Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Angan Bahagia

  • 15
  • azix
  • 17 years ago
  • 3,348
  • FREE

 

            Termenungku bersendiri di jendela kamar. Merenung bintang yang bergemerlapan di angkasa raya, menemani sang bulan yang memantulkan sinar sang matahari hai sahabatnya. Indah sungguh alam ciptaan Ilahi. Sesungguhnya aku bersyukur dikurniakan hayat untuk menghirup oksigen dan menghembuskan karbon dioksida di muka bumi ini. Hidup bukanlah satu pekerjaan tetapi bagiku hidup ini peluang yang hadir sekali untuk diriku menghayati kebesaran yang Maha Esa. Aku tersenyum sendirian.

          Kugenggam kemas tangan insan separuh abad di hadapanku. Kerutan usia di wajahnya bagai menceritakan pahit dan manis meniti hayat di dunia. Tanpa kusedari, peluh dingin mula merecik di dahiku, meluahkan debaran di hati. Dada ini bagaikan mahu pecah menahan degupan jantung yang kian kencang. Kutoleh wajahku ke arah si dia yang menemaniku membaja benih cinta di hati. Gadis berwajah manis bermata sepet ini tunduk sambil tersipu malu. Kutarik nafas dalam-dalam yang beserta harapan agar aku mampu menyembunyikan gugup di hati ini. Lantaran itu, lafaz jurunikah kusambut pantas penuh yakin. Kata-kata lancar meluncur keluar dari mulut ini. Kini, kau isteriku.

         Paluan kompang bersoral riang bersama kegirangan hatiku. Aku bersyukur, benih cinta kami telah disatukan. Pautan tangan si dia membuatkan jiwaku tenang. Kujeling manja si dia yang manis dan bermulut comel. Senyuman ayu terukir di bibir si dia. Hari ini, seluruh warga kampung menjadi saksi cinta si dia yang menjadi hak mutlak diriku. Akan kupastikan rumahtangga ini subur dan mekar dibajai belaian kasih hari demi hari.

         Hidangan istimewa tersedia tidak kuhiraukan. Biarlah garam berkuahkan cuka pastikan kutelan asalkan cinta ini mampu dipertahankan. Asalkan dirimu milikku, sayang. Aku tersenyum menyuapkan nasi hari berbahagia ini ke mulut comel si dia. Tergelak kecil memikirkan andai si dia tergigit jariku. Terserlah keayuan si dia bertemankan lesung pipit di pipi gebunya.

 

         "Amboi, anak mama ni! Bukan main lagi sengihnya, sampai ke telinga. Yang kamu dok sengih-sengih ni ada apa? Karangan yang Cikgu Zulaikha nak esok dah siap?" Aku masih lagi tersengih mendengar kata mama.

        "Belum, ma," jawabku ringkas.

         "Laa. Tadi kamu buat karangan ke berangan? Dahlah, Meon, asyik tak serius je kamu ni. Cepat siapkan. Lepas itu, tidur jangan lupa gosok gigi, basuh muka. Kang mimpi lagi bende yang kamu berangankan tadi," ujar mama sambil berlalu melewati pintu bilikku.

          Lagi seronok kalau sambung angan tadi dalam mimpi. Tertawa sendirian. Aku tunduk tersipu malu. Yang pasti, esok aku akan tertidur lagi dalam kelas Cikgu Zulaikha. Tak kisahlah! 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1)

    Sila-silalah komen dan nilaikan ye! Terpikir wat mende alah ni tym kne kuarantin kat skolah dlu..tengkiu..Embarassed

  • 2) hehehehe skola2 dah berangan detail2 ye :p koolness!

  • (Penulis)
    3) hihi..xde la detail sgt..kalo detail sgt kang tokley submit kat kapasitor...Cool
  • 4)

    tersengih2 aku mengenangkan budak sekolah berangan mcm nih.

    aippp!!babab kang!!


  • (Penulis)
    5)

    ala cik blurdoblas ni..mcm la xpenah brangan..hihi

     

    btw, adehh! saket ler..sape babab nih? aduhh..saket pinggul ku...

  • 6)

    susunan ayat yang baik!

    Termenungku bersendiri di jendela kamar <<-- mungkin lebih elok jika keadaan sekitar diperinci dengan lebih dalam. Sekurang-kurangnya pembaca dapat menghayati perasaan penulis ketika sedang termenung.

    good job adik! 

  • 7) Cool
  • 8) amboihh..gatalnyer meon~ kecik2 dah dok brangan..hahaha

    sooo...nice!
  • 9) >eHeH..bDk sKolaH memnH kuaT brangaN kn:)
    > dE bezT tiMe i eVr haD..
  • 10) suke gaya bahasa...ayat tersusun =)

    hahah..tak mudah btl angan2 si budak meon.
  • 11) kuat sungguh perasaan memorabilia kau azix. hehehehe layan... tulisan yang lembut dan senang membawa-bawa perasaan...


  • 12) haha..
    cinta terkesima seketika~....
    x reti la nak buat short story cmnih...
    waaaaaa....bagus2...i like~
  • 13) heyh meon meon,,
    sme cam penulisnyer,,
    nakal btol,,
    kecik2 da pke cm2,,
    nk smbung dlm mimpi plak 2,,
    esk nyer bkn stakat tdo dlm klas,,
    malahan lambat ke skola(tawkan knape,,hehe,,)
    nice short story dato!
    eh azix,,
  • 14) ahaha
    jln cite best...
    gaya bahasa menarik
    (tgk la trainer nye...cikgu midza!haha!)

    xkan smpai sini je??

  • (Penulis)
    15) illy..ni buat tym zmn2 kebosanan dlm klas la..haha

Cerpen-cerpen lain nukilan azix

Read all stories by azix