Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Ciko Kembali Berairliur Basi

Cerpen sebelumnya:
Hikayat Puteri
Cerpen selanjutnya:
Deja vu Elton John

Ciko sakit perut akibat makan cili yg dipotong dadu-dadu oleh cikgu Manap. Dia berak. Jamban ditinggalkan berbau betik. Ciko berlari anak menuju ke depan televisyen. Dia bersimpuh sambil menggamit cikgu Manap menonton bersama. Rancangan petang itu bertajuk ‘Rambut Sama Hitam,Tahi Lain Lain’.

Sedang khusyuk Ciko merenung skrin, dia teringat kisah silam sewaktu dia bermain teng teng dengan Majid. Majid selalu dengki. Batu milik Ciko Majid baling jauh masuk dalam semak. Bila Ciko nak jalan, Ciko selalu tengok batu dia dah tak ada. Ada satu kali tu Majid terbaling batu Ciko kena buntut pak Salihun ketua kampong. Teruk Majid kena dera. Ciko simpati tapi Ciko puashati.

 

Ciko teringat masa tu dia tak boleh nak tidur malam akibat Majid tidur sambil sebut nama cikgu Manap.

‘cikgu Manap….Manap bin Panam..Manap..’

Suara Majid macam daun lalang menguis lubang telinga Ciko. Telinga Ciko macam pokok semalu menahan geli. Menguncup. Dia betul betul stress. Lantas Ciko menulis surat kepada Majid.

‘Majid..sampai hati kau sebut nama cikgu Manap. Aku dengki. Aku tahu cikgu Manap suka dekat kau. Kalau tidak dia tak masakkan kau petai campur udang sambal. Dia juga belikan kau kereta mainan ‘Tayiba’. Aku pun nak main juga. Tapi bila aku cakap ‘mana aci’ cikgu Manap selalu nyanyi lagu “Aci kandewa dewa duku duku daka daka polepole aci aci lana walana aci keduk..”

Aku redha Majid. ‘

Ciko bangun dari baring bila masuk waktu subuh pada pukul 6.08 minit. Dia akan mengejutkan  Majid dengan  penyapu jenama ‘Bulubah’. Dihayun batang penyapu itu ke betis Majid kuat kuat. Lalu Ciko lari masuk jamban. Dia hanya dengar Majid menjerit kesakitan macam bapuk siam tak dapat beli baju dalam jenama ‘Longga’.

Satu hari Ciko dapat tahu Majid kena masuk sekolah asrama penuh. Majid sambung belajar diploma dalam bidang ‘sains maklumlahpanas’. Ciko melompat riang sampai cucur yang digoreng cikgu Manap bertaburan di kaki Majid. Dia gembira mendengar berita itu. Dia bakal duduk berdua-duaan dengan cikgu Manap. Dia akan dapat kasih sayang sepenuhnya dari cikgu Manap. Dia juga bakal dapat kereta mainan.

Ciko kembali memberi fokus pada rancangan di kaca televisyen.  Sambil tersenyum dia menoleh ke arah cikgu Manap. Ciko kembali berairliur basi. Dia kini dapat tidur lena tanpa Majid.

Cerpen sebelumnya:
Hikayat Puteri
Cerpen selanjutnya:
Deja vu Elton John

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.3
6 Penilai

Info penulis

Rizzy

kurap yang mujarab. 
Rizzy | Jadikan Rizzy rakan anda | Hantar Mesej kepada Rizzy

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Rizzy
Tersangkut (Filem Pendek) | 18519 bacaan
Pak Kadiyag | 37393 bacaan
"Kasim"hannya Beliau | 2759 bacaan
Kiting Ke Kedai | 3442 bacaan
Soalan Gudun | 3829 bacaan
Denganmu Kutenang | 3055 bacaan
Kepala Monitor Alpetoh | 2923 bacaan
PCB#2 : Monolog Niraq | 2954 bacaan
Kau Suka the Cerpen (feat. Paktam) | 4606 bacaan
Tangisan Dodo | 3251 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

17 Komen dalam karya Ciko Kembali Berairliur Basi
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik