Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

HARI YANG BIASA

 

Berjalan dengan selipar hitam corak kepala kucing, langkahnya dihayun sepantas mungkin di kawasan pejalan kaki menentang arus lanun-lanun jalanraya yang dari tadinya tidak sudah-sudah mencemar ozon dengan karbon monoksida, karbon dioksida dan hidrokarbon dengan tidak mengambil-kira sakitnya telinga dicemar hingar hon-hon marah.

Terus dia menuju ke balkoni setelah masuk ke dalam rumah. Beg sandang hitam yang sudah dua tahun menemaninya menongkah kejam ibukota diletak dengan hati-hati di atas kerusi kayu tepi televisyen. Bukannya tidak mampu untuk beli yang baru, cuma mungkin kerana sifatnya seorang Virgo itu setia maka, dengan apa saja pun dia setia baik dari jenama kosmetik hinggalah ke jenis sos cili dan senduk atau mungkin dia ini seorang penakut yang fobianya pada perkataan "mengambil risiko" atau mungkin juga dia ini orangnya tersangatlah membosankan yang cuma tahu hidup atas rutin dan malas hendak berusaha untuk keluar dari zon selamat.

Ini yang paling dia suka. Badan panas berpeluh diamankan oleh sepoi-sepoi angin petang yang menampar manja tubuh. Baju yang dibasah peluh perlahan-lahan menjadi kering dan berterbangan lembut. Tudung merah jambu yang sudah 11 jam menutup mahkotanya dibuka. Rambut keperangan paras bahu diurai dari ikatan. Terdetik dalam hatinya, dosa jika ada yang bukan muhrim terlihat tapi ah, segera disangkal dengan pendapat bahawa rumahnya ditingkat 23 menghadap bentangan bumi Mont Kiara, mustahil ada mata-mata hebat yang bisa memandang dari jauh.

"Masih seperti semalam", bisik akalnya. Langit masih seperti semalam. Biru, awan saling bersilangan dengan terik matahari petang, tenang, selamat dan ya, membosankan. Membosankan sama seperti hari ini. Bangun pagi, bersiap ke pejabat dan pulang ke rumah. Sepertinya tidak ada apa-apa lagi yang bisa mengejutkan dia. Tiada apa-apa lagi yang bisa buat dia dipetir adrenalin keterujaan dan jantung berdegup laju kerana keseronokkan yang amat sangat.

Matanya masih merenung langit. Dia harapkan sesuatu berlaku hari ini. Sesuatu yang diluar normal, diluar rutin. Sesuatu yang tidak berlaku semalam. Sesuatu yang luarbiasa.

Mula akalnya mengamuk imaginasi. Terbayangkan awan jatuh menghempas bumbung kondominiumnya, biru langit cair mencurah lebat membanjir hingga langsung tidak kelihatan coklat tanah, matahari rebah berkecaian, bintang-bintang saling berpecahan dan serpihannya luruh menghentam manusia dan bulan, oh si bulan yang manis, meletupkan diri kerna sudah tidak sanggup lagi menangis kesunyian di bima sakti.

Dia tersenyum sendiri bila memikirkan kalaulah benar segalanya itu direalitikan Tuhan, siapalah gerangan si dia yang bertuah yang bakal diberi kepercayaan untuk mengepal kuat tangannya sewaktu sama-sama berlari mencari perlindungan? Adakah Rahim, si eksekutif muda graduan universiti Eropah yang baru sebulan bekerja yang sering dia curi-curi pandang? Atau Harif, peguam di syarikat guaman ditingkat atas yang oh, sangat menepati ciri-ciri lengkap bagi pakej lelaki idamannya? Ataupun mungkin juga Jagjeet, si pengawal keselamatan kondominiumnya yang selalu tidur dipos pengawal selepas makan tengahari?

Dia tersenyum lagi. Kalaulah benar-benar terjadi, mungkin tangan dia tidak digenggam mana-mana gerangan kerana belum pun sempat hendak masuk ke dalam lif dan turun ke lobi, sudah terhenti degup jantungnya ditusuk sisa-sisa bintang. Hish.. Sadisnya mati sendiri. Tidak dikelilingi wajah-wajah tersayang, terkujur terkulat-kulat nazak nyawa ditarik Izrail, tidak ada suara-suara mengalun Yaasin bagi mengurang seksa sakaratul. Hatinya mula dimendung sebak. Bagaimana kalau ditakdirkan dia tidak berpasangan hingga akhir hayat? Sakit sendiri, makan sendiri, Ramadhan sendiri dan Aidilfitri juga sendiri. Menumpang kasih pada anak-anak saudara. Itupun kalau mereka cukup simpati untuk menyayangi. Alahai sunyinya nanti boleh mati!

Amukkan imaginasi tergendala dengan bunyi telefon bimbit yang nyaring. Maklumlah, telefon bimbit lama. Besar dan berat, boleh buat baling anjing liar bagi koma. Oh.. Ada mesej;

"Hujung minggu lapang?"

"Dia lagi..", katanya perlahan. Ini lelaki yang terpaling dia menyampahkan, yang sering saja mengajak melawat Pelita Hati setiap hujung minggu tapi dia tolak dengan pelbagai alasan seperti balik kampung, sudah ada temujanji lain atau dia diamkan saja. Apa lelaki ini memang tidak faham bahasa atau pura-pura tidak mengerti yang alasan-alasan itu adalah tanda cintanya takkan dibalas? Kenapa tetap saja lelaki ini mencari dia walhal ramai lagi perempuan manis diluar sana yang belum berpunya?

Lekas saja jarinya mahu menekan butang padam namun terhenti apabila imej tubuh terbaring kaku ditepi balkoni dengan batu tajam menikam jantung dan darah melimpah tidak terkawal, sendirian meniti saat-saat akhir hayat berkilas di depan mata.

"Pelita Hati buka hujung minggu ini?", dan dia tekan hantar. "Lebih baik dari mati sendiri..", gumamnya sebelum bangun meninggalkan balkoni.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) yeap, lebih baik dari mati sendiri (ayat desperate hihihi). tapi mujur ada orang yg sayang, daripada hidup sorang2. rindu dgn cerpen hulubalang
  • 2) bot rase nih adalah contoh cerita benar, tetapi diolah menjadi lain, yang nampak lebih menarik, ditokok tambah mn yg patut.

    best cik hulubalalang
  • 3) akhirnya! cik hulubalang pergi bertapa ke gua mana ni? hehe... olahannya cantik sekali. palng suka perenggan bintang pecah, matahari berkecai semua tu. ada ritma di situ.
  • 4) haaaa!
    muncul pun

    hehe. lebih baik dari mati sendiri.
    ha ha. that depends.

    simple. tapi bukan main!
  • 5) err.err.nak suruh najlaa baca ah. )

    yang penting mempunyai anak yang mendoakan kita bukan?
  • 6) peh...harus memilih ini..teruskan berkarya hulubalang...menunggu karya kamu yg seterusnya..
  • 7) adeh adeh adeh
    btollah kot kata-kata seorang teman
    biar org syg kat kite lebih dr kite syg kat org
  • 8) hehehe. sentiasa suka !

  • (Penulis)
    9) kamalia - trimas atas rindunya. rindu juga untuk ke sini.

    robot- trimas ya mengikut dari kapasitor ke blog ke kapasitor semula.

    ridhrohzai - tak bertapa ke mana-mana pun. cuma berhibernasi menyahtoksikkan segala yang anasir. trimas!

    cahatomic - itulah. tak sangka akan muncul seawal ini. trimas!

    syud - ya. penting!

    paktam85 - trimas ya paktam!

    uculer - ya. terlebih sayang boleh sebabkan terlalu bergantung.

    dayya - trimas!



Cerpen-cerpen lain nukilan hulubalang

Read all stories by hulubalang