Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Dendam Binturong di Pawagam Part 1

Cerpen sebelumnya:
KERUSI
Cerpen selanjutnya:
Cekgu, kenapa saya ponteng..

 

Namaku Edward Gastroentero Jambari (dalam bahasa arab, ‘jambari’ bermaksud ‘udang’. Tapi ini tidaklah bermaksud yang bapakku adalah seekor udang!). Aku  seekor binturong. Ini adalah sebuah catatan yang penuh dendam. Catatan satu peristiwa hitam di sebuah pawagam!

 

Sebulan yang lalu, aku di suruh oleh majikanku tuan Manap al - Karoke untuk satu tugasan mengintip.  Mengintip cikgu Ali. Mula-mula aku pun  hairan juga. Kenapa tuan Manap nak aku intip cikgu Ali? Apa yang cikgu Ali dah buat? Aku masih ingat jawapan tuan Manap bila aku ajukan soalan itu.

 

“ kau buat ajelah..ini satu arahan!”

 

Aku yang memang bukan jenis pak turut, terus menjawab.

 

“ tapi tuan..kenapa?”

 

Soalan ku dijawab dengan satu tendangan padu maut di bahagian Oesophagus.

 

Mujurlah aku ni bekerja dengan dia. Kalau tak, dah lama dah aku lawan balik. Bagi gigitan binturong peringkat kancing gigi pun dah cukup!

 

Hmm…tapi apa yang sudah berlaku pun berlakulah! Aku di’karate’ oleh cikgu Ali tatkala aku mengintipnya! Nyaris-nyaris aku pengsan sewaktu tangan kanan cikgu Ali menakik tengkuk ku. Bulu di leher dan sekitar bahuku menjadi penebat yang hebat dan mampan.

 

Selepas kejadian malam Jumaat yang hampir-hampir mencabut sembilan belas helai tengkuk dan tiga ratus bulu hidungku itu, aku sudah jera!

 

Aku sudah fed-up! Aku bertekad, tak akan lagi membantu manusia! Tak kira kerja yang baik mahupun yang buruk! Manusia memang tak boleh dipercaya!

 

Ketika saat aku meradang di dalam hati dan menyebut caci maki kepada manusia, terutama tuan Manap (aku masih lagi memanggilnya tuan! Cis!), aku disapa  oleh satu suara yang sangat misteri dan meremangkan bulu perutku!

 

“manusia memang tak guna…ohoiii…manusia memang jahat! ohoiiii..”

 

Aku berpaling ke arah suara yang asyik ber-‘ohoiiiii’ seperti M..Daud Kilau itu.

 

“Bondaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

 

Suara panggilan kepada ibuku itu terlantun di seluruh pelusuk kota. Mungkin juga sudah sampai di piring pemancar Gagaksatsat-hei(satelit buatan binturong).

 

“kenapa kau menjerit memanggil ibumu..ohoiii?”

 

Aku sudah tidak mampu menjerit lagi sewaktu sosok misteri itu mengeluarkan soalannya.

 

Apa tidaknya. Sosok itu rupanya seakan satu makhluk yang sangat menakutkan! Matanya bulat dan berada rapat di antara satu dengan yang lain. Telinganya besar dan seperti daun yang terbakar. Bulu di badannya amat berserabut! Giginya panjang dan tajam terkeluar dua batang di hujung bibirnya yang kecut! Tangannya! Tangannya yang paling menakutkan! Jari-jarinya kering seperti jari mumia firaun mesir. Kepanjangan jari-jari tangan berbeza-beza. Jari hantunya! Jari hantu kedua-dua tangannya amat kurus dan panjang sekali! Berkuku tajam bak mata pensil yang baru diasah dengan karok(sharpener!). Maaf! Aku masih terkejut hingga sekarang!

 

Tiba-tiba si makhluk itu dengan pantas meluru ke arahku! Sebelum sempat aku berkata,

 

“woi!!! Apa ni?!”

 

Makhluk itu sudah berada di atas bahuku. Ia memegang kepalaku dengan kedua-dua tangannya yang ku rasakan agak lembut bak baru di lulur dengan herba “MardaTilaarrrggghh”.

 

Dia mengetuk-ngetuk tempurung kepalaku dengan jari tangannya. Aku tak pasti jari yang mana, sebab aku tak dapat melihat dengan jelas!

 

“kuk! Kuk! Ketop!”

 

Aku dapat rasakan gegaran di bahagian Hippotalamus otakku.

 

Dengan tiba-tiba juga makhluk itu melompat kembali ke hadapanku.

 

Saat itu barulah aku dapat melihat wajahnya dengan jelas. Ia kecil saja. Tapi, amat ganjil rupanya. Kami terdiam untuk seketika. Memandang mata antara satu sama yang lain. Mendengar bunyi nafas dan degup jantung masing-masing. Selepas bunyi ‘Lub-dup’ jantungku yang ke seratus dua puluh, ia berkata kembali.

 

“kepalamu berisi otak yang geliga! Ohoiiiii… Tak ada ulat! Ohoiiiii…”

 

Setelah Berjaya mengumpulkan kembali semangat dan kejantanan, aku pun bertanya,

 

“siapa kau?!”

 

“Namaku Cahi Sucing Tomi. Aku seekor Aye-Aye!”

 

“Aye! Aye!???”

 

“yaaa…Aye-aye!”

 

Aku cuba mengorek kesemua memori dan ilmu yang aku ada dari dalam otakku yang takde ulat bak kata si Cahi itu. Aye-aye..Aye..aye…apa itu..Aye-Aye? Aku buntu!

 

“kau tak perlu fikir dan risau tentang aku..ohoiii….tentang dari mana aku berasal..ohoiiii….tentang apa itu Aye-aye! Ohoiii…. Yang penting! Tentang dendammu!!..ohoiiii”

 

Aku terpana. Sudahlah makhluk ini ganjil. Boleh membaca fikiran pulak!

 

“aku boleh membantu kamu…ohoiiii ayuh! Kita ajar manusia-manusia itu!!! Ha hah hah! Ohoiiii!!”

 

Saat itu, kepalaku penuh dengan lagu..”senyumlah..senyumlah ahai..che mek molek! Senyumlah! Senyumlah ahaiii! Che mek molek!”

 

 

…………………………………………….. .

 

 

 

 

 

Cerpen sebelumnya:
KERUSI
Cerpen selanjutnya:
Cekgu, kenapa saya ponteng..

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.0
4 Penilai

Info penulis

Kurusawa

Dijamin Kempling!
Kurusawa | Jadikan Kurusawa rakan anda | Hantar Mesej kepada Kurusawa

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Kurusawa
Beby | 3246 bacaan
Encik Subatron mahu ke pesta | 3138 bacaan
Min patah hati. | 2615 bacaan
Makcik Georgiana Datang! | 9682 bacaan
Misi penting | 9040 bacaan
Kejadian yang menghampakan pasukan MATTT | 9682 bacaan
Malaon nak ke Bazaar Ramadhan | 2472 bacaan
Mak! dah bulat! | 2946 bacaan
Ayat-ayat Ibu | 4561 bacaan
Kutu yang ingin berhijrah! | 2839 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

5 Komen dalam karya Dendam Binturong di Pawagam Part 1
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik