Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Kalau Sudah Direstu

Cerpen sebelumnya:
Buta
Cerpen selanjutnya:
'0' flavour

" Mak…sakit mak," Athirah mengadu pada ibunya, Puan Jamilah. Anak gadis berusia 24 tahun itu terus merebahkan diri ke atas pangkuan Puan Jamilah yang sedang membelek buku masakan di ruang tamu.

  Puan Jamilah pantas mengalihkan buku yang terletak di riba. Kepala Athirah yang masih berbalut telekung, diusap perlahan. Dia faham apa yang sedang dialami oleh anak gadisnya.

  " Kenapa nak?" Puan Jamilah bertanya sekalipun naluri keibuannya faham benar akan gelodak yang melanda jiwa Athirah.

  Tubuh Athirah semakin kuat bergoyang. Jika tadi Athirah datang hanya dengan wajah yang sugul, kini esak-tangis pula menjadi pengiring. Puan Jamilah jadi risau. Tuhan, peliharalah Athirah, satu-satunya anak gadisnya.

  " Dia, mak." Hanya itu yang terpacul daripada bibir Athirah. Lega sedikit hati Puan Jamilah. Risau kalau-kalau ada malapetaka lain yang menimpa anak gadis kesayangannya itu, yang sering diberi keutamaan, sesuai dengan namanya.

                                          *     *     *

  Athirah merenung skrin yang kaku di atas meja. Waktu kerja masih berbaki sedangkan tanggungjawabnya untuk hari ini sudah dilunaskan. Timbul rasa malas, sesuatu yang sangat jarang berlaku.

 

  Sejak akhir-akhir ini, tidur Athirah sering terganggu. Bukan kerana makhluk halus tetapi dia sering diganggu bayangan seseorang. Seseorang yang dia sendiri tidak tahu namanya tetapi sukar untuk dilupakan.

  Bagaimana mungkin dia dapat melupakan wajah yang jernih dan bersih itu? Hampir mustahil untuk dia mengusir raut wajah yang begitu murah dengan senyuman. Bukan sehari dua Athirah melihat wajah itu, sudah hampir enam bulan. Athirah sering sekali terlihat kelibat lelaki itu di lobi pejabat dan juga kadang-kala di dalam monorail. Tetapi tidak sekalipun diberanikan dirinya untuk mengenali lelaki itu.

  " Dalam Islam tidak pernah diajar budaya bercinta sesama bukan muhrim. Tidak pernah disarankan amalan bertemu-janji tidak tentu hala," masih terdengar suara ayahnya, Tuan Fadhli yang menegur abang sulung Athirah bernama Johan. Waktu itu Athirah masih muda, belum pun mencapai 15 tahun.

  Johan meminta izin ayah untuk bertemu dengan seorang gadis yang dipanggil sebagai teman wanita. Tuan Fadhli, ayah Athirah dan pastinya Johan juga, terus sahaja menawarkan diri untuk berhubung dengan ahli keluarga gadis itu, mengenalkan dirinya siapa. Ayah tidak mahu kalau persahabatan atau perhubungan mereka mendatangkan aib pada keluarga.

  " Bukan ayah tak benarkan kamu berkawan, Johan. Kamu ini seriuskah dengan dia?" Tuan Fadhli cuba berbincang dengan Johan. Abangnya itu tersenyum.

  " Ayah tak faham kalau kamu senyum. Beritahu ayah betul-betul," ujar ayah lembut.

  Dan perbualan yang singkat itulah yang membawa abang dan kakak iparnya, Zaharah, hingga ke jinjang pelamin iaitu dalam jangka masa kurang daripada dua tahun. Sebaik sahaja Johan tamat pengajian, perhubungan kedua mereka diikat secara sah. Perhubungan yang tidak dirahsiakan daripada ibu bapa masing-masing dan sentiasa ditemani muhrim.

  Bagi Athirah, itulah yang begitu diimpikan. Dia tidak mahu alpa dan leka dalam perhubungan, biarlah diikat dengan sah sebegitu.

  Ayahnya bukanlah seorang imam. Bilal pun bukan. Tetapi Tuan Fadhli cukup tidak senang dengan amalan-amalan yang bukan-bukan seperti berpeleseran hingga larut malam dan pergaulan yang terlalu bebas antara bukan muhrim. Sedari kecil anak-anaknya sudah diajar supaya membataskan pergaulan, dimulakan dengan adik-beradik sendiri. Mereka tidak pernah diajar untuk tidur sebilik dan Athirah sendiri diajar supaya berpakaian sopan di depan saudara-saudara lelakinya. Tidak perlulah berjilbab, cukup kalau sopan. Itu sahaja yang Tuan Fadhli pinta.

  Pernah juga Aliff, abang Athirah yang kedua, cuba meminta kebenaran untuk keluar malam. Waktu itu Aliff sudah menjadi seorang pelajar universiti. Ayah tidak membantah cuma ayah pinta Aliff pulang sebelum jam 11.

  " Tapi ayah…"

  Kata-kata Aliff mati di situ bila ayah berkata, " Kalau kamu tidak risaukan diri kamu, tak mengapa, Aliff. Tapi fikirkanlah mak. Tak senang duduk mak dibuatnya kalau kamu balik lewat."

  Syukur, abang-abangnya tidak pernah melawan yang lebih-lebih bila ayah mereka berkata-kata. Athirah sudah mendapat contoh yang baik sedari kecil lagi.

  Tetapi Athirah cukup tidak senang duduk sekarang. Kalau boleh, dia tidak mahu hanyut dalam alam percintaan. Dia sudah melihat sendiri apakah akibat kalau diturutkan sangat rasa hati. Rakan sebiliknya melahirkan anak luar nikah di dalam tandas kolej mereka. Jiran sebelah bilik cuba untuk membunuh diri apabila kekasihnya mahu memutuskan hubungan. Salah seorang rakan sekelas semasa tahun pertama meninggal dunia, bunuh diri dengan meminum pencuci lantai.

  Itukah cinta? Itukah cinta yang direstui Tuhan, mahu kita berkorban segala-galanya? Athirah percaya sepenuh hati yang dia tidak perlu bergolok-gadai sehingga begitu sekali untuk bertemu cinta sejati. Kalau itulah yang perlu dilakukannya; membunuh diri dan hilang maruah, dia tidak rela.

  Betul, dia tidak semestinya begitu. Tetapi Athirah sedar yang dia bukan anak yang berusia 12 tahun lagi; dihantar dan diambil ayah setiap petang. Pergerakannya tidak lagi terbatas. Dia kini perlu menjaga diri sendiri dengan baik, berbekalkan kepercayaan yang diberikan oleh kedua ibu bapa. Sama sahaja, di universiti atau di usia yang begini, yang sudah memasuki alam pekerjaan. Dan dia sememangnya mahu mengelak daripada fitnah dunia ataupun sebarang perlakuan yang melanggar ajaran agama.

  Tetapi, mampukah dia?

  "Ya Tuhan, peliharakanlah kehormatanku sebagai seorang wanita. Janganlah aku diuji dengan cubaan yang tidak mampu aku tanggung."

  Habis sahaja doa tersebut, Athirah meraup wajah. Beg tangan di atas meja diambil lalu disangkutkan ke bahu. Dia mahu pulang. Tanggungjawab di pejabat sudah selesai.

 

  Athirah menyusun langkah satu demi satu. Bukan tiada pertanyaan daripada kawan-kawan bila dia mahu menamatkan zaman anak dara. Jawapannya mudah, belum ada yang mahu masuk meminang.

  " Dah kau tak cari. Kau bukannya tak cantik," ujar Khatijah, teman ketika pengajian dulu.

  " Kau nak suruh aku cari di mana, Cat? Kedai basikal?" Athirah bertanya, cuba berlucu.

  " Entah-entah, kau ni memilih sangat tak?" sahut Siti Hajar, seorang lagi rakannya.

  Athirah cuma tersenyum ketika itu. Dia tidak perlu menjelaskan kepada kedua-dua rakannya itu; yang sudah bertunang, bahawa dia menyerahkan segala-galanya pada mak dan ayah. Dia lebih senang begitu. Kalau mahu dibandingkan dengan ayah dan mak Athirah, apalah sangat yang dia tahu tentang peribadi seorang lelaki.

  Itu cerita dua tahun lalu. Siti Hajar sudah putus tunang manakala Khatijah baru sahaja melahirkan seorang bayi lelaki yang cukup comel. Itulah, tiada siapa yang dapat meneka apa yang bakal terjadi. Athirah? Dia masih sendiri.

  Pintu lif tiba-tiba terbuka ketika Athirah asyik mengelamun. Kakinya melangkah terus ke dalam lif tetapi terhenti seketika apabila ada tubuh yang berdiri betul-betul di tengah lif. Jarang sekali itu terjadi, apatah lagi lif tidak punya penghuni lain. Athirah rasa terpanggil untuk mengetahui siapa yang berbuat begitu. Pandangannya diangkat untuk menatap wajah manusia di depannya.

                                                         +  +   +

Oh tidak! Sudah habis? Dapatkan dengan memuat turun Teori Pavlov si Syaitan, himpunan cerpen penulis dalam bentuk ebook.

Cerpen sebelumnya:
Buta
Cerpen selanjutnya:
'0' flavour

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.8
8 Penilai

Info penulis

Siti Aishah Abdul Aziz

the one who loses her rose-tinted glasses, with the tendency to borrow others thinking caps. 
uculer | Jadikan uculer rakan anda | Hantar Mesej kepada uculer

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya uculer
Janji | 32595 bacaan
Ukur | 2644 bacaan
'Weih, tak mau lunch ke?' | 2408 bacaan
Satu nyamuk dalam kelambu | 2939 bacaan
Nama | 2500 bacaan
Sebuah buku, sekeping hati | 2672 bacaan
Dia: Di Tepi Lif | 2504 bacaan
Battered | 1117 bacaan
Periuk Belanga | 2850 bacaan
Hati | 480 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

19 Komen dalam karya Kalau Sudah Direstu
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik