Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Nenek Saripatin

  • 5
  • Rizzy
  • 14 years ago
  • 3,015
  • FREE

 

Saripatin adalah nama seorang nenek tua yang banyak sakti. Tinggal di dalam sebuah lubang tanah. Dia boleh memanah tanpa memegang busur. Melompat tanpa menendang tanah di kaki. Memotong kayu tanpa perlu menghayun parang.dan menggaru tanpa perlu mengikis permukaan kulit dengan kuku. Dia juga boleh menoleh tanpa mengalih posisi kepala. Memegang sesuatu tanpa ada genggaman atau bengkokkan jari jemari.

Yaa..memang sangat sakti nenek Saripatin ini. Sesakti ahli sihir yang menuntut dengan syaitan dan menjual jiwa raga pada iblis. Menjadi protege jin dan ifrit. Tapi nenek Saripatin bukan ahli sihir. Dia hanya manusia biasa yang tidak menuntut apa-apa ilmu hitam yang sesat. Tidak pernah tepikat dengan segala silat atau amalan khurafat. Apalagi makrifat yg kurang sifat dan cacat.

Kalau dia mahu mengumpat, dia hanya kuncikan mulut dan bersuara. Jika mahu berlari, dia hanya menggerakkan hujung-hujung jari kaki. Jika mahu mandi, pakai baju  makan dan minum dia hanya fikir sekali. Semuanya terus jadi. Sekelip mata sedetik masa sepantas cahaya. Memang kedengaran macam gila tapi itulah ceritanya.

Nenek saripatin menternak ikan patin sebanyak delapan belas ekor. Ikan patinnya semua tiada ekor kerana dipotong oleh perompak yang dengki dengan ayam yang dibela di belakang rumah. ‘Memang bodoh perompak itu. Adakah patut dia potong ekor ikan patin aku ..?’ ujar nenek Saripatin di dalam hati.

Suami nenek Saripatin sudah lama lari dari lubang. Akibat bermimpi ngeri di satu malam Jumaat. Maka pada setiap malam Jumaat, nenek Saripatin akan menulis sepucuk surat. Berikut adalah salah satu surat yang di tulis ;

Kehadapan suamiku yang tercinta,

Aku selalu merasa gumbira pabila mengenangkan saat manis kita bersama. Lama kita tiada berjumpa. Tidakkah kau rindu padaku ? aku sunyi memegang tali, di waktu pagi ketika mahu mandi di perigi. Aku sepi memandu lori, pabila mahu pergi ke kedai membeli cili. Aku gersang memegang senapang, di waktu mahu menembak beruang di simpang. Di manakah kau wahai kanda menghilang?

Dulu..

Kau sentiasa menggenggam tanganku di saat kau sakit digigit nyamuk hutan. Kau memelukku di masa kau terkejut akibat takut dengan bunyi motobot. Kau cium pipiku ketika mahu minta duit kerna mahu beli nombor ekor.

Aku simpan semua memori kasih kita itu di dalam lipatan kain batikku. Aku tulis satu-satu atas kertas kotak ubat nyamuk Fumakilla.

Mengapa kini kau hilang sayang?

Sekian.

(bersambung..)

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) huhu..ape kes??
  • 2) dahsyat betul nenek saripatin ni ya... dalam dahsyat ada juga jiwangnya. hehe... okey, menunggu sambungannya...
  • 3) surat nenek saripatin tu sebenarnya sayu...oh!
  • 4) nenek oh nenek rumah nenek nak runtuh!
  • 5) wei!
    mana aci
    berenti gini je.

    hehe
    ni tulis2 terus hantor ni. cis.

    tapi nenek saripatin memang dahsyat.
    kemon kemon. sambungan pliss

Cerpen-cerpen lain nukilan Rizzy

Read all stories by Rizzy