Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Awliya'

 

           “Liya’, aku cinta pada kau,”Erk? Gulp!

                Ringkas tapi mudah difahami. Blank full in mind. Dibawa ke pantai kesukaannya tanpa sebab membuatkan Awliya’ lemas. Satu jam lamanya Awliya’ menanti. Renungan gadis itu tepat ke wajah Hanif. Ada kerutan pada dahinya yang luas. Angin bayu menyisip anak rambutnya yang keperangan hingga menutup sebahagian pandangannya yang masih tertancap pada raut wajah kawan baiknya.

              “Kau cakap apa ni, Hanif?” Kenapa pulak mamat ni. Apasal plak tangkap cintan ni..adusss..

Nada kurang senang sebagai balasan pada ungkapan indah Hanif. Rasa bahang menerpa tiba-tiba. Seakan kurang faham tetapi Awliya’ mengerti. Namun dia masih keliru. Benarkah apa yang didengarinya sebentar tadi? Hanif segera bangun dan mengusap-usap belakang kepalanya. Rambutnya kelihat kusut sedikit. Apa yang aku dah buat ni!

            Soalan bertubi-tubi menghentak jiwa raga lelaki itu. Rasa kesal dan sesal membaluti tubuhnya. Malu, bengang, kesal, sesal bersatu menjadi satu. Dikecewakan!

            “Hanif..” lunak suara Awliya’ terhenti. Steady Liya steady...

Dia cuba mencari kekuatan disebalik keresahan yang melanda lelaki itu. Angin bayu Pantai Bagan Nakhoda Omar belum cukup meredakan keresahan mereka tatkala ini.

             “Hanif, ingat tak waktu mula-mula aku masuk Taman Budi. Ahh..idea apa ni??

Takde sapa nak berkawan dengan aku. Kau kawan pertama aku. Aku tak pernah rasa ada abang. Kau penyelamat aku waktu susah, happykan aku bila aku sedih. Aku sayang kau, Hanif. Aku pun cintakan kau cuma sebagai....” kata-kata Awliya’ terhenti dek panahan mata Hanif tepat ke matanya. Alahai matamu Hanif.... nie yang aku lemah ni..

               Segera dilarikan bebola mata hitamnya menyoroti ombak-ombak kecil yang menghempas pulas di pesisiran pantai. Double steady Liya.. Hanif masih berdiri. Menyandarkan badannya yang bertubuh sasa ke dahan pokok ketapang. Lokasi utama mereka berdua tiap kali berkunjung kesini. Pantai Bagan Nakhoda Omar.

                “Sebagai abang saje?” lemah saja sahutan Hanif bagai dipasuk suaranya timbul di kerongkong. Liya, susah sangat ke nak terima aku?? Pandangan Awliya’ tertumpu pada deruan ombak yang kejap datang dan kejap pergi. Sengaja dibiarkan soalan kawan baiknya tergantung. Dia mati akal. Silence is the best solution! 

Hatinya benar-benar terkejut. Namun dalam rasa kejutan yang memenuhi segenap ruang hati kecilnya, ada perasaan halus yang seakan dingin dan terbuai-buai. Awliya’ kurang pasti. Kenapa hati aku rasa sakit? Sesekali keluhan tersasar dibibir lelaki itu. Terasa berat untuk dilepaskan.

Liya.. I need you

*****************

                   “Ummi!!”

                   Laung Awliya’ separa jerit tatkala kakinya melangkah ke Rumah Taman Budi Sungai Besi. Senyuman Ummi Habibah menyambut kepulangan anak jagaannya. Bagaikan anak kandungnya, setiap kali bertemu, kucupan di pipi tak pernah lekang.

                  “Pergi mana tadi?” ujar Ummi pada Awliya’ sambil mata tuanya menuruti langkah Hanif yang berlalu tanpa menegurnya seperti kebiasaan. Mudah hati seorang ibu membaca gerak hati anaknya walaupun..... Hanif dan Awliya’ bukan darah dagingnya. Kasihnya tak pernah kurang pada anak-anak jagaannya. Persis seorang ibu.

                   “Ala Ummi, tempat biasala. BNO,” ujar Awliya’ sambil menuruti Ummi Habibah ke buaian yang terletak di halaman rumah kebajikan itu. “Liya dan Hanif ada apa-apa masalah ke?” soal Ummi setelah mereka berbual kosong berkisar tentang botani. Itu kegemaran Awliya’. Soal tanaman bunga-bungaan, serah saja pada dia. Alahai Ummi.. macam tau-tau je.

                   “Kitaorang OK je, Ummi. Takde masalah apa-ap pun,” Aku tipu Ummi. Tuhan tahu. Kalau kena panah petir ni, sure rentung. “Hmm..  Dah tu, kenapa Hanif tu macam moody je?” Ujar Ummi sambil mengusap tangan Awliya’ yang mula menapak di peha kanannya. Pandangan mata mereka bertemu. Saat itu Awliya’ bagai terpasung dan tak mampu untuk menipu Ummi. Perlu ke beritahu Ummii? 

“Ummi, Liya tak boleh lama ni. Petang dah nie. Liya balik dulu ye,” segera gadis itu memohon minta diri untuk pulang. Sekadar menyinggah kejap ke “rumah” yang menjadi perkara wajib setiap petangnya. “Makan malam sini dulu ye. Ummi nak masak special malam ni”,tambah Ummi sambil menarik tangan Liya masuk ke dalam rumah.

“Ada special guest nak datang ke, Ummi?,” ujar Awliya’ saat melewati Hanif yang sedang tekun di ruang tamu menonton Sinetron Munajah Cinta di TV9. Sempat dia menjeling pada riak wajah Hanif. Marah kah dia? Hanif tidak membalas pandangan Liya dan meneruskan tumpuannya pada Sinetron kegemarannya. Apa jeling-jeling? Macam aku tak tahu..

“Adalah. Wait and see, OK?” ujar Ummi sambil ketawa dengan loghat Englishnya berbunyi kejawaan sedikit. Awliya’ pantas menekup mulutnya menahan ketawa. Boleh tahan jugak Ummi...

**************

             “Jemput masuk Aisyah,” ujar Ummi lembut pada “special guest” yang dinantikan malam ini.

             “Assalamualaikum, Ummi,” ujar gadis bertudung Fareeda itu sambil memeluk erat tubuh Ummi yang gempal. Lama mereka berdakapan. Bagai sudah lama terpisah. Ada bayang air mata di mata Ummi. Siapa dia ni? Tak pernah tengok pun?

             “Liya, kenalkan ini Nur Aisyah. Aisyah, ini Awliya’, anak angkat Ummi,” ujar Ummi memperkenalkan Liya pada gadis yang seakan sebaya dengannya.

Mereka bersalaman. Pandangan mata Awliya’ tertumpu pada wajah perempuan yang bernama Nur Aisyah. Dari pandangan matanya, jelas dia seorang yang tenang dan lemah-lembut.

              “Liya, Hanif mana?,” tanya Ummi sejurus selepas menjemput Aisyah duduk di sofa.

              “Ke masjid rasanya, Ummi,” jawab Awliya’ sambil bangkit menghidangkan air Jus Delima yang sedia diletakkan di atas meja.

             “Aisyah, jemput minum ye. Saya ke dapur sekejap,” ujar Awliya’ sambil matanya tak lepas menatap kecantikan milik wanita itu. Ummi dan Aisyah berbual panjang tentang perkembangan masing-masing. Sesekali tawa mereka lepas memenuhi ruang tamu Rumah Taman Budi. Tiba-tiba telinga Liya menangkap buah butir perbualan mereka...

             “Ummi harap Aisyah tak keberatan. Dia tahu Aisyah nak datang malam ni.”

             “Aisyah seganlah, Ummi,”

             “Ummi ada. Nampak gaya macam Hanif setuju,”

             “Mudah-mudahan, Ummi”

Berderau darah Awliya’ saat itu. Hampir terlepas sudu dari pegangan tangannya. Segera diselamatkan untuk mengelakkan bunyi dentingan. Takut Ummi perasan dia sedang mencuri dengar perbualan mereka. Apa yang Ummi rancangkan? Kenapa aku tak tahu apa-apa?

               Hatinya mula merasa ada yang tak kena.

 Tak lama selepas itu...

             “Assalamualaikum..” sayup suara Hanif dari luar rumah. Salam itu bukan datang dari arah hadapan, tetapi dari arah pintu dapur.

             “Waalaikumussalam. Kenapa masuk dari dapur? Macam pencuri la kau ni,” getus Awliya’ sambil menggigit bibir bawahnya. Dia benar-benar tidak menyangka kehadiran Hanif dalam keadaan dia baru lepas curi dengar perbualan Ummi dan Aisyah. Nyaris tak kantoi. Selamat....

             “Saja. Nampak orang tu terintai-intai. Ingat nak sergah tadi tapi tak sampai hati pula,” jawab Hanif sambil menarik kerusi menghadap Awliya’ yang mulai kurang senang dengan kedatangannya. Gulp! Bukan Awliya’ tidak biasa begitu Cuma malam ini, saat ini, hari ini, dia menikmati perasaan asing. Dia merasa tak betah berduaan dengan lelaki ini.

               Pergerakan Awliya’ semakin pantas menyusun pinggan dan gelas. Sesekali sudu terlepas dari pegangannya. Dia benar-benar gugup. Lagi cepat lagi bagus. Boleh beranjak ke depan. Bagaikan terperangkap dalam gua rasanya. Tiada oksigen. Hanif masih disitu memandang Awliya’ sambil tersenyum. Dia bagaikan mengerti bahawa orang yang dia cintai itu gugup bersebab. Liya.. I need you.

              “Bila kamu sampai, Hanif? Ummi tak dengar bunyi kereta pun? Kamu masuk ikut mana?”, bertalu-talu soalan Ummi saat dia dan Aisyah menghampiri ruang dapur. Hampir terpelanting sudu untuk kali yang keberapa malam ini. Terkekeh-kekeh Hanif melihat telatah Awliya’ yang ke”gabra”aan. Kenapa malam ni buat aku terkejut jee??

              “Tadi Ummi. Hanif ikut dpur. Bau masakan sedap. Tu yang terus kemari, tak ikut pintu depan”, tokok Hanif penuh beria. Tipu Ummi.... Nak peluk Liya sebenarnya...hehehehe.

              “Aisyah, jemput duduk. Jangan berdiri je. Liya, sendukkan nasi,” ujar Ummi seraya menarik kerusi untuk duduk.

              “Lama dah Aisyah sampai?”tegur Hanif mesra.  Bila masa diorang ni kenal? Kenapa aku tak tahu apa-apa ni??

             “Tak lama abang. Baru je sampai,” balas Aisyah lembut. What?? Abang..?? Hello.... aku pun takde panggil si Hanif nie abang ok?

            “Liya, takkan pandang je nasi tu. Tengok je takkan kenyang tau,” ujar Ummi mematikan lamunan Awliya’. Segera ditadah tangan mengaminkan doa Hanif. Namun dalam hatinya masih menggumam pelbagai soalan.

            “Liya tu teringat buah hati, Ummi,” usik Hanif sambil mengenyit mata kepada Ummi. Ambik kau!

           “Mana ada. Orang takde buah hati la..,” ujar Awliya’ sambil mengepal penumbuk dalam keadaan tangannya penuh dengan nasi. Geramnya aku mamat ni...

           “Maaf la Aisyah. Diorang berdua nie memang macam ni. Hanif kalau tak menyakat Liya tak sah,” sampuk Ummi sambil menyudu lauk untuk Nur Aisyah.

           “Takpe Ummi. Saya tak kisah,” jawab Aisyah lembut sampai anak matanya mencerlung kearah Hanif.

         “Liya, tidur sini ye? Esok Sabtu kan cuti. Rehat-rehatlah disini ye. Boleh kenal-kenal dengan Aisyah,”ujar Ummi sambil menghadiahkan senyuman padanya dan Aisyah. Terasa kelat pula nasi yang ditelan. Bagai memamah pasir.

         “Baik, Ummi,” lemah jawapan Awliya’. Saat itu mata Hanif mengenyit kearahnya. Senyuman nakalnya terus menjalar. Yang pastinya ada sepasang mata yang kurang senang dengan kemesraan mereka.

**************

         “Liya, apa pendapat awak tentang Hanif?,”Aisyah memulakan perbualan sedang Awliya’ sibuk mengemas katil untuknya.

         “Hm... OK,”jawab Liya acuh tak acuh.

        “OK je??,”sambung Aisyah menghadap tubuh sepenuhnya ke arah Awliya’. Dah tu kau nak jawapan camane? Soalan subjektif sangat. Bagilah multiple choice question ke..

        “Saya nampak kalian berdua rapat. Pasti ada hubungan istimewa, betul tak?,” Aisyah bagai cuba mengorek hubungan mereka berdua. Ternyata Awliya’ kurang selesa.

       “Kami kawan je, Aisyah. Membesar sama-sama sejak kecil, dah macam adik beradik,” jawab Awliya’ sambil memaksa diri untuk bersenyum. Dalam hati tuhan sahaja yang tahu.

       “Eh, Aisyah tak perkenalkan diri lagi. Ceritalah pasal awak,” segera Awliya’ mengubah topik perbualan. Rimas benar dia pada soalan-soalan yang bakal ditanya berkaitan tentang Hanif.

       “Oh ye? Terlupa saya. Saya Nur Aisyah, anak saudara Ummi. Berasal Ipoh, Perak. Umur kita sebaya. Saya sekarang belajar di Universiti Islam madinah dalam jurusan perubatan tahun 4,” tambah Aisyah sambil tersenyum menyerlahkan lesung pipit di pipi. Cantik!

       “Anak saudara Ummi? Kenapa kita tak pernah jumpa sebelum ni?,” tanya Awliya’ sambil bersila dihadapan kawan barunya.

       “Saya memang menetap di sana sejak kecil. Sekali sekala saya balik kesini jenguk Ummi. Asal balik mesti jumpa Hanif. Awak mungkin ada kelas waktu tu,”tambah Aisyah sambil membelek handphone Motorola berwarna merah jambu milik Awliya’.

       “Ohh... saya rasa gambar awak ada saya tengok sebelum ni.” ujar Awliya’ tersenyum.

       “Awliya’ maksudnya keutamakan. Sebaik-baik yang keutamaan. Sedap nama awak,”Aisyah memuji nama Awliya’ sambil tersenyum. Buat kali kedua lesung pipit membenam di pipi kiri dan kanannya. Nama Khairul Awliya’ adalah pemberian Ummi saat mengambilnya sebagai anak angkat memandangkan Awliya’ ditinggalkan di Tadika Bestari tanpa penjaga. Waktu itu Awliya' baru berusia 5 tahun.  Hanif Ashman pula anak yatim piatu yang menghuni di Rumah Taman Budi selepas pihak sekolah menyerahkan Hanif pada jagaan Ummi sepenuhnya. Beza umur mereka tiga tahun. Disini perkenalan mereka terjalin.

       “Aisyah mesti letih, kan? Jom tidur,”pelawa Awliya’ pada tetamu rumah itu sedang matanya jugamula kuyu minta tidur.

      “OK, selamat malam,” ujar Nur Aisyah seraya menarik selimut.

      “Malam,”sahut Awliya’ dengan suara tenggelam timbul.

 

*******************

2.00 pagi

                 Tenettt.....

                 1 Message Received

                Adoi... sapa pula mesej pagi-pagi buta ni??

Tdo dh ke? Awl tdo.. Kaco dia.. ha3 –Hanif-

 

                    Aku dah agak dah. Budak putus fius ni. Takde keje lain ke?? Sempat Awliya’ mengintai Aisyah yang sedang lena kalau-kalau dia terjaga.

 

Aku tgh masak. Xnmpk ke? tdola hanif oii.. xngntuk ke? –Liya-

 

                      Tenettt.....

                     1 Message Received

Aku xle tdo slagi aku xdgr pngakuan bnar dr mulut ko –Hanif-

            Segera Awliya’ menukar silent Mode pada handphone nya. Takut dia kalau-kalau dering mesejnya mengganggu Aisyah tidur. Malas melayan mesej Hanif, segera ditarik selimut ke paras dada, dan mata mula tertutup.

 

             Tenettt.....

             1 Message Received

Liya.. plsss....

Awliya’ terus mengendahkan mesej-mesej yang masuk ke handphone nya. Jauh di sudut hatinya, ada bunga-bunga mekar membanjiri hatinya. Damai. Halus sekali perasaan itu. Namun, ada sepasang mata yang menyoroti babak ini. Awliya’ tak tahu. Kelam pekat malam itu bagai menambah lagi kebencian si pemilik mata itu.

***************

             “Maafkan abang, Aisyah,” getus Hanif memandang redup mata Aisyah yang terkesima dengan jawapan yang dinantikan selama ini. Suasana Restoran Old Town kelihatan tenang dengan kehadiran pengunjung yang sedikit. Sedikit sebanyak memberi ruang kepada pasangan ini meluahkan apa yang terbuku di hati masing-masing.

              “Boleh Aisyah tahu kenapa abang tak boleh terima Aisyah?,” getus Aisyah dengan nada sedikit menekan. Ada getar di hujung kata. Pilu hati gadis itu bila cintanya yang suci ditolak mentah-mentah. Hujung tangannya rakus memintas hujung tudungnya. Hatinya dirudung rasa panas tiba-tiba. Penghawa dingin restoran itu belum cukup untuk menyejukkan hatinya.

              “Maaf Aisyah. Cukuplah Aisyah tahu abang anggap Aisyah macam adik abang sendiri. Tak lebih dari itu,” ujar Hanif sambil merenung ke gelas minuman berisi Jus Oren yang tidak terusik sedari tadi.

             “Awliya’ kan pilihan abang?,”soal Aisyah sambil di hatinya menyumpah-nyumpah perempuan itu. Kauorang belum kenal siapa aku lagi..

             “Aisyah, Liya takde kena-mengena dalam hal ni,” jawab Hanif sambil membutangkan matanya ke arah Nur Aisyah. Aduh, dia tahu ke?

             “Takpelah bang, mungkin antara kita takde jodoh. Apa pun Aisyah doakan abang bahagia,”ujar Aisyah sambil mengangkat punggungnya dan berlalu meninggalkan Hanif. Suasana menjadi sepi. Hanif termangu keseorangan.

*********************

             “Awliya’, harap kita dapat berjumpa lagi. Jangan lupakan saya ye. Maaf terpaksa pulang ke Madinah awal,”ujar Nur Aisyah seraya menarik tubuh Awliya’ kedepan untuk dirangkul.

            “Kenapa ni, Aisyah? Janji dengan Ummi minggu depan baru balik sana. Ni 3 hari pun tak sampai kat sini,” soal Ummi penuh ragu. Hanif sekadar berdiri di pintu memandang kosong kerah mereka. Dia mengerti keputusan Nur Aisyah untuk pulang awal ada kena-mengena dengan jawapan yang diberikan semalam. Maafkan abang, Aisyah. Cinta Abang untuk Liya.

            “Nanti lapang-lapang, Aisyah datang lawat Ummi ye,”ujar Aisyah sambil memaut tubuh ibu saudaranya. Ada sedu kepuraan di hujung tangisnya. Dia harus segera meninggalkan rumah itu. Apa yang diperolehinya semalam cukup membuatkan dia tekad untuk keluar dari rumah itu. Bukan pulang ke Madinah. Ada misi yang belum diselesaikan.

              Lambaian tangan mereka menghantar kepergian Nur Aisyah dengan penuh tanda tanya.

********************

             “Kita keluar esok nak?,” pelawa Hanif sambil tangannya ligat mengelap meja makan. Juadah makan malam kali ini tetap membangkitkan selera lelaki ini dengan hidangan labu masak lemak kegemarannya. Lagi menambahkan selera bila masakan itu dimasak oleh Si Pengarang jantung, Liya.

             “Esok Ahadla. Crowded. Malasla..” jawab Awliya’ sambil mencuka. Sengaja ditolak pelawaan lelaki itu. Mahu dinilainya sejauh mana lelaki itu memujuknya keluar. Nakal sungguh.

                Tiba-tiba..

              “Liya, tolong Ummi sayang. Esok pergi Giant boleh? Belikan barang dapur Ummi. Sementara kauorang berdua ada ni, bolehla tolong Ummi ye,” celah Ummi sambil menyerahkan senarai barang-barang yang perlu dibeli esok.

                Saat wajahnya berpaling ke arah Hanif, jari telunjuk dan jari hantu milik lelaki itu diangkat serentak tanda peace sambil senyuman sinis dilemparkan kepadanya. Ni mesti dah komplot dengan Ummi..

 

*********************************

               “Jom balik. Semua dah beli ni. Karang lambat, bising pula Ummi nanti,”  ujar Awliya’ selepas selesai menanti barang-barang dikira di kaunter pembayaran.

              “Tak nak minum-minum dulu?,” pelawa Hanif sambil menjinjit barang-barang dapur keluar daripada pasaraya Giant Sungai Besi.

              “Haus ek? Aku haus juga. Tapi tak kan nak pergi minum bawak sayur-sayur ni kott?,”jawab Awliya’ sambil menyeka peluh di dahi dengan lengan bajunya. Terik panas tengahari itu begitu pantas membakar kedinginan penyaman udara pasaraya tadi yang masih bersaki baki pada tubuh mereka.

               Tiba-tiba...

              “Liya!!!!....,” jerkah Hanif seraya menarik Awliya’ ke dalam rangkulannya. Awliya’ nyaris dilanggar kereta pacuan empat roda Kembara itu. Tanpa memohon maaf, kereta itu terus beredar. Awliya’ terkedu. Lama mereka berdakapan. Desah nafas lelaki itu benar-benar di cuping telinganya.

             “Kenapa careless sangat? Kalau jalan tu ketepi sikit. Ni kan parking lot. Nyaris nak kena langgar tadi tahu tak???,” jerkah Hanif separuh jerit. Tangan Hanif terus mencengkam lengan Awliya’. Muka lelaki itu merah padam menahan marah. Entah apa yang dimarahnya Awliya’ tak pasti. Awliya’ diam seribu bahasa. Dia benar-benar terpempan dengan tengkingan Hanif. Hatinya benar-benar terguris. Kerana kecuaian yang bukan disengaja, dia diamuk sebegitu rupa. Cengkaman Hanif mula merenggang. Air mata mula menakung ditabir mata gadis itu.

              “I’m sorry. Aku bukan sengaja nak marah kau. Cuma nak kau berhati-hati,” jelas Hanif penuh penyesalan. Kesal kerana memarahi gadis itu. Kesal kerana memaut lengan Awliya’ sekuat hati. Awliya’ hanya mengangguk. Tangannya ligat memasukkan barang-barang yang dibeli ke dalam bonet kereta Myvi milik Hanif.

              “LIYAAAAAAAAA.........................!!!!!!” jeritan Hanif buat kali kedua bergema. Kali ini lebih kuat. Awliya’ berasa terawang-awang. Puas dia cuba mengingatkan tetapi dia tak mampu. Yang kelihatan tangisan Hanif memangku dirinya yang lemah tak berdaya. Pacuan Kembara itu terus beredar meninggalkan mereka sambil melemparkan senyuman kepuasan.

              “Liya, bertahan ye. Kita ke hospital kejap lagi  ye sayang,” ujar Hanif tenggelam timbul sambil mengangkat Awliya’ ke tempat duduk belakang keretanya. Dia tidak peduli pada limpahan darah yang bakal melekap di kusyen sofanya. Apa yang pasti, Awliya’ harus diselamatkan.

              “Hanif, aku rasa aku tak boleh bertahan lama,” tersekat-sekat suara Awliya’ menuturkan katanya sambil tangannya mencapai tangan Hanif.

              “Liya, kejap lagi kita sampai ke hospital ye,” tangis Hanif bila perjalanan ke Hospital Sungai Besi bagai terlalu jauh dek kesesakan jalan raya.

              “Hanif, kita ke Pantai BNO ye. Aku nak kesana boleh? Please..,” ujar Awliya’ sambil tersenyum lemah.

              “Liya...”, tersengguk-senguk badan lelaki itu menahan tangis. Stering kereta segera dipusing menghala ke Pantai Bagan Nakhoda Omar, pantai kesukaan Awliya’. Dia tahu Awliya’ tak punya banyak masa lagi.

***********

              “Mana budak-budak ni? Dah malam tak balik-balik lagi”, getus Ummi Habibah di dalam hati. Berkali-kali didail nombor telefon bimbit milik Awliya’ dan Hanif namun gagal.

              Ya Allah, Kau selamatkanlah anak-anakku...

 

               Keesokan paginya, bayang kedua-dua anak angkat masih belum kelihatan. Hati ibu mana yang senang bila tiada khabar berita daripada anak-anaknya. Entah yang keberapa kali, Ummi mendail nombor telefon anmun masih tiada jawapan. Tanpa berfikir panjang, Ummi terus menghidupkan enjin kereta Kenari menuju ke Balai Polis Sungai Besi.

               “Ya Puan, apa yang boleh saya bantu?”, sapa pegawai polis wanita yang bertugas di kaunter pertanyaan. Di kiri poketnya, tertera nama AHLAM.

              “Saya nak buat laporan polis berkenaan tentang kehilangan dua orang anak saya...”

 

               Ummi Habibah pulang seusai membuat laporan polis. Dalam hatinya terus berdoa anak-anaknya pulang dengan selamat.

 

***************

Sebulan berlalu.. tanpa berita.

Dua bulan..

Tiga bulan...

                Hati tuanya resah. Tangisan bagai rencah makanannya hari-hari. Rindunya pada Awliya’ dan Hanif tak tertahan lagi. Kepada Nur Aisyahlah tempat dia mengadu. Kadang kala gadis itu pulang menemaninya. Tapi jiwa ibu itu tetap kosong. Penyerinya Awliya’ dan Hanif.

Mana anak-anak Ummi... Pulanglah sayang. Ummi rindu...

****************

 

Setahun kemudian...

            “Assalamualaikum Ummi...”, sapa suara dari pagar Rumah Taman Budi.

              Bagai cukup kenal suara tu. Hanif kah?

            “Waalaikumussalam, Hanif ke?” sahut Ummi Habibah. Air matanya sudah membasahi pipinya. Rindunya pada anaknya tak tertahan lagi.

             “Hanif... mana kau pergi nak? Ummi puas cari kamu berdua, kenapa pergi tak beritahu Ummi? Awliya’ mana?”, meraung Ummi saat tubuhnya dihempaskan ke Hanif. Lemah tubuh ibu itu saat melihat keadaan Hanif yang tidak terurus. Kalau bukan suara Hanif, pasti tidak dicam anak itu.

             “Liya sihat, Ummi. Malam nanti dia sampai. Dia kirim salam pada Ummi,” ujar Hanif sambil membawa beg besarnya masuk ke dalam.

             “Nanti malam kita makan sama-sama ye. Kita tunggu Liya. Kauorang berdua mesti cerita pada Ummi kemana kauorang pergi selama ni,” luah Ummi sambil menyeka air matanya yang tak pernah luak dari tabir mata tuanya.

            “Baik Ummi,” ujar Hanif sambil mengenyit mata kearah Ummi. Segera diangkat bagasi besarnya keatas untuk disimpan. Lega sungguh hati Ummi melihatkan anak-anaknya pulang dengan selamat. Doanya selama ini diperkenankan tuhan.

             Terima kasih Ya Allah..

             Ummi pantas ke dapur menyiapkan makan malam. Yang pasti labu masak lemak mesti dihidang. Itu kan masakan kegemaran Hanif dan Awliya’. Ummi Habibah menyanyi kecil di dapur tanpa disedari tingkah lakunya diperhatikan Hanif dari belakang.

 

**************

             Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam namun bayang Awliya’ tidak kelihatan. Hati Ummi mula dipagut rasa risau. Risau seperti setahun yang lalu.

            “Hanif, cuba kamu call Liya. Kat mana dia sekarang?”getus Ummi dalam nada kebimbangan. Dia tidak mahu kehilangan Awliya’ buat kali kedua.

            “Ummi, Liya dah sampai la. Ummi tak perasan ke? Dia ada di bilik Hanif,” ujar lelaki itu sambil matanya menyoroti kaca tv yang menyiarkan rancangan 999 di TV3.

             Ummi tergamam. Pandangan matanya masih melekap pada Hanif yang bersahaja. Sesekali senyuman Hanif membalas pandangannya. Ada yang tak kena pada firasat ibu itu. Segera dihayun langkah kakinya menuju ke bilik Hanif. Hanif terperanjat dengan reaksi Ummi lalu mengejar Ummi.

            “Ummi nak kemana?” tanya Hanif menghalang perjalanan Ummi.

            “Ummi nak jumpa Liya. Nak panggil makan,” rayu Ummi dalam kebingungan. Masakan aku tak boleh berjumpa dengan Liya?

            “Liya tak sihat Ummi. Kita makan dulu ye. Nanti kita jumpa Liya ye,” ujar Hanif sambil memagut tangan Ummi menuju ke dapur. Sumpah Ummi tidak faham!  Apa semua ini? Kenapa Liya tidak berjumpa dengan aku dulu? Kenapa aku tak nampak kelibat Liya? Sakit apakah dia?

***********

             Hanif makan dengan penuh selera sekali. Bukan berselera tetapi bagai orang tak pernah dapat makanan. Sesekali dia bangun untuk menambah nasi. Ummi tersenyum dalam ragu. Soal Awliya’ membuatkan selera wanita itu mati.

            “Ummi, kami bukan menghilangkan diri,” Hanif memulakan bualan. Dia mahu Ummi tahu kenapa dia pergi bersama Awliya’ selama setahun lamanya.

            “Kami pergi ke Pantai BNO, Ummi. Saya melafazkan cinta pada Liya dan akhirnya dia terima Ummi. Lama saya tunggu dia. Akhirnya penantian saya berakhir,” ujar Hanif sambil tersenyum simpul.

            “Kenapa sampai setahun menghilang? Tak ingatkah pada Ummi? Telefon pun kauorang tak mahu angkat. Sekurang-kurangnya beritahulah pada Ummi. Ni tidak. Masing-masing dah tak pedulikan Ummi lagi. Ummi macam orang gila cari kauorang,” luah Ummi sambil menyeka air mata dengan hujung baju kurung kedahnya. Sebak hati ibu bila mendengar pengakuan anak lelakinya. Anak jagaannya.

           “Kami tahu salah kami, Ummi. Kami dalam proses cuba menerima antara satu sama lain. Harap Ummi dapat memaafkan kami,” sahut Hanif sambil menghabiskan saki baki makanannya dalam pinggan.

           “Ummi maafkan. Kauorang anak-anak Ummi. Ummi sayang kau dan Liya,”ujar Ummi sambil tersenyum kearah Hanif. Perkara yang lepas biarlah berlalu...

           “Ummi, Hanif minta diri naik atas kejap. Nak tengok Liya. Kot-kot dia dah bangun ke? Ummi siapkan makanan untuk Liya boleh? Nanti Hanif bawakkan naik atas,” ujar Hanif sambil berlalu menaiki tangga ke biliknya.

             Seusai mengemas dapur, Ummi terus ke ruang tamu. Siaran rancangan 999 masih tersiar. Segera Ummi Habibah duduk menatap rancangan kegemarannya. Mata wanita itu tertumpu pada berita yang disiarkan.

 

Pihak polis Sungai Besi telah menjumpai mayat wanita yang sudah reput di Pantai Bagan Nakhoda Omar, minggu lalu. Ini berikutan aduan penduduk setempat yang memaklumkan terdapat bau yang busuk di chalet yang berhampiran. Ketika pihak polis membuat siasatan, didapati seorang suspek lelaki yang dipercayai warganegara Malaysia tinggal bersama mayat tersebut. Lelaki tersebut ialah MOHAMED HANIF ASHMAN ABDULLAH mengikut kad pengenalan yang ditemui di keretanya jenis MYVI Vti, bernombot plat WRR 6770...

 

Bagai halilintar membelah bumi, Ummi terpempan. Otak anita itu sukar mentafsir apa yang diketahuinya sebentar tadi. Hanif Ashman? Hanif..? mayat wanita? Apa semua ni? Habis tu yang kat atas tu......

 

Mayat wanita tersebut adalah KHAIRUL AWLIYA’ ABDULLAH berasal daripada kawasan setempat. Bukti pembunuhan masih tidak diperolehi memandangkan suspek tidak mempunyai sebarang senjata. Apa yang menghairankan, bonet kereta milik suspek penuh dengan barang-barang makanan lama yang dipercayai dibeli daripada Pasaraya Giant setahun yang lalu.

Pihak polis telah memberkas suspek tersebut dan mendapati beliau menghadapi masalah mental dan ditempatkan di Hospital Bahagia Tanjung Keriau, Kuala Lumpur.

 

          “Hhha..aaaannnniiiffff..” terketar-ketak wanita itu menyebut nama anak jagaannya. Dia benar-benar rasa takut. Peluh membasahi baju Ummi Habibah.

          “Ummi panggil Hanif?” sapa Hanif smabil mencongokkan kepalanya. Terbeliak mata Ummi saat bayang Hanif di tangga merenungnya.

          “Ermm.. errkk... makanan untuk Liya dah siap tu. Ada atas meja,” ujar Ummi menahan gugup. Ummi Habibah dalam bahaya. Bila-bila masa Hanif boleh menyerangnya. Pantas Ummi mengubah siaran televisyen.

         “OK,” jawab Hanif sambil bersiul kecil.

           Saat bayang Hanif hilang, Ummi Habibah cuba merencana untuk keluar dari rumah itu. Namun wanita itu mahukan kepastian. Segera dihayun langkah dengan penuh berhati-hati menuju ke bilik Hanif. Dia perlu lihat sendiri “kegilaan” Hanif dengan biji matanya.

          “Liya, makan sayang. Ummi masak ni, buka mulut tu,” dari celah pintu yang tidak bertutup rapat, jelas terdengar suara manja Hanif.

Disisi Hanif, beg bagasi besar berisi baju-baju Awliya' yang berlumuran darah kering. Bagai mahu terkeluar dua biji mata, Ummi Habibah melihat sendiri Hanif menyuapkan labu masak lemaknya ke bantal yang ditegakkan di kepala katil sambil membelai bantal itu yang dipanggil Awliya’. Hanif bercakap seorang diri. Kejap-kejap hanif ketawa bagai ada orang yang berjenaka dengannya. Lemah segala urat sendi wanita itu. Fikirannya jadi buntu.

           Selamatkan aku ya Allah.. Selamatkan Hanif...

           Ummi bergegas turun. Segera telefon dicapai dan didail 999.

          “Hello, polis,” ujar Ummi perlahan. Takut kalau didengar Hanif nanti.

          “Saya Ummi Habibah, saya dalam bahaya. Tolong datang ke alamat Rumah Taman Budi Sungai Besi, Jalan... tuttttttt”, dan talian terputus. Bukan terputus tetapi diputuskan.

          “Ummi telefon siapa malam-malam ni?” tegur Hanif sambil jari telunjuknya dilekap pada tempat letak telefon.

Debar Ummi menggila. Jantung Ummi bagai mahu meletup. Pandangan mata wanita itu mula kabur dek air mata yang mula bergenang.

           “Erk.. hmmm.. Uuu..mmi ttteee..lefonnn  Aisyah, kekee..napa kamuuu.. matikan telefon?,” ujar Ummi dalam gugup. Dalam hatinya memohon pelindungan Allah.

          “Hmm...” Hanif tersenyum. Senyuman Hanif bukan lagi penyejuk hati wanita itu. Senyuman yang menakutkan.

         “Hanif tak tahu pun Ummi gagap ek?,” tawa Hanif yang garau memecah ruang tamu Rumah Taman Budi. Gulp! Allahuakhbar...

         “Ummi cuba nak pisahkan Hanif dengan Liya ye???,” jerkah Hanif sambil merentap lengan wanita itu. Kini dia bukan lagi Hanif yang Ummi kenal suatu ketika dahulu. Hanif yang berada di hadapan Ummi adalah Hanif lain. Bukan anak Ummi.

Sebilah pisau pemotong buah sudah berada di tangan Hanif Ashman. Dia mengacahkan pisau ke leher wanita yang bergelar Ummi selama 28 tahun.

         “Hanif tak nak bunuh Ummi tau. Hanif nak bunuh orang yang langgar Liya. Jahat orang tu, Ummi. Dia langgar Liya kat Giant. Kesian Liya,” ujar Hanif. Tiba-tiba dia meraung. Pisau tajam itu mula dikelar-kelar pada tapak tangannya. Darah mula menitik di atas karpet Udani.

         “Sampai hati orang tu langgar Liya. Macam ni la darah Liya keluar, Ummi. Hanif tak dapat nak tolong. Hanif nak cari pembunuh tu. Pembunuh sial!!!!,” tambah Hanif lagi sambil mengetap gigi menahan marah.

         “Argh!!!!!!! Liya... aku sayang kau!!!!!!!!!”, jerit Hanif sekuat hati. Ummi berteleku mendengar pengakuan Hanif. Dia juga turut bersedih di atas kehilangan anak perempuannya. Hatinya turut dipagut duka saat tangisan Hanif bergema di setiap ruang rumahnya.

        “JANGAN BERGERAK, KAMI POLIS. RUMAH INI TELAH DIKEPUNG!,” laung pegawai polis lalu masuk ke dalam rumah dan menangkap Hanif.

        “Kenapa tangkap aku? Kenapa bukan pembunuh Liya??”, jerkah Hanif sambil menendang salah seorang pegawai yang sedang menggari tangannya. Sempat pegawai itu mengelak.

       “Bawa dia  ke balai,” arah Inspektor Rashid kepada pegawai bawahannya. Ummi terjelepuk melihat Hanif pergi meninggalkannya buat kali kedua. Segera diraih Hanif yang sedang digari oleh pegawai polis.

        “Ummi dah kehilangan Liya, Ummi tak mahu kehilangan kamu,” rayu Ummi dalam pelukan Hanif yang tak berbalas.

       “Maaf Puan, kami hanya menjalankan tugas. Sila ikut kami ke balai untuk membuat laporan,” ujar Inspektor tersebut. Ummi berlalu mengikut langkah Hanif ke van biru PDRM. Hanif terus menangis teresak-esak sambil tangannya cuba membuka gari.

Malam itu menyaksikan cinta Hanif yang terlalu tulus buat Awliya’. Kalaulah Awliya’ bisa menyaksikannya.....

 

*****************

Kolej An-Nisa’

Universiti Islam Madinah

1.00 pagi

 

Kelihatan seorang perempuan sedang menyuapkan Nasi Goreng Daging ke... TEDDY BEAR!

           “Abang, makan sayang. Ni Aisyah masak special tau,” lembut tutur kata Nur Aisyah pada Teddy Bear yang disangkanya Hanif Ashman. Namun Teddy Bear tetap Teddy Bear. Tiada respon.

            Aisyah naik berang lalu dilontar pinggan kaca berisi makanan itu ke dinding biliknya. Segera tangannya mencapai gunting  lalu ditikam bertubi-tubi perut Teddy bear itu hingga berhamburan kapas ke udara.

          “Padan muka kau, Awliya’. Rasakan penangan aku,” Ketawa Nur Aisyah yang menyeramkan memecah kesunyian Bandar Madinah. Otak gadis itu sudah tidak siuman lagi. Sekejap menangis sekejap ketawa. Hatinya benar-benar puas bersama bayang cintanya pada Hanif Ashman.

 

 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) Sila beri tunjuk ajar. saya ada kelemahan memilih tulisan dan susunan dgn betul. sila ajarin gue ^_^
  • 2) dah pergi madhinah pon gila? wow!

    kuat benar penangan cinta kan?

    kata orang..bila kita mencintai seseorang melebihi cinta kita padaNYA maka jodoh selalunya tak panjang. cinta yang menggila dan terlalu memuja adalah racun paling perit untuk ditelan.

    nice kozumi. cuba lagi untuk yang terbaik
  • 3) dah bc smlm nisaq..seperti selalu kesalahan typo di sana sini..tu perkara biasa..cerita semua ok dah..tp rsnya dlm tempoh 24jam baru leh buat report polis..bagus buat sy tertanya2 apa jadi kat diorg bedua tu..tp kan mcm xlogik je dah nk mati g pantai..hehe..apepun romantik la..hehe

  • (Penulis)
    4) syud: awk nak tau, madinah n mekah tu tanah keras tau. bkn keras apa, kalau salah ckp@ ada buat dosa kat malaysia, akan kena balik pd kita. tu sbb mekah dipanggil tanah haram.haram dr dosa n noda. thanks syud. first time ubah genre. terkial2. amik masa 2 hari nk siapkan ^_^

    paktam: kesalahan typo tu apa? saya mmg xreti. sila ajar cmne? sbnrnya report kena buat 48 jam tp ntah ngapa tangan ni gatai je continue, bkn nk betulkan. sbnrnya sy nak buat, awliya' mati, hanif sorokkan mayat kat BNO. jd lain plak... apapun terima kasih ats komen. nnt sy buat correction

    thanks korg ^_^
  • 5) hurm... 2 2 gile? wawawaw.
    jangan guna singkatan.pula jadi plak. etc.
    ejaan tu kena perhatikan sebelum posting k?

    idea... macam stereotype. huhuu
    tapia da nilai moral
    keep it up!

  • (Penulis)
    6) dayya: thanks dayah... ejaan yup2 mmg lemah.
  • 7) Salam Koizumi. Ada beberapa perkara yang menganggu saya dalam cerita ini.

    Pertama, sudut pandangan yang awak gunakan tampak celaru. Antara monolog dan naratifnya saya kira tidak wajar dicampur begitu. Sungguhpun hendak menampakkan kesan pada perasaan watak, ada cara yang lebih baik untuk menulisnya.

    contoh:

    “Hanif..” lunak suara Awliya’ terhenti. Steady Liya steady...

    Tidak salah jika awak menulis begini:

    "Hanif..." lunak suara Awliya' terhenti. Dalam hati dia bersuara moga ditabahkan diri untuk berhadapan dengan lelaki itu.


    Kedua, perkataan dalam Bahasa Inggeris tidak wajar dicampur dengan Bahasa Melayu.

    happykan aku bila aku sedih.

    Ketiga, ketika membacanya, perasaan saya libang-libu. Pada permulaan cerita sehingga pertengahan, ia tampak mendatar. Konfliknya menjadi tetapi digarap dengan kurang berkesan. Mungkin awak boleh perincikan lagi situasi ketika Liya dilanggar. Bagaimana?

    Keempat, tanda baca dan ejaan, perlu lebih kuat untuk perbaikinya.

    Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan jalan cerita tetapi olahannya harus lebih dikemaskan. Naratif tiada masalah, tampak kuat di situ. cuma bila dicampur dengan monolog dan dialog sedikit-sebanyak ia menjejaskan cerita.

    Teruskan menulis. Saya yakin kamu boleh buat lebih baik dari ini.

  • (Penulis)
    8) wan: terima kasih ye atas tguran saya sangat2 hargai.. inshaAllah saya cuba perbetulkan..
  • 9) hmmmmmmm.
    2 hari aje?

    hehe. tergesa-gesa sangat ni.
    riri, cerita sket 1 cerpen riri tu berapa lama tulis?
    ha ha.

    lepas abis tulis. eramlah koman2 3 mlm.
    tiap kali buka semula keesokannya. baca puas2.
    mesti akan perasan tempo2 yg tak kena. yg terkejut terkejut.
    ejaan2 yg salah apa semua.


    anyway, saya puji usaha dan keberanian tulis cerita sebegini. tulisan cenderung ke arah perdana. maka eloklah mengikut usul2 mereka di atas agar dikemaskan bahasa dan sbgnya.

    spt paktam, yep, ada beberapa plot yg nampak tak logik. tapi tak apa. seronok apa kita puaskan hati dgn tulis begini, nanti lama2 kita akan improve sendiri aspek2 tu.

    keep it up!
  • 10) saya pun pengalaman nak dibandingkan dengan senior2 lain, macam tak layakna mengomen.
    tapi seikhlasnya, pertengahan cerita, saya macam dah tak tumpu sangat pada jalan cerita. Mungkin fokus terlalu banyak pada watak yang berbeza-beza.

    overall.. ok! cuba lagi

  • (Penulis)
    11) caha: agak tergesa-gesa saya. Nak cepat post untuk lihat komen orang then baru perbetulkan. Mungkin saya kena ubah slps ni dgn mengeram (bak kata caha) dan baca berkali2. 1st time baca xnmpak lagi kan? thanks atas teguran

    ancalime: jgn kata awk je tak tumpu, saya pun sama. Nnt saya perbetulkan. awk, saya pun xlayak nak komen, tp sbnrnya komen2 awk n lain2 bermakna bg kita kat sini. Thanks

Cerpen-cerpen lain nukilan koizumi

Read all stories by koizumi