Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

dia...

Cerpen sebelumnya:
Pemuda kecil
Cerpen selanjutnya:
~Bab 1: Memori~

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
Namun ini hanya ada di bibir
Di bibir saja…

Aku diam. Bilik lecture sunyi. Walaupun lecturer mengajar semangat gile, semuanye nampak cam ade jasad je kat sini. Ade lah jugak 2-3 orang pelajar yang bertanya. Diam. Aku tak tahu nak cakap ape. Member sebelah aku nampak segar walaupun sesekali die menggigil kesejokkan. Dengan handphone pada tangannya, aktif je jari die bergerak-gerak.

            Aku tak tahu kenape… Hidup nie macam dah tak ada harapan untuk masa depan. Walaupun hakikatnye akan ade sinar bahagia dalam setiap kehidupan. Dalam setiap masa depan. Lecturer tiba-tiba bercakap pasal mase silam. Sem 1. Rasenye aku tak nak kembali ke waktu tu. Yang aku rase, aku nak cepat habiskan sem last nie. Sebab jiwe aku kosong. Aku rase dah tak mampu lagi nak teruskan semua ni.

            Mungkin akan ade semangat untuk harungi semue nie. Kehidupan nie memang mencabar. Ada saje syaitan yang sentiase menggoda. Aku penat. Sedar tak sedar, masa dah berlalu dengan cepat. Aku jadi takot bile fikirkan macam mane nanti bile aku dah grade (kalau laa grade…). Aduhhh… aku nie asyik mengeluh je. Semue nie dah ketentuan ALLAH. Setiap ape yang berlaku, mesti ade hikmah. Aku kene sabar…tapi mampukah aku?

            Emosi tak stabil. Itu yang aku rase sekarang. Aku tak tahu ape puncanye. Setiap kali aku senyum, aku rase sedih. Setiap kali aku gelak, aku rase nak nangis. Aku tak tahu ape yang aku hilang, tapi aku rase ade yang tak cukup. Mungkin… sebab dia. Dia yang penting dalam hidup aku tapi sekarang mule menghilang. Dia buat aku tak yakin dengan diri aku. Aku rase tak bergune. Aku benci diri aku. Dia buat aku sedih dengan ape yang dah berlaku. Die buat aku jadi macam nie. Die buat aku sepi.

              Aku nak berubah. Dengan lemah, aku menolah memandang ke luar tingkap. Aku nampak pokok, langit, bangunan, kenderaan, banyak lagi. Aku  pandang jauh lagi dari luar tingkap. Aku nampak banyak warna. Aku nak letak warna yang aku suke tapi… luar tingkap tu dah penuh  dengan warna yang aku tak suke. Aku tak boleh nak tukar sebab warna-warna tu dah kekal kat situ. Aku cume dibenarkan untuk menambah saje, bukan menukar. Walaupun aku nak sangat tukar warna tu.

            Kosong…

            Kosong…

            Satu perasaan tiba-tiba muncul. Benci dia. Aku bersandar pada kerusi. Cuba menangkap setiap kata memberku yang sedang membuat presentation dihadapan.  Rase terhibur sedikit apabila melihat gelagat mereka. Namun, jauh di sudut hati, rase benci semakin kuat. Sayang? Memang sayang dia tapi benci. Benci kenape sayang dia. Benci dekat dia. Benci.

            Warna tadi… macam mana aku ingin ubah dengan perasaan aku yang seperti ini?.

            Aku termangu. Member di sebelah tiba-tiba menepuk bahuku. Aku segera menoleh namun pandangan aku terhenti pada dia. Gayanya tenang  sambil bersandar pada kerusi. Dengan tersenyum, dia berbual mesra dengan gadis disebelahnya. Gembira. Bahagia. Sedangkan aku yang dibelakang hanya merasai kesengsaraan. Tanpa disedari, tanganku dengan pantas mengoyakkan nota kecil yang diberikannya tadi. Kononnya ingin berjumpa kerana masih rindu. Sudahlah.

Aku menyumbat earphone pada telinga. Aku mula melangkah meninggalkan class sambil menyanyi perlahan.


Tidak perlu kau bercerita

Tentang dirimu yang sudah berpunya

Ku tahu kau bahagia bersamanya

Hapuskan saja kenangan cinta kita…           

Cerpen sebelumnya:
Pemuda kecil
Cerpen selanjutnya:
~Bab 1: Memori~

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
2.5
2 Penilai

Info penulis
law????
psycho_ben | Jadikan psycho_ben rakan anda | Hantar Mesej kepada psycho_ben

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya psycho_ben
BECKHAM | 2074 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

2 Komen dalam karya dia...
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik