Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Permintaan

 

KAU! Ya, kau yang sedang membaca ini. Jangan takut, aku bukan nak pukul kau guna tali cemeti atau nak sembelih kau buat lauk pembuka selera. Aku hanya nak buat satu permintaan. Permintaan yang aku rasa kau pasti boleh tunaikan. Aku tak minta duit. Jangan ingat aku ni pengemis jalanan. Aku tak minta rumah.  Banglo lima tingkat aku sudah cukup gah di mata dunia. Aku tak nak pakaian. Baju dan seluar aku sudah terlalu banyak sehingga dengan murah hati aku jadikan kain lap lantai.

Jadi, tentu kau tertanya-tanya apa yang aku minta bukan? Kalau bukan harta, rumah, dan pakaian, maka apalagi yang aku perlukan? Takkan kau tak boleh fikir? Tuhan berikan kau akal untuk berfikir maka gunakanlah sebaiknya. Perkara semudah ini jika kau tak boleh fikir, maka kau tak layak diberi akal. Makanan dan minuman? Itu jawapan kau? Muktamad? Apa, kau mahu talian hayat? Kau ingat aku sedang main-main? Talian hayat itu hanya dalam permainan ‘Who want to be a millionnaire’. Oh, kau terkilan sebab tak dapat masuk pertandingan itu? Tidak mengapa, aku faham. Itulah bahana jika kau tak gunakan akal. Nak masuk pertandingan macam tu pun kau dah kalut. Ish… ish…

Hah? Cinta? Itu jawapan kau kali ni? Huh! Ada apa dengan cinta? Cinta itu hanya sekadar hiasan. Cinta itu tidak mendatangkan kebahagiaan. Buktinya? Pernah kau lihat orang bercinta yang sentiasa bergelak ketawa? Kerat jari jika kau cakap kau pernah lihat. Mustahil orang bercinta itu sentiasa gembira. Kerana apa? Kerana cinta itu bukanlah manis bak madu tetapi juga bukan pahit bak hempedu.

Nak bukti lagi? Kau ada baca surat khabar baru-baru ini? Tak baca? Apa kau sengkek sangat tak punya duit RM 2.00 untuk beli surat khabar?  Setakat RM 2.00, apalah sangat nak dibandingkan dengan t-shirt Guess dan beg tangan Gucci yang kau beli di uptown tu.

Untuk pengetahuan kau yang kedekut nak beli surat khabar tu, baru-baru ini ada kes buang bayi. Sudahlah dibuang dalam tong sampah, kemudian dibakar pula! Itu kerana apa? Kerana cinta! Ops! Sekejap, aku tak habiskan ayat aku lagi. Jangan kau nak melenting tak tentu pasal pula. Kerana cinta yang bertuhankan nafsu. Okey, ada faham? Bagus! Jadi, cinta itu bagiku tidak cukup kuat untuk buat aku bahagia.

Kau tak nak teka lagi? Ala, mudah benar kau mengalah. Generasi sekarang tidak macam dulu. Mana perginya semangat Tok Janggut, Datuk Bahaman dan Mat Kilau? Mereka dulu berpatah arang berkerat rotan mempertahankan nusa dan bangsa. Tidak kenakah sedikit pun tempias pada diri kau sehingga kau cepat putus asa begini?

Apa, anak-anak muda kini hanya tahu tergedik sana, tergedik sini, terkinja situ menari di pusat hiburan semata? Atau duduk bertinggung dua puluh empat jam di depan skrin LCD menonton sinetron atau gusti? Takpun, bertepuk-tampar merayau keliling kota tanpa arah? Atau melatih jari-jemari bermain permainan video yang menambahkan kadar bayaran bil elektrik di rumah? Oh, serasa mahu saja aku naik roket terbang ke planet lain yang lebih bertamadun masyarakatnya.

Jadi apa yang aku minta? Betul kau nak tahu? Atau kau sudah bosan mendengar aku berceloteh yang entah apa-apa ini? Nak dengar aku bicara lagi? Mengapa kau geleng kepala? Jangan-jangan apa yang aku katakan tepat kena batang hidung kau yang tersumbat itu? Hmm...

Sudahlah, aku juga naik muak membebel di sini. Kalau kau nak tahu apa yang aku minta, datang ke perpustakaan negara esok pagi. Di sana kau akan jumpa dengan apa yang aku mahu dan aku harap kau sendiri akan faham dengan gunakan akal kurniaan Tuhan.

Bagaimana jika kau tidak juga mahu faham? Kau korek tanah, benamkan kepala kau di dalamnya!

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Satira

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ya inilah..first time aku baca cerpen wan sampai habis..haha

    bagus.

  • (Penulis)
    2) rizzy: hehehe.... saya gembira awak berjaya habiskannya.

    saya pun tak tahu apa yang merasuk saya sehingga boleh tulis begini. melepaskan tekanan mungkin.

    terima kasih sudi singgah membaca...
  • 3) wan: Saya suka sangat olahan ayat, jalan cerita seperti bukan awak sebab di mata kasar saya, awak bukan menggunakan kata-kata sebegitu, betul tak? awak berjaya membawa watak yang bukan milik awak. Susah tau pada saya sebab kebiasaannya penulis akan menulis pengalaman sendiri.

    Soalan: ada apa di perpustakaan? ajak study sama ek? ala... saya pun tak faham. kena benamkan kepala la ek lepas ni huhuhu tahniah~
  • 4) ridh yg len ;p
  • 5) yup!, ridh yg lain.
    tapi saya rasa cerita ni kabur sangat. cuma beberapa bahagian tengah cerita tu yg sampai. olahan ayat best!

  • (Penulis)
    6) koizumi: oh, ini memang bukan saya. terasa mahu menulis sesuatu yang berlainan tapi hanya mampu tulis sependek ini. huhu...

    ada apa di perpustakaan? tak dapat jawapannya? hehehe... tak apa, kita tunggu orang lain punya jawapan. (ke mesej saya yang tak sampai? aduhai... )

  • (Penulis)
    7) robot: memang ridh yang lain. macam ada dua watak pula. dr jackel and mr. hyde ke? hehe...

    kamalia: huhu... bila baca semula, memang nampak kabur. motifnya tidak sampai ni. huhu... atau saya sekadar bermain dengan ayat sahaja? oh, saya jadi keliru tiba-tiba!

    terima kasih semua sudi singgah membaca...
  • 8) yeah! aku berjaya baca cerpen Ridh samapi tamat. Dan aku amat menggemarinya. Penuh pesanan dan pengajaran. Hebat!!

  • (Penulis)
    9) kurusawa: hehehe... tahniah!

    tapi tidak sehebat karya kamu kurusawa. banyak kurangnya ni... kena berguru dengan awak cara menulis cerita sebegitu.
  • 10) hurm tegas betul tulisan kali ini. lain daripada yang lain. nice!
  • 11) Untuk Caha: 'samapi' ialah nama kibas kepunyaan Abul Syaukah; seorang gembala kibas di Asmara, Eritrea.
  • 12) pengakuan ikhlas... sy bukak page ni bukan nk baca cerpen ni *akan dibaca kemudian* tp sbb sy tertepuk dahi sambil terketawa kecil setelah terbaca komen kurusawa kt live feed.. huhu... adeh..rasanya jojo kena wujudkan semula kamus typo ni...
  • 13) samapi samapi (nganjing kuru)

    wow ridh.
    ini adalah karya ridh yg paling tak skima yg pernah saya tgk
    *tepuk tepuk*
    boleh tahan juga ridh kalau dah membebel.
    *tepuk tepuk*

    dalam lebih mengolah kreatif, tata penulisan masih dijaga
    *tepuk tepuk*

    ridh ni semakin hari semakin mengejutkan saya
  • 14) terlewat lak memberi komen... sorry ridh..
    baru kebah demam nih... seminggu tersadai..

    ni betul ke ridh punyer? terkejut gak... hehehe
    gaya penggunaan watak pandangan kedua ni amat sempurna sekali..
    ayat juga tegas dan tidak seperti biasa...
    penekan kosa kata juga baik dan punya mesej...
    congrats....
    dah lama tak membaca karya 'ganteng' begini...
    nice

  • (Penulis)
    15) ucu: mungkin kerana melampiaskan tekanan kerana sudah lama tidak menulis.

    kurusawa:

    shazmiey: hehe... kurusawa itu memang ada sahaja idea menariknya...

    caha: saya juga terkejut dengan diri saya sendiri.

    kak adreena: terima kasih kak. semoga cepat sembuh. jangan lupa makan ubat...

    terima kasih semua sudi singgah membaca...
  • 16) heheh. lambat singgah sini, maaf.
    wow, meriah oke. membara2 betul perasaannya.. hhehehe.
    suka, suka!
  • 17) wah..riri kelainan yang lain..ada sket mcm "Kerusi Kepunyaan Cow"..tp yg ni agak kemas...seb bek sy xpernah beli beg tgn Gucci kat Uptown..haha..
  • 18) Ridh...apakah permintaan anda? Anak muda kena banyak membaca ke?

  • (Penulis)
    19) dayya: memang tengah membara waktu menulis secara spontan ni.

    paktam: hehehe... sesekali mahu lari dari tema biasa...

    jo3y: tepat sekali! selalu pergi perpustakaan, baca buku, timba ilmu...

Cerpen-cerpen lain nukilan ridhrohzai

Read all stories by ridhrohzai