Kecacingan

 



Dia termenung memikirkan nasib dirinya yang sering kegatalan di malam dingin.

"sudahlah Mazli...tidur laa...kalau macam ni gayanya, mau dapat Diapetis nanti!!" Keluh Sargon teman sebilik Mazli yang berpenyakit Gout dan rabun musang.

"kau pun satu!! Diabetes la! bukan Diapetis!! Petis tu otak udang! orang makan dengan laksa! Macam otak kau!" balas Mazli dengan mata yang terjegil seperti telur mata kerbau yang cantik.

”woi! Woi! Ni dah lebih ni! Kau samakan otak aku dengan otak udang pulak!  Otak kau tu yang macam otak burung ungka!”

”burung unta la bengong! Osprich!”

”Osprich! Ha hah!! Ostrich pun tak tau!!”

Sudah seminggu tiga hari Mazli diserang cacing. Cacing kerawit atau nama sainsnya Enterobius vermicularis itu secara tiba-tiba menyerang Mazli. Selama seminggu tiga hari juga lah Mazli menjadi bingung dan tidak cukup tidur. Dia sering terjaga di tengah malam dan mengamuk.  Amukan Mazli seterusnya akan menyebabkan rakan sebiliknya Sargon terjaga dan turut mengamuk. Apabila kedua-dua rakan ini mengamuk, akan terganggulah juga seluruh asrama tempat mereka tinggal.

Pagi esoknya, Mazli menggagahkan dirinya untuk ke klinik. Di dalam bas, tepat jam 9.38 pagi, cacing-cacing kerawit itu mula menyerang dengan rakusnya. Mazli terpaksa menanggung rasa gatal yang amat sangat pada otot penjerut di rektummya. Mazli teringin sangat hendak memasukkan beberapa batang jari tangannya. Mungkin sebatang, mungkin dua atau tiga batang jari ke bahagian yang merenyam tersebut. Mazli teringin sangat! Tapi dia berasa malu. Apa tidaknya, penumpang di kiri, kanann depan dan belakangnya semuanya perempuan! Cantik –cantik pula tu!

”aduyaiii!!! Mampos aku!!!” jerit Mazli di dalam hatinya sekuat- kuat hati.

Sensasi gatal yang dideritai Mazli akan bertambah menjadi-jadi apabila bas IntraKampung yang dinaikinya itu berhenti di setiap perhentian. Inersia yang terhasil dari setiap tindakan berhenti yang di lalui oleh bas tersebut akan menghenyak kulit punggung Mazli ke hadapan dan kebelakang sebanyak 3 sentimeter tiap-tiap kali. Mazli sungguh tak berdaya! Mazli membayangkan yang dia seolah-olah seekor lembu korban yang sedang disembelih oleh orang kampung, tangan dan kaki terikat dan hanya pasrah. Mazli juga terbayang seolah-olah dia seekor ikan masin yang sedang digoreng di dalam kuali dengan minyak yang telah dipakai berulang kali. Hitam dan panas.

”Ting!!”

......................................................

Untuk membaca keseluruhan cerpen ini, sila muat turun “Aku Machio el Diablo” :

Himpunan cerpen tulisan Kurusawa yang memuatkan 10 buah cerpen.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hahhaha..klakor..tp cian gak kne penyakit ni..cam dasyat je gatai..huhu
  • 2) hehehe...

    naya je kalau kena penyakit ni. hailah sargon, tak baik tau kenakan mazli macam tu. hehe...
  • 3) wakaka...aku slalu gak tolak pintu yg ada papan tanda pull..hehe..asap bas pun ada faedahnya juga ek..kuikuikui..sian si mazli ni terkena je..cerpen dari kaca mata seorang entomologist..wah mcm xpercaya plak aku...hrp mslsh kecacingan tim ekcik xmelanda diriku lg..hohoho
  • 4) apa punye bedebah si sargon ni. haha

    "tangan mazli terhenti di huruf Z"
    haha
    kreatif ah penulisan.

    aku suka.
  • 5) cacing mmg sahabat karib lalat..haha
  • 6) hahah )

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa