Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

~Bab 5: Tamat~

  • 10
  • syud
  • 14 years ago
  • 4,082
  • FREE

 


I wish you bluebirds in the Spring,
To give your heart a song to sing;
And then a kiss, but more than this I wish you love.

And in July, a lemonade,
To cool you in some leafy glade;
I wish you health and more than wealth,
I wish you love.

Damn it! Apsal tengah-tengah study ni tiba-tiba lagu slow jiwang ter ‘on’ ni? Terus aku terkial-kial carik butang forward. Muvo ni memang mangkuk tingkat okay. Dua tiga menjak ni asyik buat pasal je. Entah apa-apa lagu je yang dia shuffle. Memang nak kena baling dekat dinding. Daddy, belikan Win mp3 baru please!

My breaking heart and I agree
That you and I could never be,
So with my best, my very best,
I set you free.

I wish you shelter from the storm,
A cozy fire to keep you warm;
But most of all, when snowflakes fall,
I wish you love.

Lagu ‘I Wish You Love’- nyanyian Rachael Yamagata terus berputar. Tiba-tiba tangan aku tak jadi nak menekan butang forward walaupun dah jumpa. Aku bersandar dekat kerusi biru tu sambil melontarkan pandangan ke luar tingkap. Melepaskan keluhan berat, dan aku tak sedar yang emosi aku waktu tu dah bergolak. Yang pasti, lepas tu tiba-tiba aku menangis teresak-esak dengan kepala di atas meja, dahi dirapatkan menyentuh lengan dan aku menangis..lagi dan lagi.

Wida yang dah terkejut waktu aku tiba-tiba menangis terus meluru. Mahu taknya, baru dua tiga hari lepas aku happy, siap pergi shopping dekat Nicole macam Rebecca Bloomwood yang baru dapat kad kredit platinum dari sugar daddy berkepala botak berperut gembira, mencekik lecka-lecka, main car race macam kanak-kanak terencat tapi hari ni..tiba-tiba taufan Isabel melanda?

Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba aku menangis. Wida goncang lengan tangan aku. Bila aku angkat muka, pipi aku dah merah-merah,panas. Air mata dah luruh kalah air terjun Kinabatangan. Bahu aku terhenjut-henjut, menangis.Dah teresak-esak kalah budak umur dua tahun.

“Laa..kenapa ni?.” Wida tarik aku rapat ke dakapan dia. Terus aku peluk pinggang Wida erat. Masih dalam posisi duduk.

“I miss... him Wida...” Aku hela nafas berat. Rambut aku yang jatuh menutupi mata ditariknya ke belakang cuping telinga.

“Tulah,awak ni degil sangat. Kan dia dah try call banyak kali, kenapa tak nak on henfon tu?.” Aku diam. Menggelengkan kepala.

Pintu bilik kami terbuka.

“Widaaa...nak pinjam Renal Toxicity punya no...ta.” Ayat Yana terhenti. Minah tu terus masuk dan berjalan ke arah kami.

“Apa dah jadi ni?.” Muka cuak campur cemas jelas terpampang di wajah Yana. Siap angkat kening sambil pandang muka Wida. Walaupun aku tak angkat kepala tapi aku nampak mulut Wida perlahan-lahan menuturkan satu nama. ‘Armand...’

“Hee..kau ni. Meh sini.” Terus tangan aku ditariknya. Daripada elok duduk, memeluk pinggang Wida, aku dah siap berjalan sambil diseret oleh Yana. Tak tunggu lama dia terus duduk dekat atas katil Wida dan menepuk tempat disebelahnya,menyuruh aku turut sama duduk.

“Orang lain pun bercinta gak tapi tak adalah sejealous kau.” Err..apa pulak aku yang kena tiba-tiba ni?

“Ego tinggi sangat. Si Armand tu dah macam orang gila mencari kau. Tiga hari lepas dia siap tunggu dekat bawah kan?.” Aku angguk. Mengaku salah. Aku tahu aku ego tapi tak tahulah kenapa. Sakit jiwa!

Mungkinlah, aku rasa aku dah kena bipolar sindrom. Dah ada split personality, kejap aku okay, kejap lagi aku rindu gila dekat dia. Kejap aku tak nak dia, tak nak tahu apa-apa pun. Kejap lagi aku teringat dekat dia, meronta-ronta nak call dia. Dah gila agaknya. Ke ini namanya ego? Ego tak bertempat! Padan muka kau Winnie.

“Ni..dia bagi hari tu. Dia tak ada dekat sini,outstation. Hari ni tak silap dia balik.” Satu sampul surat putih dihulurkan Yana pada aku. Tulisan Armand.Aku genggam surat tu kuat. Air mata luruh lagi. Hish,Win. Apsal emosional sangat ni???

Awin,

Man minta maaf kalau Win dah benci sangat dekat Man. I tried to do lots of thing to convince you. Malangnya Win tak nak langsung angkat call Man, jumpa pun tak nak. Zahidah tu member I waktu dekat U, we’re really close tapi dah lama tak nampak dia sebab dia buat twinning program. Waktu second year lagi dia dah fly.

A few weeks ago, kami terserempak dan I dapat tahu dia baru pindah Cyber. Baru dapat kerja dekat area situ. I was just helping her to sort of things, teman dia beli groceries dan pindahkan barang. Itu je. Pasal makan dekat Rasa, it was a coincidence and that was the first time I met her back.

Maaf kalau benda ni jadi punca kita bergaduh. I tried to explain it tapi satu pun you tak nak dengar.I tak tahu kenapa you macam ni but please dear... I love you and I’m truly do. Nothing will ever change my feelings towards you.

Win...Man sayang Win. Please tunggu Man balik.

Terus air mata meleleh turun. Aku cepat-cepat seka. Yana dengan Wida masih disisi. Terdiam. Aku angkat muka,mata dan hidung masih lagi merah. Dah terasa macam nak demam sebab banyak sangat menangis.

“Girl tu cuma member lama dia...” Perlahan-lahan aku menuturkan ayat tu sambil melipat kembali surat tu. Dah macam orang dulu-dulu pulak gayanya, main tulis-tulis surat. Wida senyum je, membetulkan rambut aku yang serabai. Yana pulak tersengih nakal.

“Sukalah tu. Orang tu takde skandal. Kau tu je yang lebih-lebih.” Yana menyiku perut aku. Adoii! Sakitlah sengal! Perut ni dahlah sensitip, kau pergi siku-siku pulak.

“Mana aku nak tau..Luke yang...” Belum sempat aku habiskan bercakap telefon rumah kami berdering. Yana cepat-cepat bangun dan berlari itik ke luar. Wida tepuk-tepuk peha aku. Sayang Wida! Dah macam kakak yang sangat baik. (Oh ye, Wida tua 3 tahun dari aku,dah ada Degree in Science dan akan berkahwin sebaik je dapat degree  BPharm, 1+1= husband! :D)

Yana tiba-tiba berlari ke atas. Dengan nafas tercungap-cungap nama aku dipanggil.

“Win, ada call!  It’s about Armand...”  Wajah Yana cemas dan serentak itu jantung aku berhenti berdetak.

****

Apa perasaan kita bila orang yang tersayang hilang dalam sekelip mata? Apa rasanya bila dia pergi tanpa sempat kita ucapkan apa-apa? Terkilan. Itu ayat yang paling payah untuk aku lafazkan dan kehilangan Armand memang tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Malah saat ini mulut aku tak dapat nak ucapkan apa-apa. Hati aku beku dan mata aku ni tak mampu mengeluarkan walau setitik air mata pun.

Yang pasti lepas aku dapat panggilan telefon dari Acai. Aku terus terduduk. Rasa nak pitam, aku tak mampu nak berdiri. Yana terus menerpa bila tengok keadaan aku yang parah. Dia menyambung perbualan dengan Acai, Mengangguk perlahan lepas tu terus tarik tangan aku dan aku berjalan dengan langkah yang longlai. Macam orang hilang arah.

“Siap cepat Win.Kita pergi rumah arwah.”  Aku cuma mampu mengangguk. Arwah? Aku tak silap dengar kan?

Acai sampai setengah jam kemudian, dan sepanjang perjalanan. Aku termanggu. Melontarkan pandangan ke luar. Melihat kereta yang berpusu-pusu dijalanraya. Ingatan aku melayang pada surat Armand tadi...

Win...Man sayang Win. Please tunggu Man balik.

Win tunggu Man tapi...kenapa Man tinggalkan Win. Kenapa?

Acai cakap, Armand accident. Bas yang dia naik jatuh ke dalam gaung. Enam orang terkorban dan Armand adalah salah seorang daripadanya. Pelik, Armand jarang pergi outstation dengan bas. Selalunya dia lebih prefer memandu dan selalunya akan ada yang meneman.

“Aku ada hal Yana..sebab tu aku tak temankan Man dan sebab tu jugak dia naik bas.” Itu jawapan Acai bila Yana bertanya. Yana mengangguk lemah sambil memandang aku yang dari tadi mendiamkan diri. Membisu sejak dari rumah lagi.Acai terus bercerita, kata Acai bas yang dinaiki Armand melanggar penghadang jalan sebelum terbalik dan terjunam di kawasan tebing. Disebabkan rempuhan yang kuat tu, pembahagi jalan menembusi bahagian kepala bas sebelum bas tu terseret sejauh 20 kilometer...

“Bas tu hilang kawalan before masuk longkang dan terbalik. Dengar cerita driver tu over speeding.” Acai menjawab tenang.Wida disisi menepuk tangan aku perlahan. Riak muka Acai tak seperti aku.

Cai, kau tak sedih ke Armand dah tak ada?

Kawan baik kau...teman lelaki aku tu dah tak ada! Hati aku merintih pedih. Semuanya silap aku. Kalaulah aku jumpa dia tiga hari lepas, benda ni takkan jadi macam ni. Armand takkan tinggalkan aku macam tu je. Aku pejamkan mata aku rapat-rapat sambil genggam surat yang dah hampir remuk tu.

Acai memandang sekilas melalui cermin pandang belakang.

“Win,aku sedih Armand dah tak ada..tapi Allah lebih menyayangi dia Win.”

****

Bacaan Yassin kedengaran disudut ruang tamu rumah kayu itu,bau kemenyan dibakar memenuhi segenap ruang. Aku melangkah masuk dengan selendang putih menutupi kepala,mengikut langkah Yana dan Wida. Acai terus bersalam-salaman dengan tetamu lelaki. Di sudut depan rumah kayu tu kelihatan Ijal,Zul dan Joe yang dah siap berkopiah.Menunggu waktu untuk sembahyang jenazah sambil memandang ke arah aku yang sugul.

“Win...” Ijal menegur dan aku cuma memandang tanpa kata-kata.

Menengokkan aku diam, Ijal tak jadi menghampiri. Cuma memberikan isyarat kepala tanda menyuruh aku masuk ke dalam. Aku mengangguk lantas terus masuk. Acai mengangkat tangan pada member-member dia tu sebelum mengikut aku dari belakang.

Aku terpaku bila ada seorang perempuan menerpa dan memeluk aku dengan erat.Mak Armand.

“Makcik tak sangka Is pergi macam ni...” Is,panggilan Armand dirumah. Aku tengok disisi jenazah ada seorang perempuan muda dalam lingkungan belasan tahun menangis. Tangannya kejap memegang kain batik yang menutupi arwah. Aku memandang kembali pada makcik yang memeluk aku dengan erat.

“Is selalu cerita dekat makcik pasal Win. Pasal korang berdua gaduh.” Aku terpana. Is cerita? Aku kalihkan pandangan ke arah Wida dan Yana

“Arwah sedih sangat bila bergaduh dengan Win. Baru-baru ni tiap kali hujung minggu dia balik rumah, arwah manja sangat sejak akhir-akhir ni. Makcik ingatkan kenapa, rupa-rupanya...” Ayat mak Armand terhenti.

“Lisa tu dari pagi tadi tak berhenti-henti menangis. Lepaskan arwah pun dia tak nak. Puas dah makcik memujuk.” Lisa...tiba-tiba ingatan aku kembali pada waktu Armand bercerita mengenai keluarga dia.

“Ayah I dah lama meninggal. Waktu I darjah 6 lagi. I ada sorang je adik perempuan...Lisa nama dia.”

Lisa...

“Saya nak jumpa Lisa, makcik.” Dengan suara terketar-ketar aku membuka mulut walaupun terasa payah. Mak Armand menepuk bahu aku dan menganggukkan kepalanya. Aku susun langkah dengan berhati-hati. Membongkokkan badan dan menghampiri Lisa.

“Lisa...” Aku sentuh bahunya lembut. Dia tak mengangkat kepala sebaliknya terus berkata-kata.

“Jangan sentuh aku.Pasal kaulah abang aku mati!.” Serentak dengan itu dia memalingkan wajahnya. Matanya berair, raut mukanya merah menahan marah. Ada nada benci dalam jerkahan yang dihamburkannya pada aku.

****

Aku menangis teresak-esak. Jenuh semua orang memujuk. Tak satu pun aku pedulikan. Kenangan dirumah arwah Armand berputar-putar diingatan. Lepas aku melihat muka arwah buat kali terakhir dan hampir rebah, aku terus keluar dari rumah Armand lagi-lagi bila Lisa tak habis-habis menyumpah seranah aku. Dengan kata-kata makian dari mulut kecil tu,aku jadi tak betah untuk berlamaan di rumah itu. Yana dan Wida yang diam dari tadi mengekor langkah aku dari belakang.

Waktu aku nak melangkah keluar, Luke muncul dengan Hondanya. Dia melangkah mendekati aku. Memegang lengan aku sebelum aku merentapnya kasar.

“I’m sorry to hear about Armand.” Dia merenung aku. Aku membalas dengan senyum sinis. Hati aku membara.

“Go to Hell!.” Aku memakinya sebelum berlari pantas meninggalkan semua orang. Air mata yang dari tadi aku tahan tumpah ke pipi.Yana dah menjerit memanggil Acai sebelum aku terjatuh dan hampir-hampir di langgar kereta. Dahi aku berdarah.

Aku raba bandage di kepala. Dr. Faiz cakap nasib baik tak ada sebarang hentakan. Kalau ada internal bleeding mungkin aku takkan bernasib baik. Bernasib baik ke aku ni? Disebabkan kata-kata orang lain, aku dah kehilangan orang yang paling aku sayang. Disebabkan tak percaya pada Armand,aku biarkan dia terkapai-kapai. Disebabkan terlalu cemburu,aku jadi buta!

Daddy dah berulang-ulang kali mengajak aku pulang ke rumah. Sekurang-kurangnya Mak Nah ada untuk menengokkan aku dan sekurang-kurangnya bila Daddy balik dia boleh menarik nafas lega bila tengok aku masih ada. Daddy takut aku buat tindakan bodoh lagi. Macam waktu Mama tinggalkan aku, dua minggu aku mengurungkan diri. Puas Daddy memujuk tapi panggilan Daddy sentiasa aku sahut dengan kata-kata ‘Win okay Daddy.’

Tapi satu hari,waktu petang Sabtu, panggilan Auntie Ellie tak aku endahkan. Walaupun setiap kali dia menghantar makanan tak sedikit pun aku jamah. Berkali-kali dia mengetuk pintu. Disebabkan cemas, dia menelefon Daddy. Kunci spare part entah dimana. Daddy rempuh pintu bilik aku bila aku tak menyahut. Bila Daddy masuk je, yang dia nampak hanyalah aku yang dah terjelepok di atas lantai. Pengsan. Seminggu aku ditahan di wad kerana kemurungan dan dehydration.

Handphone di atas meja berdering. Aku seka air mata yang mengalir ke pipi. Menjawab panggilan dari Daddy.

“Win...dah makan?.” Aku menggelengkan kepala. Seolah-olah mengharapkan Daddy nampak gelengan tu. Aku dah tak terdaya nak membuka mulut.

Melihatkan aku diam, Yana merampas handphone di tangan aku.

“Uncle,Win tak nak makan Uncle.I think you better come here to fetch her up.”

Aku pandang wajah Yana. Geram. Aku ketap bibir. Yana matikan panggilan dan meninggalkan aku dengan selamba.

“Win,kalau kau boleh tunjuk keras kepala kau. Kitorang pun boleh.” Getus hati Yana.

Kalaulah kau faham perasaan aku Yana, kau takkan paksa aku macam ni! Hati aku memberontak marah. Ikutkan hati nak je aku lempang Yana sebab paksa aku balik rumah.Yana tarik beg Polo aku dari bawah katil, meletakkan beberapa helai baju dan Elmo. (Elmo pemberian Armand waktu first date kami). Potret gambar aku dan Armand yang aku tatap dari tadi dirampasnya kasar.

“Nah,aku dah sumbat dalam beg ni. Karang kalau kau dah balik boleh sambung menangis sampai buta!.” Ayat Yana kasar. Geram agaknya dengan perangai aku yang dah berminggu-minggu tak nak bercakap, tak nak makan, asyik menangis dan menangis.

“Yana,kenapa kasar sangat ni?.” Wida memintas kata-kata Yana sebelum sempat dia menyambung. Menahan Yana dari terus mengamuk.

“Kau ingat aku tak sakit tengok kau macam ni Win?. Hah! Cuba kau cakap, kau ingat aku tak sakit??!!.” Yana membentak geram.Menggoncang bahu aku. Aku terus-terusan diam. Memandang dia pun tak mampu. Aku bangun dari kerusi dan masuk ke dalam bilik air tanpa menghiraukan mereka berdua.

Yana menghempas pintu bilik aku dan Wida. Berlari ke bawah dan menangis dihujung tangga. Terkejut dengan tindakan aku agaknya.Wida pulak terdiam, tak tahu apa yang perlu dilakukan. Sudahnya dia turun mendapatkan Yana. Sama-sama duduk ditangga. Wida tarik Yana rapat ke sisi. Memeluk lalu menggosok bahu kiri Yana.

“Sabarlah Yana.” Wida memujuk.

“Dia sedar tak betapa sakitnya kita tengok dia macam tu? Dia sedar tak,Wida?.” Yana mengongoi seperti anak kecil. Tersedu-sedu menahan tangis. Air mata Yana mengalir laju.

“Win dah tak macam dulu...dah tak macam dulu.” Yana berkata perlahan.

Lepas Yana turun,aku dah siap membuka shower bilik air. Merapatkan badan ke dinding sebelum terduduk di atas lantai. Air pancuran tu aku bukak besar-besar, Habis basah t-shirt yang aku pakai. Aku biarkan air mata aku mengalir sama dengan air shower tu dan aku teresak-esak menangis sambil bibir aku perlahan-lahan menuturkan satu nama.

“Armand...”

****

 

P/S: This is the FINAL one. HAHA. Maaf tak boleh sambung dah sebab dah tak ada perasaan cinta. :)

Dear Dayya yayang, I hope this satisfied you hunger. Pasni tatau boleh menulis lagi ke tak. :D

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) alahai syud, mcm xpuas lah.kena ade lg nih *memujuk rayu nih *
  • 2) ala, kenapa begini pula jadinya. tak naklah armand mati. tak nak...
  • 3) oke daripada Dia datang kepada Dia juga kita kembali
    sedih sungguh
    satu sbb ceritanya
    satu lagi sbb syud kata ini last die nak tulis

  • (Penulis)
    4) bot: haiyoooo.pujuk rayu tidak diterima. tak reti nak sambung dah. dah setengah tahun dah cerita ni terbengkalai.

    riri: kadang2 tak semua benda yang kita nak kita akan dapat

    ucu: huhuu..
  • 5) ha jeles lagi
    tu la!
    hehe

    agak abrupt jugak dia mati nih
    melankolik elemen .. erm boleh la! : hehe

    tahniah syud berjaya habiskan!
  • 6) ai menyampah dengan u. kenapa matikan hero tiba2 waawawa...
    saya mahu lagi huhu

  • (Penulis)
    7) caha: kan? isk. jeles ni buruk benar.

    thanks. habiskan takat tu je. HAHA

    pstt..I tak reti melankolik ni. habis melankolik pon I nangis2 je

    dayya: sebab hero terpaksa 'go'

    alemak..tak boleh lagi. tak ada idea dah nak sambung
  • 8) hero terhempas dlm penerbangan aeroflot ke?
  • 9) tahniah syud..hehe..

  • (Penulis)
    10) paktam: terima kasih

Cerpen-cerpen lain nukilan syud

Read all stories by syud