Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

katil di wad 4b

 

suasana dalam wad 4 sunyi tiba-tiba.sudah seminggu aku berada di sini. penat? mungkin? tapi belum penat menjaga nenek. kenapa? aku tidak tahu. nenek dari tadi tidak boleh lelap mata. kata dia, dia mahu pulang. dia nak balik rumah siapa katanya..tapi dia tidak mahu susahkan sesiapa. aku malas nak janjikan apa-apa. kalau aku kata orang tua sepertinya tidak akan menyusahkan anak2nya. mungkin aku menipu nenek. dia pun tahu hakikatnya. bak kata orang, seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anak, tetapi seorang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu. jangan kata mampu, boleh pun belum tentu. aku sebagai cucu pun belum tentu mampu. ah, aku tak mahu cakap besar. aku hanya cuba sedaya upaya.

aku mula berkhayal..aku pernah terdengar bisikan bangga anak2 seluruh dunia, mengatakan mereka mahu belajar bersungguh-sungguh. supaya besar nanti mereka boleh "membalas jasa" ibubapa. beli rumah besar, kereta besar dan memberi duit banyak kepada ibubapa. itu ke yang dorang nak? duit? kereta? rumah? mereka sendiri dah bersusah payah dapatkan harta2 tu, tanpa bantuan korang kot. masa ibu bertanya kepada aku, kakak ko nak belikan aku rumah, ko? aku terdiam. ya, aku tak tahu nak jawab apa. ibu kata lagi, "ntah-ntah ko letak aku kat umah orang tua-tua"... aku jawab "mungkin". ibu kata "sampai hati ko!" aku jawab..."kita xboleh predict furture bu, kita tak tahu kalau satu hari nanti kita berubah.kalau saya janji macam2 skrg, kalau saya xdpt tunaikan.kan lagi dosa". setiap kali aku teringat kata-kata itu, aku tahu aku menyentuh perasaan ibu. tapi aku hanya bersikap jujur. aku tak mahu jadi anak yang bongkak. janji macam-macam lepas tu lupakan keluarga. MasyaAllah...Jauhkan!

aku masih di Hospital, melihat nenek yang terkebil-kebil. tiba-tiba dia tersenyum, ketawa pula sampai menitis air mata. aku tanya kenapa ni?

nenek: sheila, dulu paling susah ....nak duduk diam, ....orang nak pakaikan pampers, dia lari...tayang semua buntot depan atok. pendiam je budaknya. orang cakap tinggi sikit, nangis. dah besar tak sangka atok...

dia menangis lagi...aku tanya lagi...kenapa plak?

nenek: yelah, tak sangka..dah besar ni...sheila yang jaga kencing berak atok. semua sheila dah tengok.betul xsangka.

nenek terus sebak. xpe nak, ada hikmahnya.(dia mengelap airmata,dengan tangan bengkak asyik kena cucuk ubat antibiotik)

aku terdiam. luluh hati dia. aku tak boleh nanges depan dia. aku lena ceriakan dia. kalau x dia akan semakin lemah.

aku: dah2...kita nak balik kan...smile...

tu je yang mampu aku ucap kat dia.

nenek:senyum la ni. kesian sheila jaga atok, lari dah boyfriend sheila.

aku tak sangka nenek aku tahu future aku. betul, bf aku tinggalkan aku. ah! peduli apa aku.
aku pun xsangka aku yang akan jaga dia semasa dia sakit. aku tak menyesal sebaliknya aku rasa puas. semua orang kata ada hikmahnya. besar pahala. aku tak terfikir semua tu. it happens in a flash. kalau aku tau tentang balasan atau pahala, dah lama aku membontot jaga setiap orang tua yang aku jumpa.

ini perkara yang benar-benar berlaku pada ku...hanya selepas itu, seorang insan bernama kakak menolongku. dia juga sayang nenek. dia menemani nenek untuk beberapa malam..^ ^...aku tau semua orang sayang nenek. kalau kamu benar sayang...tunjunkkanlah. dia perlukan kamu....:) itupun selagi hayat dia ada. kalau aku dan kakak mampu luangkan malam2 kami menjaga atok, kenapa tidak kamu semua. kami xharapkan balasan. kami juga ada kehidupan. kami juga ada masalah.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) perkongsian yang baik sheila
    saya tak ada dah atuk nenek. huu.

    saya dah la berjauhan dengan keluarga. kelak bila ibu bapa mula sakit-sakit. entah bagaimanalah tindakan saya.

    ujian akan tetap datang dalam perbagai cara kepada kita semua. semoga kita sedar hikmahnya.

  • (Penulis)
    2) terima kasih...xda org yang fhm perasaan saya kat umah ni...bukan saya tak ikhlas...tapi apa yang saya nak bgitau...saya pun ada kerja sekolah yang perlu dibuat...mereka langsung xfikir......itu saje yang buat saya sedih...
  • 3) ermm sy stil ader nenek..tp sy xrapat dgn nenek..nenek jauh..di spore..tp even kami semua da keje..kami hire maid tuh teman wat maen..ujung mgu or sbln sekali mak ayah sure blik spore jenguk..so conclusion jgn kawen jauh2..xpun call laa sll..sure sikit sbyk org tuer kiter akan epy..btol x?
    aper yg aciq merepek nih..sowii

  • (Penulis)
    4) cika: saya pun ada nenek sebelah ayah kat sgpore..we really didn't know much about her...i know my family isn't being fair...*sigh*...
  • 5) i luv my nenek..kesian sgt x de org nak jaga time parents aku kua keje..terpaksa menumpang umah jiran..kadang2 terpaksa di hantar ke rumah anak-anak yg laen..menangis die sorang2 nk dok kt kmpung..smpai bile sume ni nak berakhir...kalo le aku ade kemampuan tuk mnjaga nenek setiap masa..hmm..
  • 6) Sabarlah sheila. berkat jaga nenek nanti ur exam will be the best result; flying colours. jangan difikirkan org2 lain; ikhlas menjaga - bukan memendam benci

  • (Penulis)
    7) @paiwunan...kesiannya nenek awak....saya doakan yang terbaik untuk awak sekeluarga...

    @rearrange...thanks..
  • 8) agree with others.. kadang2 org takkan faham apa yg kita alami, atau berpura2 taknak faham, lepas tangan. ambil sikap sambil lewa. tapi kita kuat bukan?

    and I know...you can do it sheila
  • 9) Saya sentuh dari sudut cerpen ya:

    Pertama, temanya sudah ada. Cuma kembangkan lagi persoalan supaya menjadi cerita yang lengkap.

    Kedua, emosinya juga ada tetapi seringkali terputus-putus.

    Ketiga, sebuah perkongsian yang baik.

    Hargailah mereka yang berada di sekeliling kita kerana kelak, kita juga akan dan perlu dihargai...

Cerpen-cerpen lain nukilan sheila

Read all stories by sheila
No stories.