Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

KONTROVERSI KAKI GUNUNG SUMALAYANG

 

KELAKAR

Kelakar yang telah lama hilang tiba-tiba datang dengan egoisnya meminta semula Ketawa yang telah aku bakar dan abunya aku tabur di kaki Gunung Sumalayang.

Bila aku kata Ketawa sudah tiada lagi dalam simpanan aku, dia mengamuk hempas meja hempas kerusi kerana tidak percaya. Katanya, mustahil! Katanya dia cukup kenal aku untuk tahu aku ini seorang yang amanah dalam hal-hal simpan-menyimpan. Tak mungkin sesuka hati semudah itu aku buang sesuatu yang tidak boleh dibeli di mana-mana kedai atau pasaraya dan tidak boleh digadai atau dipajak kerana sesuatu ini tinggi nilainya tiada mata wang setaraf dengannya. Kelakar bertindak nekad melaporkan pada Ketua Rela Kampung yang aku telah menculik Ketawa darinya.

Haih... Kelakar, Kelakar, kelakar betul kau ini.


KETAWA

Ketawa sangat sedih. Sudahlah selama enam tahun tiga bulan lapan hari dibabikan oleh Kelakar, Ketawa telah dicampak hina di depan rumah aku.

Waktu itu, keadaan Ketawa sangat menyayat hati. Bajunya rabak sana-sini, seluarnya sangat pendek seperti digigit anjing Tauke Kok dan hanya berkaki ayam walaupun kaki Ketawa jauh lebih comel dari kaki ayam dan kenyataannya Ketawa kakinya berjari lima tetapi ayam cuma tiga tapi ya, Ketawa berkaki ayam. Wajahnya comot diconteng arang kayu bakau. Rambutnya kusut seperti sudah sepuluh tahun tidak dilumur minyak kelapa.

Air matanya meleleh tak henti-henti, berhari-hari, berbulan-bulan hinggalah cukup setahun tiga bulan tujuh hari lima jam, Ketawa tak bangun subuh walaupun sudah aku simbah sebaldi air perigi. Ketika itu, aku sedar Ketawa sudah tiada.


KETAWA DAN AKU

Kami adalah kawan baik. Tidur sebantal, makan sepinggan.

Bila Ketawa buat pengakuan pada malam Awal Muharram yang dia sudah menerima Kelakar, aku sedikit terkejut tapi tidaklah terus membangkang. Aku tanya Ketawa adakah dia benar-benar pasti Kelakar orangnya? Dia kata dia pasti bahawa hingga mati Kelakarlah raja dihati. Aku tanya lagi, apa dia sudah bersedia untuk hidup seumur nyawa, waktu ketawa atau menangis, sihat atau sakit, kaya atau miskin, dengan Kelakar? "Kalau hidup nanti jadi sial, biar aku telan sial itu dengan dia hari-hari!", balas Ketawa dengan senyuman penuh keyakinan yang kemudian dilatari dengan sebiji lemon dan sebiji anggur menari-nari di atas tasik dan bunga api saling memercik di kanvas pekat malam.

Jadi, aku tak punya pilihan lain selain dari menyokong, kan?

Lagipun, Ketawa sajalah satunya kawan baik yang aku punya. Jika aku menentang, dia akan menjauhkan diri dan aku bakal terpaksa menghadapi kemungkinan ngeri yang kadar menjadi kenyataannya adalah 99% iaitu kehilangan Ketawa.


KELAKAR, KETAWA, KETUA RELA KAMPUNG DAN AKU

Dipendekkan kisah. Ahh.. Kamu pun sudah tahu kan penamatnya? Kelakar sampahkan Ketawa lalu dipulangkan ke Aku dengan tanpa belas. Ketawa meratap makan hati hingga ke mati.

Aku pula terpaksa berlakon dengan Ketua Rela Kampung yang juga terpaksa berlakon menyoal-siasat aku atas tuduhan tak rasional yang dilempar Kelakar. Ini sajalah perkara baik yang mampu Aku dan Ketua Rela Kampung lakukan setiap hari untuk Kelakar yang sedang meniti hari-hari terakhir hidupnya. Dia telah didiagnos dengan penyakit gila talak peringkat akhir.

Tiada harapan untuk diselamatkan lagi.


KAMU

Hargai mereka yang disisi. Sayangi mereka yang peduli.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) KAMI

    baca cerita tentang Kelakar, Ketawa, Ketua Kampung & Aku kemudian memberi rating dan komen, yosh!
  • 2) woooo....terlalu dalam maknanya.
  • 3) hahaha.
    falsafah ini saya suka. ketawa dan bahagia.. gumbira!
    terima kasih! ehhe

  • (Penulis)
    4) jojo - trimas!

    rearrange - ya. trimas!

    dayya - trimas kembali.
  • 5) ha ha. patutlah kamilia gemar benar buka blog hulu balang.
    memang sepesen!
    penuh falsafah!

    eh ke, kau orang berdua adalah rakan?
  • 6) woot! woot! sgt paradoks cerita ini... Ketawa & Kelakar dalam situasi sedih & menangis.

    caha: awak mention saya ke? kamilia? kamalia? ke, saya yg mmg perasan sorang2?

  • (Penulis)
    7) cahatomic - trimas.

    kamalia - saya rasa saya pernah jumpa kamalia masa kapasitor buat event kat CM dulu. kalau tak silap saya, kamalia ada tegur saya sebelum kami sama-sama naik ke Annexe. kamalia datang dengan adik dia masa tu kalau tak silap. trimas ya kamalia!
  • 8) hiperbola dan perlambangan yang berkesan. mesejnya juga mudah difahami. baik!

  • (Penulis)
    9) ridhrohzai - trimas!
  • 10) tapi,Kecewa sedang ketawa. Sengsara sedang main lompat getah. Derita sedang makan aiskrim roti. gud2 job!
  • 11) lawak pergi mana?

    menarik!

Cerpen-cerpen lain nukilan hulubalang

Read all stories by hulubalang