Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Nanan Bermain Bom

  • 5
  • Rizzy
  • 14 years ago
  • 2,635
  • FREE

 

Nanan gila. Dia suka makan nasi  lemak. Tiap-tiap hari dia makan. Kalau satu hari tak dapat nasi lemak, dia mengamuk macam orang gila. Habis semua kerusi meja dia bagi terbalik. Termasuk kereta jiran yang bernombor plat BDF 9994. Sampailah mak dia hulur sebungkus nasi lemak baru dia berhenti mengamuk. Kalau tak, sampai bila-bila pun dia mengamuk dan semua yang terletak elok jadi terbalik-balik.

Satu hari, sedang nanan sibuk menyuap nasi lemak, datang seekor kuda belang ke rumahnya.

‘Assalamualaikuuuummm…ada orang tak di rumah??’

Dengan tangan yang sedang mensauk sesuap nasi bersama  secebis telur rebus, Nanan bingkas membuka pintu rumah.

‘Alaikumsalam…hah, kau datang nak apa ni??’ Nanan menyuap nasi yang ada ditangannya.

‘Nan…jom la kita pergi main bom.. hari ni mak ayah aku tak ada kat rumah. Diorang pegi mati..’ kata kuda belang itu.

‘Haisshhh..kau ni miaw, tak baik kau cakap mak ayah kau pegi mati ..’ Nanan mengerutkan dahinya yang dongga.

‘Laaa..betullah. Aku sendiri tanya mak ayah aku tadi. “Mak ayah nak pegi mana?”..ayah aku jawab..”Pegi mati..” buat apa aku nak tipu kau Nan..’

‘Hmm..yelah tu..ni kau nak ajak aku main bom dekat mana ni?’

‘Alahai..macam tak biasa la kau ni Nan..kat mana lagi..tempat biasa la. Belakang rumah ketua kampong..’

‘Wokey..kau tunggu kejap aku nak salin baju..’ Nanan masuk ke dalam.

‘Kau nak pegi mana ni Nan?’ Tanya Mak cik Punah binti Keriau. Mak kandung Nanan.

‘Nan nak pegi main bom kejap dengan Miaw..’

‘Mana kau dapat bom ? nak pegi main pulak..?’

‘Bom Nan mintak dekat Paktam..dia kan askar..dia banyak simpan smoke grenade..’

‘Hmm..yelah..kau mainlah..jangan balik lambat-lambat pulak..kau tu dah la gila nanti kena tangkap dengan hantu pulak..’ pesan Mak cik Punah .

‘Wokeyy..’

Dengan pintu dibiarkan terbuka luas, Nanan keluar bersama kawan baiknya Miaw. Mereka  menuju ke rumah Pak Talit bin Kodi. Sesampainya di sana, Pak Talit menegur .

‘Hah Nan..! kenapa kau bawak baygon tu? Kau nak sembur nyamuk ke?’

‘Pak Talit ni…pandai-pandai je bagi nama dekat bom …nama bom ni bukan baygon la..nama bom ni Paktam..’ Ujar Nanan sambil mencangkung di bawah rumah Pak Talit yang bertiang seri. Dia pun mula bermain.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) cerita ini berdasarkan kisah benar..diolah sedikit. huhu
  • 2) Hahaha.. Mak Cik Punah memang, dah tahu anak gila lagi kasi main "bom". pak talit pun satu. Adakah beliau mahu melakukan penipuan insuran?
  • 3) Baguih2! Ampat bintang dan tahi kumbang aku bagi!
  • 4) Hehehe... Aish, nanan, lain kali bawa peluru berpandu sekali.
  • 5) perkataan yang kau susun dan jadikan satu ayat tu aku respek, humor kau keluar cantik.

Cerpen-cerpen lain nukilan Rizzy

Read all stories by Rizzy