Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

[Cerpen] Sekudus Kasihmu Kuperlukan #6

Cerpen sebelumnya:
[Cerpen] Sekudus Kasihmu Kuperlukan #5
Cerpen selanjutnya:
[Cerpen] Sekudus Kasihmu Kuperlukan #7




RUHAIDAH! Bingkas Ameen bergegas ke bilik tingkat atas. Baru sebentar tadi Ameen mengenang memori lama sewaktu Aeesya memberi khabar gembira tentang kandungan mereka berdua. Namun, tangisan bayi sulungnya itu terus mematikan lamunan indah itu. Masuk kali ini, entah ke berapa kali bayi 10 bulan itu menangis. Kadang-kadang, pening juga Ameen menguruskan bayi kecil itu.

Sebaik menjejakkan kaki ke dalam bilik, suara tangisan itu hilang. Aeesya nampaknya terlebih dahulu mengambil Ruhaidah dari buaian. Di atas sofa bilik itu, Aeesya menyusukan Ruhaidah. Ameen melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya. Tangannya mencapai Mobile Quran yang tergeletak di atas meja dan ditekannya butang telefon beberapa kali. Alunan zikir dari Munir Hijjaz mulai memenuhi setiap ruang bilik itu.

Semerdu alunan zikir itu berlagu, fikiran Ameen kembali berterbangan ke awan yang lampau…

“Tak nak. Humaira nak tinggal sini jugak. Humaira tak nak balik rumah mak,” bentak Aeesya ketika perutnya sarat mengandung 7 bulan.

“Tapi, siapa nak jaga Humaira kalau abang keluar kerja? Kalau Humairah duduk di rumah mak, mak boleh tolong tengok-tengokkan Humaira. Kalau ada kecemasan, abang takde lah risau sangat pasal mak ada, ayah ada, Yusra ada,” pujuk Ameen supaya Aeesya berlembut hati dengan cadangannya.

“Humaira boleh jaga diri sendiri. Abang tak percaya Humaira ke?,” Aeesya tetap berkeras dengan keputusannya.

Ameen mengeluh kecil. Huh, susah jugak nak handle bini time mengandung ni! Sensitif menjadi-jadi, getus hatinya. “Bukan abang tak percayakan Humaira. Abang just nak ada orang jagakan Humaira time mengandung macam ni. Humaira kan faham tugas abang ni tak menentu. Kadang-kadang balik pukul 10, pukul 4 pagi,” jelas Ameen mengharap isterinya faham. “Lagipun, mak ayah tak suka duduk area bandar macam ni. Kalau tak, dah lama abang jemput mereka tinggal di sini.”


“Tapi Humaira risaukan abang,” suara Aeesya mulai berubah seperti menahan tangis. “Siapa nak masakkan makanan untuk abang? Siapa nak siapkan pakaian abang? Siapa nak kejutkan tidur abang?” diluahkannya segala yang terkandung di benak hatinya. “Humaira tak sanggup duduk berjauhan dengan abang. Humaira tak sanggup…” akhirnya air mata Aeesya berguguran jua.

Ya ALLAH! Kalaulah hari tu aku bertegas menyuruh Aeesya pulang ke rumah, pasti dia tidak pengsan di bilik air. Pasti dia tidak mengalami kesulitan ketika bersalin. Ah, memang lumrah menjadi lelaki seperti aku! Mudah tewas hanya dengan deraian air mata wanita. Keluh Ameen seorang diri. Dan pasti Humaira tidak akan…

Aeesya menyentuh bahu suaminya lembut. Senyumannya terukir cantik di bibir, menaikkan kasih Ameen kepadanya.

Dan pasti Humaira… pasti Aeesya tidak menjadi bisu selepas melahirkan Ruhaidah!

Mata Aeesya seperti bertanya kepada Ameen, Abang penat ke? Ameen menjawab dengan gelengan sambil membalas mesra senyuman Aeesya. Timbul rasa simpati kepada isterinya yang telah hilang keupayaan untuk bersuara, semata-mata ingin melahirkan bayi dalam dakapan Aeesya ketika itu!

Ameen memandang tajam kepada Ruhaidah yang sedang menyusu. Entah mengapa, Ameen seolah-olah kurang menyenangi dengan kelahiran Ruhaidah. Ameen seperti ingin menuding jari atas kesemua kesalahan kepada bayinya itu. Sungguh! Dia tidak dapat menerima bahawa Aeesya bisu selepas bersalin. Malah, dia tersangat tidak dapat menerima kenyataan bahawa Aeesya menjadi bisu disebabkan bayi perempuan yang cacat ini!



Aeesya yang sejak tadi melihat suaminya merenung tajam kepada bayi mereka lantas menggoncang perlahan tubuh suaminya. Ameen serta-merta beristighfar! Dahinya dipicit berulang kali, cuba menghilangkan kecelaruan yang berkocak ketika itu. Sungguh tak patut sebagai seorang ayah membenci anaknya yang baru lahir, bisiknya.

Ruhaidah berhenti menyusu lantas Aeesya mendirikan bayi itu di atas ribaannya. Bayi itu jika dilihat dari kanan kelihatan seperti bayi sempurna. Tetapi jika dilihat dari hadapan, terserlah kecacatannya. Wajah sebelah kirinya hodoh. Pipinya menggerenyet ke bawah lantas memburukkan bentuk mata sebelah kiri Ruhaidah. Sungguh tidak sesuai dipadankan dengan wajah sebelah kanannya yang menyerupai iras Aeesya.

Bayi itu tertawa bermain dengan ibunya. Tiba-tiba Aeesya menghulurkan Ruhaidah kepada Ameen. Ruhaidah, yang hanya mengenali ibu dan ayah ketika itu, menjerit suka melihat ayahnya. Tangannya didepakan agar diambil oleh ayahnya. Tetapi, Ameen terus bangkit dari duduknya sebelum meninggalkan bilik itu. Langsung Ameen tidak mempedulikan untuk menyambut bayinya yang mengharap dakapan seorang ayah.

Tidak beberapa lama kemudian, kedengaran bunyi enjin kereta dihidupkan sebelum hilang meninggalkan rumah. Aeesya sekadar melihat sayu kereta suaminya meluncur laju di jalan raya. Aeesya tahu, Ameen tidak dapat menerima hakikat keadaan Ruhaidah. Air mata Aeesya gugur lagi. Dipeluknya Ruhaidah dengan penuh kasih sambil hatinya berdoa, “Ya ALLAH, jauhkanlah suamiku daripada bisikan iblis laknatullah yang sentiasa menyesatkan manusia beriman. Semarakkanlah kasih sayang keranaMU dalam keluarga ini ya ALLAH!”





Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar. (at-Taghabun 64:15)


bersambung…

Cerpen sebelumnya:
[Cerpen] Sekudus Kasihmu Kuperlukan #5
Cerpen selanjutnya:
[Cerpen] Sekudus Kasihmu Kuperlukan #7

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.5
2 Penilai

Info penulis

ameenmuslim

Kapasitor rocks!
aminmuslim | Jadikan aminmuslim rakan anda | Hantar Mesej kepada aminmuslim

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya aminmuslim
[Cerpen] Sekudus Kasihmu Kuperlukan #12 | 3005 bacaan
[Cerpen] Sekudus Kasihmu Kuperlukan #11 | 3692 bacaan
[Cerpen] Sekudus Kasihmu Kuperlukan #10 | 2729 bacaan
[Cerpen] Sekudus Kasihmu Kuperlukan #9 | 3021 bacaan
[Cerpen] Sekudus Kasihmu Kuperlukan #8 | 3215 bacaan
[Cerpen] Sekudus Kasihmu Kuperlukan #7 | 4996 bacaan
[Cerpen] Sekudus Kasihmu Kuperlukan #5 | 3006 bacaan
[Cerpen] Sekudus Kasihmu Kuperlukan #4 | 3581 bacaan
[Cerpen] Sekudus Kasihmu Kuperlukan #3 | 8971 bacaan
[Cerpen] Sekudus Kasihmu Kuperlukan #2 | 2892 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

2 Komen dalam karya [Cerpen] Sekudus Kasihmu Kuperlukan #6
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik