Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Buta

 

Aku mulai kisah ini dengan satu ucapan kesyukuran, kerana akhirnya aku mampu membuka satu rahsia kepada engkau.

 

Rahsia yang aku simpan selama beratus-ratus tahun.

Rahsia yang aku dan Tuhan saja yang tahu.

Rahsia tentang sebuah cerita.

 

 

Cerita aku dan Zahrah, gadis yang aku mahu dia jadikan diriku sesuatu yang paling dia cinta. Zahrah, gadis yang kalau aku mampu, aku mahu tunjukkan sesuatu yang lebih hebat daripada dunia ini.

 

 

Hanya Zahrah saja.

Hanya dia.

 

Maka, malam itu aku bertemu dengannya. Betul-betul di bawah bintang yang aku gelar Amanda ini. Bintang yang selalu aku nantikan kehadirannya. Sebetulnya, bintang itulah menjadi saksi pertemuan aku dengan Zahrah buat kali pertama dahulu. Dan, ini pula adalah yang kedua kalinya.

 

Ah, sebenarnya ini bukanlah kali yang kedua! Tapi ia adalah kali yang ketiga. Kali kedua adalah pada hari di mana Amanda si bintang terang itu menjadi saksi hatiku yang merah dan penuh cinta ditarik keluar dengan kejam lalu sebilah pisau (yang entah dari mana muncul) datang membelah hatiku. Maka, separuh daripada hati merahku yang penuh dengan cinta telah hilang.

 

Separuh daripada cinta-cintaku telah dicuri. Aku yakin yang menarik hatiku keluar adalah Zahrah. Aku sangat kenal tangannya kerana tangan itulah yang pernah ku beri separuh hatiku kepadanya. Tangan itu jugalah yang memberi separuh daripada hatinya kepadaku. Kami bertukar-bertukar separuh daripada hati kami untuk dicantumkan dengan hati masing-masing.

 

Romantis, bukan?


Jadi, pada malam itu aku bertemu dengan Zahrah dengan satu tujuan. Aku mahu mengambil semula separuh hati yang telah dicurinya itu. Aku tunggu Zahrah sambil pandang Amanda yang bersinar. Aku mengeluh. Kenapa perlu dia memotong separuh daripada hatiku? Apa yang mahu dilakukannya?

 

Tiba-tiba Zahrah muncul dengan membawa sebuah kotak. Kecil sahaja. Aku kira besar sedikit daripada separuh hati kami. Aku lihat lagi Zahrah tidak datang seorang. Zahrah datang berdua. Bukan manusia seperti aku atau Zahrah. Bukan bintang seperti Amanda. Zahrah datang dengan satu lembaga menyerupai bayang-bayang lelaki. Zahrah berhenti betul-betul di hadapanku. Dia perkenalkan temannya itu yang bernama Bayang-bayang.

 

Kau boleh bayangkan begini bagaimana pertemuan aku dan Zahrah (serta Bayang-bayang itu). Aku dan Zahrah masing berhadapan antara satu sama lain. Amanda di tengah-tengah kami. Bersinar bagai lampu yang terang. Bayang-bayang itu berdiri di belakang Zahrah. Pertemuan itu memang indah dan aku akan ingatinya sampai mati. Cuma, aku ingin beritahu sejujurnya bahawa  kehadiran Bayang-bayang itu telah mengganggu keindahan malam tersebut.

 

Zahrah memohon maaf kepadaku kerana terpaksa membelah separuh daripada hati itu . Katanya, dia tahu aku tidak akan memulangkan separuh daripada hatinya yang dia pernah bagi kepadaku. Jadi, dia terpaksa merampasnya secara kasar, membelahnya secara kejam. Dia tahu aku akan sakit, tetapi dia terpaksa.

 

Aku tanya dia kenapa? Dia menjawab separuh daripada hatinya yang pernah dia berikan kepadaku  itu akan diberikan kepada Bayang-bayang. Dia mengaku dia cintakan Bayang-bayang dan dia perlukan hatinya yang ada pada aku untuk diberikan kepada Bayang-bayang. Zahrah juga tahu hatinya yang ada pada aku itu, aku jaganya dengan sangat baik. Banyak cinta di dalamnya dan Bayang-bayang perlukan hati itu supaya cintanya terhadap Zahrah sama banyak seperti cintaku kepadanya.

 

Kemudian, Zahrah hulurkan kotak yang dipegangnya sejak dari tadi. Katanya di dalam kotak itulah dia menyimpan separuh daripada hatiku yang pernah dia ambil dulu.  Aku mengambilnya perlahan-lahan. Aku buka dan lihat tidak ada satu pun cinta yang dia letakkan dalam hatiku itu.

 

Kosong.

 

Dia kata dia tak mampu beri lagi cintanya untuk hati aku. Semuanya telah diberikan kepada Bayang-bayang. Dia hanya dapat memulangkan separuh daripada hatiku yang kosong.

 

Dia berharap aku tidak akan mencintainya lagi selepas sesi pertukaran hati antara aku dan dia berlaku.

 

Kami akhirnya, melakukan sesi pertukaran hati (yang menyeksakanku itu).

 

Aku mengambil separuh daripada hatiku yang kosong itu dan mencantumkan dengan separuh lagi hatiku. Separuh daripada hatinya yang dia ambil daripadaku dia cantumkan bersama-sama hati Bayang-bayang. Dalam sekelip mata aku lihat Bayang-bayang bertukar menjadi seorang pemuda yang tampan membawa Zahrah pergi menaiki kuda hitam yang entah dari mana muncul.

 

Kau boleh tanya sendiri kepada Amanda betapa gembiranya Zahrah apabila Bayang-bayang itu bertukar rupa menjadi pemuda tampan. Zahrah dan pemuda itu meninggalkan aku seorang diri. Titisan air mata yang pertama sepanjang hidupku jatuh ke tanah bersaksikan Amanda. Oh, baru aku tahu makna patah hati.

 

Aku telah menunggu beberapa ketika untuk menanti perubahan perasaanku selepas kami bertukar hati. Aku percaya dengan kata-kata Zahrah bahawa tidak akan wujud lagi perasaan cinta aku terhadapnya selepas pertukaran hati ini.

 

 Ah, aku memang sentiasa percaya kepada Zahrah!

100% percaya.

 

Aku menunggu dan terus menuggu perubahan itu. Namun, perasaan aku terhadap Zahrah tetap sama walaupun selepas 1 jam..

2 hari..

3 minggu..

4 bulan...

5 tahun dan seterusnya sehinggalah ke hari ini. Sudah 999 tahun aku menunggu. Adakah perasaanku terhadap Zahrah berubah seperti apa yang pernah dikatakannya dulu?

 

Lama kelamaan baru aku sedar akan sesuatu. Hati Zahrah memang tidak akan pernah wujud lagi dalam jasad aku.

 

Tapi...cinta.

 

Adakah cinta mempunyai jasad? Zahrah sudah bohong dengan aku.

 

Celaka!

 

Malam ini, selepas 999 tahun aku hidup dalam pembohongan Zahrah, aku pergi semula ke tempat pertemuan aku dengan dia. Aku mahu mencari Zahrah. Aku mahu mengejarnya, tetapi dia sudah lama pergi. Aku hampa.

 

Aku pandang langit. Aku nampak Amanda. Aku tenung Amanda dalam-dalam.

 

Pukk!

 

Aku tepuk dahi. Kenapa aku tak pernah sedar selama ini?

 

Sinar yang keluar dari Amanda itu rupa-rupanya cinta yang hendak diberikannya kepadaku. Tiba-tiba ada tangga putih turun dari langit. Aku naik tanpa ragu-ragu. Aku tahu Amanda sedang menunggu aku.

 

Kali ini aku nampak jelas diri aku dalam diri Amanda.

 

Sekarang rahsia sudah terbuka. Kau percaya dengan cerita aku? Terpulang pada diri sendiri.

 

Alahai...cerita cinta, tiada apa yang mustahil.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) nampak je nama kamalia, terus mcm teruja.
    excited nk bace cerita yg 'pelik'2 hehe.

    ade mksud tersirat dlm cerpen nih, wlaupun ditulis dgn bersahaja.
    dan bot plg suka ayt plg last "alahai..cerita cinta, tiada apa yg mustahil" haha
  • 2) walau tiada yang lojik kan? cinta itu membutakan. memberikan nafas dan pada masa yang sama bisa membuatkan orang gila
  • 3) best kamalia! sampai maksudnya walau disampaikan tersirat begini. sentiasa menanti karya-karya dari kamalia...
  • 4) pehh!
    ratu frinjan dan mistik kembali memajakkan kredibiliti.

    baru ada kelas cerita begini!

    bangga pakcik ramlan dan pakcik zul.
    saya pun bangga pakcik dgn kamalia ni. bukan pakcik-pakcik saja.

    (komen pun konon nak frinjan)
  • 5) fuhhh...daya imaginasi yg superb..gagaga...nak nek juak tangga tu..hehe..nk jumpa Amanda..tgulah Amanda abg akan tiba juga..gagaga

  • (Penulis)
    6) robot: tq. cerita ni mana ada pelik pun
    syud: betul!
    ridh: terima kasih
    caha: sgt frinjan komen u tu. i sendiri pun x fhm...hehe
    paktam: Amanda kamu x semestinya nun jauh di atas langit. kadang2, kt depan mata tp buat2 x nmpak tu la dia wujud
  • 7) Kamalia memang best!. orang seperti kamu yang membuatkan gua mahu terus menulis!
  • 8) menarik sangatlah! ehhe
  • 9) dasat.! kamu bagus bangat.! penulis wanita kapasitor ulung!

Cerpen-cerpen lain nukilan kamalia

Read all stories by kamalia