Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

[Cerpen] Sekudus Kasihmu Kuperlukan #2

 

“Bila kau nak kahwin ni, Ameen? Kau takde buah hati ke?” leter emak Ameen, Mak Nor.

Ameen hanya berdiam diri apabila diaju soalan tentang mendirikan rumahtangga. Bukan dia tak mahu berkahwin. Cuma belum ada lagi mana-mana gadis yang berkenan di hatinya. Nak guna kaedah Baitulmuslim, siapa orang tengahnya?

Azan Zuhur berkumandang. Jelas kedengaran sehingga ke ruang tamu rumah Pak Roslan, bapa kepada Ameen. ‘Alhamdulillah, seruan membesarkan ALLAH menyelamatkan aku,’ monolog Ameen. Dia bingkas berdiri dan bersiap-siap mengambil wuduk untuk ke masjid.

Mak Nor bergeleng kepala melihat telatah anak bongsu dan juga satu-satunya anak lelakinya itu. “Jangan lupa berdoa dengan ALLAH agar dipercepatkan jodoh tu,” pesan Mak Nor sebelum Ameen keluar rumah.

“InsyaALLAH, mak,” jawab Ameen tersenyum. “Mak pun doakanlah juga Ameen. Nak harapkan doa Ameen seorang tak cukup kuat.”

“Ada je jawapan dia ni,” balas Mak Nor.

Sampai di masjid, Ameen mengenakan jubah putihnya yang dibawa dari rumah lagi tetapi disangkutkan di atas bahunya. Hamizan yang serentak sampai di masjid dengan Ameen menyapa salam kesejahteraan.

“Lepas solat Zuhur ni ada kenduri di rumah aku. Jemputlah datang,” pelawa Hamizan.

“InsyaALLAH. Tapi, kenduri untuk apa?”

“Bacaan tahlil untuk arwah ayah aku sekali dengan doa kesyukuran untuk anak aku yang dapat UPSR 5A baru-baru ni,” lantas Ameen menjabat tangan Hamizan sambil mengucapkan tahniah.

Selesai mengerjakan ibadah fardhu itu disusuli dengan solat baadiahnya sekali, mereka masing-masing menunggang motor ke rumah Hamizan. Makanan telah sedia di atas bentangan tikar. Jemaah yang dijemput di masjid tadi duduk mengelilingi juadah itu.

“Siapa imam untuk bacaannya?” tanya Aizat, salah seorang jemaah masjid tadi.

“Imam Injiniyar kita ni lah imamnya,” jawab Hamizan berseloroh membuat seisi ruang tamu itu penuh dengan tawa mereka.

Nama Injiniyar sudah menjadi panggilan untuk mengusik Ameen kerana di kampung Umas itu dia seorang saja yang menjadi Aircraft Engineer. Semuanya berpunca kerana Tok Rapi yang gemar memanggilnya sedemikian yang seterusnya menjadi ikutan orang kampung.

“Alhamdulillah, kenyang,” ucap Sufian setelah sendawa besar tadi. “Ameen, dalam kampung ni…” semua mata tertumpu kepada Ameen dan Sufian. Ameen dapat meneka topik yang ingin dibuka Sufian. “…tinggal kau seorang saja yang berjawatan tinggi tapi belum berkahwin. Jadi, bila kau nak jamu kami dengan nasi minyak kau?”

Ameen menggaru-garu hidungnya sebelum membuka butang atas jubahnya yang terasa mencekik leher, untuk menunjukkan bahawa dia berada di zon yang kurang selesa. Bukan hidung yang gatal atau kolar yang mencekik yang membuat dia kurang selesa, tetapi soalan yang diajukan Sufian yang membuat dia terasa ingin segera pulang.

“Tak tahulah Pian. InsyaALLAH, ada jodoh aku kahwinlah.”

“Kau kena cari jodoh kau tu. Memanglah ALLAH dah tentukan jodoh kita, tapi kau pun kena ada usaha. Kau tengok aku ni. Walaupun aku tak berpendidikan setinggi kau, tapi anak aku dah tiga. Kau nak tunggu sampai bila lagi, Ameen?” sampuk Azman pula yang pernah sekelas dengan Ameen suatu ketika dulu.

“Hmm… doakan je lah aku dapat jodoh yang sesuai dan diredhai ALLAH,” Ameen segera berdiri sebelum bersalam-salaman dengan tetamu Hamizan.

Sebelum menghidupkan enjin motornya, Azman memanggil Ameen. “Eh, kejap! Aku nak tumpang kau balik rumah aku boleh? Tadi aku tumpang Hamizan ke sini. Nak balik rumah aku, tumpang kau pulak. Boleh?”

“Boleh, naiklah.”




Dalam perjalanan, mereka bersembang-sembang. Tiba-tiba Ameen terpandang seorang muslimah bertudung labuh berjalan seiringan dengan isteri Azman. Azman meminta diperlahankan motor agar dia sempat menyapa isterinya yang baru pulang dari kelas Fardhu Ain.

Sampai di depan rumah Azman, Ameen sempat bertanya, “Yang jalan dengan bini kau tadi tu siapa?”

“Oh, Aeesya. Mengapa? Kau berkenan ke?” tanya Azman dengan nada mengusik. “Kalau berkenan, aku boleh tolong risikkan.”

“Takde lah. Tanya je,” nafi Ameen. Namun hakikat sebenarnya, jantungnya bagai nak meletup melihat ciri-ciri muslimah sejati yang ditonjolkan oleh Aeesya. “Kalau aku perlukan pertolongan kau, aku telefon nanti. Assalamualaikum!”

- Ya ALLAH, semoga jodohku dari kalangan pencinta-pencintaMU ya ALLAH! -

bersambung…

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) sedikit terganggu dek gmbr yg dok tga2..klu awl2 buh gmbr ok rsnya..dok tga2 mcm xbrape la..next..
  • 2) hehe
    tu lah tu

    saudara aminmuslim ni berumur berapa ya
    eloklah kenalkan diri dulu di blog kapasitor

  • (Penulis)
    3) paktam85; saya budak baru belajar, kalau ada nangka jangan makan seorang. hehe... terima kasih atas teguran.

    cahatomic; aik? dalam kapasitor ni ada tempat berkenalan kah? boleh bagitau di mana link nya?
  • 4) post kan pengenalan diri di ruang komuniti blog
    salam kenal
  • 5) ada beberapa imbuhan yang kurang sesuai digunakan.

    contoh: bergeleng kepala

    Imbuhan awalan "ber-" menunjukkan perkataan tersebut ialah sejenis kata kerja yang membawa erti-erti; memiliki, menghasilkan, mengikuti, menghadiri, menaiki, menganggap sebagai; kepada kata dasar dalam sesebuah ayat aktif (subjek ayat menjadi pelaku), tidak kira transitif atau tak transitif

    lebih sesuai digantikan dengan 'meng'

    yang lain, tiada masalah. cerita yang menarik

Cerpen-cerpen lain nukilan aminmuslim

Read all stories by aminmuslim