila menggelengkan kepala dengan gelagat Hazril Usyair.    

“Dah dapat ilhamnya?”    

“Belum, sikit lagi nak dapat. Kalau cikgu baling kapur lambat sikit sempatla saya dapat ilham” katanya sambil tersengih dan sekali lagi kelas tersebut dihiasi dengan tawa pelajarnya.    

“Banyak je alasan kamu. Jawab soalan cikgu. Apa makna paradoks?” soal Cikgu Zakiah memandang tepat ke arah Hazril Usyair. Hazril tersenyum, dan berkata    

“Paradoks tu macam saya dan Amni Nabila cikgu.” Tersengih lagi untuk kesekian kalinya. Ruang kelas dipenuhi ketawa lagi sedangkan Amni Nabila sudah menjegil kepada Hazril Usyair.    

“Cikgu suruh bagi makna, bukan contoh.” Tekan Cikgu Zakiah kemudiannya.    

“Erm...paradoks tu, errr...” Hazril Usyair menggaru-garukan kepalanya seketika. Sebentar kemudian memetik jari dan berkata,    

“Haa..dah dapat ilham, paradoks tu bertentangan cikgu. Macam saya dan Amni, dia perempuan, saya lelaki. Tapi dalam maksud sastera adalah perkataan dalam ayat yang mempunyai maksud yang bertentangan. Contohnya, suci dalam debu. Bertentangan yang saya maksudkan itu, bagaimana suatu yang suci digandingkan dengan debu sedangkan kita sedia maklum suci itu bersih. Kalau dah berdebu tak bersihla. Saya nyanyi sikit ya... ‘engkau bagai air yang jernih, di dalam bekas yang...” belum sempat dihabiskan bait lagu Iklim, deraian tawa meletus lagi. Kali ini Cikgu Zakiah sendiri tersenyum dengan telatah Hazril Usyair.    

“Sudah, melebih pulak kamu ni. Terima kasih, boleh duduk.” Hazril Usyair tersenyum lalu berjalan menuju ke hadapan menghampiri Cikgu Zakiah.    

“Maaf saya terlelap tadi cikgu. Kapur, tapi mungkin lain kali saya akan tidur lagi. Dengan syarat, cikgu baling kapur ni... nanti dapatlah saya ilham.” Katanya sambil meletakkan kapur di atas meja guru, kali ini Cikgu Zakiah tertawa kecil mendengar kata anak muridnya. Nakal tapi bijak! Hazril Usyair berjalan kembali ke tempatnya sambil menghulur senyum ke arah Amni Nabila yang menjeling padanya.

Loceng terakhir menandakan kelas pada hari itu tamat. Berpusu-pusu pelajar berjalan keluar. Dalam keramaian itu Hazril Usyair dan Amni Nabila beriringan berjalan.    

“Aril, kenapa kau suka usik aku?”    

“Sebab aku suka melihat jelingan manjamu” Pantas siku Amni Nabila dihalakan ke pinggang Hazril Usyair. Ketawa sakan Hazril Usyair kerana sempat mengelak daripada siku tajam gadis comel itu. Serentak itu juga Amni Nabila menghadiahkan jelingan padanya.    

“Oh...jelingan itu manja, tapi belum cukup menggoda” terjegil Amni Nabila mendengar kata Hazril Usyair. Pantas sahaja kakinya mengejar Hazril Usyair yang telah berlari terlebih dahulu.   

 

~~~~

 

          Sebulan sebelum peperiksaan sebenar STPM- Hazril Usyair resah sendirian. Entah mengapa pula Amni Nabila sering tidak hadir ke sekolah kebelakangan ini. Hubungannya dan Amni Nabila juga sedikit terjejas. Gadis itu tidak lagi ramah seperti dahulu. Jika hadir ke sekolah pun, dia sering bersendirian dan lebih banyak membisu. Seperti hari ini, teguran Hazril Usyair langsung tidak dipedulikan sebaliknya dia lebih selesa melayan dunia ‘bisunya’. Setiap pertanyaan Hazril Usyair dibiarkan sepi ataupun dilayan acuh tak acuh sahaja.     Motorsikal Amni Nabila yang sering dibawanya ke sekolah telah rosak dan ini membuatkan dia terpaksa menaiki bas ke sekolah.    

“Amni... kenapa denga kau ni? Buat aku macam orang asing saja”    

“Yelah, kita pun bukannya ada pertalian darah kan?” bidas Amni Nabila. Hazril Usyair tersentak menyebabkan langkahnya terhenti seketika.    

“Apa dah jadi ni? Aku ada buat salah ke?” soal Hazril Usyair kembali menyaingi langkah Amni Nabila yang menuju ke arah bus stand.    

“Tak ada apa, biasa aje” balas Amni Nabila. Amni Nabila mengejapkan buku yang dijinjitnya selain beg sandang yang setia di bahunya. Langkah kaki dihentikan seketika apabila sampai ke simpang jalan. Menoleh kanan kiri untuk melintas ke seberang jalan. Hazril Usyair lebih pantas menghentikan langkahnya apabila berdiri berhadapan dengan Amni Nabila.    

“Kau kenapa sebenarnya? Jangan buat aku begini, hati tak tenteram” tepat memandang ke arah Amni Nabila. Amni Nabila mengeluh, tetap mengatakan tiada apa-apa dan ingin mengatur langkahnya kembali. Pantas tangan kasar Hazril Usyair menarik lengannya.    

“Apa ni? Sakit la bodoh” sinis. Terpempan Hazril Usyair mendengarnya. Hati tiba-tiba bergelegak.    

“Baik... habis kau pandai sangat soalan senang aku tak boleh nak jawab? Ha?” ujar Hazril Usyair tak mengalah.    

“Ahhh... peduli apa aku” Amni Nabila merentap tangannya dan terus melangkah tanpa mempedulikan Hazril Usyair.

PHONNNNN !!! Nyaring bunyi hon disertai break mengejut kedengaran. Tubuh gadis itu terpelanting dilanggar kereta proton. Buku-buku yang dijinjitnya tadi berselerak di atas jalan. Hazril Usyair terkaku seketika sebelum tersedar dan menjerit.    

“Amniiiii....” Namun segalanya mungkin terlewat. Amni Nabila dalam keadaan parah akibat luka di kepalanya. Doktor mengesahkan Amni Nabila meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Dalam kocek baju kurung sekolah Amni Nabila terdapat sepucuk surat jelas tertulis di atas surat yang telah dilipat kemas :

untukmu sahabat->ARIL: .   *** *** ***   Aril... Hazril Usyair.... Aku suka nama itu Aril. Ah, entah kenapa pula aku harus mengukir namamu di sini... tapi aku ingin menyatakan sesuatu pada kau Aril. Hah, sebelum itu jangan perasan! Aku tak jatuh cinta pada kau ok? Hehe...    

Terasa waktu buat hidupku sudah terlalu singkat. Aril, maafkan aku kerana berubah sikap secara mendadak.. mungkin perubahan sikapku ini buat kau berfikir, apa yang terjadi sebenarnya. Di sinilah perlunya aku jelaskan bahawasanya aku tidak punya banyak masa untuk terus bersamamu di sini.    

Mungkin kau makin pelik melihat aku berbicara seperti hidup untukku hanya hari ini sahaja. Ya, aku merasakan ini ialah hari terakhirku. Hari terakhir aku menatap wajahmu, hari terakhir aku bertengkar denganmu. Aril...    

Aku menghargai saat terciptanya kenangan kita. Aku paling menghargai senyuman manis di raut wajahmu, jangan muram lagi teman... aset pentingmu adalah senyuman. Tenang hati melihat segaris senyummu. Tapi sayangnya, sebentar cuma peluangku menikmati indah senyummu... aku terpaksa pergi Aril kerana ada yang di sana sedang menunggu aku. Aril... penjelasanku untukmu di sini mengenai kegagalan aku untuk mrenghadirkan diri ke sekolah kebelakangan ini. Usah terkejut jika aku menyatakan aku ini sakit. Benar, aku sakit! Pernah kau dengar bukan penyakit darah putih yang melebihi darah merah? Ya, itulah dia. Aku mengidap luekimia. Harapan untukku semakin tipis kini. Tapi Aril...     Entah mengapa pula aku tak pernah risau tentang penyakit ini, aku tidak pernah sekali merasai ajalku disebabkan penyakit ini. Ganjil bukan? Tapi itu yang aku rasa. Entahlah...    

Hazril Usyair... heh, suka benar aku dengan nama itu! Aku harap kau menerima seadanya andai ditakdirkan antara kita terpisah sampai di sini. Usah ditangisi ketiadaanku nanti, iringi aku dengan doa kudusmu. Setelah aku tiada, aku berharap amat agar kau tidak berubah laku. Hidupmu perlu diteruskan teman. Perjuangan kita yang tak sempat aku tamatkan, perlu kau lunaskan..untukmu, jua untukku... kejayaanmu itu nanti lambang kejayaanku jua. Kejayaan kita! Capai impianmu bersama aku dalam hatimu. Kau takkan membuang aku bukan? Bukankah kita sahabat sejati? Atau takhta aku di hatimu akan turut luntur bersama pupusnya hayat hidupku?     Aku sudah penat menulis Aril...fikiranku tidak dapat mencerna perkataan dengan baik lagi. Rasanya baik sahaja aku berhenti di sini. Sebelum itu... aku menyayangi dan menyenangi engkau sebagai sahabatku.   -         

teratai biru atau lebih gemar kau panggil seroja itu bunga kegemaranku sebenarnya. Kecil dan cantik, seperti aku...hihihi. ;-)   salam terakhir buatmu teman. Wassalam...  

Masih diingat bait kata dalam surat itu. Nyata, kau ajal bukan kerana penyakitmu teman. Bisik Hazril Usyair sendirian.

Hazril Usyair merenung teratai biru di tasik itu. Setiap kali ke situ, fikirannya tak pernah lekang mengingati satu nama – Amni Nabila. Terukir senyum di bibir Hazril Usyair sambil hatinya membaca serangkap sajak yang baru ditulisnya sebentar tadi.  


Impian kita dan wajahmu.  

Impian kita telah aku capai

Bersama wajahmu di lubuk hatiku

Kejayaan aku milik kita

Untuk kau teman dan jua sahabat

Seraut wajahmu tak pernah pudar Kekal berseri dalam hati

Menemani hari-hari sepi Sesegar seroja di tasik ini  

Senyumku mesra terbentuk

Kerna kau bertakhta di hati

Walau tiada ukiran potretmu

Wajahmu segar di layar kalbuku

Berbahagialah kau di sana sahabatku...

Cerpen sebelumnya:
JanjiMu kepada ku
Cerpen selanjutnya:
detik yang terlewat~

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
2.7
3 Penilai

Info penulis
Kapasitor rocks!
damiey | Jadikan damiey rakan anda | Hantar Mesej kepada damiey

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya damiey
detik yang terlewat~ | 2183 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

9 Komen dalam karya Impian Kita dan Wajahmu~
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik