Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

[Cerpen] Sekudus Kasihmu Kuperlukan #3

 



“Abang. Abang.” suara lunak Aeesya menarik Ameen kembali ke dunia nyata. Ameen menatap wajah ayu isterinya dengan seraut senyuman. “Abang ni, melamun tak sudah-sudah,” ujar Aeesya sambil membalas senyuman suaminya yang tercinta.

“Abang bukan melamun,” jawab Ameen. “Abang cuma terkenangkan saat pertama abang nampak Humaira. Humaira tak tahu yang waktu tu abang berdebar semacam walaupun cuma melihat Humaira sekilas pandang.” Ameen menguis lembut hidung mancung Aeesya.

Aeesya tertawa kecil. Dia pun sebenarnya turut merasai debaran sewaktu motosikal Ameen menghampiri dia dan Nazwatul setahun yang sudah. Melihat penampilan Ameen yang berjubah serba putih ketika itu, menarik perhatian Aeesya. Namun, dia tidak mahu melihat lama-lama. Takut timbul fitnah. Dan akhirnya, melalui Nazwatul dan suaminya Azman, Aeesya dan Ameen dijodohkan.

“Abang tak kerja ke hari ni?” tanya Aeesya lembut. Semenjak dia pengsan tempoh hari, pihak hospital terpaksa menahan Aeesya kerana kesihatannya kurang stabil disebabkan kehilangan darah yang banyak. Nasib baik kandungan Aeesya tidak terjejas. Sejak hari itu jugalah Ameen berulang-alik dari rumah, kompleks MAS dan hospital.

Ameen melirik jam tangannya. “Kejap lagi abang pergilah. Sebelum tu abang nak tatap wajah isteri abang puas-puas. Sampai Humaira rasa bosan.”

“Abang ni…” Aeesya memuncungkan bibirkan sambil membuat nada rajuk manja. “Takkan lah Humaira bosan dengan suami sendiri.”

“Eh, pandai isteri abang merajuk yer!” tawa Ameen bahagia. “Abang saja je nak uji Humaira. Jangan merajuk ek. Nanti baby dalam perut kita tu ikut perangai merajuk mak dia. Kita dah janji, kan? Kita nak bentuk anak-anak yang soleh dan solehah. Anak-anak generasi al-Quran.”

Aeesya segera mematikan muncungnya. Sengaja dia membuat rajuk, supaya suaminya meluahkan lebih banyak kalimah cinta. Itulah petua yang dipelajarinya dari kisah hidup Siti Aisyah r.ha sebagai isteri Baginda SAW. Siti Aisyah sengaja merajuk manja agar mendapat perhatian daripada suaminya Nabi Muhammad SAW. Namun, rajuk itu tidak boleh lebih-lebih sehingga boleh mendatangkan pertengkaran.

Anak-anak generasi al-Quran, begitulah perancangan Ameen dan Aeesya untuk anak-anak mereka nanti. Biar dalam rumahtangga mereka dihiasi iklim addin dengan permata keluarga yang senantiasa mengalunkan kalam ALLAH.

Di atas meja sebelah katil Aeesya dipenuhi dengan makanan dan minuman yang berkhasiat dalam Islam. Air zamzam, buah tamar, jus Tok guru dan habbatus sauda yang mampu memberi kesihatan kepada ibu hamil dan kandungan. Malah, Ameen menghadiahkan sebuah telefon bimbit al-Quran kepada Aeesya agar anak dalam kandungan mereka biasa mendengar alunan suci itu.

“Okey lah. Abang dah nak ke pejabat ni. Kalau abang lambat, marah pulak Mr. Mogan nanti. Tapi sebelum tu, abang nak berpesan,” Ameen menggenggam lembut jemari Aeesya. “Pertama, sayangkan ALLAH dan RasulNYA melebihi segalanya. Kedua, ikut nasihat doktor dan makan makanan yang abang sediakan di atas meja ni. Dan yang ketiga, uhibbuki hatta fil jannah abadan abada lillahi…” ucap Ameen sebelum mencium jemari Aeesya sambil memejam matanya, menghayati kebahagian yang ALLAH berikan.




Ameen segera membuka mata apabila terdengar esakan kecil Aeesya. “Kenapa sayang?”

Aeesya segera mengesat air matanya. “Takde apa-apa. Cuma Humaira bersyukur sangat kepada ALLAH kerana dikurniakan lelaki sebaik abang sebagai suami Humaira. Demi ALLAH, Humaira jugak sayangkan abang.” Ameen terharu mendengar pengakuan ikhlas isterinya. Didakapnya Aeesya penuh kasih. Kemudian, dileraikan dakapan itu sebelum menghadiahkan sebuah kucupan di kening Aeesya.

“Andainya Humaira pergi dulu sebelum abang, jagalah anak kita dengan baik…” bisik Aeesya perlahan namun cukup untuk menakutkan Ameen yang mendengarnya.

Please Humaira, don’t say like that anymore. Abang tak suka. Please don’t make me worry,” tegur Ameen. Kolam air mata Aeesya dikesatnya dengan perlahan. Mata bundar isterinya ditatap lama-lama. “Abang tak nak pergi kerja kalau isteri abang buat muka sedih macam ni. Senyum sikit. Haa, macam tu lah isteri abang. Abang kerja pun senang hati.”

Selepas Aeesya mencium tangannya seperti biasa, Ameen melangkah keluar dari wad hospital itu. Kocakan di hatinya selepas mendengar ucapan Aeesya sebentar tadi masih belum reda. Walaupun Aeesya kembali dengan senyuman manisnya, namun Ameen gagal membendung kerisauan itu. Lantas dia berdoa memohon perlindungan diri dan keluarganya di dalam hati.

Tiba-tiba nada handphone Ameen berbunyi, dia membaca mesej yang dikirim oleh Aeesya. “Uhibbuka hatta fil jannah abadan abada lillahi… ^_^ ” Kerisauan Ameen serta-merta hilang dihanyutkan kebahagiaan yang dirasainya ketika membaca mesej itu. Aku mencintaimu hingga ke syurga buat selama-lamanya kerana ALLAH.

- Ya ALLAH, redhailah cinta kami dalam peliharaan lembayung kasihMU buat selama-lamanya. -

bersambung...

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) next...
  • 2) uhum
    part rajuk tu menarik
    *catit catit*
  • 3) handphone tu mungkin boleh di melayukan menjadi telefon bimbit ataupon diitalickan?
  • 4) bab ini terlalu gopoh saya kira. tiba-tiba pembaca mengetahui yang Aeesya sudah hamil. jika diperincikan sedikit pasti lebih baik.

Cerpen-cerpen lain nukilan aminmuslim

Read all stories by aminmuslim