Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

keranda kita 1

Cerpen sebelumnya:
Diari Merdeka I setengah.
Cerpen selanjutnya:
Diari Merdeka II

      Peluh sudah mula membasahi tubuhnya.Matahari kian condong ke ufuk barat bumi namun ia masih lagi akur membakar liang-liang roma insan yang bertaburan di setiap sudut alam. Kerengga-kerengga kecil jatuh ke dasar semak akibat ingkar dengan arahan ibu kerengga. Cuti yang panjang kian tamat. Hari-hari terakhir di kampung halaman dirasakan  begitu cepat berganjak. Seolah-olah bom masa yang hanya menanti waktu untuk meletup dan memusnah.”Harap-harap segala yang indah ini tidak hanya sekadar igauan di siang hari,”hatinya berdetik mengenangkan sesuatu yang kian bercambah di setiap salur arteri tubuh hinggalah ke segenap ubun-ubun kepalanya.

       Kicauan burung yang pulang ke habitatnya telah mematikan lamunan Jantan. Sepantas tupai beliau terus melorot turun dari dahan ke dahan pokok yang selama ini tidak pernah putus untuk memberikan hasil kepada tuannya sebagai tanda penghargaan dan kesetiaan.Tiga beg plastik buah manggis yang dipetiknya sudah cukup berat untuk di bawa pulang ke ibu kota. Apatah lagi dengan hanya menaiki bas. Entah bila tanpa di sedari oleh sebilangan makhluk yang mendiami dimensi ini, malam telah memulakan tugasnya untuk mentadbir bumi. Sebuah gitar tua menemani malamnya. Jari jemari kasar Jantan mula memetik not-not lagu rindu.” Tido lah awal nak oi,esok kan nak bangun awal,”terdengar sahutan Mak Temah sayup-sayup dari dalam rumah.

Dia bingkas bangun menuju ke dapur. Dua cawan teh dibawa keluar ke ruang tamu.”Ayah tak balik lagi ke mak?”tegur Jantan mematikan lamunan ibunya yang sedang melipat baju.

“Belum , ada tahlil dekat hujung kampung tu katanya,”jawab ibunya perlahan.

“Minum mak, air teh terbaik dari ladang ni..spesel i buat untuk u..hehee..”pelawa Jantan.

“Letaklah situ dulu, yang ko memalam bute tetiba nak speaking ngan mak ni mimpi ape?!”soal ibunya hairan.

“Hahaa..actually ade some important things Jantan nak mintak pendapat mak nih..minumler dulu airnya tu dulu..” balas Jantan.

“Erm..yelah, pe halnya..”ibunya bertanya sambil meneguk air teh sejuk yang dibuatnya sendiri petang tadi.

“Hmm..kalaulah ditakdirkan Jantan ni kawin dengan anak Datuk,mak suka tak?” Jantan bersuara gugup.

“Ahh ko ni, seluar dalam ko tu pun kekadang mak ni yang basuh..dah sibuk nak cerita pasal kawin ..belajar tu biar habis dulu,nanti da kerja ko nak kawin dengan anak Menteri pun mak tak kesah Jantan oi..dah pegi kemas baju-baju ko ni..” ceramah Mak Temah dengan panjang lebarnya setelah mendengar pertanyaan anak bongsu kesayangannya itu.

Tidak bersetuju benar beliau dengan trend masyarakat zaman sekarang yang kebanyakannya berkahwin semasa masih menuntut. Baginya biarlah sesudah kerja dan ada pendapatan sendiri maka barulah elok untuk berumahtangga.Bicara malam itu terus tertangguh hingga ke suatu masa yang mungkin dirasakannya sesuai.

....

Suasana di hentian pudu hingar bingar.Seorang lelaki bertubuh sederhana dan berkulit agak gelap kelihatan berjalan laju seolah-olah sedang mengikuti acara lumba jalan kaki membawa barang. Dia tidak peduli dengan pemandangan indah yang ditawarkan oleh beberapa orang gadis genit di sekitar kawasan itu. Dia sudah lali dengan perangai manusia zaman moden ini yang cuba belajar akan cara hidup manusia purba zaman batu.Sesekali tangannya membetulkan rambutnya yang jatuh terkena anak matanya. Wajahnya kelihatan rimas sehingga menampakkan urat-urat timbul di dahinya. Tanpa menghiraukan pelawaan pemandu teksi di sekelilingnya, dia bergegas keluar dari bangunan sesak itu sambil membawa bagasi bajunya serta beg plastik yang berisi buah manggis.  Jantan menghembuskan asap rokok terakhir yang keluar dari paru-paru hitamnya melalui kerongkongannya yang kotor.

Letih menunggu bas yang tak kunjung tiba,dia menyapa seorang wanita separa umur berbangsa Cina yang duduk tenang bersama beg-beg plastik padat berisi barang di sebelahnya.”Banyak shoping baju auntie...”sapa Jantan.

“Lu ini sapa mau sibuk-sibuk wa punya hat?”jawab wanita itu dengan lidah pelatnya.

Jantan hanya mampu tersenyum kelat. “pokemon punya orang tua,aku bagi madu ko baling kerengga dalam telinga aku,”hatinya berbisik keras memaki hamun.

Namun sikap hormat kepada orang tua yang telah diterap dalam diri Jantan oleh ibunya meredakan kemarahannya. “Hehee..auntie..saya ada bawak buah manggis dari kampung,auntie mau?”pelawa jantan walaupun hatinya sebal.

Tiba-tiba air muka wanita cina itu berubah.”Aiyaa..wa sulah lama mau makan ini buah..tapi tala lapat pun..hali2 arr, wa suluh itu anak cali ooo..tapi lia manyak langsi..tala mau dingar..hmm..”luahnya bersama perasaan yang kecewa.

“ Sudahla auntie,tak de guna mau sedih..mungkin dia sibuk cari wang untuk auntie maa..ini saya bagi satu plastik untuk auntie..nanti balik, ajak itu anak makan sekali lorr..”Jantan cuba memujuk setelah melihatkan air mata wanita itu bergenang. Mereka terus berbual mesra sehinggalah sebuah teksi datang menumpangkan wanita cinta itu untuk pulang ke rumahnya.

Selang beberapa minit selepas itu,sebuah kereta mewah berhenti di depan mereka. Dua orang lelaki bertubuh sasa dan segak berpakaian serba hitam keluar dari bahagian tempat duduk belakang menuju ke arah Jantan. Seorang dari mereka menegur Jantan dan menghulurkan sekeping kad bersampul oren. Jantan yang masih dilanda sasau terpinga-pinga membuka kad itu dan mengikut mereka masuk ke dalam kereta mewah berwarna pelangi.

Cerpen sebelumnya:
Diari Merdeka I setengah.
Cerpen selanjutnya:
Diari Merdeka II

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
1 Penilai

Info penulis
Potential=Possibility
paiwunan | Jadikan paiwunan rakan anda | Hantar Mesej kepada paiwunan

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya paiwunan
Jasmine | 2109 bacaan
KEINDAHAN SEMALAM | 2502 bacaan
Mas merah | 2415 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

2 Komen dalam karya keranda kita 1
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik