Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

[Cerpen] Sekudus Kasihmu Kuperlukan #10

 



Alhamdulillah, syukur Ameen di dalam hati. Dia baru saja selesai mengerjakan tawaf sunat sebentar tadi. Tetapi ada sesuatu yang membuat dia berasa kurang tenang. Wajah anaknya, Ruhaidah, berulang kali muncul dalam sujudnya. Hmm… mungkin khayalan aku saja, bisiknya.

Masjidil Haram ketika menghampiri musim haji menjadi sangat sesak. Manusia berkumpul dari semua penjuru dunia untuk menunaikan rukun kelima dalam Islam. Nasiblah dia bekerja dalam Emirates Airlines, mudah untuk dia menguruskan pengangkutan dan tempat penginapan.

Ameen meneruskan langkahnya untuk keluar dari masjid penuh barakah itu. Amat memelikkan Ameen, hampir sejam dia berpusing-pusing di sekitar masjid itu. Namun, pintu keluar langsung tidak ditemui. Dia pun mendekati Pak Arab yang lalu lalang di tepi.

“Excuse me. May I know…” Pak Arab itu tidak melayan Ameen. Dia beredar begitu saja.

Ameen menggeleng kepala. Ketika menunaikan haji ni perlu banyak bersabar, bisiknya. Kemudian dia mendekati pula seorang Pak Arab Kedua. Sebaik memberi salam, dia pun berkata, “Sorry sir. Can you please show me where…” Pak Arab Kedua itu pun lantas beredar dari tempatnya meninggalkan Ameen yang terkulat-kulat tidak mengerti.

Ameen tidak berputus asa. Dia berjumpa pula dengan orang yang seterusnya tanpa mengira orang Arab atau tidak. Kuasa ALLAH SWT, seorang pun tidak mempedulikan Ameen. Apa maksud semua ini? Ya ALLAH, berikanlah petunjukMU kepadaku, rintih Ameen bersungguh-sungguh.

Tiba-tiba, seorang Pak Arab yang tinggi lampai terlanggar Ameen lantas Ameen tersungkur. Pak Arab itu pun sama seperti yang lain, tidak mempedulikan dirinya. Ameen merangkak menghampiri tiang masjid yang paling dekat dengannya. Dia bersandar di tiang itu dan tidak putus-putus berdoa.

Entah dari mana, sebuah Quran kecil tergeletak di tepi Ameen. Ameen memohon kepada ALLAH SWT agar diberikan petunjuk tentang kekhilafan dirinya yang tidak disedari. Al-Quran diselak dan surah yang ditemuinya sungguh kena dengan Ameen ketika itu.



(Allah) berfirman: "Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami (Allah), maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan". Taha 20:126


Tatkala membaca ayat itu, wajah Ruhaidah sekali lagi muncul dalam bayangan matanya. Tetapi kali ini lebih jelas seolah-olah Ruhaidah memang berada di hadapan Ameen ketika itu. Ameen mengulang bacaan pada ayat itu sehingga dia teringat perbualan dengan emaknya beberapa bulan dahulu.

“Alhamdulillah, dapat juga kamu bekerja di Mesir. Bagus tempat tu. Tempat nabi-nabi,” ujar Mak Nor sebaik Ameen mengkhabarkan berita gembira itu. “Kalau macam tu, bolehlah mak kerjakan haji tahun-tahun,” gurau Mak Nor.

“Mak punya pasal, no hal. Bukan setakat tahun-tahun. Setiap hari pun boleh,” seloroh Ameen menghiburkan emak kesayangannya. “Ruhaidah macam mana, mak? Sihat?”

“Alhamdulillah, kalau mak yang jaga mesti anak kamu sihat. Takde luka. Takde cedera,” ceria saja kedengaran suara Mak Nor ketika itu tanpa mengetahui bahawa Ameen tidak lagi menghubunginya selepas itu.

“Hah, kalau macam tu mak jagalah Aida sampai besar. Boleh kan, mak,” Ameen ketawa dengan gurauannya sendiri.

“Ish, kamu ni! Anak kamu, kamulah jaga. Lagi pun, mak sangat puas hati dengan cara kamu mendidik Aida tu, Ameen. Tahu tak setiap malam, Aida tu solat tahajud. Mak yang jarang solat tahajud ni pulak terkejut. Ye lah. Mana ada anak-anak kecil sebaya Aida tu mampu buat macam yang dia buat.”




“Oh, yang tu mak janganlah pelik. Dulu waktu arwah Aeesya masih hidup, Ameen selalu kejutkan dia untuk solat tahajud berjemaah. Time kami berdua solat, Aida pun terjaga. Mungkin dia terdengar saya ambilkan wudhuk untuk mak dia. Asal kami habis solat je, Aida pun ada di sebelah arwah mak dia,” jelas Ameen.

Mak Nor mengangguk faham walaupun anggukannya itu tidak dinampak Ameen. “Sekarang mak dan ayah kamu pun dah buat Qiamullail. Semuanya kerana Aida. Malulah kalau budak kecil solat sunat, kita yang tua-tua ni tak buat,” Mak Nor tertawa. “Lagi satu, mak tersentuh apabila terdengar doa Aida. Asyik-asyik berdoa agar dapat ditemukan dengan kamu dan arwah Aeesya...”

Kenangan perbualan itu berakhir. Ameen mengusap wajahnya yang sudah dibasahi air mata penuh penyesalan. Ameen menyambung bacaannya pada ayat seterusnya.



Dan demikianlah Kami (Allah) membalas orang yang melampaui batas dan tidak percaya kepada ayat-ayat Rab (Tuhan)nya. Dan sesungguhnya azab di akhirat itu lebih berat dan lebih kekal. Taha 20:127


Ya ALLAH, hari ini semua orang mengabaikan aku. Inilah balasan buatku yang selalu mengabaikan anakku. Anak yang ENGKAU pertanggungjawabkan ke atasku. Ya ALLAH, kumohon! Kurayu! Dan Kupinta padaMU. Berilah aku peluang untuk bertaubat. Membetulkan segala yang silap, ya ALLAH!

Dalam keadaan menangis teresak-esak, Ameen mengangkat takbir. Menunaikan solat taubat. Doa memohon keampunan berulang kali diucap dalam sujudnya. Kali ini dia benar-benar menyesal. Dia bertekad agar mendidik Ruhaidah dan memberikan hak-hak yang selayaknya kepada Ruhaidah.

Usai memberi salam, bahu Ameen ditepuk oleh seseorang.

bersambung...

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) siapakah?
  • 2) mesej yang disampaikan dengan penuh hikmah...

Cerpen-cerpen lain nukilan aminmuslim

Read all stories by aminmuslim