Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

[Cerpen] Sekudus Kasihmu Kuperlukan #12

 

Second last...


“Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatu,” Ruhaidah menekan sedikit suaranya. Pelik apabila tiada suara yang menjawab salam pertamanya.

Ameen berdehem kecil. Tercuit mendengar Ruhaidah yang mulai geram. Hehe… comelnya. Macam arwah uminya jugak! “Waalaikumussalam warrahmatullahi wabarakatu ya Azzahrah! Kaifa haluki?”

Ruhaidah kaku. Dia seakan tidak percaya. Itu suara ayah dia. Ayah Ruhaidah! Hanya ayahnya saja yang memanggilnya sebagai Azzahrah. “Abah!” ucapnya.

Mak Nor dan Pak Roslan yang ketika itu sedang berehat-rehat berdekatan dengan Ruhaidah, segera menoleh.

“Siapa yang menelefon tu, Aida?” tanya Pak Roslan, inginkan kepastian.

“Abah!” jawab Ruhaidah teruja sehingga tidak perasan air matanya mengalir. “Atok! Nenek! Abah telefon!” dia mulai melompat-lompat gembira.

“Azzahrah, bagi abah cakap dengan…” kata-kata Ameen dipotong.

“Abah, abah sihat? Abah kat mana? Mana abah pergi? Abah tak rindu kami?” soal Ruhaidah bertubi-tubi tanpa mempeduli atok dan neneknya sedang menanti di belakang. “Kami di sini semua rindukan abah.”

Tekak Ameen terasa kering mendengar pertanyaan Ruhaidah yang membangkitkan sesalannya ke takat yang lebih tinggi. Ya ALLAH, ampuni aku! Aku bertaubat dari segala dosa!



Rab (Tuhan)mu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia (Allah) terhadap orang-orang yang bertaubat adalah al-Ghafur (Maha Pengampun). Al-Israk 17:25



Mak Nor menyentuh bahu Ruhaidah. “Aida, bagi telefon dengan nenek ye. Biar nenek cakap dengan abah Aida,” pujuknya.

Ruhaidah keberatan untuk memberi gagang telefon kepada neneknya. Dia risau itulah kali terakhir dia mendengar suara abahnya. Namun, dia masih ingat. Anak yang baik ialah anak yang patuh cakap orang tua selagi tidak melanggar syariat. Antara mahu dan tak mahu, gagang telefon beralih tangan dari tangan kecilnya kepada tangan tua nenek.

“Ameen, kamu ker tu?” suara Mak Nor bergetar menahan sebak. Sungguh, hati keibuannya teramat rindu mendengar suara anak bongsunya itu.

“Ya, mak. Ini Ameen anak mak. Mak sihat? Ameen di sini sihat. Tapi kurus sikit pasal dah lama tak merasa pucuk ubi masak santan yang mak selalu buat.” Ameen sempat bergurau ketika suasana sedih menyelubungi mereka ketika itu.

“Alhamdulillah, nak. Mak, ayah, Aida, adik-beradik Ameen… semua sihat. Ameen di mana ni?”



“Ameen on the way ke rumah mak. Dalam sejam dua, Ameen sampailah agaknya,” tutur Ameen perlahan. Risau juga dia kalau emaknya terkejut.

“Ameen kat Malaysia, bang!” beritahu Mak Nor kepada suaminya. “Ya ALLAH, kenapa kamu tak bagitau awal-awal? Kalau tak boleh mak buat kenduri kesyukuran sempena kepulangan kamu. Kepulangan Haji Ameen Muhammad Muslim,” seloroh Mak Nor.

“Tak payahlah susah-susah, mak. Balik ni, Ameen nak rehat dulu. Kenduri tu boleh buat esok-esok. Ameen telefon ni pun nak bagitau yang Ameen dah balik. Nanti di rumah kita borak puas-puas. Bateri telefon pun dah nak habis ni,” jelas Ameen tentang situasinya.

“Iyalah. Hati-hati di jalan ya, nak,” pesan Mak Nor. “Waalaikumussalam warrahmatullahi wabarakatu,” jawabnya selepas Ameen memberi salam penuh. Talian dimatikan.


bersambung di episod terakhir... [klik]

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Salam,

    Selesai membaca. Cerpen ini boleh dikategorikan sebagai genre Cerpen Panjang atau CERPAN, melebihi 5000 patah perkataan.

    Komen saya, cerpen berkonsep islamik kalau dapat bermain emosi mendalam, boleh mengalirkan kesedaran dan air mata. Selepas habis membaca, emosi hanya bermain diluar watak utama, penulis tidak begitu membawa pembaca masuk ke dalam jiwa ameen.

    Membaca cerpen sebegini kadang, saya merasakan penulis kurang berani untuk keluar dari lingkungan biasa penulis-penulis kelompok ini. Cerpen ini terlalu menndidik.

    Keseluruhan cerpen ini saya rumuskan s ebagai baik.

    Sedikit nasihat ingin pak penyu berikan iaitu, kalau cerpen ini terlalu bersiri, postkan ke bahagian Novel. Bagi menarik minat pembaca, hantar sedikit-sedikit, jangan hantar sekaligus. Membaca di internet tidak sama seperti membaca buku. Kurang animasi, cerpen harus berdiri dengan kekuatannya sendiri, kecuali cerpen ini tatapan pemabaca remaja.

    Akhir sekali, selamat berkarya.

  • (Penulis)
    2)
  • 3) saya pon dah rally habis.... okeh, saya setuju dengan komen pak penyu
    teruskan menulis!
  • 4) Salam adik aminmuslim.

    Alhamdulillah, saya selesai membaca cerpen bersiri ini dari awal hingga akhir walau agak kelewatan sedikit. Secara keseluruhan, saya puji tulisan adik aminmuslim yang nyata melakar jalan cerita yang bai kdan penuh hikmah.

    Cuma, olahannya harus diperbaiki agar mesej dan perasaan di dalam cerita ini terasa lebih mendalam pada jiwa pembaca. Terlalu banyak teknik imbas kembali yang digunakan sehingga kadangkala mengelirukan pembaca.

    Seharusnya, dikurangkan teknik imbas kembali dan tukarkannya pada bentuk naratif yang lebih kuat. Imbas kembali boleh diguna tetapi harus diminimunkan kerana ini bukanlah novel tetapi cerpen bersiri.

    Sesetengah plot pula bergerak agak laju. Seakan melompat dari satu babak ke satu babak. Seakan nafas tercungap-cungap. Di sini adik aminmuslim harus belajar cara mengawal struktur cerita. Harus ada jeda, tinggi dan rendah dalam sesebuah babak.

    Saya sangat suka jalan ceritanya, menarik dan penuh hikmah. Jarang karya di kapasitor yang bercorak begini. Coretan adik aminmunslim wajar dijadikan contoh buat saya dan semua penulis yang ingin menulis genre begini.

    Banyak yang saya pelajari dari hasil tulisan adik aminmuslim. Saya faham, adik aminmuslim sedang belajar menulis. Saya juga masih belajar menulis. Yang baik, kita sama-sama jadikan teladan. Yang kurang baik, sama-sama kita perbaiki agar menjadi lebih baik di masa akan datang.

    Maaf atas kekhilafan bicara saya dan tahniah untuk karya yang baik dan memuaskan ini. Teruskan menulis. Saya menanti karya adik yang seterusnya...

    Salam hormat,
    ridhrohzai

Cerpen-cerpen lain nukilan aminmuslim

Read all stories by aminmuslim